Monday, 15 July 2013

Alvin dan Vivian hina Ramadhan berdepan hukuman penjara, denda RM50 Ribu

Posted By: TTO Admin - 15.7.13

Pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee, masih lagi dalam sesi soal siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dijangka berakhir lewat petang ini.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri Dzulkarnain Mohd Yasin berkata, sedang mengambil keterangan daripada kedua-dua saksi bagi melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

“Mereka masih lagi disoal siasat, mereka hadir ke sini untuk memberi keterangan. Buat masa ini kami masih tidak lagi boleh memberi kenyataan sehingga proses siasatan selesai.

“Dan seterusnya kami sebagai agensi penguatkuasaan dan badan yang menyiasat kes ini di bawah peruntukan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia akan cuba melengkapkan kertas siasatan kami secepat yang mungkin.

“Selanjutnya akan menyerahkan kertas siasatan untuk dirujuk Jabatan Peguam Negara, untuk mereka lihat sama ada keterangan keduanya mencukupi atau tidak untuk mendakwa,” katanya ketika ditemui pemberita.

Gambar ucapan "Selamat Berbuka Puasa" yang memaparkan hidangan Bak Kut Teh dan logo halal
Terdahulu, pasangan kontroversi tersebut tiba di pejabat SKMM, Jalan Raja pada pukul 10.45 pagi tadi untuk memberi keterangan kerana mempersenda bulan Ramadan dengan memuat naik gambar bak kut teh (sup babi) di laman Facebook mereka beberapa hari lalu.

Lebih memburukkan lagi keadaan pasangan itu meletakkan logo Halal pada gambar tersebut sekaligus mengundang kemarahan umat Islam.

Tambah Dzulkarnain, pasangan tersebut yang diambil keterangan kerana didapati menyalahgunakan kemudahan sosial dan berdepan dengan hukuman penjara selama setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Sementara itu, Penasihat Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman pula menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan provokasi dengan menyebarkan apa-apa berkaitan isu tersebut serta bagi menghormati bulan Ramadhan.

“Tolong jangan sebarkan apa-apa dalam rangkaian media sosial, tolong jangan ‘share’, tolong jangan ‘post’ apa-apa yang menyalahi undang-undang.

“Sekiranya anda dapati ada unsur seperti menyinggung atau mempersenda di laman sosial, sila laporkan kepada SKMM atau facebook administrator,” katanya.

Keseluruhan siasatan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari.-Antarapos


Artikel berkaitan

1) Alvin & Vivian memohon maaf. Masih tegaskan motif "berjenaka" - http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/07/alvin-vivian-memohon-maaf-masih.html

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab