Sunday, 14 July 2013

Penjawat awam dapat Bonus Raya 2013 setengah bulan gaji?

Posted By: TTO Admin - 14.7.13

Keratan Akhbar Berita Harian diatas menunjukkan pengumuman PM, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada ke semua penjawat awam dan pesara kerajaan. Bayaran tersebut dinyatakan akan dibuat pada 9 Ogos 2013.

Namun, tarikh pembayaran agak pelik kerana tarikh menyambut hari raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 8 Ogos 2013. Tidak pernah terjadi pemberian bonus hari raya diberikan selepas sambutan hari raya diadakan.

Sehingga kini, ura-ura Bonus Hari Raya 2013 untuk penjawat awam masih menjadi teka-teki. Ramai yang tidak sabar menanti pengumuman susulan dibuat kerana Bonus Raya merupakan berita yang amat menggembirakan buat penjawat awam berikutan perbelanjaan yang besar menjelang tibanya 1 Syawal. 

Tahniah buat penjawat awam sekiranya beroleh bonus pada raya kali ini! Jadilah penjawat awam yang berintegriti! -TengokTVonline

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab