Shah Alam: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) membuat laporan polis supaya diadakan siasatan bersepadu bagi menyekat dan menghapuskan ancaman penyebaran fahaman Syiah di negara ini.
ISMA lapor polis kegiatan ancam Ahli Sunnah |
“Kami mendapati sekurang-kurangnya ada 200 akaun Facebook yang dibuka pengikut fahaman itu dan bimbang, andai setiap seorang pemegang akaun menyebarkan ajaran berkenaan kepada 1,000 orang, maka ada kemungkinan lebih 200,000 orang menerima doktrin yang cuba disampaikan itu,” Mohamad Ismail, Ketua Unit Kajian Syiah ISMA
Tindakan tegas
“Justeru, kami meminta pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh bersama dengan semua pihak berkuasa agama termasuk Majlis Agama Islam negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membendung fahaman itu.
“Kami juga berharap supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman itu terutama dalam kalangan generasi muda yang kurang mendapat pendedahan sebenar mengenai ajaran Syiah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengetuai delegasi ISMA membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini semalam.
Mohamad berkata, ISMA turut mengesan pengikut Syiah di negara ini cuba menyebarkan fahaman mereka menerusi Facebook dan Twitter bagi merekrut anggota baru terutama generasi muda.
“Dalam laporan polis yang dibuat, saya turut melampirkan dokumen setiap profil Facebook individu yang secara jelas dan nyata menyebarkan fahaman Syiah sama ada ketika mengemaskini status atau menerusi komen yang dibuat. -Bharian
KONGSI
& Komentar
Tweet