Pasangan Diraja Britain, Kate Middleton dan Putera William telah mengambil keputusan menamakan bayi lelaki mereka yang baru lahir dengan nama Putera GEORGE ALEXANDER LOUIS. Nama George memang sinonim dengan nama Raja-Raja Britain sebelum ini.
Sebelum ini, seramai 6 Raja bernama George telah menaiki takhta sejak tahun 1714 lagi. Menurut sumber daripada Kediaman Kensington Palace, nama bayi ini adalah keputusan yang dibuat oleh pasangan Duke & Duchess of Cambridge kerana mereka amat menyukainya.
Pada Selasa 2 hari lalu, rakyat Britain menyambut kelahiran bayi Diraja ini dengan penuh kemeriahan. Selain menjadi topik paling hangat dalam internet di seluruh dunia, bunyi Meriam dan loceng-loceng seluruh Britain juga turut kedengaran pada hari tersebut menandakan kelahiran waris baru monarki diraja Britain. -Dailymail
KONGSI
& Komentar
Tweet