Cara baru dan amat pelik untuk berhenti merokok. İbrahim Yucel, seorang perokok 42 tahun dari Kütahya, Turki, baru-baru ini telah memutuskan untuk memakai sangkar logam yang dikunci di kepalanya untuk melawan ketagihan beliau.
Ibrahim Yucel telah merokok selama 26 tahun yang lalu, walaupun beberapa kali cuba untuk berhenti namun dia tidak dapat mengelak dariapda tabiat menghabiskan dua pek rokok sehari.
Walaubagaimanapun, selepas kehilangan bapanya akibat kanser paru-paru yang berpunca daripada rokok beberapa bulan yang lalu, Barulah İbrahim menyedari bahawa dia bukan sahaja akan kehilangan nyawa akibat merokok, malah meletakkan isteri dan anak-anaknya dalam risiko yang sama.
Namun, juruteknik Turki ini juga tahu betapa sukarnya untuk dia berhenti merokok, dia mendapat satu idea penyelesaian yang agak luar biasa. Diilhamkan oleh topi keledar, beliau mengambil keputusan untuk memcipta sebuah sangkar dawai besi yang akan menghalangnya daripada menyalakan rokok tidak kira bagaimana tinggi kemahuannya untuk kembali merokok.
Kreatif tapi pelik!
KONGSI
& Komentar
Tweet