Monday 30 June 2014

8 Gambar penjawat awam meninggal di Bazaar Ramadhan Putrajaya

Posted By: TTO Admin - 30.6.14
Laporan Awal.

Seorang penjawat awam maut di Bazaar Ramadhan Presint 3, Putrajaya petang tadi.

Menurut saksi, mangsa Muhammad Kamal bin Salleh Hodin dikatakan memanjat cerun untuk ke bazaar Ramadhan dan melompat di atas sebuah longkang besar. Namun, lompatan tersebut telah meragut nyawanya apabila terjatuh lalu terhantuk di tebing longkang tersebut.

Muhammad Kamal, 34 tahun berasal daripada Kluang Johor bertugas di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kes tersebut kini dibawah siasatan pihak Polis.







Friday 27 June 2014

Luahan hati Nora Danish isu pegang tangan Farid Kamil

Posted By: TTO Admin - 27.6.14
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish menyifatkan kejadian memuat naik foto dia memegang tangan Farid Kamil di Instagtam bagi mempromosikan filem Pengantin Malam sehingga membuatkan isteri aktor itu menegurnya menjadi satu pengajaran. 

Nora, 32 berkata, keadaan itu juga akan membuatkan dia lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan mana-mana pelakon lelaki berstatus suami orang agar tidak melukakan mana-mana pihak.

Gambar pegang tangan antara Nora Danish dan Farid Kamil yang menimbulkan kemarahan Diana Danielle.

"Kalau boleh saya enggan memberi sebarang komen berkenaan dengan isu ini sebab takut apa yang saya komen akan akan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

"Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bekerjasama dengan pelakon lelaki yang berstatus suami orang.

"Mungkin perkara ini akan menjadi pengajaran buat diri saya sendiri," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Diana meluahkan perasaan tidak puas hati dalam Instagram miliknya dengan menyindir seorang artis yang memegang tangan suaminya ketika bergambar untuk mempromosikan sebuah filem.

Tanpa menyebut siapakah individu itu, umum dapat mengagak artis tersebut adalah Nora Danish yang diminta bergambar bersama Farid bagi mempromosikan filem Pengantin Malam.

Tindakan Diana telah mendapat respons kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram malah ada yang menganggap dia bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.

Sementara itu, dia mengakui sejak akhir-akhir ini dia sering menjadi bahan kontroversi bertimpa-timpa namun menganggap ia sebagai satu dugaan buatnya.

"Bagi saya perkara ini sudah menjadi lumrah dalam dunia seni dan saya harus terima perkara itu sebagai dugaan pada diri.

"Bagaimanapun saya ada keluarga untuk memberi semangat pada saya. Mungkin orang nampak saya seorang yang kuat tetapi sebagai wanita, hati saya mudah terguris dengan isu-isu negatif seperti ini,
" jelasnya.

Terdahulu, bekas suami Nora iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai dalam Instagram miliknya pada Khamis meminta orang ramai tidak mengaitkan isterinya iaitu Fasha Sandha terhadap keruntuhan rumahtangganya yang dibina dengan Nora. -mStar

Ibu bapa bakal terima bonus bagi setiap bayi yang dilahirkan!

Posted By: TTO Admin - 27.6.14

Satu berita baik buat pasangan berkahwin diluar sana apabila Kerajaan bercadang memberi bonus atau insentif bagi setiap bayi yang dilahirkan.

Melalui akhbar Kosmo hari ini, Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim menjelaskan cadangan itu dibuat berikutan penurunan kadar kesuburan di negara kita pada masa ini iaitu 2.1 anak pada tahun 2012 berbanding 3 anak pada 2000.

Selain itu, menurut Rohani, ia juga sebagai dorongan untuk pasangan suami isteri mempunyai ramai anak.

"Singapura merupakan contoh negara yang memberikan bonus kepada ibu bapa bagi setiap bayi yang dilahirkan"

"Kerajaan melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sedia mengkaji cadangan yang diberikan pakar-pakar dan kita akan laksanakannya jika ia mempunyai asas yang kukuh sebagai persediaan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas"
Jika dilaksanakan kelak, diharap ramai pasangan mengambil peluang ini. Bukan hanya kerana bonus, tetapi anak adalah pelaburan terbaik di masa hadapan. - TengokTVonline

Thursday 26 June 2014

Luahan hati ibu kepada seorang anak OKU - Realiti kehidupan sebenar

Posted By: TTO Admin - 26.6.14

Luahan hati ibu kepada seorang anak OKU - Realiti kehidupan sebenar:-

Me and my Angel...sesak dengan news feed berkenaan bantuan yang kerajaan sediakan untuk anak-anak OKU. Betapa masyarakat dibutakan dengan kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan RM300.

Ini hakikat yang sebenar wahai semua...bantuan itu akan disaring, aku yang hanya kerani dan suami seorang atendan hospital pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. Bagi yang layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang-kurangnya 8x sebulan...sesuatu yang agak tidak logik diakal bagi anak OKU yang terlantar untuk tidak ponteng ke kelas. Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yang severe sama seperti Angel.

Ada parents yang tak mendapat kebenaran untuk keluar waktu bekerja 2x seminggu...mungkin kerana boss yang tak memahami, rakan sekerja yang busuk hati. Bantuan bagi yang layak ditolak dihitung...akhirnya hanya layak rm50. Ada pula yang bercakap mengenai kelas pendidikan khas. Hello hanya untuk yang boleh menguruskan diri...anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..makan pun bersuap, kencing berak dibasuh....so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah. 

Andai kerajaan dah umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak-anak ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan untuk mereka...bukan untuk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas...gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya kami yang bergelut seharian...syukur Allah masuh memberikan kami hidayah untuk menjaga anak-anak syurga ini seadaanya...

*saya izinkan semua untuk share; moga dapat membuka mata masyarakat..

Pengerusi Persatuan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia

UPDATE: Pekerja Fareeda nafi dakwaan perlu tunjuk slip masuk butik Fareeda Exclusive

Posted By: TTO Admin - 26.6.14
Sumber Tweet: Twitter

Terkejut bila ternampak beberapa tweet dan status Facebook mengenai tudung terkenal jenama Fareeda. Tidak tahu kebenaran status tersebut mendakwa sekiranya anda ingin masuk ke butik Fareeda Exclusive, anda perlu menunjukkan slip gaji untuk 3 bulan!

Wahhh... memang dasyat ke'Eksklusif"an butik tersebut.

Sekiranya benar, ini menunjukkan Fareeda berjaya maju setapak lagi apabila berjaya mencari pelanggan yang  betul-betul mampu membeli tudung eksklusif tersebut. 

Sumber Status Facebook: Mymediahub.my

UPDATE: Melalui komen-komen dibawah oleh pekerja dan peminat tudung Fareeda menafikan perkara ini. Semoga dapat menjernihkan isu ditimbulkan pengamal media sosial.


Tuesday 24 June 2014

Surat terbuka buat Wardina cuba hentam kerajaan isu anak OKU terabai

Posted By: TTO Admin - 24.6.14


Berita mengenai penemuan kanak-kanak OKU yang terabai pasti meruntun hati rakyat di negara ini. Ramai yang cuba memberi ulasan akan kejadian itu. Namun, komen daripada pengacara terkenal Wardina Safiyyah seperti di atas menimbulkan reaksi balas dari ramai pengguna media sosial. Satu surat yang ditujukan kepada Wardina telah tersebar di Media Sosial seperti dibawah:


Kehadapan Ustazah Wardina.

Bila hati busuk, minda penuh kebencian memang nampak semua yang salah sahaja di Kerajaan.

Sebesar-besar Masjid yang Ustazah Wardina berhenti solat dibina Kerajaan, pun tak nak nampak kan? Jalan raya lapang, highway selesa mana nak nampak?

Anak-anak belajar agama di sekolah agama kerajaan mana nak nampak? Wujudnya lambakan sekolah agama kerajaan, wardina butakan mata & hati nak nampak semua tu. Sebab hati terlalu penuh benci pada kerajaan.

Saya tak anti golongan tudung labuh litup macam ustazah wardina, jauh lagi saya nak mengeji golongan yang baru mendekati agama tapi suka riak dengan ilmu sedikit. Setiap nafas penuh sifat holier-than-thou.

Alhamdulillah, anak-anak ustazah Wardina semua sempurna sihat. Suami ada, berlakon iklan pun banyak, duit banyak. Maka mudahlah ustazah wardina lantas mengutuk kekurangan orang lain.

Ustazah Wardina mungkin kurang buat lawatan di Rumah-rumah Kebajikan. Sebab tu ustazah wardina nampak satu kes je terus nak hentam kerajaan. Yelah, wardina kan perfect, ilmu agama lengkap, baru bertudung, dah kalah semua ustazah-ustazah tauliah lain. Kerajaan memang semua salah wardina. Yang beribu OKU dah dibantu tu apa la sangat, nak dibandingkan dengan seorang yang kerajaan terlepas, sebab kekhilafan si ibu yang tak berdaftar dengan JKM.

Diselamatkan budak itu, dihantar juga ke hospital kerajaan. Tapi yelah kerajaan tetap salah dan lemah. Apalah sangat nak dibandingkan negara kita dengan Acheh tempat Wardina tu? Maju kan Acheh tu, mana ada orang susah, sebab itu wardina cari makan di negara yang kerajaannya teruk ini kan.

Ibubapa ada anak OKU memang tertekan Wardina, tapi bila ada iman, semua tu boleh diatasi. Selama ini, tidak pernah saya dengar ibu bapa OKU salahkan kerajaan. Hanya Wardina seorang. Yela, Wardina kan sempurna, mana salah pandangannya.

Kita manusia baru belajar agama, baru tutup aurat ini memang suka tunjuk agama, sampai kita terlupa berapa pula dosa kita tambah atas nama agama kan? Kadang-kadang saya terfikir kenapa gadis rambut merah, pakaian menjolok mata lebih baik tutur kata, berlapang dada, bersangka baik terhadap yg lain berbanding yang bertudung litup. Tapi akhirnya saya tersedar, hanya kerana Wardina dan Ustazah segera seorang lagi tak baiklah saya nak judge semua begitu.

Sama macam kes, hanya sebab seorang budak tidak berdaftar dengan JKM, terus kita nak lupakan ribuan lain yg dibantu kerajaan selama ini?? Tidak adil bukan?

Cukup-cukuplah itu Wardina, bukan sekali, terlalu lantang bersuara, riak dengan ilmu tak seberapa. Semoga terbuka hati, kurang rasa benci. Semoga terus hidup dalam kesempurnaan di bumi Malaysia - SUMBER

Di bawah pula penafian seorang pengguna Facebook yang menyangkal dakwaan liar Wardina:



KJ kenakan Raja Bomoh dalam Skuad troll Bolasepak Brazil

Posted By: TTO Admin - 24.6.14
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilihat sebagai pemimpin yang amat sempoi dan pandai berjenaka dalam isu-isu semasa.

Terbaru dalam akaun Facebook beliau, KJ memuatnaik satu gambar Skuad Troll bolasepak Brazil FIFA 2014 yang terdiri daripada muka-muka pemimpin Politik dan individu terkenal di Malaysia termasuk dirinya sendiri.

"Ini sebab Brazil kembali menang semalam. Nombor 11 score dua bijik (up sendiri). Nombor 4 man of the match (up boss). Yang pakai songkok kad merah." - Caption yang ditulis oleh beliau.



Dalam ayat terakhir itu KJ sempat lagi mengenakan Raja Bomoh. Pasti ramai sedia maklum beberapa bulan lalu Raja Bomoh memang tidak sebulu dengan KJ apabila dirinya dikecam ramai setelah melakukan upacara pelik yang dianggap memalukan Malaysia di mata dunia ketika berita kehilangan pesawat MH370 sedang hangat diperkatakan.

Apakah ada lagi respon lain yang diberikan oleh Raja Bomoh selepas ini? sama-sama kita nantikan...

Kisah sebenar Puan Lola, ibu kepada anak OKU terabai

Posted By: TTO Admin - 24.6.14

Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa di luar mahupun Facebook friends list anda.

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu, saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook.

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya. Sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya.

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor (Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola.

Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus. Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut. Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh.

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan di rumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun (Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit. Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam-macam lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak. Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus,

"mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun?"

Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik.

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan. Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola. Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai. Bersedekahlah sentiasa, meskipun harta di dunia kurang, harta dan pahal di akhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka. Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada.

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.

Sekian,

Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas

Kredit : Kamal Zawari Ghazali Asamkipas [FB]

Sunday 22 June 2014

2 gambar wajah "Selfie" ibu kepada budak OKU terabai tersebar

Posted By: TTO Admin - 22.6.14

Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.


Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.


Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.

Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.

Monday 2 June 2014

Luahan sayu Rafidah Aziz pemergian suami yang tak diduga

Posted By: TTO Admin - 2.6.14

Kuala Lumpur – “Pemergian arwah sangat tidak dijangka, kami bercuti bersama-sama sebelum arwah jatuh sakit.

“Kami sempat lagi bergurau kalau hendak pergi (meninggal dunia) biarlah bersama-sama, saya kehilangan teman yang hidup bersama hampir 52 tahun,” kata Tan Sri Rafidah Aziz, balu bekas Pengerusi MAYBANK Tan Sri Mohamed Basir Ahmad yang meninggal dunia awal pagi semalam.

Rafidah turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Singapura kerana membantu membawa pulang jenazah suaminya dengan menggunakan pesawat Royal Singapore Air Force (RSAF) pagi semalam.

Sementara itu, Allahyarham Mohamed Basir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, dekat sini, jam 6.05 petang semalam.

Jenazah yang dibawa dari Masjid Umar Al-Khatab, Bukit Damansara tiba di tanah perkuburan itu pada jam 5.30 petang.

Antara yang hadir menziarah adalah Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abd Hamid.

Mohamed Basir, 75, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura awal pagi semalam akibat serangan jantung selepas dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu.

Tokoh perbankan terkenal itu meninggalkan seorang anak lelaki Alfian, dua anak perempuan Rohaiza dan Rohaila serta lima cucu.

Mohamed Basir adalah Pengerusi MAYBANK selama 16 tahun mulai 9 Oktober 1993 selepas berkhidmat sebagai penasihat Bank Negara sejak 1980, lapor Hmetro.

12 Gambar ngeri Toyota Alphard rempuh Nissan Almera di KM2.5 Setia Alam ke Bukit Raja

Posted By: TTO Admin - 2.6.14

2 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM2.5 dari Setia Alam ke Bukit Raja berlaku pada petang semalam.

Berdasarkan gambar, salah seorang mangsa dipercayai maut, manakala mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan minima.

Kereta Toyota Alphard dipercayai dipandu dengan laju dan gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kereta Nissan Almera.
Laporan penuh menyusul...












UPDATE: Pengantin perempuan murtad dakwa penganut hindu sejak kecil

Posted By: TTO Admin - 2.6.14
SHAH ALAM: Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis perkahwinan sepasang pengantin di kuil Jalan SS 1/25 Shah Alam jam 10.30 pagi selepas menerima aduan pengadu yang mendakwa pengantin perempuan tersebut beragama Islam mahu melangsungkan perkahwinan yang tidak sah dengan lelaki bukan Islam.

Namun, pengantin perempuan, Zarena Abdul Majid, 32, menjelaskan nama dia memang didaftarkan sebagai Islam namun dia adalah penganut agama Hindu sejak dari kecil lagi.

“Walaupun nama saya didaftarkan sebagai Islam namun saya adalah penganut agama Hindu sejak kecil,” kata Zarena Abdul Majid.


Majlis pada jam 10.30 pagi itu terpaksa dibatalkan selepas Zarena diitahan oleh pegawai penguat kuasa JAIS untuk siasatan.

Bagaimanapun, suasana majlis terkawal bilamana kedua-dua pihak keluarga pasangan pengantin & tetamu memberikan kerjasama yang baik ketika siasatan dilakukan oleh pegawai JAIS yang turut dibantu oleh anggota polis.

Menurut Zarena, dia tidak pernah mendapat atau menerima paksaan dari mana-mana pihak tertentu yang mahu dia berkahwin mengikut adat kaum Hindu kerana dia dan adiknya telah menganut agama Hindu hasil didikan ibunya yang beragama Hindu sejak kecil lagi.

Masalah mula timbul apabila bapanya yang asalnya beragama Hindu memeluk agama Islam tanpa memaklumkan kepada ibunya.


“Bapa memeluk Islam sebelum saya dilahirkan. Ibu pula buta huruf, dia tidak tahu bapa saya mendaftarkan kami empat beradik sebagai beragama Islam.

“Saya dan adik beradik hanya mengetahui hal ini selepas saudara terdekat melihat sijil kelahiran kami tercatat beragama Islam,” katanya.

Namun, selepas adik bongsu Zarena dilahirkan 24 tahun yang lalu, bapa mereka terus meninggalkan keluarga mereka tanpa sebarang khabar berita. Zarena juga mengakui mereka tidak tahu membaca al-Quran dan tidak pernah diajar tentang Islam. Akhirnya mereka dibesarkan dalam agama Hindu

Pada 2007, Zarena pernah mencuba untuk menukar status agama dalam MyKad namun gagal apabila pegawai Jabatan Pendaftaran Negara tidak membenarkan kerana tiada tandatangan bapa.

Sunday 1 June 2014

Luahan hati bapa kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 3 The Gardens

Posted By: TTO Admin - 1.6.14
Bapa kepada kanak-kanak malang, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, berkata beliau redha dengan kematian anaknya akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur semalam.


"Saya redha dengan apa yang berlaku dan semua sudah jelas dalam akhbar, tolong hormati perasaan saya," katanya ketika ditemui di ruang menunggu Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Jenazah Nurul Emielda Nadia telah dimandi dan disembahyangkan di surau PPUM pada pukul 2 petang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Puncak Alam.

Suasana pilu menyelubungi kawasan unit Forensik di hospital itu apabila ia dipenuhi dengan saudara mara dan rakan-rakan Sallehuddin.

Dalam kejadian semalam, Nurul Emielda Nadia maut setelah parah akibat terjatuh dari tingkat tiga di pusat membeli-belah berkenaan.

Polis mengesahkan kanak-kanak itu mati akibat kecederaan pada bahagian belakang kepala dan menyifatkan kes itu sebagai kematian mengejut. -Astro Awani

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab