Sunday, 21 July 2013

KAMI tolong jawab isu Video Calon PAS, Che Long sekiranya jadi wakil rakyat

Posted By: TTO Admin - 21.7.13

Tarikh pembuangan undi semakin hampir untuk untuk PRK Kuala Besut iaitu pada 24 Julai 2013. Sesi kempen kedua-dua calon semakin hangat. Namun, satu video mampu untuk mematahkan kempen di Kem PAS yang dimainkan oleh kem BN iaitu temuramah calon PAS, Azlan Che Long mengenai pendapat spontannya jika beliau berjaya menjadi wakil rakyat.

Sesiapa sahaja yang melihat Video ini pasti rasa terkilan. Dalam kenyataan media itu,  Che Long yang merupakan seorang kontraktor Kelas A, dilaporkan berkata, beliau akan mengupah orang untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika beliau dipilih oleh pengundi pada PRK ini untuk membolehkan beliau memberi tumpuan kepada perniagaannya.


“Saya akan keluar sikit-sikit untuk berniaga, saya ada banyak kerja sekarang. Satunya, saya ada trading…di Kota Bharu itu…izinlah saya untuk kerja.Kalau saya keluar kerja pun, kerja yang saya perlu uruskan sebagai tok wakil (wakil rakyat) akan diteruskan oleh orang lain. Saya akan gaji dia, saya akan buat kerja saya, saya akan berceramah,”

Selepas tersebarnya video tersebut, PAS telah mengambil langkah dengan tidak membenarkan Che Long membuat kenyataan secara spontan kepada media. Langkah ini turut mendapat kritikan kerana rata-rata rakyat mahu melihat seorang calon yang pandai memberi hujah sendiri. Namun, langkah ini juga dilihat untuk kebaikan calon PAS itu sendiri.


Terkini, KAMI turut memberi ulasan dengan mempertahankan Calon PAS melalui video yang dikatakan dimanipulasi oleh ramai pihak. Keratan akhbar dibawah:

KUALA TERENGGANU – Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) Terengganu terkilan dengan video kenyataan calon Pas, Endut@Azlan Che Long yang dimanipulasikan dan disebarkan di internet sehingga mengelirukan ramai pihak.

Video itu dikaitkan dengan janji beliau sekiranya pengundi Kuala Besut memilihnya menjadi wakil rakyat, gaji diterimanya tidak akan diambil, sebaliknya disalurkan ke dalam satu tabung supaya boleh dimanfaatkan rakyat, manakala pengurusan tabung diserahkan kepada petugas yang amanah untuk mengendalikannya.

Pengerusi Kami Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, kaedah putar belit itu dilakukan pihak lawan disifatkan berniat jahat dan mengelirukan pengundi.

“Kaedah ‘swing’ untuk putar belit isu oleh tukang edit video dengan cara ambil ucapan sekerat-sekerat kemudian kelirukan maksud dengan berniat jahat adalah lumrah.

“Kononnya Che Long jika dipilih sebagai wakil rakyat akan melantik petugas untuk menguruskan kerja wakil rakyat, sementara beliau sendiri akan terus sibuk dengan urusan perniagaannya di Kota Bharu,’ katanya. Sinar harian

Semoga perjalanan PRK Kuala Besut yang diadakan di bulan mulia ini berjalan dengan lancar. Rakyat Kuala Besut mempunyai hak untuk memilih calon yang sesuai dalam pertandingan dua penjuru ini. Selamat mengundi!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab