Wednesday, 24 July 2013

Guru Besar SK Pristana perjelas isu Pelajar Non Muslim makan di tandas (8 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 24.7.13

Bilik persalinan yang didakwa dijadikan tempat makan pelajar bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buluh sebenarnya digunakan sejak Mac lalu berikutan kantin sekolah berkenaan tidak mampu menampung bilangan murid pada waktu rehat.

Difahamkan, bilik persalinan itu yang baru dibina tidak pernah digunakan dan ia hanya digunakan sebagai tempat makan sejak awal tahun ini, malah ia digunakan semua murid di sekolah berkenaan tanpa mengira agama dan bangsa.

Dalam tinjauan di sekolah berkenaan mendapati bilik persalinan yang dijadikan kantin sementara itu turut diletak dengan poster maklumat seperti "Basuh tangan sebelum makan", "Bersihkan tempat makan selepas makan" malah didapati bersih dan bukannya kotor seperti didakwa. (Lihar gambar dibawah)

Guru besar sekolah berkenaan, Mohammad Nasir Mohd Noor berkata: "Saya tidak menyangka isu ini menjadi sensitif. Ia sebenarnya bukannya digunakan untuk pelajar bukan Islam saja sebaliknya sudah digunakan sejak Mac lalu semua pelajar."

Bilik persalinan itu tidak pernah digunakan langsung sebaliknya hanya dibuka selepas tidak dapat menampung 1,000 pelajar pada waktu makan." katanya.

Menurutnya, bilik persalinan itu dihias seperti kantin dan meja dan kerusi yang ditempatkan di dalam bilik berkenaan juga sama seperti yang ada di kantin.

Katanya, atas arahan Kementerian Pelajaran, bilik berkenaan ditutup serta-merta dan pelajar bukan Islam menggunakan bilik yang lebih selesa sepanjang Ramadan ini berikutan kantin ditutup untuk kerja pengubahsuaian. - Hmetro

8 Gambar yang dikirim sumber kepada blog Mazidul :



Penjelasan daripada salah seorang kakitangan di Sek tersebut.

"Sewaktu meninjau ruang di bilik persalinan  terbabit bersama wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG serta kakitangan sekolah, kami terlewat untuk pulang ke rumah. Jadi kami membuat keputusan  berbuka di ruang sama selepas  doa dibacakan. Tidak ada sebarang masalah, Alhamdulillah, kami berselera makan selepas sehari menahan lapar dan dahaga" ujar beliau.

"Gambar itu(dibawah), suasana majlis berbuka puasa di bilik persalinan disalah anggap sebagai tandas," kata Hussein.

Gambar dihantar kepada saya(Blog Mazidul) oleh Yang DiPertua PIBG SRK Sri Pristina, Hussein Mohd Ariff.

Pada awalnya, ternyata isu ini digembar gemburkan sehingga nampak seolah-olah terlampau negatif, keterlaluan, dan rasis. Para pengguna media sosial dan blogger yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut terus-menerus melemparkan tuduhan tidak berasas tanpa selidik dan membuat pembetulan fakta.

Malah isu ini turut menjadi bahan politik oleh sesetengah blogger.

Screenshot blog yang mengaitkan isu ini dengan politik

Walaupun sudah mengetahui bilik tersebut adalah bilik persalinan, namun rata-rata rakyat malaysia masih tidak dapat menerima penjelasan kerana telah ditokok tambah seperti kotor, berbau dan perkara-perkara negatif yang lain. Semoga selepas ini, isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan seterusnya menjadi iktibar kepada semua pihak yang terlibat.

Artikel berkaitan

1) Kronologi Isu Gambar Pelajar Non Muslim diarah makan dalam tandas: http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/07/pelajar-non-muslim-diarah-makan-di.html

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab