Gempar dengan berita yang tersebar luas mengenai 7 wanita meninggal dunia setelah menyedut minyak wangi free yang dikirim kepada mereka. Ternyata berita tersebut palsu dan pihak polis telah mengeluarkan kenyataan media untuk menjawab berita yang tidak berasas tersebut!
"Berita palsu yang disebarkan di laman sosial" |
Kenyataan Media Pihak Polis bagi menjawab berita palsu tersebut |
Sikap rakyat Malaysia yang memang sukar untuk diubah ialah menerima berita tanpa usul periksa. Apatah lagi dengan kewujudan media sosial yang mudah untuk berkongsi bahan cerita, maka lebih mudah untuk penyebaran berita yang tidak tahu pucuk pangkalnya.
Untuk pengguna media sosial beragama Islam juga turut tidak terkecuali, bahan-bahan fitnah turut menjadi berita yang diterima bulat-bulat malah tidak takut untuk menekan butang share atau retweet. Semoga selepas ini, sebarang berita yang meragukan dan tidak masuk akal, kita cuba semak dan periksa kesahihannya.
KONGSI
& Komentar
Tweet