Kapal ini 10 kali ganda lebih mahal daripada kapal peribadi paling mahal direkodkan di dunia sebelum ini iaitu milik Roma Abramovich (Pemilik Kelab Chelsea).
Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.
Di atas kapal itu juga terdapat botol minuman keras mewah yang disalut berlian 18.5ct, salah satu botol yang paling jarang ditemui di dunia.
Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.
Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool,Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Ealuxe
KONGSI
& Komentar
Tweet