Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Thursday, 4 June 2015

6 Perkara yang perlu diamalkan ketika bersama anak-anak

Posted By: TTO Admin - 4.6.15

Perkongsian ini adalah hasil tulisan Cikgu Nik. Semoga memberi manfaat kepada ibu bapa agar dapat mengamalkan perkara-perkara ini ketika bersama anak-anak. Baca lagi:

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Monday, 1 June 2015

Isteri rasa terhina jumpa gambar lucah dalam group whatsapp suami

Posted By: TTO Admin - 1.6.15


Tulisan ini dikongsikan oleh Puan Nur Farina Binti Abdullah bagi menjawab persoalan yang timbul oleh seorang wanita yang menghadapi masalah rumahtangganya yang semakin renggang ditambah lagi dengan perasaan dilema apabila terjumpa gambar-gambar lucah di dalam Group Whatsapp suaminya. 

Kiriman wanita tersebut:
Salam Kak... Maaf mengganggu akak pagi2 ni..

Happy je tgk family akak.. akak boleh kaunseling pasal rumahtangga kan.. Hehehe

Sebenarnya saya taktahu nak cerita tntang apa tetapi entahh... makin lama, makin rasa sunyi dlm rumahtangga saya..

Suami pendiam, saya jenis banyak cakap.. nak berbual dgn dia pun takde topik..

Sekarang, tgk dia ada group wassup dgn kawan2 tmpt kerja, kadang2 bila cek kawan dia hantar gambar lucah.. Raasa nak marah pun ada...

Ke saya yg cemburu?
Apa yg saya kena buat?

Jawapan Puan Nur Farina:

Saya rasa masalah dalam wassap grup kaum suami dengan kawan2 dipenuhi gambar2 lucah bukan setakat satu dua org isteri sahaja mengalami masalah ini. Saya rasa isteri2 lain pun berdepan dengan masalah yang sama.

Malah saya sendiri pun berdepan dengan masalah ini apabila melihat wasap grup kawan2 suami saya dipenuhi oleh gambar2 lucah yang dihantar oleh rakan2nya.

Nak marah siapa? Nak marah suami? Macam tak patut sebab suami kita tak terlibat dalam acara mencari gambar2 lucah utk disebarkan pada rakan2 tapi rakan2 yang berusaha mencari gambar2 lucah dan sebar utk tatapan mata rakan2 dalam grup tersebut.

Apa yang perlu kita buat sebagai isteri?

Kalau saya, saya suruh jer cik suami keluar dari grup tersebut. Kenapa perlu bertahan melihat gambar lucah perempuan lain sedangkan anda ada isteri yang boleh anda suruh beraksi lucah utk tatapan anda.

Tapi kalau kita suruh suami keluar dari grup mungkin mereka akan mengamuk cakap kita cemburu buta, cakap kita nak kontrol mereka dan sebagainya... kan?

Tapi kalau saya jadi suami, saya keluar jer dari grup tersebut sebab utk apa berada dan berkawan dgn mereka yang suka melihat dan menyebar gambar lucah utk tatapan mata kita? Nak tambah dosa yg sedia ada sedangkan kita ada pilihan utk menjauhi dari orang2 yang masih lagi belum kenal dosa pahala?

Atau tidakkah kita terfikir Faktor usia yang semakin pendek ntah bila akan mati?

Atau tidakkah kita terfikir kalau2 anak2 main hp kita dan jumpa macam2 gambar lucah dalam hp milik ayah mereka dan gambar itu bukan gambar ibu mereka?

Atau tidakkah kita terfikir dalam syok kita mencari dan menyebar gambar lucah, sekali kita terjumpa gambar isteri atau anak2 gadis kita atau ada kawan2 yg menyebar gambar lucah yang kita yakin itu adalah isteri kita?

Mungkin suami tak tahu bahawa isteri rasa terhina bila melihat suami dan rakan2 Saling menyebar dan melihat gambar2 lucah dan suami tidak mengambil tindakan menghindar dari perkara tersebut dengan alasan "saya tak tgk saya tak sebar, yang sebar tu orang lain".

Ok. Sebagai rakan yang baik, tegurlah rakan2 yg suka menyebar dan melihat gambar2 lucah. Jika mereka mengejek kita kununnya kita mahu tunjuk baik dan alim, jauhilah mereka kerana orang2 seperti itu tidak sesuai dijadikan kawan.

Jadi sebagai suami, cuba periksa ada tak diantara wasap grup anda yang suka menyebarkan dan melihat gambar lucah?

Jika ada... fikir2kanlah apa tindakan paling bijak yang boleh anda ambil.

Friday, 29 May 2015

"Sushi King tiada status halal setakat ini" - JAKIM

Posted By: TTO Admin - 29.5.15

Beberapa hari lalu, isu penarikan balik sijil halal Restoran Secret Recipe hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. JAKIM dalam siaran medianya mengatakan punca sebenar penarikan itu adalah kerana Secret Recipe gagal mematuhi syarat-syarat kebersihan. Dengan kata lain pengendalian makanan di Restoran itu adalah kotor.

Namun, isu baru timbul apabila Restoran Sushi King, restoran yang menyediakan makanan jepun dan sering dikunjungi oleh ramai umat Islam di Malaysia pula didakwa tiada status halal. Jawapan itu diberikan melalui Twitter @Jakim_Official setelah ditanya pengguna twitter lain.


Walaubagaimanapun, tidak pula dijelaskan sebab restoran itu tidak memiliki status halal. Umum mengetahui restoran makanan Jepun selalunya menghidangkan arak bersama-sama menu mereka. Sebab itu lah kebanyakan restoran makanan Jepun hanya menyatakan restoran mereka tidak menghidangkan daging babi atau lebih dikenali dengan sign "Serve No Pork" ataupun "Pork Free".

Apapun, umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati apabila memilih makanan yang halal. Halal bukan hanya daripada makanan yang disediakan malah turut merangkumi banyak aspek seperti kebersihan. Adalah lebih baik kita mengikut panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab iaitu pihak JAKIM sendiri.

Tuesday, 26 May 2015

Mengagumkan! Ladang LED di Jepun ini hasilkan 10,000 salad sehari! (6 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 26.5.15


Mengagumkan ladang LED ini menghasilkan 10,000 salad sehari!

Mari belajar dari Jepun, sebuah ladang tertutup menghasilkan 10,000 salad sehari dan menggunakan 99% kurang air berbanding ladang terbuka.

Kita telah mula belajar mengenai pertanian dan cuba meningkatkan teknik pengeluaran hasil sejak beribu tahun dahulu.

Sebaik mana pun sistem ladang terbuka, ia tetap terdedah kepada ketidaktentuan cuaca dan bencana alam. Namun, kita boleh mengurangkan risiko itu.

Dengan bantuan teknologi lampu LED dan sistem aquaphonic, Jepun menunjukkan kepada kita teknik terbaik dan produktif menghasilkan tuaian yang berlipat kali ganda.

Shigeharu Shimamura memulakan usaha merevolusikan pertanian industri dari ladang ke dalam bangunan, di Timur Jepun yang teruk dilanda tsunami pada 2011.

Shimamura asalnya bekerja sebagai jurutera Sony Corporation di kilang semikonductor, kini memiliki ladang LED terbesar dunia.

Menggunakan LED dari General Electric dia meningkatkan pembesaran sayuran dengan menyelaraskan kadar pemancaran gelombang cahaya.

Ladang yang hanya sebesar separuh padang bola sepak itu menghasilkan 10,000 selad sehari. "Saya belajar cara menanam sayuran dengan kaedah terbaik secara biologi dan mengintegrasikannya dengan peralatan dan teknologi bagi meningkatkan hasilnya."

Ladang moden itu menggunakan 17,500 LED yang dipancarkan ke atas 18 rak bertingkat setinggi 15 tingkat.

Kunci kejayaan ladang ini ialah LED. Shimamura mempunyai keupayaan melaraskan tahap pengcahayaan sesuai dengan tumbesaran sayur mengikut kitaran siang dan kitaran malam.

"Kita tidak boleh menambah bilangan hari pengcahayaan kepada 24 jam terus menerus, tetapi kita perlu mendapatkan kombinasi masa terbaik bagi fotosentisis pada siang hari dan pernafasan pada malam hari, dengan mengawal cahaya dan persekitarannya."

Sistem itu mampu menghasilkan salad penuh vitamin dan mineral dua setengah kali lebih pantas berbanding ladang biasa.

Kadar penghasilan 90% berbanding ladang biasa yang hanya 50%. Setiap kaki persegi menghasilkan 100 salad katanya.

Professor jawab dakwaan Pelajar Genius diabai Kerajaan

Posted By: TTO Admin - 26.5.15

Nota ini dikongsikan oleh En. Zaid Zikri sebagai pencerahan mengenai isu viral dakwaan Pelajar Genius Matematik, Adi Putra diabai Kerajaan. Baca lagi:


ISU ADI PUTRA DAN PERMATA

Tergerak hati saya untuk membuat post ini adalah untuk menjernihkan suasana yang sudahpun keruh dilanda andaian politik sesetengah pihak. Tidak semena-mena sahaja, berita Adi Putra hangat diperkatakan semenjak dua tiga hari yang lalu, dan PERMATA pula menerima tempiasnya. Saya ingin berkongsi tulisan Pengarah PERMATA sendiri, Professor Noriah Mohd Ishak mengenai perkara ini.

Saya buat dalam bentuk "note" supaya dapat dijadikan rujukan masa hadapan.

**********

Kerajaan memang telah menubuhkan program untuk anak-anak genius bermula tahun 2009. Kerajaan juga melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah memberi dana kepada UKM untuk menubuhkan sebuah sekolah yang kini diberi taraf Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sesuai bagi pelajar-pelajar pintar dan berbakat seperti Adi. YABhg Datin Paduka Seti Rosmah Mansor adalah insan yang telah memperjuangkan hak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Beliau tanpa jemu telah merancang bersama UKM untuk menyediakan program pendidikan yang untuk pelajar seperti Adi.

YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya. Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM dibawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

Maka lahirlah Ujian UKM1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin.

Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009. Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATA pintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka diKolej PERMATApintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di perkngkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

Sebenarnya kerajaan melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah berjaya mengurangkan isu brain drain dengan memberi pendidikan khusus untuk pelajar pintar dan berbakat.

Program PERMATApintar ini bukan program elitis seperti tanggapan orang ramai atau program yang ditujukan khas untuk anak-anak orang kaya. Kemasukan ke program ini ialah mengikut kelayakan. Sehingga kini, didapati hampir setengah dari pelajar yang mendapat tawaran adalah dari mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar. Mereka diterima bukan kerana mereka dari luar bandar, tetapi mereka benar-benar layak.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah adalah sangat instrumental dalam menjayakan program ini bersama UKM. Sekian.

**********
Kemudian beliau menambah dalam post yang seterusnya.

**********

Saya rasa Adi perlu bercerita perkara yang benar berlaku dan bagaimana kerajaan dan lebih khusus YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor cuba membantu beliau dan kenapa bapanya menolak bantuan tersebut. Jika Adi terima bantuan yang kita cadangkan dulu pada tahun 2008, saya pasti Adi sekarang sudah berada di Universiti bertaraf Ivy League.

**********

Penjelasan sebenar Sijil Halal Secret Recipe ditarik balik!

Posted By: TTO Admin - 26.5.15

Kecoh apabila tersebarnya printscreen daripada laman Twitter @JAKIM_Official yang mendedahkan bahawa Sijil Halal Secret Recipe telah ditarik balik. Berikut jawapan kepada pertanyaan oleh seorang pengguna Twitter, Mubarak Bakri:

Carian di Direktori Hab Halal Malaysia: Link



Walaubagaimanpun, seorang pengguna Facebook menerangkan bahawa Sijil Halal Secret Recipe tidak terpakai kepada semua restoran Secret Recipe. Seperti contoh melalui direktori Hab Halal di atas, hanya lokasi Secret Recipe yang tertera sahaja telah ditarik balik sijil halal restoran tersebut:



Berikut pula adalah penjelasan mengenai pelanggaran prosedur Halal Malaysia:

Isu Secret Recipe ditarik Sijil Halal adalah sesuatu yang serius!

Ada 2 keadaan apabila berlaku pelanggaran prosedur Halal Malaysia:

1. Sijil Digantung Sementara
2. Sijil Ditarik Balik

Sijil Digantung Sementara adalah bagi tujuan siasatan dan peluang pihak syarikat membuat pembetulan kepada kesalahan yang dilakukan. Contohnya premis kotor atau bahan ramuan yang digunakan tidak mematuhi keperluan pensijilan halal. Maka dalam tempoh yang pada kebiasannya selama 14 hari, pihak syarikat perlu membuat pembetulan dan audit premis akan dilakukan semula selepas tempoh tersebut atau bahan ramuan tersebut dihantar untuk ujian di makmal yang diiktiraf. Jika keputusan audit semula atau ujian makmal adalah lulus, maka sijil halal akan diserahkan semula.

Manakala Sijil Ditarik Balik adalah hukuman kritikal dan muktamad bahawa pihak syarikat telah melakukan kesalahan serius di dalam prosedur atau standard pensijilan Halal Malaysia. Sebelum sijil ditarik, sijil halal akan digantung dahulu bagi memberi peluang pihak syarikat membuat pembetulan atau audit dan ujian semula dilakukan. Apabila pihak syarikat tetap gagal mematuhi prosedur/standard Halal Malaysia, maka sijil halal mereka akan DITARIK. Setelah sijil halal ditarik, pihak syarikat hanya boleh membuat permohonan semula selepas tempoh 6 bulan.

Sumber : Hab Halal

************

P/s : Cadbury Sijil Halal hanya digantung dan siasatan dilakukan dan ujian makmal di makmal yang diiktiraf dilakukan,setelah lulus ujian makmal, maka sijil halal Cadbury diserahkan kembali. Sementara Secret Recipe pula Sijil Ditarik Balik, maka itu adalah hukuman muktamad dan kesalahan serius.

Friday, 22 May 2015

Artikel wanita mengandung '9 bulan' ini wajar buka mata suami

Posted By: TTO Admin - 22.5.15


Artikel ini dikongsikan oleh Puan Shiela Amir. Semoga menjadi iktibar dan memberi kesedaran kepada para suami di luar sana. Baca lagi:
Orang perempuan ni kuat. Bab mengandung, dari mula mengandung, macam2 kena go thru. Morning sickness, sakit kepala, sakit pinggang, sakit belakang, kaki cramped tengah malam, nak bangun dari katil susah, nak berjalan tak larat badan berat dah mcm badak. Itu belum yang kena sembelit & buasir.

9 bulan bawa kandungan. Lepas tu bab bersalin, berjam-jam tahan sakit contraction. Ada yang berhari-hari. Sakitnya Allah je yang tau.

Belum campur sakit kena seluk nak cek jalan, sakit kena gunting, sakit kena jahit. Even ada yang end up kena czer. Bila dah settle, bab berpantang pulak. Paling elok pantang 100 hari. Tak boleh makan tu, tak boleh makan ni.

Jalan kena slow2 sebab sakit. Lagi2 kalau yang kena jahit tu. Tak kisah la jahit czer ke jahit bawah. Dua2 pun sakit. Lepas tu nak kena kuruskan badan balik, nak hilangkn stretch marks yang degil tu, nak kempiskan "poket kangaroo" lagi & the list goes on.

Jadi 9 bulan plus 100 hari pantang, seorang wanita bekorban lebih kurang 1 tahun untuk melahirkan seorang anak yang kemudian berbin/berbintikan suaminya.

Maka wajarlah para suami menghargai & memuliakan isteri masing2. Don't take them for granted. Percayalah, segagah mana pun lelaki, dia tak mampu nak mengandung & menahan sakit bersalin yang mampu ditanggung oleh selembik-lembik seorang wanita. Ada sebab kenapa Allah pilih wanita yang melahirkan zuriat & keturunan anda ❤

Thursday, 21 May 2015

Hotel terbesar di dunia bakal dibina di Makkah (4 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 21.5.15


Jeddah: Sebuah hotel yang dijangka terbesar di dunia dengan 10,000 bilik, 70 restoran, pusat beli-belah dan juga dilengkapi helipad akan dibina di bandar suci Makkah.

Projek AS$3.5 bilion (RM13 bilion) itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Hotel yang akan dinamakan Abraj Kudai itu dirancang dibina di kawasan seluas 291,000 meter persegi.

Ia juga akan mempunyai suite diraja, surau dan pusat konvensyen - semuanya di 12 menara berasingan.

Tumpuan utama hotel itu ialah kubah utama yang dijangka yang terbesar dan tertinggi di dunia.

Disebabkan tapak hotel ini hanya 1.6 kilometer dari Masjidil Haram, ia dijangka menempatkan jutaan jemaah.

Namun, bagi tetamu yang ingin menginap di sini, mereka haruslah memiliki akaun bank yang kukuh kerana sasaran hotel itu ialah golongan yang mampu tinggal di hotel empat bintang di 10 menara dan lima bintang di dua lagi menara.

Dari segi seni bina, Abraj Kudai kelihatan mirip bangunan 1930-an.

Areen Hospitality yang berpusat di London diberi kepercayaan untuk mereka bahagian dalamannya.

Lagi gambar:



Tuesday, 12 May 2015

(10 Hujah) Kenapa lelaki ini tidak melabur dalam Tabung Haji atau ASB

Posted By: TTO Admin - 12.5.15

Nota: Artikel ini hasil perkongsian oleh Faizul Ridzuan, seorang pakar dalam bidang pelaburan hartanah di Malaysia.

KENAPA SAYA TAK MELABUR DALAM TABUNG HAJI ATAU ASB

Salam Isnin semua. Minggu lepas, saya dijemput untuk buat perkongsian berkenaan ilmu pelaburan di dalam sebuah forum yang dianjurkan oleh UKM. Antara pelabur lain yang dijemput adalah :

1. Prof Ben Jacobson yang telah menulis beberapa buku dan juga pakar ekonomi dan saham di Edinburgh University

2. Prof Barjoyai yang telah membina 3 buat syarikat yang yang beliau berjaya listkan di pasaran saham Toronto, Canada.

Kesemua 3 ahli panel hari itu, seperti saya juga tidak melabur dalam pelburan berbentuk unit amanah. Ada seorang pelajar yang bertanya dengan saya kenapa saya tak melabur dalam ASB atau Tabung Haji. Saya jelaskan kepada yang bertanya yang saya ni tak dilahirkan kaya. Jadi duit saya tak banyak dan saya tak percaya orang lain untuk jaga duit dan masa depan saya. Jadi saya dapati pelaburan hartanah adalah paling sesuai untuk saya yang tiada wang yang banyak.

Berikut merupakan hujah sambungan saya :

1. Saya mahu kawal pelaburan saya : Dalam pelaburan jenis unit amanah, saya tidak dapat nak kawal pelaburan saya. Semua wang yang saya letak dalam unit amanah akan dijaga oleh "fund manager" atau pengurus pelaburan. Kalau pengurus pelaburan saya tak betul, maka habislah wang penat lelah saya.

2. Saya mahu kawal keputusan pelaburan saya dan impian saya : Dalam pelaburan hartanah atau saham, saya boleh kawal waktu pembelian dan jualan saya. Saya boleh kawal kawal siapa yang akan sewa atau beli hartanah saya. Dalam pelaburan unit amanah, semua ni akan dikawal oleh orang lain yang majoritinya makan gaji. Mereka tak kisah samaa-ada saya ada wang yang cukup untuk bersara. Mereka tak kisah kalau saya mahu hantar anak saya belajar keluar negara dan saya perlukan dana minimum RM1 Juta untuk tujuan ini.

3. Saya tak mahu bayar yuran pengurusan : Dalam pelaburan jenis unit amanah, pihak pengurusan biasanya menggaji berpuluh/beratus orang makan gaji yang bijak pandai untuk menguruskan pelaburan ini. Gaji mereka ini dibayar oleh yuran pengurusan ( Management Fee) yang berkadar 1%-6%. Orang yang tak punya duit besar macam saya, akan rasa yang management fee ni mahal.

4. Lebih percayakan diri sendiri dari org lain - Saya belajar banyak untuk pastikan saya boleh uruskan harta sendiri. Saya beli hartanah pertama lepas belajar 2 tahun secara sendiri. Saya mula belajar dari tahun 2003 dan beli rumah pertama tahun 2005. Saya mula melabur hartanah secara besaran dan berani membeli lebih dari 20 hartanah hanya mulai dari tahun 2008. Dah 5 tahun belajar baru berani melabur besar-besaran.
Kalau saya letakkan duit dalam pelaburan jenis unit amanah, saya tak tahu siapa yang uruskan wang saya, kredibiliti mereka atau prestasi masa lampau mereka. Saya hanya boleh letak dan berdoa sahaja yang mereka tidak akan buat kesilapan.

5. Saya boleh dapatkan pulangan lebih 30% jika buat sendiri dalam pelaburan hartanah. Ada hartanah yang saya beli pulangannya lebih dari 50% tiap-tiap tahun, ada yang lebih dari 100% setahun. Rezeki tu datang dari Allah dan so far masih belum pernah ada kerugian melabur dalam pelaburan hartanah sebab saya buat banyak kajian sebelum membeli setiap hartanah. Alhamdulillah.

Post ini bukan dibuat utk cemuh mana2 pihak. Sekadar perkongsian pendapat peribadi dari saya. Bila kita melabur dalam unit amanah, nasib pelaburan kita jatuh ke tangan orang yang bantu kita buat pelaburan itu. Memang diluar kawalan kita. Benda ni ( unit amanah) dah lama ada, cuma yang saya tak faham kenapa baru-baru ini sahaja ramai yang mula nak meraung dan jadi pakar ekonomi di Facebook.

Saya ni jenis yang lebih rela rugi duit kerana kesilapan sendiri, dari org lain yang buat silap dan merugikan saya. At least saya dapat belajar dari kesilapan saya dan melabur lebih baik pada masa akan datang. Untuk SEMUA jenis pelaburan, kita kena buat 3 step ini :

- BELAJAR, FAHAMKAN, DAN BARU MELABUR.

Kalau anda belum belajar dan tak faham, jangan melabur. Takut melebur nanti.


SAMBUNGAN ( berdasarkan komen-komen yang telah saya terima )

Salam semua, terima kasih atas semua komen dan pendapat. Pendapat saya dibawah adalah untuk menjawab banyak soalan dan pertanyaan yang ditujukan pada saya :

1. Ada yang kata pulangan saya yang lebih 30% tu tinggi sebab saya ambil risiko yang tinggi. Ini tak benar. Pada saya, risiko saya lebih rendah dari pelaburan unit amanah spt ASB atau Tabung Haji. Kalau ada ilmu, anda boleh mengurangkan risiko anda seminima yang boleh. Risiko kita akan tinggi bila kita tak tahu apa jenis pelaburan yang kita buat.

2. Ada yang kata pelaburan hartanah adalah untuk org yang bermodal tinggi sahaja. Kalau anda pernah baca buku saya, anda akan tahu yang saya dah beli lebih dari 10 hartanah secara PERCUMA. Kalau ada ilmu bukan susah nak beli hartanah tanpa pakai duit.

3. Majoriti pelaburan saya (99%) adalah dalam hartanah. Baki 1% dalam saham yang dibeli sendiri. Portfolio saham saya kecil je, pulangan saya tahun lepas dari pembelian saham adalah 40%. Main saham secara suka-suka. Saya percaya kalau kita nak pandai dalam suatu ilmu, kena ada fokus. Saya tak percaya kepada pemecahan aset ( asset diversification ) kerana kalau anda tgk mana-mana pelabur bertaraf dunia, mereka pun tak suka asset diversification. Warren Buffet pernah cakap yang asset diversification adalah untuk mereka yang tak pasti apa mereka tgh buat. Siapa beliau? Dia adalah pelabur no.1 di dunia.

4. Saya pilih hartanah sebab saya nak kawal pelaburan dan duit saya. Kalau anda tak setuju dan masih mahu melabur dalam unit amanah, terpulanglah kepada anda. Itu duit anda. Tapi jgn bising pula bila fund manager anda pergi membeli tanah/aset/saham pada harga yang anda sendiri rasa melampau.

5. Kalau anda melabur dalam unit amanah sebab tiada masa untuk utk belajar sendiri, saya faham. Ramai client saya di FAR Capital Sdn Bhd juga meminta saya melabur utk mereka kerana mereka sibuk dgn kerjaya dan keluarga masing masing. Tapi saya akan jelaskan kepada mereka kenapa, di mana, and sebab saya melakukan pembelian hartanah tersebut untuk mereka. At least mereka faham apa yang saya beli, SEBELUM saya buat pembelian. Fund manager unit amanah anda sekarang ada buat penjelasan sebelum mereka beli?

Belajar dahulu, baru melabur. Saya doakan anda semua lebih kaya dan berjaya ^^

Saturday, 9 May 2015

Kisah benar isteri sarat hamil diabai suami ini wajar dijadikan pengajaran

Posted By: TTO Admin - 9.5.15

Kisah benar ini diceritakan oleh Kak Hasanah yang melihat kejadian ini berlaku didepan matanya. Kejadian ini walaupun nampak ringan, namun seringkali berlaku tanpa disedari. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat para suami diluar sana. Baca lagi:
Pernah saya perhatikan sepasang suami isteri di kawasan shopping mall.

Selesai mencari tempat parking, suami mengeluarkan wang lalu menghulurkan kepada isteri. Membiarkan isteri membeli belah seorang diri dalam keadaan perut memboyot ke hadapan. Saya kira usia kandungan isterinya telah mencecah 8 bulan, hampir 9 bulan. Saya perhati kelibat mereka dari kejauhan, si isteri berjalan sendirian dan si suami pula tidur dalam kereta sementara menunggu isterinya. Kebetulan saya dan bonda ketika itu hendak menuju ke kaunter pembayaran, terlihat wanita tadi sedang menolak troli yang penuh dengan barang-barang dapur. Ya Allah sayunya ketika itu, sesekali kelihatan dia mengelap peluh di hujung lengan baju. Bukan sekali menyaksikan perkara sebegitu, seringkali juga terserampak dengan isteri yang hamil terlalu sarat tetapi perginya ke hospital keseorangan diri, perginya ke pasar keseorangan diri, perginya ke mana-mana keseorangan diri.

Mana suami ?
Mana ?

Alasan kononnya 'meramaikan umat nabi Muhammad'

Tapi tak reti 'menjaga hak-hak dan cara nabi Muhammad menjaga isterinya'.
Tahu buat, tahu 'jaga'.
Taknak jaga, tak perlu buat.
Jangan menyusahkan isteri !

Kalaulah tugas dan tanggungjawab seorang 'suami' hanya kepada 'itu', lebih baik si isteri saja memikul tanggungjawab sebagai 'suami'. Malu pada Rasulullah.

Monday, 4 May 2015

Luahan pemilik Myvi dihimpit di Lebuhraya gara-gara ada sticker kelab

Posted By: TTO Admin - 4.5.15

Hanya kerana memandu kereta Myvi dengan sticker kelab, pemilik kereta itu terpaksa menempuh pengalaman buruk keretanya dihimpit pengguna jalan raya lain ketika memandu di Lebuhraya.

Beliau kesal dengan kejadian tersebut kerana risau perkara buruk berlaku di mana pada masa kejadian ibu dan anak-anaknya turut berada di dalam kereta itu.

"Apa salah saya, saya tahu kes pasal budak-budak Myvi (Lebuhraya Duke -FMC) tu... tapi saya ke penyebabnya... Saya pun ada anak-anak... ada jugak baby 11 bulan... nak sangat tunjuk bagus pergi lah cari 6 jahanam tu..." katanya...

Sunday, 3 May 2015

Page pertahan Kelab Myvi Familia dakwa video CCTV diedit

Posted By: TTO Admin - 3.5.15
Menurut sebuah page 'Keadilan untuk Familia Myvi Club', rakaman CCTV yang tersebar didakwa telah diedit dengan menambah kesan khas supaya kereta di dalam rakaman itu seakan bergerak laju. Malah, admin page itu juga mengatakan perkara itu adalah satu bentuk buli siber terhadap kelab kereta itu.


Namun, alasan yang diberikan oleh admin page itu disangkal oleh pengguna media sosial yang masih berang dengan kejadian yang berlaku di lebuhraya Duke itu.



7 jawapan kepada yang cuba pertahan geng lumba haram Myvi (FMC)

Posted By: TTO Admin - 3.5.15
Seorang pengguna Facebook, Encik Nazmi tampil memberikan jawapan kepada yang cuba mempertahankan ahli Kelab Myvi Familia yang terlibat dalam insiden di Lebuhraya Duke. 

2 anak kecil ini jadi yatim piatu sekelip mata

Ramai pulak yg bijak pandai rase nak tegakkan benang yg basah. Meh tolong jawab dari ape yg saya selidik dr info dalam facebook.

Pertama. Report seorang saksi yang mengatakan geng2 myvi berlumbe sehingga menyebabkan kemalangan maut. Dimana dalam keterangan report beliau mengatakan myvi mencucuk kereta beliau dan berjaya memotong. 1 dr myvi hilang kawalan dan merempuh sisi kereta mangsa yang berada dihadapan beliau. Kerata mangsa hilang kawalan dan mengakibatkan terbalik dan berpusing.

Kedua. Apa yang sy tau. Sekiranya 1 kenderaan tu terbabit dalam kemalangan maut. Tidak boleh dialihkan atau meninggalkan kawasan kemalangan sekiranya tidak menghalang lalu lintas.ini kerana pihak polis akan mengambil segala detail kemalangan berpandukan keadaan. Sekiranya seperti yg berlaku. 1 dari myvi yang terbabit meninggalkan kawasan kemalangan boleh dianggap langgar lari.

Ketiga. Dengan angkuh nya salah seorang yg harus dipertanggung jawab dalam hal ni memberitahu ada orang dalam. Ini mencemarkan maruah badan kerajaan yg terlibat.

Keempat. Report dari group myvi amat simple dan tidak terperinci seperti repot seorang saksi kemalangan.report dari group myvi amat bercanggah dengan report saksi.

Kelima. Sekiranya ada perjumpaan dengan waris. Kenapa adik dari mangsa meminta sesiapa yang harus dipertanggung jawab berjumpa dengan beliau. Beliau update status pada 2 mei jam 21.52. (9.52 malam tadi.) Ini menampakkan tiada sebarang perjumpaan yng dibuat seperti di war2kan.

Keenam. Seperti kita sedia maklum. Sekiranya sesorang memandu dengan membawa isteri dan anak kecil. Logik akal dan boleh diterima pakai mengatakan beliau berlumba.

Ketujuh. Adakah persatuan atau kumpulan yg dinamakan fimilia myvi club (fmc) didaftarkan di r.o.s. sekiranya tidak didaftarkan. Menjadi 1 kesalahan menganjurkan 1 pertubuhan atau kumpulan yang tidak berdaftar. Pihak penganjur atau admin boleh diambil tindakan. Harap pihak berwajib siasat.

Adakah ini dikatakan pemandu myvi yang terbabit tidak bersalah?

Jadi pikir kan sendiri.. Yang mane bijak pandai tolong perbetulkan sekiranya saya salah selidik. Pihak berwajib tolong lah tegakkan keadilan dengan sejujurnya demi rasa kasih dan perihatin sesama manusia terhadap 2 insan yang tidak berdosa meratapi kehilangan ibu bapa dan adik diatas kesilapan orang lain yang mementingkan diri.

"Tadi mama muka berdarah papa lagi teruk kesian dkt papa" Luahan sayu anak mangsa

Posted By: TTO Admin - 3.5.15

Kata-kata sayu ini datangnya dari Amirah, anak pertama keluarga yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Duke. Keadaan menyayat hati itu diceritakan oleh ahli keluarga mangsa, tulis Azjsnazdr:
Amirah pegang aunt okay. Amirah jangan nangis tau. Nanti mira kena jaga qila. Mira cerita "Tadi mama muka berdarah papa lagi teruk kesian dekat papa. Mira sayang baby nissa, nanti hari selasa adik papa nak pergi school bgtau cikgu mira mama papa da takde" And she keep kissing her baby cousin yang sebaya baby nissa. And her sista aqilah cakap. "Takpe nanti baby anissa balik rumah"... 2 beautiful kids yang tetahu papa lagi. Lost their mama papa and little baby baru 6 months"
Semoga kedua-dua anak mangsa diberikan kekuatan untuk menempuhi kehidupan mereka. Mereka berdua masih kecil dan tidak mengetahui kejadian yang menimpa kedua ibu bapa mereka itu bakal merubah kehidupan mereka. Al-Fatihah

Saturday, 2 May 2015

Semua Ahli Myvi Familia terlibat sudah tampil di Balai Polis

Posted By: TTO Admin - 2.5.15


Menurut seorang admin Group Kelab Myvi Familia, Safuan Takeshi, kesemua ahli kelab itu yang terlibat dengan kemalangan ngeri didakwa berpunca daripada lumba haram sesama mereka kini sudah tampil diri ke Balai Polis.

Sebelum itu, Safuan juga telah membuat laporan polis untuk mempertahankan dirinya akibat telah difitnah di media sosial yang mengatakan dia sebagai salah seorang daripada 6 pemilik Myvi Familia itu.


Kesan daripada kejadian itu, Kelab Myvi Familia kini telah menjadi sasaran kemarahan Netizen. Nama-nama ahli kelab itu juga telah disebarkan. Malahan sebuah Facebook page baru dengan nama Familia Murdermyvi Club turut diwujudkan.

Insiden ini seharusnya memberi pengajaran kepada kelab permotoran yang lain. Kelab yang sepatutnya bertujuan baik mengikat tali persahabatan antara sesama ahli kini telah menjadi sebaliknya.

Friday, 1 May 2015

Luahan Doktor tegur Drama & Filem Melayu salah guna alat perubatan

Posted By: TTO Admin - 1.5.15

Walaupun sering kali dikritik, Drama dan Filem Melayu masih mendapat tempat di hati ramai penonton Rakyat Malaysia. Namun, kali ini kritikan itu datangnya daripada seorang Doktor yang menegur drama-drama Melayu kerana tidak mengambil berat tentang penggunaan alat perubatan ketika dalam penggambaran.

Menurut Dr. Khairul Hafidz, pengarah Drama dan Filem Melayu sepatutnya menggunakan khidmat nasihat doktor agar prosedur dan alatan perubatan digunakan dengan cara yang betul. Jika tidak, beliau bimbang kelak doktor sukar menjalankan tugas apabila berhadapan dengan persepsi masyarakat. Baca teguran beliau:
"Di laman twitter kebelakangan ini, saya banyak memberi komentar mengenai penggunaan alat perubatan dan medical term yang mereka gunakan.
Saya perhatikan, banyak kesalahan prosedur dan alatan serta bahasa dalam penggambaran.

"Kena faham bahawa pengaruh media dan drama sangat kuat di kalangan masyarakat, dan itu yang bahaya, orang ramai secara tak sedar akan percaya apa yang mereka lihat, dan akhirnya menjadi kesukaran buat staf kesihatan untuk ubah persepsi masyarakat.

"Pengarah drama dan filem kena lebih teliti, buat kajian dulu sebelum buat penggambaran, jangan hentam semberono.
Saran saya, guna khidmat doktor penasihat, supaya drama atau filem tak nampak jelek.

"Biar belanja lebih sikit, asal kualiti filem dan drama kita terjaga. 
Dr. Khairul turut memuatnaik beberapa contoh kesalahan Drama dan Filem Melayu:


Semoga saranan dan teguran Dr. Khairul ini dapat diterima oleh penggiat drama dan filem di Malaysia. Kalau tidak sampai bila industri itu mahu maju dan bersaing dengan negara lain?

Tuesday, 28 April 2015

Pesanan Aunty ini buka mata tabiat saat bersama keluarga

Posted By: TTO Admin - 28.4.15
Gambar kiri hiasan

Kejadian yang berlaku kepada lelaki ini telah memberikan pengajaran mengenai tabiat menggunakan gadjet ketika bersama keluarga. Seorang pengguna Facebook, Khairul Hakimin menceritakan pengalamannya berbual dengan seorang wanita berbangsa Cina ketika berada di Hospital. Aunty itu tanpa dia sedari telah memberikan pesanan yang cukup bermakna kepadanya dan wajar menjadi iktibar buat keluarga lain. Baca lagi:
Nurul 'Ain sudah tidur. Jam 6.30 pagi tadi kami kejutkan dia, mahu ke SJMC untuk review keputusan darah dan berjumpa doktor pakar kesayangannya.

Sampai di Hospital berebut parking dan cepat mendaftar. Kami turun makan sekejap dan kembali naik menunggu masa mengambil darah dan menanti keputusan ujian yang mengambil masa lebih kurang satu jam.

'Ain mula merepek dan berlari-lari kesana kemari. Mamanya mula mahu duduk dan saya mengambil baton untuk melayan karenahnya.

Sambil bermain telefon (lihatlah banyaknya saya kemaskini status pagi tadi), saya sekejap-sekejap melihat 'Ain yang bermain di ruang kecil permainan yang disediakan pihak hospital.

"Itu anak you?" Tanya seorang Aunty berbangsa cina.

"Ya." Saya hanya senyum sekejap dan kembali melihat telefon.

"You untung, anak you comel." Beliau mula mahu bersembang dengan saya. Anaknya juga ligat seperti 'Ain kesana kemari.

Saya terus memandang wajah Aunty dan mengharap ayat lain keluar dari mulutnya.

"Itu anak i, you tak tanya pun i nak story. I dapat dia umur i 39. He only child i have. My husband have multi millions company, but i have one the greatest god gift to me."

"You know, bila husband i balik rumah, i will make sure dia tak pegang handphone. I cakap dengan dia, kita kahwin 15 tahun baru dapat seorang anak lelaki, kita patut syukur. Tuhan bagi duit sampai kubur kita tak cukup besar, tapi Tuhan beri kita anak, kita masih mahu cari duit cari kawan cari senyum sana sini dengan handphone."

"You, i nasihat satu perkara. Bila dengan anak, dengan family, dengan parents. You letak handphone side. Dont ever bother about facebook anymore. Family ini you tak dapat cari lain sampai bila-bila. Take all the time with them. Please."

Saya terdiam. Ada rasa lain pula terdetik dalam hati. Yang sebenarnya isteri saya dah banyak kali pesan tentang ini, emak, adik juga keluarga ramai yang dah pernah nasihat. Tapi tak pernah masuk telinga. Ambil nak Tuhan hantar seorang aunty yang berbeza agama, tetapi penuh mesej yang amat berguna. Subhanallah.

Harap-harap saya dapat beri masa sebaiknya dengan keluarga. Amin.

Khairul.
Advantura Kembali Ke Pangkal Jalan, 1 destinasi 1 telefon dan 1 keluarga.
Hargailah saat bersama dengan keluarga.

Monday, 27 April 2015

Kejadian yang berlaku di KFC ini buka mata rakyat Malaysia

Posted By: TTO Admin - 27.4.15

Kejadian yang berlaku di sebuah Restoran KFC ini wajar menjadi iktibar buat rakyat Malaysia. Pengguna Facebook, Riff Muhd menceritakan bagaimana tindakan seorang lelaki yang menolong seorang pakcik telah memperlihatkan hati murni rakyat Malaysia. Baca lagi:
Uncle, kita semua Malaysia

Aku lihat seorang hamba Allah, sedang beratur di kfc. Tinggal lagi seorang di dalam barisan, tibalah giliran dia.

Kemudian dia menoleh ke belakang, 13 orang dalam barisan. Dia terlihat seorang uncle berdiri beratur sama, dan cucunya sdg bermain bersama si nenek.

Sewaktu tiba giliran hamba Allah untuk buat order, dia melambai uncle tersebut.

"Uncle, mari sini."

Uncle pun terus ke depan seolah tahu.

"Uncle boleh buat order dulu, kita tukar tempat, saya sambung baris uncle."

Hamba Allah tersebut pun berjalan beratur di barisan belakang.

"Terima kasih semua, maaf melambatkan." katanya.

Belum lama dia beratur, seorang abg datang ke belakang dan menarik tangan hamba Allah tersebut.

"Bro, you pergi baris depan buat you punya order." kata abg tersebut

"Eh, tak apa bang, ramai yg beratur dari tadi, saya tak berebut. Tak apa, tak apa."

Kemudian hamba Allah tersentap.. beberapa bersuara..

"Tak apa adik, you ambik akak punya baris."

"I'll give you my queue, I'm not in rush."

"Bro, pegi balik depan bro nanti kami tak buat order."

Dan banyakan memandang, hamba Allah segan dan rasa terharu.. Dia pun akur dan kembali di dalam baris..

"You semua hati banyak mulia. Thank you. This is Malaysia." kata uncle sambil membawa snack plate butter garlic chicken buat cucunya.

In shaa Allah, jangan segan untuk mendahulukan mereka yg tua, kurang upaya dan ibu mengandung.

Kita semua Malaysia, kita semua cantik luar dan dalam.

In shaa Allah.
Terima Kasih Malaysia.
Sikap toleransi sesama kaum seperti kejadian ini seharusnya menjadi amalan dalam hidup kita. Mungkin selama ini rakyat Malaysia dikaburi dengan ideologi dan anasir yang tidak baik dibawa oleh sebahagian ahli politik dan NGO-NGO yang berkepentingan. -TengokTVonline

Pelajar Universiti luah perasaan kawan kahwin diusia muda abai ibu bapa

Posted By: TTO Admin - 27.4.15

Sejak kebelakangan ini, Trend kahwin di usia muda semakin mendapat sambutan terutama di kalangan pelajar Universiti Awam. Cerita indah perkahwinan muda ini dimomokkan sehinggakan ramai pasangan tidak menilai terlebih dahulu kemampuan diri dari segi kewangan dan ilmu rumahtangga.

Namun, jika melihat kepada statistik menunjukkan kebanyakkan kes penceraian yang berlaku di negara ini adalah disebabkan kahwin muda. Di bawah salah satu contoh bagaimana perkahwinan itu sepatutnya indah tetapi jadi sebaliknya. Pelajar universiti ini menceritakan bagaimana rakan baiknya yang berkahwin di usia muda telah mengabaikan kedua orang tuanya.

Saturday, 25 April 2015

"Budak jual Nasi Lemak itu biadap dan kurang ajar" - Cerita di pihak Guru

Posted By: TTO Admin - 25.4.15

Setelah viral cerita mengenai Nasi Lemak bungkus yang dijual murid sekolah rendah dirampas oleh cikgu dan guru besar di sebuah sekolah di Pulau Pinang, kini muncul cerita baru yang menjawab dipihak guru itu pula.

Saiful Bahri menceritakan kajadian sebenar yang berlaku di sekolah itu. Menurut cerita itu, murid tersebut sudah lama menjual nasi lemak dan tidak ada guru yang menghalangnya asalkan tidak menjual ketika waktu P&P.

Namun, murid itu pula didakwa memiliki akhlak yang biadap dan melawan arahan cikgu itu ketika dia menjual nasi lemak tanpa kawalan. Dan akhirnya, murid itu telah didenda tetapi bukan kerana dia menjual nasi lemak, namun disebabkan sikapnya yang tidak berdisiplin. Baca lagi:
Polemik nasi lemak sudah mnjadi viral. Jom baca cerita sebenar;

Kes nasi lemak ni jd pd cousin Fazliyaton Suhaimi..bdk tu mmg kurang ajar..cousin dia sedang mengajar sains thn 6..bdk ni buat xheran..menjaja nasi lemak dia mcm d pasar..dia dh lama jual nasi lemak..xde guru mrh pun cuma jgn ganggu p&p tu je.

Tp kali ni dia melawan..bila cousin dia suruh duduk n jgn jual lg dia menjawab..apa cikgu boleh buat kt saya?

Then cikgu tu soh berdiri d luar klas..then cikgu tu terperasan yg dia lari dgn beg nasi lemak.

Cikgu tu panik n mntk guru disiplin cari...jumpa bdk tu then dia mencabar apa boleh buat kt dia.

Guru disiplin bwk jumpa guru besar..gb soh tinggalkan beg d tepi..dia mencekak pinggang hangin.

Gb tu denda sbb sikapnya yg biadap..bkn sbb dia niaga nasi lemak.
Sblm blk gb pulangkan nasi lemak dia yg masih elok...

Bila petang, dibawak balik,.. bapak dia amik gambar tp wktu ptg for sure ns lemak tu dah basi.

Skrg masyarakat nilai sendiri siapa yg salah???.... masa aku sek rendah ada juga jual kacang. Tapi x pernah kantoi sbb aku tau wktu bila boleh bjual beli n aku tau bniaga dlm kaw sekolah mmg salah.
Menurut info itu lagi, kes ini sudah disiasat oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri, dan keputusannya telah memihak kepada guru tersebut.

Inilah sebenarnya cabaran dan dugaan yang diterima oleh guru apabila terpaksa berhadapan bukan sahaja dengan murid yang bermacam ragam, namun setiap mata diluar juga melihat tingkah laku para guru. Keadaan ini juga semakin sukar dengan kecanggihan teknologi pada masa kini. -TengokTVonline

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab