Monday 1 July 2013

Ahli Matematik genius menolak ganjaran RM3 Juta

Posted By: TTO Admin - 1.7.13

Pakar Matematik dari Rusia, Grigory Perelman enggan menerima hadiah sebanyak RM3 juta selepas dia berjaya menyelesaikan masalah matematik yang tidak dapat diselesaikan selama lebih 100 tahun, menurut Clay Mathematics Institute (CMI)

"Encik Perelman memberitahu kita yang beliau tak mahu menerima RM3 juta tersebut. Dalam keadaan ini, jika dia memutuskan tidak menerima ganjaran itu, kita akan menderma ke dalam institusi-institusi penyelidikan matematik ", kenyataan jurucakap institut berkenaan.

Perelman berjaya membuktikan bahawa sebarang bentuk yang tidak memiliki lubang boleh diunjur atau dikecilkan menjadi satu sfera.

Tekaan Poincare telah membingungkan pakar-pakar matematik sejak ia dicetuskan oleh seorang warga Perancis, Henri Poincare pada 1904.

Hadiah CMI diumumkan selepas beberapa pakar memeriksa penemuan Perelman dan mendapati jawapannya tepat dan sempurna.

Dia menyiarkan penyelesaian untuk tekaan Poincare di Internet pada 2002 dan 2003. Ia mengambil masa sehingga 2010 untuk pakar matematik yang lain mengesahkan jawapan Perelman itu.

Namun, ahli Matematik berusia 44 tahun itu menjadi orang pertama menolak Pingat Fields, anugerah yang setanding dengan hadiah Nobel dengan alasan tidak mahu menonjolkan diri kerana dia bukan lagi sebahagian daripada komuniti pakar matematik.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab