Wednesday 24 July 2013

Terkini! Bonus Raya 2013 Sebulan Untuk Kakitangan Awam Di Selangor

Posted By: TTO Admin - 24.7.13

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju untuk memberi bonus Hari Raya sebulan gaji kepada kakitangan awam di Selangor.

Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.



Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

#Penjawat Awam yang berada di Kerajaan Pusat tak sabar nak dengar pengumunan PM pula.

DS Najib bila nak umum? takkan negeri bagi pusat tak bagi? <--- Ayat psycho 

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab