Sunday, 21 July 2013

Ada pihak sengaja ambil kesempatan di atas situasi saya - Ashraf Muslim

Posted By: TTO Admin - 21.7.13
Gambar perkahwinan kedua Ashraf Muslim dengan Wan Sakinah
"Ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya,” begitulah komen ringkas Ashraf Muslim, 32, kepada Sinar Harian berhubung sebuah puisi yang tersebar, baru-baru ini.

Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu.

Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun.

Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury.

Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir.

Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29.

Meskipun dikatakan kahwin lari di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan  pakaian sedondon berwarna coklat.

Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah.

Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik.

Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat.

Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011.

Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.

Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf. -Sinar Harian Online


Puisi Nukilan Ana Hawana yang tersebar luas mengatakan luahan hati sebenar Dayana

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab