Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, 4 June 2015

Gempar Laporan kapal terbang terhempas di Gua Musang, Kelantan (4 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 4.6.15

Satu mesej viral sedang beredar di media massa pada jam ini melaporkan satu kejadian kapal terbang terhempas di Kelantan. Laporan itu diterima melalui panggilan orang awam yang mendakwa ternampak sebuah pesawat terbang rendah dalam keadaan bernyala seperti sedang terbakar. Mesej tersebar seperti berikut:
LAPORAN KAPAL TERBANG TERHEMPAS
PGO Kelantan terima panggilan daripada RC KL 15-0011380 ,caller mengatakan kapal terbang jatuh dialamat Block 7 Kampung Lata Manis Gua Musang pada jam 20:35 malam tarikh 03/06/2015 :-
Jentera terlibat - FRT Gua Musang -3 anggota
- RRV Gua Musang -3 Anggota
- Hilux Gua Musang - 2 Bersama Ketua Balai
- PBS - Bertam - 3 orang
Pada jam 22:02 ketua balai gua musang menghubungi PGO Kelantan ,Maklumat terkini mengatakan telah sampai dilokasi yang dilaporkan kapal terbang jatuh tetapi tidak menjumpai kapal terbang yang jatuh tersebut buat masa ini, Ketua Balai Gua Musang masih mencari lagi bersama orang-orang kampung tersebut.
Walaubagaimanapun, sehingga ke saat ini lokasi kapal tersebut masih tidak ditemui oleh anggota penyelamat yang dikerah. Menurut satu lagi mesej tersebar mengatakan menara kawalan telah melaporkan tiada signal menunjukkan sebarang pesawat terputus hubungan ataupun hilang dari radar.

As Salam Ydh Tan Sri, melalui 999 telah menerima panggilan drp Pengadu:

Maklumat
Mengikut pengadu pada jam 8.30 mlm nampak kapal terbang terbang rendah dgn lampu merah biru menyala..mengikut pengiraan pengadu kapal terbng tersebut telah terhempas di limau kasturi/jeram tekoh ( belakang Ecer Rantau Manis ).

Tindakan :
1) Utk makluman Ydh Tan Sri, pihak kita telah menghubungi tower air trafik control Kota Bharu menyemak mengenai perkara ini dan di dapati semua kapalterbang selamat mendarat.
2) Berhubung dgn pihak TUDM yg berpengkalan di Kuantan pun tiada pesawatnya yg hilang.
3)Mengarahkan MPV dan anggota balai yg berdekatan Balai polis paloh utk pergi membuat search..masih negatif atau tidak ada apa2 insiden setakat ini berlaku.Penduduk kpg juga memaklumkan tiada dengar bunyi letupan.
4) Pihak kita sedang memanggil pengadu yg berkaitan utk mengambil statement utk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat yg diberi oleh beliau utk tindakan lanjut.
Utk makluman Ydh Tan Sri..Salam hormat..tq
Info dr bomba kb. 
Gambar orang ramai berkumpul berdekatan lokasi :




Screenshot Flightradar Pesawat Firefly FY2070 menuju ke Kota Bharu yang turut dikepilkan dalam mesej yang tersebar juga adalah palsu. Pesawat tersebut dilaporkan selamat mendarat.


Bomba menuju ke Lokasi:




UPDATE TERKINI:

Tiada pesawat terhempas di Kelantan - Polis Kelantan

Polis Kelantan dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim pada jam 11.45 malam tadi mengesahkan tiada sebarang penemuan bangkai kapal terbang terhempas di RKT Jeram Tekoh, Gua Musang sebagaimana yang diviralkan dalam laman sosial.

Wednesday, 3 June 2015

"Pelarian Rohingya disusukan, rakyat Malaysia mati kelaparan"

Posted By: TTO Admin - 3.6.15


Gara-gara sebuah tajuk dalam screenshot Harian Metro "Golongan Tertindas - Pelarian Rohingya layak terima zakat" yang dimuatnaik di laman Facebook portal berita itu, pelbagai respon diterima oleh pengguna media sosial.

Namun, komen Puan Nudra Syafinie mendapat perhatian Netizen apabila meluahkan perasaannya yang gagal dalam permohonan zakat walaupun dalam keadaan yang begitu terdesak. Komen beliau yang mendapat 1,892 jumlah likes itu turut di sokong ramai pelayar maya yang mendakwa ramai lagi rakyat Malaysia yang lebih layak diberikan zakat berbanding Pelarian Rohingya. Baca lagi luahan beliau:

Thursday, 28 May 2015

Pekerja wanita diberi amaran oleh majikan kerana tutup aurat!

Posted By: TTO Admin - 28.5.15

Seorang pekerja wanita di sebuah syarikat terletak di Petaling Jaya, Selangor meluahkan perasaannya apabila diberi amaran hanya kerana dia menutup aurat. Nadey Khairudin yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di YSP Industries (M) Sdn. Bhd. tidak berpuas hati apabila amaran itu sepatutnya tidak berlaku di Negara Malaysia yang merupakan salah sebuah negara Islam. Baca lagi luahan beliau:


Nadey Khairudin turut berharap agar kejadian ini diviralkan walaupun tahu akibat yang akan diterimanya yang mungkin akan diberhentikan kerja. Baca kiriman Nadey di Page Sukan Star:
Salam sejahtera . Saya Nadirah... sy nk mintak tolong sedikit Sukan Star Tv tolong share wall sy yg berkenaan company sy beri warning kerana sy cuba tutup aurat sy. Isunya tuck in baju dalam seluar tetapi sebangsa mereka yg pakai skirt pendek atas lutut tidak diberi sebarang warning walhal buku panduan company pon beri gambar skirt labuh smpai mana. Sy merasa tak puas hati kerana negara kite demokrasi, perlu hormat bangsa dan agama. Salah ke sy berasa malu sbb tuck in baju dan ramai menegur sy seksi. Aib tu Allah je tahu. Belum lg sy pakai niqab pergi kerja. Lg besar isunya mungkin. Sy cuma ingin meminta Sukan Star Tv share sahaja post sy.. mungkin kwn2 kita pon alami nasib yg sama, bru mereka tahu byk company kat malaysia tak hormati hak kebebasan agama. Sama seperti kes kwn kita tak boleh kerja kt klcc kerana bertudung. Isu kedua dia memberi amaran untuk tidak mencuci kaki dalam toilet, pelik apa fungsi toilet pd ysp? Lagipun air yg menitis pd lantai sy lap sehingga kering, plus ramai lg staff melayu ambil wudhuk di toilet tetapi tidak pernah jd isu. Mungkin dengan satu kesalahan, mereka terus mencari kesalahan seterusnya yg tidak munasabah. Sy tahu, sy bukan anak org politik atau berpengaruh tetapi sy harap sgt2 sy wakil dr kawan2 yg senasib mcm sy tidak ditindas dinegara sendiri.. negara Islam sbgai negara rasmi sendiri . Terima kasih

Jika sy diberhentikan kerja sebab viralkan isu pakaian muslimah ini.. xpe.. sy percaya rejeki pada Allah bukan pd company.
Kejadian ini turut mengundang respon negatif Netizen. Ramai yang turut mendedahkan pengalaman yang seakan sama ditindas majikan syarikat swasta di negara ini. Komen salah seorang pengguna Facebook:
aku faham situasi yg di lalui beliau. sbb aku pun punye cerita yg lebih kurang sama. tp aku bab solat. bukan sekali je. 2 company yg berbeza. tp cerita yg sama. tah kenapa bangsa 'tu' dengki sgt dgn org islam yg nk solat n beribadat. sejak aku rasa terganggu, yela keje2 jugak solat2 jugak la kan. tp bila ada yg dengki n busuk hati aku jd tak aman nk keje kt tmpt sebegitu. now bebas dr mereka. biar kita berhenti kerja daripada berhenti menjalankan perintah Allah gara2 menurut perintah manusia. aku bkn nk racist. tp yg aku pasti, yg racist tu diorg. tak tak semua. ada yg faham dan x mengganggu. maklum lah,agama dorg lain. dorg xfhm agama kita. kita solat 5x sehari. berpakaian pulak kena nmpk muka n tapak tangan je. so mengalah lah, demi tuhan. lgpun yg bg rezeki tu Allah. apa nk takut. u do a great job sis. tahniah

Kata nak sekolahkan Adi dirumah. Kenapa sekarang komplain?

Posted By: TTO Admin - 28.5.15

Walaupun dekat seminggu berlalu, isu mengenai pelajar self proclaimed genius, Adi Putra yang mendakwa dirinya diabai Kerajaan masih berlegar di laman sosial. Satu persatu komen menghentam kerajaan diterima, namun Prof. Dr Noriah Mohd Ishak, Pengarah Permata telah menjawab tuduhan tersebut. Baca lagi:

Kerajaan telah menyediakan sekolah untuk pelajar genius macam Adi. Sekolah tersebut dalam UKM. Program pelajar pintar dan genius di UKM ini bermula tahun 2009. Kerajaan tawarkan Adi dulu untuk membantu dia melonjakkan kepintarannya tapi bapa Adi menolak. Adi kecil lagi tak pandai buat keputusan. Hingga kini program anak Genius di UKM ini telah membantu memberikan program pengayaan kepada lebih dari 5,000 pelajar genius macam Adi. Salah seorangnya bernama Amirul Fitri yang sebaya dengan Adi tetapi sekarang telah melanjutkan pengajiannya dalam bidang Matematik di Johns Hopkins University di Amerika Syarikat. Seorang lagi bernama Shah Rahmat Shah Putra sedang melanjutkan pengajiannya di Bristol dalam bidang matematik.

PERMATApintar adalah sekolah untuk anak-anak seperti Adi. Jika anak anda berumur 9 tahun hingga 12 tahun dan genius dah boleh masuk tingkatan 1 yang kesukarannya sama dengan tingkatan 4 sekolah kerajaan. Kalau layak 9 tahun pun boleh masuk tingkatan 4. Kita dah lahirkan banyak pelajar genius dan mereka ramai dah di Ivy League universiti menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang. Yang gila matematik macam Adi pun ramai.

Prof. Dr. Noriah Mohd Ishak

Kerajaan dah hulurkan bantuan pada tahun 2008. Bapanya menolak kerana Adi perlu kerja nak bayar gaji pengurusnya dan sebagainya. Itu keputusan bapanya dulu dan kata nak sekolahkan Adi dirumah. Kenapa sekarang komplain. Kalau Adi betul-betul nak belajar semula jumpa saya di PERMATApintar UKM. Tak jauh dari Gombak ke UKM. Ini untuk masa depan Adi. Bapa Adi tahu saya wujud dan tahu nak cari saya atau PERMATApintar dimana. Insyaallah Adi masih boleh dibantu.

Komen Prof. Noriah terhadap pandangan sinis orang ramai terhadap Penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansur:

Anda semua sangat bijak memperli. Tak tahulah kalau anda semua jadi menteri lagi lingkup nanti. Jangan mengata orang sebab kita sendiri tak tahu apa yang kita boleh buat dalam pelbagai situasi. Yang pentingnya, saya dah beri peluang Adi untuk join PERMATApintar supaya dia boleh teruskan pendidikannya, namun sehingga kini Adi, bapa atau ibunya hanya berdiam diri. Kerajaan nakkan yang terbaik untuk Adi mana tahu kemudian boleh masuk Princeton atau Yale bukan setakat Monash dan jadi menteri kewangan seperti yang saudara-saudari impikan. Mohon anda yang pandai bercakap disini supaya pujuk Adi masuk PERMATApintar dan kalau dia betul-betul smart, kita hantar formula dia ke prof di UKM bidang matematik yang boleh verify semua formula dia. Saya pun boleh sebab salah satu bidang saya ialah matematik dan kami hendak Adi masuk Matematik olympiad program yang ada di PERMATApintar supaya kalau berjaya dia mewakili negara dan tunjuk pada dunia kita ada genius matematik yang boleh meningkatkan markah PISA kita.

Saya bukan ahli politik dan tidak suka berpolitik. Tetapi kalau ada orang yang berhati mulia menolong anak bangsa yang pintar terutama dari luar bandar saya beri penghormatan kepada dia. Berapa orang antara kita sanggup memikirkan masalah pendidikan anak-anak kampung terutama yang miskin dan tinggal ceruk kampung tetapi sangat pandai. Nak masuk sekolah asrama penuh pun mereka tak dapat. Program PERMATApintar di bawah YABhg Datin Seri telah banyak membantu anak2 ini dari lunuk Antu hingga ke Gurun. Kita semua hanya memikirkan hal kita, kerjaya kita, gaji kita. Berapa orang antara kita nak fikir pasal anak orang lain yang kalau tidak dikeluarkan dari kampungnya mungkin tak dapat mencapai pendidikan yang tinggi. 

Punca murid jatuh dari bangunan sekolah didedahkan

Posted By: TTO Admin - 28.5.15

Gambar seorang murid lelaki  dalam keadaan cedera selepas terjatuh dari bangunan sekolah tersebar secara meluas. Beberapa info juga turut mendakwa kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Walaubagaimanapun, perkara itu tidak benar apabila pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi mengeluarkan kenyataan penafian mengatakan murid itu selamat dan menggesa agar menghentikan sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.



Seorang pengguna Facebook, Puan Anida, Isteri kepada YDP Sekolah itu turut mendedahkan punca kejadian itu berlaku. Menurutnya, kanak-kanak itu tergelincir di celah tangga ketika berlari dan gagal mengimbangi badannya.

Friday, 22 May 2015

Sekolah Daif: Orang Sabah sangkal dakwaan Dr. Puad Zarkashi, dedah 3 Gambar Bukti

Posted By: TTO Admin - 22.5.15


Ramai yang melenting apabila terbaca dakwaan Dr. Puad Zarkashi mengenai keadaan sebuah sekolah di Keningau, Sabah yang amat daif. Hanya dengan dua keping gambar, Dr. Puad dengan lantangnya meletakkan kesalahan kepada TPM selaku Menteri dan Timbalan menteri pelajaran yang dikatakan malas untuk turun padang melalui status di ruangan Facebook.

Baca dakwaan beliau:
MASIH BELUM TERBELA. Ada orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif. Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah. Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah. Bunyi cantik di atas. Kerajaan belanja berbillion untuk 1 Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya. Itu belum lagi dipaparkan asrama dan rumah guru yang daif di kawasan pedalaman. Sepatutnya bila TPM jadi Menteri Pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak. Turunlah ke bawah! Jangan banggakan PPPM kalau level playing field masih tidak sam
Namun, setelah disiasat, ternyata dakwaan Dr. Puad Zarkashi mengenai keadaan sekolah itu tidak benar. Perkongsian oleh seorang warga daerah Keningau menunjukkan keadaan sebenar dalam bilik darjah sekolah yang didakwa daif itu. Gambar itu jelas menunjukkan meja dan kerusi dalam keadaan baik dan tersusun rapi.

Malah, Dr. Puad Zarkashi juga ditempelak oleh seorang guru di daerah itu yang mempertikaikan sumbangannya kepada daerah Keningau ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri Pendidikan pada penggal sebelum ini.


Sebagai seorang pemimpin yang pernah menjawat jawatan penting dalam Kementerian itu sendiri,  Dr. Puad Zarkashi sepatutnya lebih berhati-hati apabila menerima info yang belum dibuktikan kesahihannya. 

Lagi Gambar keadaan sebenar bilik darjah sekolah yang didakwa daif:



Thursday, 21 May 2015

Dalang kes culik di Restoran Seafood, Sandakan maut ditembak

Posted By: TTO Admin - 21.5.15

MANILA: Seorang pemimpin kumpulan militan Abu Sayyaf yang dikaitkan dengan penculikan dua warga Malaysia di Sandakan, terbunuh petang Rabu, lapor tentera Filipina.

Mindas Muktadil dilaporkan maut semasa insiden berbalas tembakan dengan pegawai keselamatan di sebatang jalan di wilayah Jolo, sebuah kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf yang terletak 1,400 kilometer (km) di selatan bandar Manila.

Laporan tersebut difailkan Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Kolonel Alan Arrojado.
Muktadil dan adiknya, Kadafy dipercayai dalam kes penculikan pengurus restoran Ocean King Seafood, Thien Nyuk Fun, 50 dan Bernard Then Ted Fen, 39, yang bekerja sebagai jurutera.

Kedua-dua tebusan dilaporkan dibawa ke Jolo.

Ahli keluarga mereka dikatakan telah dihubungi kumpulan Abu Sayyaf yang menuntut wang tebusan dalam jumlah yang banyak.

Menurut laporan tentera Filipina itu, adik-beradik Muktadil itu merupakan sebahagian daripada kumpulan Abu Sayyaf yang beroperasi dibawah Idang Susukan, Alhabsy Misaya, Anga Adji dan Yasser Igasan.

Adik-beradik itu dikaitkan dengan siri penculikan di Sabah termasuk satu insiden melibatkan pelancong Taiwan, Evelyn Chang.

Chang diculik ketika dia dan suaminya Hsu Li0min bercuti di Pulau Pom Pom pada 2013.

Suaminya dibunuh manakala Chang dikurung kumpulan Abu Sayyaf selama dua bulan sebelum dibebaskan di sebuah bandar kecil di Jolo.

Muktadil juga dikatakan sebahagian daripada kumpulan yang menculik, seorang warga China, Gao Huayun dan seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan pada April tahun lalu di Resort Singamata, Semporna.

Kumpulan Abu Sayyaf ditubuhkan oleh pejuang pemberontak Moro Islam pada 1991 dengan dibiayai Al-Qaeda.

Namun, ianya tidak begitu dikenali sehingga Mei 2000 apabila kumpulan tersebut menculik 21 tebusan di Pulau Sipadan.

UFun - Polis Thai sekat 13 bilik kondominium milik rakyat Malaysia

Posted By: TTO Admin - 21.5.15

BANGKOK: Polis Thailand telah menyerbu dan menyekat akses kepada 13 bilik di sebuah kondominium di Ratchadaphisek Road di sini yang dimiliki oleh seorang suspek warga Malaysia yang terlibat dalam skim pelaburan kontroversi, UFun.

Serbuan pada Rabu dibuat berikutan penemuan terbaharu UFun Store Co Ltd, sebuah gabungan UFun, yang mendeposit AS$10 juta (RM36 juta) dengan Pengurusan UDBP (Thailand), kata Pembantu Ketua Polis Negara Pol Lt Jeneral Suwira Songmetta

Suwira mengetuai siasatan terhadap UFun, yang menghadapi tuduhan menjalankan skim piramid.

Beliau berkata Kevin Lai, yang memiliki bilik-bilik tersebut dan berada di bawah jagaan polis, merupakan pengurus Pengurusan UDBP (Thailand), yang telah dinaikkan pangkat secara terbuka sebagai bank komersial tetapi tidak berdaftar sebagai dengan Bank of Thailand.

Timbalan Pengurus UDBP, yang merupakan warga China, Yang Yuan Zhao, 48, juga telah ditangkap atas tuduhan pengumpulan dana secara salah daripada 8,000 orang di China dan empat di Thailand, kata Suwrira.

Bilik-bilik didakwa telah digunakan untuk menyambut pihak pengurusan UFun dan diplomat dari Vanuatu.

Sementara itu, tiga rakyat Thailand dan Malaysia telah ditahan di kawasan Padang Besar Songkhla kerana didakwa cuba menyeludup Bt22.7 juta (RM2.45 juta) wang tunai yang dikeluarkan dari akaun empat anggota UFun ke Malaysia.

Empat suspek kemudian diterbangkan kembali ke Bangkok untuk menghadiri sidang akhbar polis.

Suspek telah dikenal pasti sebagai Niphaphorn Lamee, Theerawaj Phatcharasuyayai, Natthawatra Uttamakaew dan Boon Kiat Choo. - The Nation / Asia News Network

Tuesday, 19 May 2015

Ayah cerita kejadian anak nyaris jadi mangsa culik (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 19.5.15

Sejak kebelakangan ini, banyak kes ngeri dan kejam melibatkan kanak-kanak berlaku di negara kita. Baru hari ini Pengguna Facebook, En. Nazri menceritakan bagaimana anaknya hampir menjadi mangsa culik ketika berada di Institut Jantung Negara. Baca kejadian itu:
Just nak share kat korang semua, kejadian berlaku semalam 18.05.2015 anak aku yg paling bongsu umur 2 tahun nyaris2 kena culik kat IJN jln Tun Razak.. dlm lobby IJN. kisahnya mak mertua aku bwk abang dia gi check jantung kat sana so dia bwk anak aku sorang..aku dgn isteri tak ikut masa tu.mak mertua aku letak kejap je anak aku kat kerusi sbb nak jwb call.tau2 je anak aku xde kat situ..punyalah terkejut mak mertua aku sambil berlari cari anak aku nie.ada satu nurse nampak anak aku..dah kena dukung dgn sorang perempuan..'pakai tudung'. baju anak aku dah kena tukar lain..nasib baik lah ada satu nurse kat situ kenal dgn mak mertua aku..dia perasaan anak aku menangis sekuat hati, nurse tu pon kejar si perempuan sakai tu sambil tanya anak siapa yg dia dukung..ini bukan anak awk ni..saya kenal nenek dia awk nak bwk dia kemana tanya si nurse..perempuan sakai tu trus takut...letak anak aku kat lantai pastu cabut lari...yg aku terkilan xdpt tangkap perempuan sakai tu...tolong share..kejadian semalam ni boleh berlaku pada semua orang..tolong awasi anak masing2.

P/s: terima kasih kepada Nurse yg nampak anak aku dilarikan masa kejadian tu..jasa mu aku kenang sampai mati
Semoga para ibu-bapa dan penjaga tidak leka walaupun sesaat ketika bersama anak-anak kecil... Kejian seperti ini boleh berlaku dimana-mana sahaja...

Monday, 11 May 2015

Wanita sesat minum susu badan sendiri untuk terus hidup

Posted By: TTO Admin - 11.5.15

Seorang wanita New Zealand yang telah hilang di hutan Wellington semalaman berkata dia minum susu ibu sendiri untuk terus hidup, lapor BBC.

Susan O’Brien, 29, telah mengambil laluan salah semasa perlumbaan Xterra di Taman Hutan Rimutaka.

Pihak berkuasa melancarkan operasi mencari apabila Puan O’Brien gagal sampai ke garisan penamat pada pagi Ahad.

Puan O’Brien, ibu kepada dua anak, akhirnya berjaya dibawa keluar pada jam 11:30 waktu tempatan (00:30 BST) pada Isnin.

Beliau kembali bersama dengan keluarganya dan perkara pertama yang beliau lakukan adalah memberi makanan kepada anaknya yang baru berusia 8 bulan, menurut Dominion Post.

Puan O’Brien, yang juga mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun, memberitahu pemberita: “Saya fikir saya akan mati.”

“Saya menyusukan bayi saya jadi saya mempunyai sedikit susu, jadi saya fikir saya perlu minum supaya saya dapat terus hidup.”

Dia juga mempunyai dua liter air, pek gel dan coklat dengannya, dilaporkan Radio New Zealand.

Beliau dipetik sebagai berkata kepada New Zealand Herald bahawa pengalaman pahit itu tidak akan menghalang beliau daripada terus terlibat dalam aktiviti ini.

Wanita rugi RM890 beli online iPhone 6, terima bungkusan biskut

Posted By: TTO Admin - 11.5.15

KUALA TERENGGANU - Tempah iPhone 6, dapat biskut! Itulah nasib yang menimpa seorang pengguna yang bukan sahaja hanya berangan memiliki telefon bimbit tersebut, malah turut berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian RM890.

Menceritakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, mangsa yang mahu dikenal Nor, 40, berkata, pada pertengahan April lalu, dia ada menjalankan urus niaga membeli telefon bimbit jenama iPhone 6 terpakai secara online, untuk dihadiahkan kepada anaknya.

“Pada awalnya si penjual meletakkan harga RM2,050, namun dia sendiri secara sukarela hendak memberi diskaun barang tersebut dengan harga RM1,890 sekiranya saya berminat.

“Setelah bertanyakan beberapa soalan bagi meyakinkan saya memandangkan sebelum ini anak pernah tertipu, jadi saya bersetuju kerana si penjual ini pandai berkata-kata seolah-olah sudah memiliki pengalaman yang luas,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor berkata, apabila kedua-dua pihak bersetuju, dia telah memasukkan RM300 seperti yang diarahkan kononnya sebagai bayaran tempahan dan bayaran baki perlu dijelaskan apabila barang diterima.

“Namun, semasa barang saya hendak dihantar, si penjual sekali lagi menghantar gambar bungkusan tersebut kononnya barang sudah dipos sebelum meminta saya memasukkan lagi RM590.

“Jadi, saya tanpa berfikir panjang, yang dengan melihat bukti gambar yang dihantar itu, saya terus memasukkan wang seperti yang diminta ke akaunnya,” katanya.

Jelasnya lagi, setelah hampir enam hari menunggu, barang yang dijanjikan pun tiba.

Namun alangkah terkejutnya Nor apabila mendapati di dalam bungkusan itu hanya ada beberapa kepingan biskut yang diletakkan di dalam kotak iphone 6 itu.

“Bagi mengaburi mata kami dan mungkin ingin menyedapkan hati, si penjual telah menggunakan kotak iphone 6, namun isi di dalam kotak tersebut digantikan kepada beberapa kepingan biskut.

“Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan saya ketika melihat kepingan biskut di dalam kotak tersebut, mahalnya nilai biskut ni, RM890,” katanya.

Sebaik menyedari dirinya tertipu, Nor tidak terus melatah dan cuba bertanyakan khabar barang yang ditempah itu kepada si penjual yang memperkenalkan namanya Hafriz dan berasal dari Kangar, Perlis.

“Tapi, sehingga ke saat ini saya masih belum mendapat jawapan yang memuaskan, malah sehingga hari ini, dia masih lagi aktif kerana laman web dan instagram yang digunakan berurus niaga dengan saya masih lagi ada,” katanya.

Demi mempertahankan haknya sebagai pengguna dan memastikan pengguna lain tidak mengalami nasib yang sama dengannya, Nor mengambil keputusan membuat laporan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). -SH Online

Thursday, 7 May 2015

Pandangan Tunku Mahkota Johor ini bakal buat Khairy Jamaluddin & FAM sentap

Posted By: TTO Admin - 7.5.15

Tulisan dibawah dikeluarkan melalui Page Rasmi Johor Southern Tigers daripada Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kepada YB Khairy Jamaluddin dan FAM. Baca lagi:

Kepada YB Khairy Jamaluddin dan FAM...

Saya jujur, neutral dan saya sebenarnya lebih suka mendiamkan diri, tetapi kadangkala saya terpanggil untuk bersuara. Terdapat satu yang telah dipolitikkan.

Baru-baru ini, Malaysia telah mengaturkan satu perlawanan dengan Tottenham Hotspurs. Saya ada satu soalan... Sebagai Menteri Belia dan Sukan serta ahli politik, anda bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Selain itu, anda juga bertanggungjawab memegang jawatan tersebut dengan penuh dedikasi dan integriti. Saya ingin juga mengucapkan syabas kerana telah menjalankan tugas dengan baik untuk sukan negara.

Anda tentu tahu bahawa perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Malaysia tersebut tidak membawa sebarang faedah kepada pasukan kebangsaan, tetapi saya terkejut anda berkata sebaliknya dan berpendirian seperti FAM. Perlawanan ini hanya mempunyai satu tujuan sahaja, iaitu untuk meraih keuntungan bagi FAM dan pihak penganjur yang membawa pasukan tersebut ke Malaysia. Adakah ianya membawa sebarang manfaat kepada pasukan kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia?

Anda, saya, dan seluruh rakyat Malaysia tahu ianya tidak mendatangkan faedah. FAM mendakwa perlawanan ini adalah salah satu perlawanan sebagai persediaan untuk kelayakan Piala Dunia. Pertama sekali, ianya tidak membantu ranking dunia kita; dan keduanya, ianya tidak membantu persiapan pemain tempatan kerana terdapat lima pemain asing dipilih untuk bermain. Kita harus beri lebih fokus kepada FIFA Match Dates kerana ianya boleh memberi lebih manfaat kepada performance dan ranking.

Pandangan dan nasihat saya kepada YB Khairy... Berdiri teguh bersama penyokong bolasepak negara, dan perjuangkan perkara yang betul. Sebagai seorang yang akan memimpin pada masa akan datang, rakyat perlu tahu bahawa sebagai pemimpin mereka, anda akan memperjuangkan kebenaran. Anda patut berkhidmat kepada mereka dengan menyuarakan permasalahan dan ketidakpuasan hati mereka terhadap FAM, yang telah menguruskan bolasepak negara dengan tidak memuaskan selama 30 tahun kebelakangan ini. Untuk maju ke hadapan demi bolasepak negara, kita perlu menumpukan usaha terhadap prestasi dan ranking pasukan kebangsaan. Tidak lupa juga untuk mengagihkan hasil dan hak penyiaran secara adil kepada setiap pasukan yang bertanding.

Saya tahu, anda sentiasa ada jawapan bagi segala persoalan. Contohnya, anda pernah menyatakan bahawa Bukit Jalil merupakan Stadium Kebangsaan dan selaku Stadium Kebangsaan, "cow grass" tidak sesuai digunakan dan rumput yang lebih berkualiti diperlukan. Namun hari ini, anda mengambil khidmat jururunding padang PBNJ bagi menggantikan rumput di SNBJ dengan "cow grass" dan memuliharanya sebagaimana dilakukan di Larkin.

Anda seorang menteri yang baik, berkeazaman, dan berdedikasi untuk masa hadapan, tetapi saya nasihatkan supaya anda mula lakukan apa yang betul demi pembangunan sukan terlebih dahulu, dan sentiasa tegur FAM jikalau ada perkara yang salah supaya rakyat akan sentiasa ingat anda mempertahankan perkara yang betul dengan penuh integriti; dan ini tentu membantu dalam perjalanan politik anda pada masa akan datang.

Akhir sekali, berkenaan "perlawanan sarkis" tersebut, saya tidak mengatakan supaya ianya dibatalkan, cuma saya berharap anda pastikan bahawa ianya tidak berulang, kerana kita perlu mula melakukan perkara yang bermanfaat untuk bolasepak negara, bukannya menguntungkan mereka yang berada dalam FAM. Anda telah mengendalikan sukan dengan baik, tetapi juga anda perlu memartabatkan bolasepak negara. Jangan biarkan bolasepak dipolitikkan sebagaimana beberapa isu telah dipolitikkan dalam negara sejak kebelakangan ini.

Saya bersuara bukan kerana hendak menjadi Presiden FAM. Saya takkan sekali-kali menjadi Presiden FAM. Saya bersuara kerana cintakan sukan bolasepak. Bolasepak seharusnya ditadbir dengan penuh integriti dan ketelusan, yang seterusnya akan menguntungkan semua pasukan yang bertanding di Malaysia. Dengan itu, adalah satu perkara yang boleh dibanggakan oleh pencinta bolasepak tanah air.

Pandangan ikhlas daripada,
Orang yang paling dibenci dalam bolasepak Malaysia.

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Muka bayi 5 bulan cedera digigit, dicakar dalam jagaan pengasuh (3 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 7.5.15

KUALA LUMPUR: Seorang bayi berusia lima bulan cedera di muka, tangan dan telinga dipercayai digigit dan dicakar ketika dalam jagaan pengasuh di sebuah taska di Pandan Indah, semalam. 

Nur Ameena Nabila mengalami luka pada hampir keseluruhan wajahnya, selain di pergelangan tangan kanan dan telinga. 

Bapa bayi itu, Ahmad Mat Seman, 44, berkata kejadian diketahuinya selepas dimaklumkan pengasuh yang menghubungi isterinya, Izurni Ibrahim, 38, pada jam 1.45 petang yang meminta mengambil anaknya.  

"Sebaik tiba, saya terkejut melihat keadaan anak yang penuh luka kesan gigitan dan calar. 

"Saya kemudian meminta penjelasan daripada wanita itu dan dia hanya memberitahu anak saya digigit dan dicakar kanak-kanak lain ketika sedang membancuh susu," katanya ketika dihubungi BH.

Ahmad mendakwa, kejadian kemungkinan berlaku lebih sejam sebelum pengasuh menghubunginya berikutan terdapat kesan darah kering pada telinga dan selimut anaknya. 

Susulan itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah sebelum membawa anaknya ke Hospital Ampang, untuk menerima rawatan. -Berita Harian

Lagi Gambar:


NUR Ameena Nabila mengalami luka pada hampir keseluruhan wajahnya, selain di pergelangan tangan kanan dan telinga.

Sunday, 3 May 2015

Rakaman CCTV lumba haram geng Myvi (FMC) didedahkan

Posted By: TTO Admin - 3.5.15

Satu rakaman CCTV didedahkan menunjukkan beberapa buah kereta Myvi sedang berlumba di Lebuhraya Duke.

Sebuah Myvi pertama berwarna putih kelihatan dengan jelas dalam keadaan laju "mencucuk" kereta Toyota Alphard berwarna hitam... kemudian diikuti lagi dengan 5 buah Myvi dibelakangnya. Rakaman CCTV itu dikatakan diambil di bahagian Tol Sentul.

Keenam-enam buah kereta Myvi ini juga dikatakan milik Ahli Kelab Myvi Familia yang didakwa sebagai punca kemalangan mengorbankan keluarga 3 beranak.

Keluarga mohon ahli Kelab Myvi Familia terlibat tampil berdepan (3 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 3.5.15

Ahli keluarga kepada mangsa 3 beranak yang maut dalam kemalangan di Leburaya Duke mahu pihak terlibat dalam kejadian itu tampil berdepan dengan keluarga mereka.

Menurut Faizz Nur, adik bongsu kepada mangsa mengatakan kini dia diamanahkan menjaga kedua-dua anak abangnya yang telah menjadi yatim piatu itu.
Kini mereka sudah mnjadi YATIM PIATU..siapakah yg harus dipertnggungjwbkn ats pemergian ayahnda dan bonda mereka?kesian mereka berdua..DIAMANAHKAN utk mnjaga ank2 arwah serta syarikat mlik arwah..hnya pertolongn abg2 sy dan kakak saja dpt memberi sy kekuatan utk laksanakan amanah ini..MOHON DAKU PADA KALIAN RAKYAT MALAYSIA YANG PERIHATIN.

Faizz turut memuatnaik gambar keadaan anak-anak mangsa serta majlis pembacaan tahlil untuk arwah.



Pemandu Myvi (FMC) buat laporan Polis, dakwa mangsa punca kemalangan

Posted By: TTO Admin - 3.5.15


Seorang pemandu Myvi yang terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya Duke membuat laporan Polis di sini untuk menerangkan kejadian itu mengikut cerita di pihaknya.

Pemandu wanita kereta Myvi itu, Siti Noor Aini binti Mohd Said yang didakwa melanggar kereta Pajero sehingga keluarga 3 beranak tercampak keluar mengatakan bahawa punca sebenar kejadian itu apabila Pajero dipandu mangsa tiba-tiba menukar lorong sehingga membuatkan kereta Myvi dipandunya terbabas dan hilang kawalan.
"Pada 2/5/2015 jam lebih kurang 3 pagi semasa saya sedang memandu Motokar No W5192F dari Danau Kota menuju Mont Kiara, semasa saya berada di Duke Highway, saya memandu di lorong kanan. Saya merasakan sebuah Motokar jenis Pajero berada di sebelah kiri seakan mahu masuk ke kanan."

"Akibat dari itu kenderaan saya telah terbabas dan kenderaan saya hilang kawalan. Selepas itu saya sedar saya berada di atas jalan raya mengalami kecederaan pada mulut (terkoyak), peha kanan dan tangan kiri,"

"Saya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan diberi cuti 3 hari cuti sakit serta rawatan susulan, manakala kerosakan bumper belakang, tayar kiri belakang serta lain-lain kerosakan belum dapat dipastikan."
Kejadian itu berlaku ketika ulang tahun kelahiran Siti Noor Aini.

Melalui satu screenshot perbualan whatsapp yang tersebar juga mengatakan Pajero itu mengubah haluan secara mengejut dan dapat dilihat melalui CCTV:


Walaubagaimanapun, penjelasan di pihak Myvi FMC ini masih tidak dapat diterima oleh Netizen. Mereka mengatakan tidak adil untuk meletakkan kesalahan pada mangsa yang telah meninggal dunia.


Saturday, 2 May 2015

Kata-kata sayu anak keluarga maut dalam insiden MyVi Familia

Posted By: TTO Admin - 2.5.15

Sayu... itu lah yang berlaku terhadap dua orang anak mangsa 3 beranak yang maut akibat kecuaian pengguna jalan raya lain.

Kata-kata menyayat hati itu diluahkan oleh salah seorang anak mangsa.
"mama papa adik da takde. mira dan qila nak dok mana" 
Walaupun hanya beberapa patah perkataan, Dayaa Eyda tidak dapat menahan sebak dan menangis apabila diberi pertanyaan yang sukar dijawab kepada anak kecil itu.


Dalam kejadian yang berlaku awal pagi hari ini di Lebuhraya Duke, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas yang di dakwa berpunca daripada perlumbaan haram oleh sekumpulan ahli kelab MyVi Familia.

Semoga roh keluarga ini (Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 25, dan Nur Firuza Annisa,7 Bulan) ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan semoga keadilan untuk keluarga ini juga dapat ditegakkan dengan mengenakan hukuman yang berat dan setimpal kepada si pesalah.

Friday, 1 May 2015

Pelajar Malaysia di UK dipenjara 5 tahun miliki imej & video pornografi kanak-kanak

Posted By: TTO Admin - 1.5.15

Pelajar Malaysia berusia 23 tahun dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh mahkamah British kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video porn0grafi kanak-kanak.

Nor Nordin, yang tiba di United Kingdom pada 2014 selepas memenangi biasiswa untuk belajar di Imperial College, salah sebuah kolej paling berprestij di London, dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun di Southwark Crown Court, Khamis, untuk sejumlah 13 kesalahan.

Kesalahan-kesalahannya, seperti yang dilaporkan dalam media British, termasuklah memiliki imej tidak senonoh dan video bawah umur, dan 'berniat untuk mengedarkan bahan tersebut'.

Turut dilaporkan bahawa dia berdepan dengan kemungkinan dihantar pulang serta-merta setelah dibebaskan dari penjara.

Akhbar British melaporkan bahawa Nor Nordin telah ditangkap dalam satu serbuan di rumahnya di Queensborough Terrace, London pada 20 November tahun lalu yang menyimpan 600 video dan foto 'Kategori A'.

Kategori A' digunakan oleh penguatkuasa undang-undang di United Kingdom untuk menentukan bentuk penderaan seksual kanak-kanak yang paling melampau, melibatkan hubungan se ks dengan kanak-kanak.

Dilaporkan bahawa pegawai penyiasat kes itu, Detektif KOnstable Sara Keane dari Unit Jenayah Serius Metropolitan berkata Nur Nordin juga terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran gambar dan video.

"Nor Nordin terlibat dalam membuat dan berkongsi beberapa gambar yang paling teruk yang pernah dilihat oleh pegawai-pegawai yang bekerja dalam bidang ini," katanya.

Keane berkata hukuman penjara terhadap Nor Nordin tidak dapat dielakkan kerana jumlah imej dan 'kandungan membimbangkan' yang menjadi miliknya.

Kisah benar perkahwinan "ukur baju di badan sendiri" ini jadi viral

Posted By: TTO Admin - 1.5.15

Kisah benar persediaan perkahwinan pengantin ini wajar menjadi contoh buat pasangan yang bakal berumah tangga. Inilah yang dikatakan "ukur baju dibadan sendiri". Jom baca kisah yang ditulis oleh Puan Wani di Instagram beliau:
Exactly 4 years and 7 months ago, I got married to this dude here. It was quick and simple. Bukanlah sebab acah-acah minimalist ke apa, tapi sebab duit saya tak banyak dan saya tetap nak bayar sendiri (untuk reception belah saya). Hehe.

Hantaran, buat sendiri. Baju, tempah baju kurung plain. Tudung, kebas adik tailor punya. Itulah baju nikah, itulah baju makan beradab, itulah baju ambil gambar dekat pelamin. One outfit for one whole day. Haha kepam!

Pelamin, I went for engagement pelamin instead of wedding pelamin. Smaller and cheaper. Door gifts were little jars of honey because I love honey. Kad kahwin, design sendiri guna picknik.com. Sound system, guna speakers sendiri. Canopies and catering je Ummi insisted nak sponsor because she wanted Johorean food all the way from Muor.

No pre-wed. No dewan. No bersanding. No tepung tawar. No cake. No candy bar. No photo-booth. No kompang. No photographers. No videographers. Gather gambar yang kawan-kawan tagged dalam Facebook je. Serius gila.

Tak ada niat nak rock and roll atau melawan perkahwinan arus perdana it was just not within my budget. But no problem alhamdulillah, it was never an issue for me. Tak ada duit buat cara tak ada duit, as simple as that. To each his own, kan? Janji halal dan hidup. InsyaAllah.

Wednesday, 22 April 2015

Budak 12 tahun dirogoI lelaki 26 tahun baru kenal di WeChat

Posted By: TTO Admin - 22.4.15

MIRI – Tindakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun berjumpa kenalan yang baru dikenalinya menerusi aplikasi sosial WeChat membawa padah apabila dia dirogoI lelaki berkenaan di sebuah rumah di Tudan di sini kelmarin.

Murid tahun enam itu dipercayai baru seminggu mengenali suspek berusia 26 tahun tersebut sebelum keluar berdua-duaan menaiki Perodua Alza milik bapa lelaki terbabit untuk bersiar-siar.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mengikut aduan mangsa, dia telah dibawa oleh suspek ke rumah milik keluarganya sebelum melakukan hubungan seks pada malam kejadian.

Katanya, semasa melakukan perbuatan terkutuk itu, ahli keluarga suspek yang bekerja dengan syarikat minyak dan gas di sini tiada di rumah.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa mendakwa mengenali suspek melalui WeChat sebelum kedua-dua mereka mengatur pertemuan untuk kali pertama,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. - Kosmo!

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab