Thursday 31 October 2013

Kantoi: rakaman aksi mat bangla sedang meramas wanita dalam komuter

Posted By: TTO Admin - 31.10.13

Rakaman tidak senonoh lelaki bangladesh yang sedang asyik meramas seorang wanita berjaya diambil dalam sebuah komuter. Namun, melalui rakaman tersebut, wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda melawan ketika diraba. 

Menurut sumber dalam facebook, wanita tersebut juga adalah warga asing. Mungkinkah pasangan ini sedang hangat bermadu asmara?

Apapun, diharap wanita-wanita diluar sana berhati-hati ketika berada didalam komuter


Murid sekolah, 10 tahun maut terjun bangunan 10 tingkat atas "arahan cikgu"

Posted By: TTO Admin - 31.10.13
Pengawal berdiri bersebelahan dengan nota terakhir kanak-kanak lelaki 10 tahun itu. Nota tersebut telah diletakkan di pintu pagar sekolah oleh keluarga kanak-kanak itu. Gambar-AFP
BEIJING - Seorang budak lelaki di China berusia 10 tahun maut selepas bertindak terjun dari bangunan setinggi 30 tingkat kerana gagal menulis karangan kritikan terhadap dirinya sendiri seperti yang diminta oleh gurunya, lapor media tempatan hari ini.

Pelajar sekolah rendah itu telah diarahkan untuk mengarang permohonan maaf sepanjang 1,000 perkataan oleh gurunya atas kesalahan berbual dalam kelas, lapor China National Radio ( CNR ) yang memetik kata jiran kepada budak terbabit.

Guru itu didakwa mengarahkan budak tersebut melompat keluar dari bangunan selepas dia gagal untuk menyelesaikan tugas seperti yang diminta.

Dalam salah satu daripada buku teksnya turut ditemui nota, 'Cikgu, saya tidak boleh melakukannya. Saya cuba untuk mengelak beberapa kali apabila saya diarahkan untuk cuba melompat dari bangunan itu."

Kanak-kanak itu kemudiannya terjun dan menghempap sebuah kereta, berdekatan dengan tempat keluarganya tinggal, lapor West China City News.
Pengawal berdiri di sebelah banner "Kembalikan anak saya, Jelaskan kepada semua ibu bapa dan anak-anak" yang terpampang di pintu sekolah rendah kanak-kanak itu di Chengdu, China. - AFP
Ibu bapa kanak-kanak terbabit dan saudara-maranya telah mengadakan satu perarakan tunjuk perasaan dengan membawa sepanduk di luar pekarangan sekolah tersebut di bandar Chengdu. Sepanduk itu bertulis: 'Guru paksa anak kami terjun bangunan'.

"Siasatan polis masih dijalankan ," kata seorang pegawai ibu pejabat polis Jinjiang yang enggan mengulas lanjut.

Disiplin yang ketat dikenal pasti menjadi ciri yang paling penting bagi sistem pendidikan China sementara aspek budaya dan tradisi yang menuntut penghormatan terhadap pendidik seperti guru telah meletakkan kanak-kanak dalam keadaan tertekan. - AFP

12 Gambar enam unit rumah musnah dalam kebakaran di Flat PKNS, Jalan Kerinchi

Posted By: TTO Admin - 31.10.13
KL, 31/10/2013: Enam unit rumah di tingkat 17, Flat PKNS, Jalan Kerinchi di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4.40 petang tadi. Insiden ini dilaporkan berpunca dari salah sebuah kediaman di tingkat paling atas flat berkenaan.

Sebanyak 11 jentera bomba dikejarkan ke lokasi sekitar jam 5.36 petang bagi mengawal api dari terus merebak.

Setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Di bawah 12 Gambar  insiden kebakaran yang dikongsikan dalam media sosial dan forum:










VIDEO


Wednesday 30 October 2013

Selangor catat negeri paling banyak kes jenayah

Posted By: TTO Admin - 30.10.13

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Selangor menjadi negeri yang mencatatkan jumlah kes serta tangkapan jenayah tertinggi berbanding negeri lain dari Januari sehingga September tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 18,063 kes narkotik juga dilaporkan berlaku di negeri itu dengan 18,602 daripadanya membabitkan tangkapan terutamanya kesalahan pengedaran, pemilikan, penyalahgunaan dan penagihan dadah.

Bagi jenayah indeks pula, beliau memberitahu, Selangor mencatatkan sejumlah 32,348 kes sepanjang tempoh berkenaan, paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Daripada jumlah jenayah indeks itu, sebanyak 6,523 kes merupakan jenayah kekerasan membabitkan kes bunuh, rogol dan samun manakala 25,825 kes lagi merupakan jenayah harta benda iaitu kes curi, ragut dan pecah rumah,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) berhubung statistik setiap kes jenayah pecah rumah, ragut, rogol, pengedaran dan penyalahgunaan dadah mengikut kawasan ibu pejabat polis daerah dari 2008 hingga 2013.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, dalam tempoh tersebut, jumlah tangkapan bagi pelbagai kesalahan narkotik di seluruh negara mencecah 129,608.

Katanya, bagi jumlah kes jenayah indeks di seluruh negara pula, sebanyak 111,020 kes dicatatkan dalam Januari hingga September tahun ini.

Tuesday 29 October 2013

Pelakon Hairie Othman kini enggan terlibat dalam aktiviti pembangkang

Posted By: TTO Admin - 29.10.13

PETALING JAYA: Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat.

Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.

Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek seperti yang dijanjikan selepas PRU itu berakhir.

“Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya. -Mstar

21 Gambar Fizo Omar lamar Mawar di Pawagam

Posted By: TTO Admin - 29.10.13




TERGAMAM dan terkejut. Itu reaksi Mawar Abdul Karim apabila pandangannya tiba-tiba dipenuhi dengan cahaya lensa jurugambar yang memenuhi ruang pawagam secara tiba-tiba.

Mawar sebenarnya dijemput khas oleh aktor kacak, Fizo Omar untuk hadir ke pawagam Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam.

Namun, tanpa disangka Mawar, itu hanya helah kejutan Fizo buat dirinya.

Ini kerana bagaikan adegan drama, Fizo melangkah masuk bertemu Mawar yang masih terpinga-pinga dengan kejutan yang dilakukan dengan membawa sejambak bunga.

“Sudikah you menjadi pasangan sehidup semati I?”, begitulah ayat pertama yang terpacul daripada mulut Fizo tatkala melamar kekasihnya yang merupakan anak kepada pengusaha tudung Fareeda itu.

Jelas kelihatan gadis berusia 24 tahun itu tersipu malu ingin menjawab soalan bakal suaminya di hadapan kaum keluarga dan pihak media yang hadir pada majlis tersebut.

“Fizo beritahu, hari ini sepatutnya ada pelancaran untuk promosi kariernya, namun pada minit terakhir ia dibatalkan dan dianjak ke sebelah petang. Oleh kerana itu, dia mengajak saya menonton wayang sementara menunggu majlis tersebut.

“Pada mulanya memang saya akui tidak perasan apa-apa kelainan. Namun, setelah melihat Fizo muncul dalam tayangan tersebut, saya menjadi pelik.

“Saya terkejut sebenarnya dan tidak sangka Fizo akan lakukan kejutan begini. Saya juga sangat gementar ketika diajukan soalan (lamaran) oleh Fizo,” jelas Mawar tentang perasaannya selepas dilamar Fizo.

Bagi Fizo pula, selain ingin mengabadikan kenangan indah bersama bakal isterinya itu, dia juga ingin berkongsi momen istimewa tersebut bersama peminatnya.

“Saya sukakan kelainan. Saya memilih untuk melakukan dalam pawagam kerana ia sebenarnya sangat signifikan dengan diri saya yang menjadi seorang anak seni.


MAWAR langsung tidak menyangka Fizo melakukan kejutan buat dirinya.

“Mengenai video tersebut pula, setiap babak punya kisah tersendiri yang mengisahkan tentang saya dan Mawar.

“Diambil sebagai contoh, Hot Burger iaitu bisnes saya kini serta bagi Mawar pula tudung Fareeda.

Ada juga berbentuk iklan yang saya masukkan seperti Line, Drive M7, Celcom, Ducati yang mana saya merupakan duta kepada produk-produk tersebut,” tuturnya yang turut memberitahu bahawa video tersebut akan dimuat naik dalam laman YouTube kelak.







Restu keluarga
Memandangkan Fizo dan Mawar sangat rapat dengan keluarga mereka, maka segala keputusan yang dibuat juga di atas persetujuan keluarga kedua-dua pihak.

Usai majlis merisik yang berlangsung pada 26 Ogos lepas, Fizo dan Mawar bersetuju untuk bertunang sehari sebelum majlis pernikahan mereka.

“Jika ikutkan kami berdua tidak mahu bertunang dan terus berkahwin sahaja.

“Namun, mengikut nasihat dan adat kedua keluarga, kami ambil keputusan untuk bertunang juga. Insya-Allah jika semuanya berjalan dengan lancar, kami akan bertunang pada 9 November dan akan melangsungkan pernikahan pada keesokan harinya iaitu 10 November.

“Kedua-dua majlis tersebut akan diadakan di kediaman Mawar sendiri yang bertempat di Country Heights, Kajang, Selangor.

“Sebelum itu juga, akan diadakan majlis khatam al-Quran dan majlis berinai di tempat yang sama,” jelas Fizo yang masih belum merancang tentang majlis resepsi mereka.

Ujarnya lagi, tentang perancangan kasar majlis resepsi kelak, ia akan dilakukan dalam masa terdekat dan paling lewat berkemungkinan pada bulan Januari, 2014.

Berbicara mengenai lokasi pula, majlis tersebut bakal diadakan di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang serta Kelantan.

“Setakat ini kami tidak mempunyai sebarang tema untuk majlis tunang dan nikah. Hanya sederhana dan biasa sahaja, kerana itu kami memilih untuk mengadakan majlis tersebut di rumah dengan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak saudara.









DALAM hati Fizo kini dimiliki Mawar.

“Namun, Insya-Allah, mungkin ketika majlis resepsi kelak kami akan jemput lebih ramai orang,” tuturnya mengenai tema dan persiapan majlis.

Gurauan jadi kenyataan

Ditebak persoalan tentang awal perkenalan mereka, ujar Fizo, kisah cinta mereka bermula pada tahun lepas setelah jejaka dari Kelantan itu hadir ke pelancaran butik Fareeda di Bangi, Selangor.

Bicaranya lagi, setelah membeli beberapa helai tudung buat ibunya, Fizo sempat bergurau dengan mengatakan, selepas ini dia ingin membawa pulang model tudung Fareeda pula.

“Namun, setelah itu kami tidak berhubung selama setahun dan awal tahun bulan Mac atau April 2013 kami bertemu semula atas urusan kerja.

“Dari situ, kami mula rapat dan berkawan. Bagaimanapun, jujur saya akui, agak sukar untuk mendekati Mawar kerana sikapnya yang sangat tegas,” tutur Fizo yang mula rapat sejak enam bulan yang lalu.

Cerita gadis kelahiran Pulau Pinang itu pula, Fizo menjadi pilihan hatinya kerana pada mata gadis itu, Fizo merupakan seorang jejaka yang mementingkan keluarga.

Tambahnya, selain itu komitmen terhadap karier serta kesungguhan Fizo melembutkan hatinya membuatkan Mawar akhirnya akur dengan lelaki yang juga mendapat restu dan pilihan keluarganya itu.

Monday 28 October 2013

12 Gambar sekitar Majlis Persandingan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah

Posted By: TTO Admin - 28.10.13

Ashraf Muslim dan isteri kedua yang baru dinikahinya, Wan Sakinah baru sahaja melangsungkan Majlis Persandingan dengan tema berwarna hijau. Dibawah adalah 12 gambar yang dikongsikan kepada peminat. Melalui gambar juga, Wan Sakinah tampak berisi kerana beliau telahpun disahkan hamil. Zuriat yang lahir itu nanti merupakan anak pertama bagi Ashraf Muslim. Tahniah!


10 Gambar wajah suspek tembak pegawai bank Ambank dikenalpasti daripada akaun Facebook

Posted By: TTO Admin - 28.10.13

Suspek rompakan dan pembunuhan pegawai bank AmBank yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37  didakwa menggunakan kad pengenalan palsu telah dikenalpasti mempunyai akaun Facebook peribadi dengan nama Ardi Ode Putra Katela.

Melalui maklumat yang diselidik daripada akaun Facebook berkenaan, Ardi memang seorang warga Indonesia kerana status dan komen dalam Facebook beliau ditulis dalam bahasa kebangsaan negara itu. Malah, rakan Ardi yang mencecah lebih 4,000 orang rata-rata adalah daripada negara Indonesia.


Melalui akaun Facebook tersebut, Ardi telah memuatnaik banyak gambar-gambar miliknya sepanjang berada di Malaysia. Ardi adalah seorang ahli bina badan dan sering melakukan aktiviti fitness di Gym (Lihat gambar dibawah)

Melalui pemerhatian Tengoktvonline juga, Ardi sering memuatnaik status kata-kata berbentuk motivasi, hikmah dan agama. Perwatakan beliau amat bercanggah dengan kejadian rompakan dan pembunuhan yang memang salah disisi agama Islam.

Namun, Ardi juga melalui status dan gambar yang diupload sering menunjukkan kejayaan dan kekayaannya bekerja di Malaysia seperti gambar duit dalam jumlah yang agak besar. Namun, tidak dapat dipastikan duit itu milik Ardi atau hanya ingin menipu dan menunjuk-nunjuk dengan rakannya yang berada di kampung.

Maklumat seperti ini sudah tentu amat berharga dan memudahkan pihak Polis menangkap suspek kes bunuh yang amat kejam ini. Semoga mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya!




Sebelum ini, Ardi Hamza disahkan menggunakan IC Palsu. Dalam gambar dibawah dan captionnya, admin berpendapat Ardi hanya ingin menipu rakannya di Facebook dengan cuba menunjukkan kekayaan dan kejayaannya.

 

Gambar Wajah jelas Ardi Hamza









Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab