Wednesday 30 April 2014

(Gambar) Identiti pelakon Malaysia mabuk di Sydney didedahkan peminat?

Posted By: TTO Admin - 30.4.14

Sudah tentu peminat dunia hiburan tertanya-tanya siapakah gerangan artis yang dikatakan mabuk dalam gosip hangat yang dikeluarkan oleh ERA.FM. Dalam gosip itu, seorang pelakon wanita kacukan Inggeris berketurunan Melayu dikatakan berperangai kurang sopan apabila menjerit-jerit dalam keadaan mabuk.

Jika anda belum membacanya:
Satu gosip paling juicy kami terima dari jauh. Seorang pelakon wanita kacukan Inggeris dilaporkan mabuk di Sydney! Menurut sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.

Apa yang lebih memalukan, aksi buruk pelakon wanita berketurunan Melayu itu turut disaksikan oleh Konsulat Malaysia, yang kebetulan berada di dalam restoran tersebut! Haih, apa nak jadi dengan kamu ni? Ingatkan dah insaf selepas kemalangan jalanraya pada tahun lalu akibat pengambilan alkohol berlebihan. Rupa-rupanya masih berperangai lama!

Menurut sumber lagi, pelakon tersebut berada di Sydney lebih kurang 12 hari bersama seorang lagi pelakon wanita yang juga seorang kacukan dan baru memenangi anugerah baru-baru ini dan krew-krew pengambaran sebuah siri drama bukan terbitan Astro. Rakan pelakon tersebut turut dilaporkan bengang dan kecewa dengan perangai rakannya itu yang dianggap tidak profesional. Pengambaran drama tersebut telah pun tamat pada minggu lalu dan mereka kini sudah pulang ke Malaysia.

Kepada pelakon wanita yang dimaksudkan ini, cukup-cukuplah berperangai sedemikian. Bila lagi nak berubah perangai baik dan kembali sopan? Bukan niat kami ingin mengaibkan pelakon wanita ini tetapi kelakuan kurang sopannya ini boleh mencalar nama baik negara kita serta produksi pengambaran yang terlibat! Sumber- ERA.FM
Akhirnya, satu komen peminat dalam laman web hiburan terkenal Rotikaya mendedahkan nama pelakon tersebut. Siapakah gerangannya?

Tuduhan peminat. Sumber: Rotikaya


Julia Ziegler!



Apa yang menarik, melalui gambar-gambar di dalam Instagram Oyamakeupartis dan Instagram Julia Zielger sendiri menunjukkan lokasi yang selari dengan gosip yang bertiup kencang itu.

Namun, selagi tiada bukti yang sahih gosip itu masih dianggap liar dan boleh menjejaskan kerjaya pelakon itu. Sememangnya menjadi artis, banyak mata yang akan sentiasa memandang gerak geri mereka.

Apapun, kita tunggu penjelasan tuan empunya badan yang dituduh kerana maklumat dari sebelah pihak sukar dibuktikan kebenarannya.

Sumber Info: Era.FM, Rotikaya, & Brotherassam

Julia Ziegler berada di Sydney

Punca pelajar Tingkatan 3 Sek Men Agama Rawang mati dibelasah rakan

Posted By: TTO Admin - 30.4.14


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11.00 malam itu.


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

"Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden asrama sekolah untuk membawa mangsa ke hospital tetapi mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Gambar Hiasan
Beliau berkata, rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah menghantar pasukan khas bagi menyiasat kes kematian pelajar berkenaan.
Beliau berkata, kementerian merasa amat dukacita dengan insiden itu dan akan menjalankan siasatan sepenuhnya.
"Pasukan dari KPM telahpun diarahkan...pegawai kita sedang bekerjasama dengan pihak polis.

"Ia sudah menjadi kes polis, jadi biar polis jalankan siasatan, tapi di pihak KPM kita juga akan memastikan siasatan sepenuhnya dijalankan untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014 di sini hari ini. -Bernama

"Kami hanya beromen je" Luahan hati gadis ketika diserbu di hotel bajet (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 30.4.14

Sungai Petani: “Saya hanya brasmara saja dengan dia (teman lelaki) dan bukannya melakukan hubungan s*ks pun.”

Begitu alasan memualkan seorang gadis berusia 21 tahun apabila ditahan bersama pasangan lelakinya di dalam bilik sebuah hotel murah, semalam dalam operasi bersepadu syariah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) bersama beberapa agensi lain.

Gadis itu dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan jam 2 pagi antara tujuh pasangan yang dicekup kerana berdua-duaan di dalam bilik di beberapa buah hotel sekitar bandar ini dalam serbuan berasingan.

Ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kulim terbabit hanya berbaju-T dan bertuala ditemui bersembunyi di belakang pintu ketika teman lelakinya membuka pintu selepas diketuk berulang kali oleh pegawai penguat kuasa. 


Gadis itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel yang disewa teman lelakinya pada harga RM30 semalam kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas dimarahi bapanya akibat gagal membayar ansuran motosikalnya selepas berhenti kerja di sebuah kilang.

“Selepas dimarahi bapa, saya keluar dari rumah dan menunggang motosikal datang ke rumah ibu saudara di Sungai Petani, tetapi disuruh pulang walaupun saya enggan berbuat demikian lalu menelefon teman lelaki agar menyewa sebuah bilik hotel.

“Saya dan dia (teman lelaki) tidak buat apa-apa pun, cuma ringan-ringan saja sebelum kena serbu,” katanya ketika disoal selepas ditahan, namun mengaku pernah tidur bersama beberapa kali sebelum ini.-myMetro

Resit makan cecah RM17,017 tersebar, jurucakap restoran kata perkara biasa!

Posted By: TTO Admin - 30.4.14


“Bil makan tengah hari RM17,017?” Itu perkara biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini.

Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.

"Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali.

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.

Bil yang menjadi bualan hangat

Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat.

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

"Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya jurucakap itu lagi. -Harian Metro

Tuesday 29 April 2014

(3 Gambar & video) Lagi enjin pesawat komersial terbakar di udara pagi tadi

Posted By: TTO Admin - 29.4.14

PERTH: Sebuah pesawat berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth, pagi ini selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island.

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.


Percikan api ketika di udara


Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiba anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas.

"Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya. - ABC News / BH


Rakan dedah kisah sebenar kubur jenazah wanita bercahaya

Posted By: TTO Admin - 29.4.14

Kisah sebenar kubur wanita bercahaya - Selepas heboh berita mengenai kejadian pelik melibatkan Jenazah Allahyarham Haslinatul Adzlin di Tanah Perkuburan Changkat Jering, satu demi satu keluarga terdekat menceritakan pengalaman mereka ketika berada di sisi jenazah.

Terbaru, seorang rakan sejak dari sekolah lagi meluahkan pendapat beliau yang amat kontra dengan cerita-cerita sebelum ini. Menurut beliau, kubur tersebut bercahaya kerana pantulan cahaya matahari di papan penghadang tanah. 

Menurutnya lagi, gambar tersebut sengaja diedit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab agar lebih sensasi. Baca penuh pengalaman beliau:


Walaubagaimanapun, kesahihan cerita rakan beliau ini juga tidak dapat dipastikan.

Fiza Elite dedah punca sebenar penceraian dengan Adam AF

Posted By: TTO Admin - 29.4.14

SHAH ALAM: Pelakon Fiza (Elite) mendedahkan, laman sosial Instagram antara penyebab berlakunya perceraian antara dia dan suaminya iaitu Adam (AF2).

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, ia bermula apabila pengikut-pengikut Instagram miliknya mula mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosial itu dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian.

"Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

"Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah.

"Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami," katanya.


Fiza sedia menerima Adam sekiranya masih lagi ada jodoh di antara mereka.

Fiza berkata demikian ketika ditemui selepas perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fiza dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Rumah tangga mereka hanya kekal tujuh bulan sahaja.

Dalam pada itu, Fiza berkata hubungannya dengan Adam mula goyah sejak empat bulan lalu namun dia menafikan khabar angin kononnya masalah itu berpunca kerana Adam tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.

Adam sebak ketika bertemu pemberita

Malah Fiza turut menafikan ada pihak ketiga yang membuatkan hubungan antara mereka retak.

"Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai menjalani pembedahan pintasan di IJN (Institut Jantung Negara).

"Macam-macam spekulasi yang timbul dan apabila ada pihak mengatakan saya minta cerai kerana Adam tidak ada duit, itu mengarut. Isu itu timbul apabila ada masalah bayaran antara saya dan hospital. Sedangkan ketika itu, Adam turut membantu menghulurkan wang agar ayah saya dapat menjalani pembedahan dengan segera," tuturnya.

Tambah Fiza, keputusan cerai itu dibuat atas persetujuan bersama dan dia tidak menolak sekiranya mereka disatukan semula sekiranya masih lagi ada jodoh.

Pasangan itu telah bernikah pada 26 September 2013 hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam. -mStar

Monday 28 April 2014

Syarikat Eksplorasi dakwa temui bangkai pesawat MH370! (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 28.4.14

Sebuah syarikat penerokaan berpangkalan di Adelaide percaya mereka telah menemui bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370, 5000KM jauh dari jarak pencarian pihak berkuasa.

Syarikat GeoResonance berkata kajian mereka mengenalpasti elemen-elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan dari sebuah kapal terbang.

Setelah enam minggu berlalu semenjak MH370 hilang, operasi pencarian di Lautan Hindi masih menemui jalan buntu.

Menurut Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengatakan penemuan serpihan pesawat di permukaan laut adalah amat tipis.

Tambah beliau lagi, kini usaha ditumpukan ke atas pencarian di dasar lautan.

Namun, GeoResonance percaya kawasan pencarian yang difokuskan oleh pihak berkuasa adalah salah. Syarikat itu juga mengatakan mereka sendiri telah memulakan operasi pencarian pada 10 Mac yang lalu.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear , kapal selam ... pasukan kami di Ukraine memutuskan kami perlu mencuba dan membantu ," kata David Pope dari GeoResonance .

Syarikat itu telah meninjau 2,000,000 KM persegi zon kemungkinan pesawat terhempas berdasarkan imej yang diperolehi dari satelit dan data pesawat.

Ahli-ahli sains kami menumpukan usaha mereka di utara lokasi terakhir penerbangan yang diketahui , dengan menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear.

Mereka seakan tidak percaya apa yang mereka telah temui di Teluk Bengal.

Lokasi Penemuan Bangkai Pesawat - Bengal Bay


"Pasukan kami sangat teruja apabila mendapati ia adalah adalah bangkai sebuah pesawat komersil," kata Encik Paus.

Pavel Kursa dari GeoResonance memberitahu 7News : "Kami mengenal pasti unsur-unsur kimia dan bahan-bahan yang boleh didapati pada sebuah Boeing 777 ... ini adalah aluminium , titanium , tembaga , aloi keluli dan bahan-bahan lain . "

Satu laporan awal telah dihantar kepada pihak berkuasa manakala kotak hitam masih mempunyai dua minggu punca kuasa bateri.

Imej-imej yang menunjukkan unsur-unsur kimia dikesan dimana syarikat itu percaya ia adalab kawasan terletaknya pesawat MH370.

Penemuan pasukan itu kemudian disahkan dengan menganalisis imej dari kawasan yang sama pada 5 Mac, tiga hari sebelum pesawat itu hilang.

"Bangkai itu tiada sebelum kehilangan MH370 ," kata Encik Paus.

Laporan penuh telah dihantar pada 15 April.

“Kami cuba untuk tidak mengatakan bahawa ia adalah kepastian pesawat MH370 , bagaimanapun ia adalah satu petunjuk yang kami rasakan perlu disusuli," Encik Paus memberitahu 7News .

7News cuba menghubungi penyelaras syarikat pencarian itu, Angus Houston hari ini tetapi gagal mendapatkan maklum balas. - Sumber: 7News , Terjemahan TengokTVonline

11 Gambar pesawat ringan terhempas di taman perumahan, Kota Bharu

Posted By: TTO Admin - 28.4.14
Sebuah pesawat ringan jenis Piper Worrior 2 milik Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific (APFT) dilaporkan hilang kawalan dan terhempas di Taman Kurnia, Kota Bharu, jam 12.30 tengah hari tadi.

Juruterbang pelatih berusia 20 tahun ditemui cedera parah tersepit sebelum sebelum dikeluarkan oleh pihak bomba. Juruterbang tersebut telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11.








Sumber Gambar: Facebook Bomba Malaysia, Twitter

Fiza Elite dan Adam AF sah bercerai

Posted By: TTO Admin - 28.4.14

Selepas beberapa kali menafikan berlaku keretakan rumahtangga, penyanyi dan pelakon terkenal, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, atau lebih dikenali sebagai Fiza Elite akhirnya sah bercerai secara fasakh dengan suaminya, Adam AF sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi.

Lafaz itu dibuat oleh Adam pada jam 1.05 tengah hari dihadapan Hakim, Mohd Nazri Basrawi secara tertutup.

Sebelum itu, Fiza mengemukakan permohonan lisan agar prosiding dijalankan secara tanpa kehadiran wartawan.

“Saya seorang ‘public figure’ dan tidak mahu masalah rumah tangga diketahui awam,” katanya.

Adam kelihatan sebak manakala Fiza yang memakai jubah dan selendang hitam kelihatan tenang.

Fiza dan Adam melangsungkan perkahwinan pada 26 September 2013 selepas dua bulan berkenalan.

Perkahwinan yang berusia tujuh bulan ini merupakan yang kedua bagi Fiza.

Sebelum ini, bekas penyanyi kumpulan Elite itu bercerai dengan Ahmed Fariq Zainul Abidin pada 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata. -Sinar Harian

Punca sebenar Pengantin Perempuan meninggal dunia 3 Jam sebelum bersanding

Posted By: TTO Admin - 28.4.14


Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya, dekat sini hari ini.

Junaida Jamaludin, 29, yang baru diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, malam tadi, ditemui tidak bernyawa oleh ahli keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30 pagi.

Lebih menyedihkan, kematian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang dijangka bermula pada pukul 11.30 pagi dengan jemputan seramai 900 orang.

Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala.

Sebahagian daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik sahaja sampai di dewan berkenaan yang 'suram', sebelum mengetahui berita kematian tersebut.

Abang Junaida, Kamarul Affendy, 38, berkata, segala persiapan telah siap sepenuhnya dan mereka sekeluarga hanya menunggu persandingan kedua-dua mempelai disempurnakan sahaja.

Namun katanya, takdir telah mendahului mereka apabila adik bongsu daripada empat beradik itu telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri.


"Kami semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu kerana ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap dan kami hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan bersanding di pelamin yang dihias indah.

"Namun semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik telah meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami jadikan sebagai kenduri arwah sahaja," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menceritakan kejadian itu, Kamarul Affendy memberitahu, Junaida gagal dihubungi ahli keluarga yang lain ketika mereka sekeluarga mahu ke dewan untuk persiapan terakhir.

"Kami semua sepatutnya berada di dewan itu pada pukul 9 pagi dan ada ahli keluarga yang lain cuba menghubungi adik namun panggilan tidak berjawab.

"Kami kemudian ke biliknya dan kami sangka dia tidur kerana terlalu letih ekoran majlis malam tadi, namun semuanya berubah apabila menemukan dia tidak sedarkan diri," katanya. -UTUSAN

(Gambar) Anak dibiar tidur, emak layan teman lelaki di hotel bajet

Posted By: TTO Admin - 28.4.14
ANAK lelaki janda (kanan) lena tidur ketika pemeriksaan dilakukan.

Melaka: Tindakan seorang janda membawa anak berusia lima tahun ketika berkhalwat dengan teman lelakinya terbongkar selepas mereka ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai, Batu Berendam, semalam.

Difahamkan, dalam serbuan jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 33 tahun dari Kuala Lumpur itu membawa anak lelakinya ketika ditahan bersama pasangannya berusia 43 tahun.

Menurut sumber, ketika pemeriksaan pasangan itu cuba menyembunyikan status mereka dengan mengaku sudah berkahwin sebelum diserahkan kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

“Sebaik pintu bilik diketuk anggota polis, seorang lelaki membuka pintu dan mengaku sudah berkahwin serta mempunyai anak.

“Namun, apabila kita membuat siasatan awal, mereka gagal menunjukkan bukti pernikahan sebelum mengaku baru saja berkenalan dan belum berkahwin,” katanya, semalam. -Harian Metro

Al-Fatihah - Pelakon veteran Sidek Hussain meninggal dunia

Posted By: TTO Admin - 28.4.14

Kuala Lumpur : Pelakon veteran Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11.55 malam tadi, akibat kanser tahap empat.

Sidek dimasukkan ke HKL pada 30 Mac lalu sejurus pengsan di ibu negara ketika membeli barang untuk cucunya dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan ketumbuhan pada pipinya sejak lebih tiga dekad lalu itu sejenis kanser pada bulan ini.

Ketumbuhan yang mencapai berat dua kilogram itu pada peringkat permulaannya muncul ketika Sidek berusia dalam lingkungan 20-an.

Pada Jun lalu, Sidek sempat mengerjakan umrah dan dia mengalami susut berat badan serius serta semakin lemah berikutan hilang selera makan. 

-Al Fatihah

Saturday 26 April 2014

(14 Gambar) Fizz Fairuz & Almy Nadia sah bergelar suami isteri

Posted By: TTO Admin - 26.4.14

Pasangan selebriti yang banyak menempuh kontroversi sepanjang perhubungan mereka iaitu Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah selamat bergelar sebagai suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang telah diadakan di kampung halaman pengantin perempuan di Pulau Pinang.

Almy Nadia dan Fizz Fairuz pada tengahari tadi telah melangsungkan majlis pertunangan terlebih dahulu sebelum sah bergelar suami isteri sekitar jam 5.40 petang waktu tempatan.

Majlis akad nikah yang berlangsung hari ini mengambil tempat Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang.

Tahniah buat keluarga kedua dua mereka, semoga hubungan dan ikatan yang terbina ini kekal sehingga pintu syurga. Kami suka tengok anda berdua. Berikut beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Almy Nadia & Fizz Fairuz hari ini. Enjoice! - ROTIKAYA

Friday 25 April 2014

Gara-gara lelaki mabuk, juruterbang pesawat Virgin Air ingat berlaku rampasan

Posted By: TTO Admin - 25.4.14


Berita mengenai rampasan pesawat Virgin Air 737-800 dari Brisbane ke Bali adalah tidak benar. Menurut berita terbaru dari Reuters, punca pendaratan pesawat itu di Densapar, Bali adalah disebabkan oleh seorang lelaki yang sedang mabuk.

Identiti lelaki yang masih tidak diketahui itu dikatakan cuba merempuh masuk ruang kokpit sehinggakan pilot pesawat itu menjangkakan pesawat telah dirampas dan membuat panggilan "stress".

Polis mengesahkan lelaki berkenaan telah ditahan. Semua penumpang dan anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Respon Mufti mengenai kubur jenazah wanita bercahaya ketika dikebumikan

Posted By: TTO Admin - 25.4.14

Beberapa keping gambar kuburan jenazah wanita didakwa bercahaya yang tersebar semalam mendapat reaksi pelbagai pihak (Klik sini). Melalui akhbar Harian Metro, Mufti Perak Tan Sri Harussani turut memberikan pendapat mengenai kejadian itu.

“Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,”

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.

Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu. 


Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab