Monday, 15 July 2013

5 Kebaikan tidur tanpa seurat benang

Posted By: TTO Admin - 15.7.13

1. Melancarkan peredaran darah
Pakaian menyekat peredaran darah. Tidur tanpa pakaian mampu membantu mengurangkan ketegangan dan ketidakselesaan dari kawasan saraf dan juga melegakan kesakitan pinggang. Penyelidikan perubatan telah menunjukkan bahawa tidur tanpa pakaian adalah baik untuk mereka yang mengalami insomnia kerana ia mempunyai kesan yang mampu memberi ketenangan kepada mereka.

2. Melindungi kemaluan
Perasaan basah boleh menyebabkan perasaan tidak menyenangkan di kalangan wanita dan boleh meningkatkan kemungkinan mendapat jangkitan. Tidur tanpa pakaian memberi pengudaraan kepada kawasan-kawasan terbabit dan akan membuatkan mereka berasa selesa dan memastikan kawasan itu kering, seterusnya akan mengelakkan kemungkinan terkena jangkitan kulat. Bagi lelaki, ia juga dapat meningkatkan kesuburan kerana terdedah dengan suhu yang sesuai dan mengekalkan kualiti sperma.

3. Tidur lebih nyenyak
Pakaian yang anda pakai ketika tidur memang akan membuat anda merasa lebih hangat. Namun, Lisa Shives, MD, ahli National Sleep Foundation mengatakan bahawa ketika tidur, suhu tubuh akan menurun. keadaan inilah yang membuat tidur anda akan lebih nyenyak. "Tidur tanpa pakaian akan membantu tubuh anda tetap dingin, sehingga tidur akan jadi lebih nyenyak," ungkapnya lagi.

4. Lebih awet muda
Natasha Turner, penulis buku The Diet Hormone menyatakan, sentiasa mengenakan selimut dan pakaian untuk memberi kehangatan ketika tidur waktu malam akan mengganggu perlepasan melatonin dan hormon pertumbuhan sel (hormon antipenuaan).

"Ketika suhu tubuh mulai turun, hormon antiapenuaan ini akan dilepaskan, dan akan membuat anda tampil lebih segar dan awet muda," jelasnya. Selain awet muda, hormon ini juga akan membuatkan rambut sentiasa sihat..

5. Menurunkan berat badan
Ketika tidur tanpa pakaian, anda akan merasa tidur yang lebih nyenyak. Hal ini akan membuat otak Anda mengurangkan produksi hormon kortisol (hormon stress) ketika tidur. Pengurangan pengeluaran kortisol akan diiringi dengan penurunan perasaan lapar ketika bangun pagi.

Jika tidur anda terganggu, hormon kortisol akan terlalu tinggi, dan ini menyebabkan anda merasa sangat lapar ketika bangun pagi. Terkadang rasa lapar ini akan membuatkan anda ingin makan ketika tengah malam, atau makan secara berlebihan ketika bangun pagi.

Pesan Admin, kunci pintu bilik anda sekiranya nak ikut saranan ini!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab