Monday 31 March 2014

Cikgu zalim racun 20 ekor kucing sampai mati di Segamat! (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 31.3.14

Seorang cikgu dari Sekolah Dato' Bentara Dalam, Johor didakwa telah memberi racun kepada 20 ekor kucing sehingga menyebabkan kesemuanya mati dalam satu kejadian minggu lalu di Taman Seri Waja di Kampung Jawa, Segamat.

Seorang pengguna Facebook, Nur Syamila dalam satu status menceritakan kejadian itu dimana terdapat saksi yang melihat cikgu tersebut memberikan makanan "ikan racun" kepada kucing-kucing itu. Penduduk kampung kemudian telah menghantar ikan itu ke Pejabat Veterinar Daerah sebagai bukti sebelum bercadang membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.

Kredit: Facebook Dunia Kucing

Manakala seorang pengguna Facebook lain pula, Amy Kurylenko telah memuatnaik gambar-gambar kucingnya yang telah mati akibat mangsa kekejaman manusia yang tidak berperikemanusian itu.

Tambahnya lagi, kini tinggal seekor sahaja kucing peliharaan yang masih hidup manakala 6 lagi telah mati.
Amy juga meluahkan kesedihan yang dialaminya kerana kucing-kucing itu merupakan peneman kepada ibunya dirumah.

"xde dah peneman mak aku... aku baru je cakap Onet dh mati dh mengalir air mata mak aku blom lg die tgk mayat kucing tu. Apa perasaan mak aku?" Tambah Amy.

20 ekor kucing yang mati itu berusia antara satu dan empat tahun. Sebahagian penduduk sekitar taman itu mahu pihak berkaitan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang amat tidak berhati perut itu. - TengokTVonline

Dikritik bertubi-tubi, Ustaz "Sang Pemimpi MH370" tutup akaun Facebook

Posted By: TTO Admin - 31.3.14

Mungkin kerana dihentam ramai pihak, Ustaz Darul Manzil menutup akaun Facebooknya dua hari lalu. Sebelum itu, beliau sempat memuatnaik status luahan perasaannya mengenai kritikan yang diterima.

Beliau menafikan mimpinya itu sebagai satu promosi atau publisiti murahan untuk Pusat Rawatan Darul Manzil yang diasaskan olehnya.

Beliau juga menempelak orang ramai yang menghentamnya melalui mesej di akaun Facebooknya.

"... bertubi-tubi mesej yang masuk.. sampai 'hank' FB saya bila nak dibuka" tulis Ustaz Darul Manzil.


Dua artikel mimpi yang dikeluarkan melalui Facebook beliau telah menjadi viral dan ramai yang mempercayainya, namun ramai juga menganggap mimpi itu sebagai satu lagi rekaan karut.

Dalam mimpi pertama, Ustaz menceritakan bagaimana pesawat MH370 terhempas di lautan manakala dalam mimpi kedua cerita lebih kepada "Playback" dimana Ustaz bertemu penumpang dan kru pesawat MH370 di sebuah pulau.

Mungkin kerana mimpi yang diceritakan beliau terlampau detail sehinggakan sukar diterima akal. Walaubagaimanapun, semuanya terpulang kepada anda yang membacanya sama ada untuk percaya atau tidak.

Baca disini: Mimpi Pertama | Mimpi Kedua

Keluarga dan sahabat Kapten Zaharie mahu saman Akhbar Daily Mail!

Posted By: TTO Admin - 31.3.14

Sejak tragedi kehilangan pesawat MH370 berlaku, akhbar asing adalah media yang pertama sekali mencipta spekulasi mengaitkan penglibatan Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan kejadian ini.

Satu demi satu tuduhan dilemparkan kepada Kapten Zaharie sehinggakan persepsi negatif rakyat dari negara luar kepada Malaysia semakin menjadi-jadi terutamanya rakyat dari negara China.

Daily Mail yang berpangkalan di Britain merupakan akhbar yang paling lancang menerbitkan artikel mengenai Kapten Zaharie dan keluarga. Antara yang tersebar luas, Daily Mail mengaitkan kecenderungan politik Kapten Zaharie merupakan kemungkinan punca berlaku rampasan kuasa.

Dan baru beberapa hari lalu, Daily Mail menerbitkan pula artikel mengenai pengakuan anak Kapten Zaharie yang mendakwa kelakuan ayahnya banyak berubah sebelum kejadian itu.

Melalui facebook "Friends of Captain Zaharie MH370", keluarga kapten menafikan pengakuan tersebut  datanganya dari mereka dan mendakwa semua itu adalah penipuan yang amat teruk!

"I have personally spoken to a very close member of Captain Zaharie's family including his son who has strongly condemned the report.. "It's a total lie, where do they get this story from? That's not true at all. I call upon all of you to rally together in solidarity to strongly condemn this kind of reporting, we must oppose strongly to this kind of nonsense."



"Dear Daily Mail, you should consider making movies since you are so good at making up stories and scripts out of thin air.. May god have mercy on your souls. You can bet your ass I will not forgive you." - Tulis Aisyah Zaharie di dalam akaun Facebooknya

Melalui Facebook Page itu juga, mereka merancang untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada Akhbar Tabloid itu agar menghentikan penerbitan artikel fitnah terhadap Kapten Zaharie.

Dr. Ghouse, admin page itu yang merupakan sahabat Kapten Zaharie juga mengajak para peguam terutama yang berasal dari Alumni Penang Free School untuk memberi nasihat bentuk guaman yang diperlukan bagi menerukan tindakan mereka.


Status itu mendapat sambutan ramai pengguna facebook termasuk ahli keluarga Kapten Zaharie sendiri. Beberapa pengamal undang-undang turut memberikan pendapat dalam komen di status itu. Malah, ramai pengguna Facebook yang lain menawarkan bantuan kewangan dan ada yang mencadangkan agar kutipan derma dilakukan untuk menampung kos guaman.


Seperti kata Datuk Seri Hishamuddin dalam sidang media minggu lalu, tragedi MH370 ini sememangnya memberikan hikmah yang amat besar kepada Malaysia. Kini, negara kita menjadi sasaran media asing yang menghujani pelbagai tuduhan dan spekulasi berbentuk "Half Truth" untuk mewujudkan persepsi negatif dunia terhadap negara kita.

Walaupun berbeza fahaman politik, agama dan kepercayaan, inilah saatnya rakyat Malaysia bersatu padu mempertahankan negara kita. Menuding jari dan menyalahkan kerajaan buat masa ini tidak memberi sebarang apa-apa kebaikan kepada negara kita. -TengokTVonline

Sunday 30 March 2014

Gambar baru "Pusingan" MH370 dedah tiada kerosakan pada pesawat - Kapten Nik

Posted By: TTO Admin - 30.3.14

KUALA LUMPUR: Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.

Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.


Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference(perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.

Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan. -Kredit

Hj Amiruddin dedah gambar Adi Putra dalam tandas di Instagram

Posted By: TTO Admin - 30.3.14

Nampaknya kes skandal Adi Putra tidak berhenti setakat ini, walaupun pihak polis telah mengklasifikasikan kes itu sebagai 'no further action' Disember tahun lalu, Hj Amiruddin tetap mahu menegakkan keadilan untuk dirinya.

Bekas suami skandal Adi Putra, Nooraida Abdul Talib itu telah memuat naik gambar "Selfie" Adi Putra yang hanya mengenakan tuaIa di bilik air. 

"Yes my X salah tapi the other tak mengaku" tambah Hj Amiruddin dalam komen pada gambar itu.


Namun, tidak diketahui apa sebenarnya motif Hj. Amiruddin mendedahkan gambar tersebut. Seharusnya bukti gambar itu didedahkan lebih awal ketika kes sedang berjalan.

Apapun, kita tunggu perkembangan selanjutnya dan apakah respon di pihak Adi mengenai gambar itu. Hj. Amiruddin nampaknya nekad untuk meneruskan kes ini.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

"Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," tambah Adi Putra lagi. -TengokTVonline

Saturday 29 March 2014

RTM minta maaf, pamer tulisan "Pesawat MH370 Sah Dirampas" di TV2

Posted By: TTO Admin - 29.3.14
Kecoh semalam apabila siaran TV2 memaparkan berita terkini yang amat menggemparkan penonton yang melihatnya.

Pada pukul 12.05 a.m ketika tayangan Telemovie bersiaran, TV2 telah memaparkan apa yang dikenali sebagai "rerayap" mengenai insiden MH370 dengan mesej "PESAWAT MH370 SAH DIRAMPAS".


Walaupun tidak ramai yang menyedari perkara itu, sekeping gambar "Screen Capture" yang dimuatnaik ke dalam media sosial telah menjadi viral dan rata-rata terkejut dengan pengumuman itu.

Namun, baru sahaja beberapa jam lalu pihak RTM melalui Facebook Rasmi TV2 memohon maaf terhadap kesilapan siaran itu. Mereka juga turut mengatakan satu siasatan dalaman sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kecuaian yang berlaku.


Semoga pihak RTM lebih berhati-hati berikutan perkara ini amat sensitif dan ditakuti kesilapan dan kecuaian seperti itu akan diambil dan dipergunakan oleh Media Antarabangsa untuk menimbulkan persepsi negatif kepada negara kita!

Lagi Mimpi Ngeri Ustaz bertemu penumpang pesawat MH370 di sebuah pulau!

Posted By: TTO Admin - 29.3.14


Mimpi MH370 – Petunjuk Ke-2: Back to the Past
(Baca Sahaja…. Percaya Jangan… Hanya Mainan Tidur…)


Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama……

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…

Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

---------------------
PERINGATAN…!!

Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..


Ustaz Khairul Syakirin bin Abdul Wahab.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Manzil
Umur: 32 Tahun
Link: Mimpi ke2 

online poll by Opinion Stage


Friday 28 March 2014

Surat 'AMARAN' khas buat Penjawat Awam jalankan Perniagaan Internet!

Posted By: TTO Admin - 28.3.14
Penjawat awam merupakan golongan yang turut terkena tempias dengan kenaikan kos sara hidup. Justeru, ramai yang mengambil inisiatif menjalankan perniagaan sampingan secara atas talian seperti menjual produk kesihatan, kecantikan dan pakaian.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang kakitangan awam yang bekerja dibawah kerajaan, tugas hakiki tidak boleh diabai dan perlu dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

Mungkin disebabkan menyedari semakin ramai penjawat awam alpha dengan tugas masing-masing, satu surat khas bertarikh 6 March 2014 telah dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk memantau pegawai/staff awam yang menjalankan perniagaan atas talian. Berikut adalah isi surat berkenaan:

Sumber Surat: MyMediaHubOnline

PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

2. Tanggungjawab pegawai awam dalam memelihara integriti perkhidmatan awam semasa menggunakan kemudahan media sosial di internet. Berdasarkan pemerhatian, jabatan ini mendapati terdapat pegawai awam menggunakan media sosial untuk menjalankan pernaigaan sama ada penjualan produk atau perkhidmatan termasuk pada waktu pejabat. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan boleh menjejaskan imej pegawai awam dan Kerajaan.

3. Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar. Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya.

Kepada penjawat awam yang mahu dan sedang menjalankan perniagaan atas talian, pastikan anda mengambil langkah mendapatkan kebenaran bertulis seperti arahan KPPA diatas! 

Pasangan Malaysia di Sweden redha dipenjara kerana anak

Posted By: TTO Admin - 28.3.14


KUALA LUMPUR - Keluarga pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden hari ini, redha dengan keputusan itu serta tidak merancang untuk mengemukakan rayuan.

Kakak Shalwati, Noor Azila Makhzan berkata, walaupun sedih, mereka membuat keputusan tidak akan mengemukakan rayuan kerana khuatir hukuman lebih berat dikenakan ke atas pasangan itu.

"Ini selepas perbincangan dengan anggota keluarga, kalau buatpun kita takut hukuman bertambah berat sedangkan peguam kitapun sememangnya peguam hebat tetapi keputusan masih tidak menyebelahi kita,” katanya.

Mahkamah Daerah Solna menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati dan 10 bulan terhadap Azizul Raheem bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak mereka.

Noor Azila berkata, Shalwati dan Azizul Raheem sebelum ini turut menyatakan bahawa mereka bersedia dengan apa jua hukuman, meskipun pada hakikatnya mengharapkan yang terbaik. - Bernama

SKIM MYHOME - Cara-cara membuat permohonan (1 April 2014)

Posted By: TTO Admin - 28.3.14


Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) akan dibuka beberapa hari lagi. Pasti ramai yang berminat untuk membuat permohonan dalam skim yang menawarkan insentif yang amat besar. Skim MyHome melibatkan peruntukan RM300 juta bagi membina 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

Namun, ramai yang masih kurang jelas mengenai maklumat dan cara-cara membuat permohonan dalam skim ini. Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu:

Syarat, Kelayakan dan Jenis Skim MyHome:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pembelian adalah rumah pertama
  4. Bantuan(Subsidi) Maksimum: RM30,000
  5. Subsidi Skim MyHome akan dibayar terus ke akaun pembeli
  6. MyHome 1:
    • Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
    • Jualan harga rumah
      • Semenanjung:  RM80,000 hingga RM120,000
      • Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000
  7. MyHome 2:
    • Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
    • Jualan harga rumah
      • Semenanjung:  RM120,001 hingga RM200,000
      • Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000
Cara-cara membuat permohonan:
  1. Muat turun borang permohonan menerusi
  2. (atau) Dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (Seluruh Negara)
  3. Borang permohonan dibuka: 1 APRIL 2014
  4. Pusat Panggilan MyHome:
    • 03-8891 4322
    • 03-8891 4317
    • 03-8891 4313
*Kongsikan maklumat ini kepada rakan dan keluarga anda melalui butang Like & Share



Thursday 27 March 2014

2 Gambar Imej Satelit Thailand temui 300 objek terapung di Lautan Hindi

Posted By: TTO Admin - 27.3.14
BANGKOK: Imej satelit Thailand menunjukkan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika misi mencari pesawat MH370, kata pegawai hari ini. 

Agensi Maklumat Geo dan Pembangunan Teknologi Angkasa Thailand, berkata objek berukuran dari dua hingga 15 meter dilihat bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 kilometer barat daya Perth.

"Tetapi kami tidak boleh dan tidak akan mengesahkan bahawa ia adalah serpihan pesawat berkenaan," kata Pengarah Eksekutif agensi itu, Anond Snidvongs. 



Katanya, maklumat itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia.

Imej itu diambil menggunakan satelit pemantau bumi tunggal milik Thailand pada Isnin lalu tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses.

Katanya, objek itu dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan imej satelit Perancis yang menunjukkan objek berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat itu ketika misi SAR baru-baru ini. - AFP

Gurauan pagi Aidilfitri petanda Kapten Zaharie pergi tanpa kesan - Rakan

Posted By: TTO Admin - 27.3.14

Gurauan Kapten Zaharie pada pagi hari raya Aidilfitri tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan.

Mohaza Mohaza, dalam satu komen di Facebook Page "Friends of Captain Zaharie" mengimbas semula kenangan bersama sahabatnya itu.

Menurut Mohaza, ketika berada di tanah perkuburan Jln Perak, Pulau Pinang, Arie bergurau mengatakan bahawa dia tidak akan menemui kubur/pusaranya. Ketika Tragedi MH370 ini berlaku, barulah Mohaza mengerti akan maksud kiasan itu.

Baca komen penuh beliau:


Walaupun Kapten Zaharie menjadi bahan spekulasi media barat, ramai rakyat Malaysia tetap mempertahankan beliau. Page "Friends Of Captain Zaharie" kini telah mengumpul 21 ribu likes. Page itu juga ditubuhkan oleh rakan beliau sendiri iaitu Dr Ghouse. - TengokTVonline

PAS yakin pesawat MH370 dirampas individu - Presiden

Posted By: TTO Admin - 27.3.14

YAN - Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.

“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.

“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.

“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.

“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya. -Sinar Harian

"Papa kat syurga, kalau nak papa kena baca doa selalu...'' Jawapan sayu untuk anak

Posted By: TTO Admin - 27.3.14


"Papa pergi work,tapi kapal terbang papa rosak,papa tak kan balik, papa kat syurga,kalau nak papa kena baca doa selalu...''

Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa.

Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu.

Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat.

Kuatnya hati, jiwa dan semangat Intan yang mengandung anak ketiga yang bakal melihat dunia dalam masa kurang dua bulan lagi tidak dapat dizahirkan dengan apa-apa perkataan juga di dunia ini.

Semua yang menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat di kediamannya di Kota Kemuning kagum dengan ketabahan ditunjukkan Intan juga rakan-rakan Hazrin yang lebih senang dipanggil Rain.

Sepanjang majlis, Intan tidak lepas didakap rakan-rakan yang memberi semangat serta kata-kata menuntut ketabahan wanita ini berterusan.

Utuhnya kepercayaan wanita ini kepada realiti serta qada dan qadar yang ditentukan Allah.

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.''- Al-Hadid 22-23.
Esakan perlahan Intan yang duduk di bahagian belakang pada saat bacaan Yassin bergema di rumahnya masih dapat didengari. Allah maha mendengar permintaan hamba-Nya yang meminta dan seluruh negara memohon serta mengharapkan pengakhiran yang baik pada tragedi MH370 ini.

"Saya akan move on,saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana.''

Duka Intan sama sedihnya dengan semua keluarga penumpang MH370 lain. Pilu Intan tidak ada bezanya dengan mereka yang terlibat dalam tragedi ini.

Menceritakan saat-saat akhir Intan menghantar Hazrin ke tempat kerja pada hari kejadian, katanya tidak ada sebarang kelainan yang ditunjukkan.

Seperti biasa bersalaman dan ungkapan"I love you''menjadi tiga perkataan terakhir sebelum berpisah seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya.

Intan mengakui sejak malam sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berhenti di Lautan Hindi, fasa baru hidupnya bermula.

Melalui detik paling pedih dalam hidup, kehilangan suami yang juga `buddy' (kawan baik) menjadikan Intan menjadi lebih tabah dalam membesarkan anak selain jauh di dalam hati, masih ada sekelumit harapan menanti kepulangan Hazrin.



Rentetan meluahkan sejujur-jujurnya apa yang dirasa di dalam media sosial termasuk impian menjadi ketua bidadari di syurga, itu sudah cukup meruntun hati jutaan rakyat negara ini yang tidak berhenti berdoa masih menyimpan ada harapan untuk sesuatu perkara positif di akhir kisah tragedi ini.

"Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi..''- Yaasin 81-82.

Hanya kira-kira lima soalan yang dilontar pemberita pada malam solat hajat di kediaman Intan pada malam Khamis ini.

Soalan yang diaju lebih berkisar menuntut jawapan peribadi dan tabahnya Intan menjawab satu demi satu pertanyaan dengan cukup menyakinkan, wanita ini benar-benar sudah bersedia mengharung fasa demi fasa masa dan apa juga yang akan berlaku di hadapannya.

Cuma pada soalan keempat yang bertanya apa penjelasan diberi kepada anaknya terhadap kehilangan papa, tiba-tiba Iman datang dan duduk di pangkuan, pada saat dikatakan `aeroplane' papa rosak dan papa tidak akan balik rumah, mata Intan mula berkaca kembali dengan jernih air mata kasih seorang mama. Kredit: Astro Awani

Wednesday 26 March 2014

Kenyataan Penuh Datuk Seri Hishammuddin - Sidang Media MH370 (26/3/2014)

Posted By: TTO Admin - 26.3.14


KUALA LUMPUR  - Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini.

Pengenalan

Usaha mencari MH370 diteruskan. Usaha kita kini ditumpukan di selatan Lautan Hindi, di mana pasukan pelbagai negara, diketuai Australia, menggeledah perairan dalam usaha mencari serpihan.

Azam kami untuk mencari MH370 kekal teguh. Seperti yang kami nyatakan selama ini, kami tidak pernah mengalah untuk mencari pesawat itu - bagi memberi penjelasan kepada keluarga dan memastikan apa sebenarnya yang terjadi kepada MH370.

1.Imej-imej baharu satelit

Australia, China dan Perancis telah mengeluarkan imej-imej satelit, menunjukkan objek-objek yang mungkin berkaitan dengan MH370.

Semalam, pada 25 Mac, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) menerima imej-imej baharu satelit daripada Airbus Defence and Space, yang berpangkalan di Perancis. Imej-imej itu diambil pada 23 Mac.

MRSA menganalisis imej-imej itu dan - di satu kawasan lautan berkeluasan kira-kira 400 kilometer persegi - dapat mengenal pasti 122 objek-objek yang berpotensi.

Sesetengah objek berukuran satu meter panjang; yang lain sepanjang 23 meter. Sesetengah objek kelihatan cerah, kemungkinan menandakan bahan pejal.

Objek-objek itu terletak kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.

Kami akan mengeluarkan nota-nota berhubung maklumat baharu ini selepas sidang akhbar ini.

Dapatan MRSA dengan segera dikemukakan kepada Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia di Perth semalam.

Perlu ditekankan bahawa kami tidak boleh memaklumkan sama ada objek yang berpotensi itu adalah dari MH370. Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi petunjuk yang dapat membantu memberi arah kepada operasi mencari.

Kami kini mempunyai empat petunjuk satelit berasingan, dari Australia, China dan Perancis, menunjukkan kemungkinan serpihan. Ia kini penting bagi kami menghubungkan serpihan itu kepada MH370. Ini akan membolehkan kami untuk mengurangkan lagi kawasan pencarian, dan mengesan lebih banyak serpihan dari pesawat itu.



2.    Operasi terkini

Australia kini mengetuai usaha mencari di selatan Lautan Lautan Hindi, bertempat di luar Perth. Malaysia terus memainkan peranan sebagai penyelaras. Semua negara yang terlibat menunjukkan tahap kerjasama yang tidak pernah
dilakukan sebelum ini; dan yang tidak pernah berubah.

Australia membahagikan kawasan pencarian kepada dua sektor, Timur dan Barat.

Hari ini, cuaca baik dan 12 kapal terbang akan pergi ke kawasan pencarian - enam di sektor Timur dan enam di Barat.


Di sektor Timur, pencarian akan dijalankan oleh:
 
    .    sebuah P3 Orion Australia, dan tiga pesawat awam Australia.

    .    sebuah Ilyushin IL-76 China.

    ·    sebuah P3 Orion New Zealand.

  Di sektor Barat, pencarian akan dijalankan oleh:

    ·    sebuah P8 Poseidon Amerika.

    ·    sebuah P3 Orion Korea.

    ·    sebuah P3 Orion Jepun.

    ·    dua P3 Orion Australia, dan saebuah pesawat awam.

Dua buah kapal juga akan menyertai operasi mencari.

Semalam ‘HMAS Success’ digerakkan semula ke selatan kawasan carian akibat cuaca buruk. Hari ini kapal itu telah kembali dan akan menyokong operasi mencari di sektor Barat.

Sementara itu kapal China ‘Xue Long’ hari ini digerakkan ke sektor Barat.
   
Sebuah pesawat Pengawal Pantai Jepun berlepas dari Subang pagi ini ke Perth untuk menyertai operasi mencari.

Seperti yang saya nyatakan semalam, operasi mencari di koridor utara dan di sebelah utara koridor selatan, telah dibatalkan. Kementerian Luar telah menghantar nota-nota diplomatik kepada semua negara berkaitan untuk memaklumkan secara rasmi mengenai perubahan ini.
 
Sebelum saya teruskan, saya ingin menyampaikan penghargaan kami kepada pihak berkuasa Australia dan terutamanya kepada Perdana Menteri Tony Abbot, atas sumbangan luar biasa dalam operasi mencari.

3. Duta khas China
 
Hari ini, Perdana Menteri bertemu Yang Berbahagia Zhang Ye Sui, Naib Menteri Hal Ehwal Luar Republik Rakyat China dan duta khas kerajaan China. Saya juga bertemu Yang berbahagia tengah hari tadi.

Dalam perbualan kami Yang berbahagia memaklumkan komitmen China untuk meneruskan dan memperhebatkan operasi mencari, dalam apa jua cara yang mungkin, dan menggerakkan mana-mana aset yang mungkin diperlukan.

Malaysia telah memberikan perkembangan terkini kepada Yang Berbahagia dan anggota delegasinya mengenai perkembangan terbaharu dari Inmarsat.

Yang berbahagia dan delegasinya juga diberi taklimat yang komprehensif daripada pasukan teknikal antarabangsa.

4.    Kumpulan Kerja Antarabangsa

Seperti yang saya maklumkan semalam, berdasarkan maklumat baharu yang diberikan oleh Inmarsat, kami telah mewujudkan satu kumpulan kerja antarabangsa. Agensi-agensi yang terlibat dalam kumpulan kerja ini termasuk: Inmarsat, AAIB, CAAC China dan AAID, NTSB, FAA, Boeing dan Rolls Royce, dan juga pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan.
 
Peranan kumpulan ini ialah untuk membantu mencuba dan menghalusi data Inmarsat dan, jika boleh, menentukan dengan lebih tepat kedudukan muktamad MH370.


5. Maklumat lanjut

Saya ingin memaklumkan bahawa CEO Malindo Airlines, Chandran Rama Murthy, telah menyertai saya atas pentas hari ini, dan akan dapat menjawab sebarang soalan jika kamu ada.
     
Seperti yang saya umumkan semalam, MAS kini mengetuai usaha untuk berkomunikasi dengan anggota keluarga dan menjalankan sidang akhbar mereka sendiri. MAS akan mengadakan satu lagi sidang akhbar esok.


Penutup  

Imej-imej baharu satelit akan terus memberikan petunjuk dalam usaha mencari MH370. Dan dengan cuaca yang bertambah baik, pesawat kini mampu untuk menyiasat objek yang menjadi tumpuan.

Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan antarabangsa kita atas sokongan dan bantuan yang berterusan. Usaha mencari MH370, dan siasatan mengenai apa yang berlaku dalam penerbangan, kini benar-benar merupakan usaha antarabangsa. - Bernama

Gara-gara status sensitif di Facebook, Juruterbang Airasia X digantung tugas

Posted By: TTO Admin - 26.3.14

Seorang juruterbang Air Airasia X yang mencetuskan kontroversi dalam status di laman Facebooknya disahkan digantung tugas oleh Group CEO Airasia, Tony Fernandez.

"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," Tulis Tony di Twitternya.

Dalam tweet itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Rani Osman turut memberikan ulasan bahawa juruterbang itu telah melanggar "arahan khusus" untuk tidak memberikan sebarang komen secara terbuka mengenai insiden MH370. 

Tambahnya lagi arahan itu dibuat agar tidak menyakiti perasaan semua yang terlibat.

Krish Jejendira tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan mengenai tragedi MH370. Beliau mendakwa pengumuman itu tidak boleh dibuat tanpa sebarang bukti yang kukuh. Dia turut mendakwa kerajaan mengetahui banyak perkara mengenai kejadian ini namun menyembunyikan fakta sebenar.


Walaubagaimanapun, status beliau dikritik ramai pihak dan telah menjadi viral di media sosial. 

"Jika kerajaan menyembunyikan sesuatu, kenapa sehingga hari ini 26 negara termasuk negara maju seperti Amerika, Jepun dan China sekalipun gagal mengesan MH370. Adakah Malaysia lebih maju dari mereka? komen tak masuk akal betul lah!..." menurut Suzeela dalam satu komen di Facebook.

Ketika tinjauan dibuat, laman Facebook Jejindira sudah tidak dapat diakses ketika ini.

"Saya cintakan kamu B" Luahan sayu isteri pramugara MH370

Posted By: TTO Admin - 26.3.14

Isteri kepada Hazrin Hasnan, Pramugara dalam pesawat MH370 redha dengan ketentuan ilahi sebaik sahaja menerima pengumuman tragedi malang menimpa pesawat itu oleh Perdana Menteri pada 10 malam isnin lalu.

Melalui akaun instagram, Intan Maizura Othman sempat meluahkan kedukaan yang dialaminya. Beliau mengatakan bahawa Tuhan lebih menyayangi suaminya. Walaupun dalam keadaan terkejut apabila menerima perkhabaran buruk itu, beliau akur dengan pemergian suaminya itu. 

Luahan hati beliau:


Perkahwinan Intan Maizura dan Hazrin dikurniakan dua orang anak. Tambah intan lagi:

"Saya akan memberitahu Iman secara berperingkat bahawa dia telah kehilangan ayahnya dan Muhammad akan menjadi kekuatan saya untuk meneruskan kehidupan... insya-Allah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakan kamu," katanya.

Tulisan Intan Maizura diakhiri dengan ucapan sayu buat suami...

"I Love u B".

Pembaca berita TV3 turut pilu apabila membaca ungkapan di atas...

Gambar sayap Malindo Air bawa pasukan bolasepak Terengganu terbakar!

Posted By: TTO Admin - 26.3.14

Penumpang pesawat Malindo Air mengalami detik cemas apabila sayap pesawat tersebut terbakar ketika berada di udara. 

Menurut laporan The Star, pesawat itu membawa pasukan bola sepak Terengganu selamat berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang setelah enjin turbin pesawat di dapati terbakar.

Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri memuat naik gambar turbin sayap kapal terbang Malindo Air terbakar itu di laman facebooknya.

Kesemua penumpang di atas kapal terbang selamat.


Tuesday 25 March 2014

"Hancur luluh hati saya" Luahan hati Ahmad Jauhari

Posted By: TTO Admin - 25.3.14

SEPANG: "Hancur luluh hati saya apabila mengenangkan kesedihan tidak tertanggung yang dialami keluarga terbabit dan tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.

Sejurus selepas sidang akhbar mengenai MH370 awal hari ini, Ahmad Jauhari berkata beliau bukan berkata demikian kerana kedudukannya sebagai CEO MAS, tetapi sebagai seorang bapa dan anak.

"Setiap anggota keluarga MAS mendoakan kesejahteraan 239 roh mereka yang menaiki MH370 dan orang yang mereka sayang pada hari yang memilukan ini. Kami (MAS) mendoakan kesejahteraan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," kata Ahmad Jauhari yang mengalirkan air mata apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman tentang nasib pesawat itu, malam semalam.

Beliau berkata seluruh warga MAS turut berasa sedih dan pilu.

"Sedih kerana kesemua mereka yang menaiki Penerbangan MH370 pada 8 Mac tidak akan dapat lagi berjumpa dengan keluarga masing-masing. Dan kini, keluarga terbabit terpaksa menjalani kehidupan tanpa orang yang mereka sayangi. Satu lagi perkara yang tidak patut dilupakan ialah 13 rakan kami dan rakyat Malaysia lain juga menaiki pesawat itu.

"Izinkan saya menyatakan dengan sejelas-jelasnya tentang peristiwa petang semalam bahawa satu-satunya motivasi bagi kami (MAS) ialah untuk memastikan bahawa dalam tempoh yang amat singkat, keluarga berkenaan dapat mendengar berita sedih itu sebelum dunia mendengarnya," kata beliau.

Beliau berkata, dengan sedapat mungkin, MAS menyampaikan berita itu secara peribadi kepada keluarga terbabit atau melalui telefon dan menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) hanya sebagai langkah susulan untuk memastikan hampir 1,000 anggota keluarga terbabit mendapat berita itu dari syarikat penerbangan tersebut sendiri, bukan dari media.

Ahmad Jauhari berkata, seperti orang lain, MAS juga menunggu berita itu daripada pihak berkuasa.

"Kita tahu bahawa walaupun terdapat banyak petunjuk ketara, namun tidak terdapat pengesahan tentang identiti sebarang serpihan yang diperkatakan itu. Sukar untuk meramalkan berapa lama masa yang perlu diambil. Tetapi, selepas 17 hari, pengumuman yang dibuat malam tadi dan dikongsi dengan keluarga terbabit, merupakan hakikat yang perlu kita terima sekarang," katanya.

Ahmad Jauhari ditenangkan Timbalan Menteri Pendidikan di Dewan PWTC semalam.

Beliau berkata apabila MAS mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa penyiasatan, persiapan akan dibuat untuk membawa keluarga terbabit ke kawasan penemuan sekiranya mereka ingin berbuat demikian, tapi untuk waktu ini, mereka akan terus membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Sementara itu, Ahmad Jauhari mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari yang benar-benar bersifat global ini.

"Peristiwa yang belum pernah berlaku dalam sejarah penerbangan ini menjadikan 18 hari lepas sebagai tempoh yang paling mencabar dan terpaksa diharungi oleh seluruh pasukan kami di MAS. Saya amat terharu dengan ketekunan, dedikasi, rasa prihatin yang diutuskan serta sokongan yang diberi oleh pasukan kami yang hebat ini.

"Kami tidak tahu kenapa dan kami tidak tahu bagaimana tragedi dahsyat ini terjadi. Tapi, sebagai keluarga MAS, kami mendoakan kesejahteraan untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370," katanya.

Selepas 17 hari gerakan mencari dan menyelamat dijalankan, semalam, Najib mengumumkan bahawa laluan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Beliau membuat pengumuman itu berdasarkan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK dan Inmarsat, syarikat dari United Kongdom yang menyediakan data satelit berkenaan.

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac. Pesawat itu dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - BERNAMA

Ustaz mimpi punca pesawat MH370 jatuh di lautan!

Posted By: TTO Admin - 25.3.14

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin.

   
USTAZ DARUL MANZIL
21/03/2014

3 Gambar sayu tiga insan kerdil yang berani berhadapan dengan dunia!

Posted By: TTO Admin - 25.3.14

Tiada berita yang paling menyedihkan apabila mengetahui pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi. Tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarga penumpang dan krew pesawat yang terlibat.

Namun, tanpa kita sedari tiga insan kerdil yang sungguh berani berhadapan dengan media pada setiap hari juga tidak dapat menahan kesedihan terhadap pengumuman itu.

 Datuk Seri Hishamuddin tidak dapat menahan perasaan sedih meratapi nasib MH370.

Datuk Azharuddin turut merasa hiba ketika keluar dari dewan PWTC

CEO MAS, Ahmad Jauhari ditenangkan Timbalan Menteri Pendidikan di Dewan PWTC semalam.

Tiga insan ini berdiri teguh bersama-sama menjawab segala soalan dan kritikan. Siapakah kita yang mahu mempersoalkan kredibiliti mereka bertiga? mampukah kita memegang tanggungjawab yang amat berat itu?

Terima kasih atas jasa, pengorbanan dan amanah yang diberikan:
  • Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Menteri Pertahanan, Pemangku Menteri Pengangkutan)
  • Datuk Azharuddin Abdul Rahman (Ketua Pengarah DCA)
  • En Ahmad Jauhari Yahya (CEO MAS)
Anda adalah kebanggaan Malaysia!

(10 Gambar) Raut Wajah pilu keluarga mangsa selepas pengumuman Tragedi #MH370

Posted By: TTO Admin - 25.3.14
Tidak dapat dibayangkan bagaimanakah perasaan keluarga penumpang MH370 setelah dimaklumkan mengenai berita terbaru pesawat tersebut yang disahkan berakhir di Lautan Hindi, Barat Perth.

Keluarga mangsa warga China nampaknya lebih emosional apabila meratapi nasib kehilangan ahli keluarga mereka malam tadi.

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakam menunjukkan suasana hiba kaum keluarga penumpang MH370. 

Takziah dan Al-Fatihah.


Selamat Omar, ayah kepada jurutera MAS, Mohd Khairul Amri Selamat yang turut berada di dalam pesawat MH370 sebak sebaik sahaja menerima perkhabaran buruk itu.

 

Seorang ahli keluarga mangsa warga China di Beijing pengsan ketika dimaklumkan wakil MAS dalam perjumpaan tergempar malam tadi. Beliau terpaksa diusung keluar dari dewan dan dibawah ke hospital terdekat.


Anak kepada Ketua Pramugara, Maira Elizabeth Nari seolah-olah pasrah menerima berita sedih itu. Melalui twitternya, Maira mengatakan bahawa tuhan lebih menyayangi ayahnya.


Kredit Gambar: NST/stuff.co.nz/Twitter

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab