Tuesday 16 July 2013

Wanita bergelar jutawan bekerja sebagai pembersih jalanan

Posted By: TTO Admin - 16.7.13

Seorang wanita bergelar jutawan dari Kota Wuhan di Central China telah berkerja selama 15 tahun, enam hari seminggu sebagai pekerja pembersihan jalanan untuk menunjukkan anak-anak beliau nilai kerja keras pada hari ini.

Yu Youzhen, seorang bekas petani sayuran telah mengubah nasibnya melalui bisnes hartanah. Namun, beliau mengambil keputusan untuk bekerja sebagai seorang pekerja pembersihan sejak menjual tanah beliau kepada negeri pada tahun 1998.




Walaupu beliau memiliki 17 pangsapuri dan telah bergelar jutawan, Yu menegaskan pada setiap hari, dia akan bangun pada jam 3 pagi  untuk keluar bekerja dengan bayaran yang amat sedikit 1,420 yuan (RM 690) sebulan.

Yu, telah menjadi seperti seorang selebriti di tanah air beliau. Beliau  memberitahu wartawan tempatan bahawa dia telah terdorong untuk melakukan pekerjaan sebegitu selepas menyaksikan banyak pemilik tanah iaitu bekas rakan-rakan beliau sendiri telah mensia-siakan pendapatan mereka dalam perjudian dan dadah.

"Saya ingin menjadi contoh yang baik untuk anak lelaki dan anak perempuan saya, seseorang tidak boleh hanya duduk di rumah dan mengharap nasib dalam kehidupannya," kata oleh Yu.

Sama ada mereka mahu atau tidak, anak-anaknya turut menunjukkan sifat yang sama seperti beliau. Anak lelakinya kini bekerja sebagai pemandu dan pendapatan hanya lebih 2,000 yuan (RM 960) sebulan, manakala anak perempuannya merupakan pekerja pejabat dengan 3,000 yuan(RM 1440) sebulan gaji.

Kisah yang rakyat Malaysia wajar contohi.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab