Tuesday, 16 July 2013

Tangan kiri hancur belerang mercun buatan sendiri meletup

Posted By: TTO Admin - 16.7.13
Keadaan tangan kiri seorang pemuda yang hilang beberapa jari setelah mercun buatan sendiri meletup dalam genggamannya di Kota Bharu, Sabtu lalu.

KOTA BHARU - Tindakan seorang pemuda membuat uji kaji dengan menyumbat belerang daripada pelbagai jenis mercun ke dalam batang besi payung hampir menyebabkan tangan kirinya kudung apabila 'bahan uji kaji' itu meletup ketika dalam genggamannya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang beberapa hari lalu mengakibatkan pemuda berusia lingkungan 20-an putus jari tengah dan manis manakala tapak tangannya turut terkoyak.

Menurut sumber, sejurus selepas kejadian pemuda itu dibawa ke sebuah hospital di bandar ini untuk menerima rawatan ekoran kecederaan parah yang dialami.

"Pemuda itu memaklumkan bahawa insiden itu berlaku ekoran belerang yang disumbat di dalam batang payung meletup.

"Dia memasukkan belerang dalam batang besi payung dan ketika hendak memampatkan bahan tersebut, tiba-tiba belerang itu meletup sehingga mengenai tangannya," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut sumber itu lagi, pemuda itu melakukan perbuatan tersebut bersama beberapa rakannya namun hanya dia seorang yang mengalami kecederaan.

Kejadian kecederaan akibat letupan mercun itu merupakan yang pertama berlaku di negeri ini seminggu selepas umat Islam menyambut Ramadan. -Utusan

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab