Sunday 31 August 2014

7 Gambar "Teaser" Proton Iriz didedahkan

Posted By: TTO Admin - 31.8.14



Melalui laman Micro Proton, http://www.betulbetulonz.com.my mendedahkan beberapa gambar model terbaru dalam dan luar rekabentuk proton Iriz, kereta kompak pertama syarikat itu.  Melalui laman tersebut jelas menunjukkan Proton Iris menekankan 2 aspek utama iaitu tahap keselamatan terbaik dan ekonomi bahan api, namun ditawarkan pada harga mampu milik.

Proton Iriz akan dikuasakan dua jenis enjin terbaharu dengan teknologi VVT dalam sesaran 1.3 dan 1.6 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 110hp dan tork 148Nm, selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 km/j. Proton Iriz juga akan dipadankan transmisi manual dan automatik, serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.

Seperti dalam gambar yang didedahkan, Proton Iriz dilengkapi dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan Hill Hold Assist, serta telah mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) dan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).










Saturday 30 August 2014

Punca sebenar pesawat Singapore Airlines hilang kawalan (7 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 30.8.14
Beberapa gambar tersebar berhubung nahas yang membabitkan pesawat SIA SQ308, penerbangan dari Singapura ke London. Namun sebenarnya kejadian itu berlaku pada tahun lalu, 26 Mei 2013.


Dalam kejadian itu, pesawat SIA itu telah terlibat dalam satu olakan udara (air turbulence) yang agak dahsyat. Pesawat tersebut telah jatuh lebih 20 meter akibat kehilangan altitud. 

Kesan daripada olakan tersebut menyebabkan kesan air kopi terpelanting sehingga ke siling kabin. mengakibatkan 11 orang penumpang dan seorang anak kapal mengalami kecederaan.

Salah seorang penumpang yang melihat air kopi 'tertumpah' ke siling kabin, telah merakamkan gambar tersebut dan menyiarkannya di Instagram miliknya.

Sebelum kejadian, juruterbang telah memberi amaran kepada para penumpang untuk mengenakan tali pinggang keselamatan dan anak-anak kapal yang sedang mengedarkan makan malam kepada para penumpang juga diarahkan agar berada di tempat duduk serta mengenakan tali pinggang keselamatan.

Ketika pesawat tersebut berada dalam olakan udara, apa-apa sahaja yang tidak terikat, termasuklah penumpang terpelanting dan menghentak siling kabin. Kesemua penumpang dan anak kapal yang cedera hanya dirawat sebaik-baik sahaja pesawat tersebut sampai ke Heathrow, London.

Lagi Gambar:







Video Keadaan Pesawat tersebut setelah mendarat:

Jawapan budak sekolah rendah yang luar biasa kuning

Posted By: TTO Admin - 30.8.14

Jawapan budak sekolah rendah ini sememangnya mengejutkan ramai orang yang melihatnya. Manakan tidak, jawapan peribahasa yang sepatutnya ditulis "bagai pinang dibelah dua" telah menjadi peribahasa baru iaiatu "tak sabar malam pertama".


Pemikiran budak zaman sekarang sememangnya semakin advance... Namun, hikmah disebaliknya... mungkinkah budak ini pengganti pemberita terkenal Karam Singh Walia yang dicari-cari selama ini?

Friday 29 August 2014

Awas! ejek isteri "GEMUK" boleh dijatuhkan hukuman Akta Keganasan Domestik!

Posted By: TTO Admin - 29.8.14

Seorang ahli politik dari parti Buruh di United Kingdom, Seema Malhotra menyatakan mana-mana suami yang memanggil isteri dengan panggilan ‘gemuk’ boleh dikenakan tindakan di bawah akta keganasan rumah tangga atau keganasan domestik.

Seema menjelaskan, memanggil isteri dengan gelaran sebegitu merupakan salah satu daripada penderaan mental dan psikologi yang perlu dihadapi mangsa.

“Kelakuan tersebut dianggap sebagai perbuatan yang boleh memberi kesan lebih buruk daripada serangan fizikal selain membuat para isteri menjadi takut dan terasa seperti ‘didera’ di rumah sendiri,” katanya memetik Daily Mail.

Menurut Seema lagi, terdapat kes di mana si isteri melarikan diri daripada rumah selepas trauma apabila teruk dikritik suami berhubung penampilan dirinya. -Agensi

Wanita dakwa anak saudara dibuli rakan hingga jari hampir putus! (5 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 29.8.14

Jari seorang murid perempuan darjah 1 hampir putus akibat dibuli oleh rakan sekolahnya. Perkara itu didedahkan oleh ibu saudaranya, Elena Sweets di laman Facebook.

Dalam kejadian yang berlaku pada waktu rehat di Sekolah PPR Lembah Subang, Petaling Jaya itu, mangsa tidak diberikan sebarang rawatan kecemasan atau dihantar ke klinik/hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sebaliknya luka di jari mangsa hanya dibalut dengan kain biasa.

Ibu mangsa yang bimbang dengan kecederaan yang dialami segera membawa anaknya ke klinik tetapi terpaksa dirujuk ke hospital kerana kecederaan yang amat teruk.

Menurut doktor, jika kecederaan pada jari mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh, jarinya terpaksa dipotong.

Elena mendakwa anak saudaranya dibuli oleh rakan sekolah berikutan mangsa asyik mengulangi cerita yang sama sepanjang seminggu terlantar di hospital. Lebih teruknya lagi, tiada seorang pun guru dari sekolah terbabit yang datang melawat apatah lagi menelefon untuk bertanyakan keadaan anak saudaranya itu.

Bagaimanapun, pihak sekolah menafikan dakwaan itu dan menyatakan mangsa bermain berseorangan sehingga terjatuh dan mengakibatkan kecederaan.

Menurut pihak keluarga mangsa, kes itu telah dibawa kepada PPD dan siasatan akan dijalankan. -

-Sumber

BERIKUT LUAHAN HATI ELENA SWEETS:

Kesian anak sdra aku..memang lahanat pihak Sekolah kebangsaan PPR Lembah Subang,PJ...dah bagi statement putar belit lagi nak dakwa.memang sial lah korang nh..anak sdara aku hampir hilang jari kot..pastuh korang putar belit kata anak sdara aku main sorang2 sampai jatuh..

weii pikir logik lah anak sdara aku makan tido makan tido lbih sminggu kat spital nh asyik cakap benda sama lagi korang nak putar belit citer...

Guru Besar cakap lain..cikgu cakap laen...memang gila punya undang2 bagi alasan cikgu x cukup bila keadaan budak2 x terkawal..9 org guru sekaligus beranak..xkan xde altenatif cari guru ganti..dah sah2 kena buli lagi nak tunding jari kat ibu bapa..memang kelaut lah korang wat keje..

kejadian tu waktu rehat tapi rawatan x dberikan..korang balut pakai kain jer macam xde otak nak dapatkan rawatan lbih lanjut bawak pgi klinik ke haper...Balik dari sekolah akak aku yg bwak pgi klinik..so kedaan teruk kena rujuk Hospital sampai skrang terlantar dah seminggu lebih..

Tunggu keputusan selanjutnya dan last keputusan dari dok jika xdapat pulih seperti sediakala terpaksa DIPOTONG..!!!!SORANG GURU pon xde amek taw hal nh..bukan kata CALL! DATANG JENGUK pon x!!!!!.main lepas tangan suruh pihak kami paham situasi kamu!!! Habis sampai nak kena potong lagi nak sruh diam?!!

Macam nh ke PERANAN seorang guru??????? Pihak sekolah?? Xde tanggungjawab!!!!! Cuba anak korang yg kena x sampai 3 hari satu msia dah bising!!!!





Luahan hati pelanggan berang penjawat awam keluar minum 10 Pagi

Posted By: TTO Admin - 29.8.14

Ikuti Luahan wanita ini yang berurusan di pejabat Kerajaan:

Baru-baru ini, saya berurusan dengan pejabat kerajaan. Namun urusan tidak dapat diselesaikan. Kerani di pejabat itu menyuruh saya datang semula pada pukul 10.30 pagi kerana orang yang dipertanggunjawabkan pergi minum dan akan balik sekitar waktu itu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Inilah antara masalah yang telah menjadi wabak dalam pejabat kerajaan.

Sejak bila ada tercatat di papan tanda pejabat pukul 10 adalah waktu minum? Ini waktu pejabat bukannya kursus anjuran agensi kerajaan yang memang mewah dengan jadual makan minum sebanyak enam kali sehari.

Namun inilah yang berlaku di kebanyakan pejabat kerajaan hari ini. Jika ditinjau di kedai makan sekitar waktu ini, kita boleh lihat ramai yang berpakaian pejabat minum dan berbual di situ.

Tidak bolehkah bersarapan sebelum masuk waktu pejabat? Kami pelanggan yang hanya mempunya masa yang suntuk untuk keluar menyelesaikan beberapa urusan dengan sektor kerajaan dan memerlukan perkhidmatan.

Malangnya, ada kakitangan awam yang tidak memikul amanah yang telah diberikan sebagai kakitangan kerajaan apabila tiada di tempat dan masa yang diperlukan oleh rakyat Malaysia seperti kami.

Sedangkan anda sudah tentunya dapat gaji di hujung bulan. CUEPACS jangan asyik minta bonus. Cuba atasi masalah pekerja yang keluar minum sesuka hati dan di waktu kerja sedangkan waktu rehat hanya sejam di tengah hari.

Puan Azrinaz Hashim, Petaling Jaya

Thursday 28 August 2014

Guru fail saman malu, anak murid buat cerita palsu pipi ditampar

Posted By: TTO Admin - 28.8.14

Guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Tanjung Tekong menafikan telah menampar pipi kanan anak muridnya.

Semalam Harian Metro menerbitkan artikel mengenai luahan bapa kepada pelajar tersebut, Jahurin Abdul Karim, 31 dengan tajuk "Pipi berbekas ditampar guru"

Menurut Jahuri, anaknya memberitahu bahawa dia ditampar guru kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Berikutan kejadian, Jahurin berkata, isterinya telah membuat laporan polis.

Namun melalui ruangan komen, pengguna Facebook Jamilah Mohd Yusof yang dipercayai kenalan guru tersebut mendedahkan kes itu tidak benar dan guru terbabit telah memfailkan saman malu.

Menurutnya lagi, murid tersebut sememangnya seorang yang nakal di sekolah. Tambah seorang lagi pengguna Facebook Norhashimah Ahmad, siasatan yang dijalankan oleh pihak sekolah mendedahkan murid itu menghidapi Alergik.




2 beradik koma masuk ICU selepas makan ubat disimpan lama dlm peti ais

Posted By: TTO Admin - 28.8.14

Seorang guru memuatnaik status mengenai kejadian anak muridnya yang telah dimasukkan ke ICU setelah pengsan berpunca daripada ubat demam yang disimpan dalam peti Ais.

Malah, adik kepada anak murid Cikgu Adi turut menerima kesan yang sama seperti abangnya.



Melalui update terkini Cikgu Adi, kedua-dua beradik itu akhirnya dapat diselamatkan dan kini dalam keadaan stabil di Hospital.


Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat ibu-bapa diluar sana agar sentiasa memeriksa ubat yang disimpan dipeti ais. Menurut cerita ibu dua beradik ini, ubat yang disimpan tidak sampai 3 bulan. Namun, doktor mengatakan ubat yang disimpan dalam tempoh yang lama boleh menjadi racun yang membunuh.

Gadis bertudung Besar mahu saman penyebar gambarnya di Media Sosial (4 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 28.8.14

Aimi Baharin, gadis yang menjadi popular setelah muncul di TV3 dengan fesyen tudung peliknya mengugut mahu menyaman pengguna media sosial yang menyebarkan gambarnya.

Ini berikutan ramai yang mengutuk beliau namun ada juga yang memujinya. Apapun, sebagai seorang muslimah apa sahaja gaya yang dikenakan perlulah menutupi aurat dengan sempurna.

Sebenarnya, gaya tudung begini memang stail kegemaran Aimi sejak dahulu dan mereka yang rapat dengannya sudah lama tahu.

Lagi gambar:





Perompak "Ambank" mati ditembak pengawal (6 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 28.8.14

Percubaan merompak sebuah bank untuk kali kedua di Jalan Sungai Dua hari ini digagalkan kerana seorang pengawal keselamatan telah menembak mati salah seorang suspek.

Tindakan pengawal keselamatan Ambank yang tidak diduga itu menyebabkan rakan perompak terpaksa melarikan diri dengan tangan kosong.

Kedua-dua perompak ini dipercayai adalah orang yang sama merompak bank berkenaan pada 29 Mei yang lalu dan mereka berjaya melarikan RM60,000 tunai.






Modus operandi mereka kali ini, menyimbah petrol dalam premis bank dan mengancam untuk membakar bank berkenaan jika permintaan mereka tidak dituruti.

Polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan memuji tindakan berani pengawal keselamatan yang mengambil tindakan yang pantas. - The Star.

Felixia Yeap naik angin dengan Harian Metro

Posted By: TTO Admin - 28.8.14

Felixia Yeap atau kini dikenali dengan nama Raisyyah Rania Yeap berang dengan berita yang diterbitkan tentang dirinya di dada akhbar tempatan, Harian Metro Online. Beliau mengatakan berita tersebut suatu fitnah kepada dirinya. Tulis beliau:

Wahai Harian Metro...TOLONGLAH JANGAN TULIS SEBARANGAN!!!!
Saya tak pernah kata apa yang ditulis pada tajuk artikel ni!!!
Ini fitnah!

Dan tolong jangan asyik kata saya ni "bekas model"...saya MASIH SEORANG MODEL!
Sejak bila saya dah bersara???
*MARAH*

Sebenarnya tiada yang pelik kerana begitulah tugas media yang pasti menambah perencah ke dalam artikel agar menarik lebih banyak pembaca.

Bayi melecur terkena air panas dimandikan jururawat (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 28.8.14

SERI MANJUNG – Kegembiraan pasangan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menimang cahaya mata keempat di Hospital Manjung di sini kelmarin bertahan tujuh jam sebelum bayi lelaki tersebut kemudian melecur di badan terkena air panas didakwa angkara kecuaian jururawat di hospital itu.

Bayi malang yang dilahirkan pada pukul 12.20 tengah malam itu melecur ketika seorang jururawat berusia lingkungan 40-an memandikan bayi itu pada pukul 7 pagi.

Bapa bayi itu, Pegawai Waran 1, TLDM Lumut, Abdul Malek Jumat, 42, berkata, bayi yang belum diberi nama dengan berat badan 3.31 kilogram dilahirkan secara normal selepas isterinya, Sarjan Jamaliah Mohd. Diah, 39, dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 8 pagi kelmarin. -Kosmo Online

Budak 8 tahun mati didera ibu tiri gara-gara curi biskut (2 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 28.8.14
Roua, 8 tahun

Riyadh: Seorang wanita mendera anak tirinya yang berusia lapan tahun hingga mati semata-mata kerana biskut.

Polis menahan wanita berkenaan, Kolthoum, selepas doktor mengesahkan anak tirinya, Roua, mati kerana cedera terus akibat didera.

Abang Roua, Ahmed, 11, juga dipukul wanita itu selepas mencuri biskut tetapi dia berjaya diselamatkan selepas dikejarkan ke hospital.

Di hospital, Ahmed berkata, dia dan adiknya mengambil beberapa keping biskut disebabkan tidak boleh tidur kerana lapar.

Ahmed, 11 tahun

Keesokannya, ibu tiri mereka menyerbu bilik mereka selepas mendapati biskut itu hilang.

Wanita itu mengarahkan kedua-dua beradik itu mengelilingi kawasan belakang rumah tanpa memakai kasut ketika panas terik.

Ahmed dan Roua kemudian diarah berdiri satu kaki tetapi kanak-kanak perempuan itu tidak berdaya lalu rebah.

Wednesday 27 August 2014

Wanita dibelasah suami gara-gara periksa Whatsapp tanpa kebenaran!

Posted By: TTO Admin - 27.8.14

Subang Jaya: Bahana WhatsApp. Itu nasib malang menimpa seorang wanita yang sedang sarat mengandung tujuh bulan apabila kepala dihentak, rambut ditarik dan dibelasah suaminya di kediaman mereka USJ 8, hanya kerana dia memeriksa telefon bimbit suaminya tanpa kebenaran.

Tindakan kejam lelaki berusia 30-an itu berpunca selepas isterinya, 37, membaca perbualan antara dia dengan rakannya dalam WhatsApp.

Dalam kejadian jam 7 pagi Jumaat lalu, mangsa tergerak hati untuk memeriksa telefon bimbit milik suaminya, namun tindakannya itu disedari menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka selama beberapa minit.

Menurut sumber, pertengkaran itu bertukar ganas apabila suami mangsa yang gagal mengawal kemarah bertindak menarik rambut dan menghentak kepala isterinya ke dinding sebelum menolaknya sehingga terjatuh.

Sumber berkata, mangsa yang masih tidak berpuas hati turut mengambil lampu tidur dan cuba menghentak ke badan isterinya, namun membatalkan hasratnya selepas seorang lagi anak mereka yang sedang tidur terjaga dan menangis.

Bimbang kejadian sama berulang, mangsa membuat laporan di Balai Polis USJ8.

Sementera itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Kredit: MyMediaHubOnline

Pemandu Vios pusing-pusing di tengah lampu isyarat kerana 'stress' dibuang kerja (Video)

Posted By: TTO Admin - 27.8.14

Kuala Terengganu: Tertekan dibuang kerja, seorang lelaki menimbulkan kekecohan apabila berpusing-pusing dengan keretanya di tengah lampu isyarat sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain dalam kejadian di Jalan Sultan Omar, di sini, semalam.

Malah sebelum itu, lelaki berusia 23 tahun itu turut melanggar sebuah kereta Suzuki Swift dipandu seorang wanita berusia 27 tahun di hadapan sebuah Hotel Grand Continental Kuala Terengganu pada jam 8.50 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Halim Mohd Ishak berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu itu yang memandu Toyota Vios tersalah jalan apabila memasuki jalan sehala lalu bertembung dengan Suzuki Swift itu.

Beliau berkata, sebaik kemalangan berlaku, pemandu Toyota Vios itu terus berlalu tanpa mengendahkan kereta dilanggarnya.

Lelaki itu yang dipecat di Johor Bahru ditahan polis. -myMetro

VIDEO :-


Gara-gara marahkan handphone rosak, anak bakar rumah pusaka

Posted By: TTO Admin - 27.8.14

KUCHING - Gara-gara telefon bimbit tidak boleh dibaiki, seorang pemuda bertindak di luar batasan dengan membakar rumah pusaka peninggalan arwah ibunya dalam kejadian di Kampung Lereng Bukit di Miri kelmarin.

Ekoran kejadian pukul 9 malam itu, kira-kira 20 penghuni di dalam rumah yang dibina separuh konkrit tersebut tinggal sehelai sepinggang.

Turut musnah dalam kebakaran itu ialah sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah Toyota Wish milik penyewa di rumah tersebut. Seekor kucing peliharaan penghuni rumah itu juga nyaris mati rentung.

Bapa kepada lelaki yang berusia 27 tahun itu, Awang Chek, 63, berkata, sebelum kebakaran, dia bersama anak bongsunya itu pergi ke sebuah kedai telefon untuk membaiki telefon Samsung anaknya yang rosak namun pemilik kedai itu memaklumkan telefon tersebut tidak boleh diperbaiki.

"Anak saya hampa dan semasa dalam perjalanan pulang menunggang motosikal, dia sangat marah dengan mengeluarkan kata-kata ugutan termasuk mahu membakar rumah. -Kosmo Online

Punca kereta rempuh medan selera Mydin Jasin (9 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 27.8.14

Satu kemalangan berlaku semalam di Mydin Jasin Melaka apabila sebuah kereta model Honda City terbabas lalu merempuh kiosk medan selera di pasaraya itu.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada pemandu yang tersalah masuk gear lalu menyebabkan kereta meluru ke hadapan.

Gambar-gambar tersebar di media sosial turut disertakan dengan caption "Drive Thru Mydin Jasin".

Lagi Gambar:









Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab