Showing posts with label Cerita Serius. Show all posts
Showing posts with label Cerita Serius. Show all posts
Sunday, 26 April 2015
Isteri muda jumpa dukun rayu alat suIit suami dikecilkan
Posted By: TTO Admin - 26.4.15Banten - Mempunyai ukuran za kar yang besar tidak semestinya disukai oleh pasangan kita. Seorang dukun batin di Jawa Barat, Abah Otong, 52, menceritakan pengalamannya dimana dia pernah didatangi seorang wanita muda yang sudah berkahwin yang mahukan dia mengembalikan semula saiz alat suIit suaminya ke bentuk asal.
"Dia datang dari Semarang bersama suaminya. Si isteri merayu agar saiz alat suIit suaminya itu dikecilkan semula kerana kemaIuannya sering berlaku pendarahan ketika bersama" ujar Abah.
"Ya, yang selalu minta itu isteri muda, kalau isteri yang tua pasti ukurannya tidak jadi masalah. Prosesnya ambil masalah yang lama, harus diulang berkali-kali. " katanya lagi.
Abah Otong yang terkenal sebagai pakar merawat alat suIit telah memulakan perawatan tradisinya itu pada tahun 1991 dengan menggunakan kaedah akupuntur dan urutan.
Thursday, 13 November 2014
4 Gambar kes buli pelajar Sekolah Pondok Darul Iman terbongkar
Posted By: TTO Admin - 13.11.14Kejadian kes buli di kalangan pelajar sekolah pondok Darul Iman, Kuala Berang di Terengganu terbongkar apabila didedahkan oleh seseorang yang tidak mahu dikenali yang didedahkannya melalui laman Facebook Friends Of BN.
Baca pendedahan penuh beliau:
Thursday, 28 August 2014
Gadis bertudung Besar mahu saman penyebar gambarnya di Media Sosial (4 Gambar)
Posted By: TTO Admin - 28.8.14Aimi Baharin, gadis yang menjadi popular setelah muncul di TV3 dengan fesyen tudung peliknya mengugut mahu menyaman pengguna media sosial yang menyebarkan gambarnya.
Ini berikutan ramai yang mengutuk beliau namun ada juga yang memujinya. Apapun, sebagai seorang muslimah apa sahaja gaya yang dikenakan perlulah menutupi aurat dengan sempurna.
Sebenarnya, gaya tudung begini memang stail kegemaran Aimi sejak dahulu dan mereka yang rapat dengannya sudah lama tahu.
Lagi gambar:
Sunday, 17 November 2013
Rahsia Suami Songsang Terbongkar
Posted By: TTO Admin - 17.11.13
Selama
20 tahun berkahwin, Rahmah, 53, dilimpahi pelbagai kemewahan. Rumah tangganya
bahagia walaupun suaminya mualaf, dia taat pada perintah agama dan sangat
menyayangi dua anak mereka.
Bagaimanapun, semuanya berubah secara
mendadak sejak tiga tahun lalu apabila suaminya yang berusia 48 tahun dan
berasal dari United Kingdom berkenalan dengan seorang lelaki berumur awal 30-an
yang juga rakan sepejabat sebelum menjalin hubungan songsang.
“Sejak awal perkahwinan, saya diberi
segala kemewahan, malah perumahan elit menjadi tempat tinggal saya, hanya
keluarga kami menginap di situ, selebihnya golongan profesional warga asing.
“Anak belajar di sekolah persendirian dengan bayaran puluhan ribu sebulan. Namun, itu belum cukup untuk menjadikan rumah tangga saya kekal bahagia selepas kehadiran ‘madu’ yang melayani suami ketika dia di luar rumah,” katanya ketika ditemui semalam.
“Anak belajar di sekolah persendirian dengan bayaran puluhan ribu sebulan. Namun, itu belum cukup untuk menjadikan rumah tangga saya kekal bahagia selepas kehadiran ‘madu’ yang melayani suami ketika dia di luar rumah,” katanya ketika ditemui semalam.
Rahmah berkata, perubahan mendadak suaminya, perunding pembinaan
syarikat berpangkalan di luar negara, yang tidak mahu ‘duduk’ rumah dan sering
menjadikan urusan kerja sebagai alasan untuk menghilangkan diri selama
berminggu-minggu sejak tiga tahun lalu, menimbulkan tanda tanya.
Friday, 18 October 2013
Sembelih suami kerana gagal warisi harta bernilai RM500 ribu
Posted By: TTO Admin - 18.10.13Banting: Tamak harta mengatasi rasa cinta seorang wanita terhadap suaminya apabila dia sanggup bersubahat merancang pembunuhan teman hidupnya yang dikahwini sejak tiga tahun lalu selepas gagal mewarisi harta lelaki itu bernilai RM500,000.
Perkara itu terbongkar selepas polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian seorang lelaki berusia 62 tahun yang disembelih dan ada beberapa kesan kelar di belakang badan di rumahnya di Kampung Sungai Sedu, di sini, 5 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, isteri mangsa pada mulanya cuba mengabui mata pihak berkuasa apabila berpura-pura meminta bantuan jiran konon suaminya dibunuh sekumpulan lelaki yang menceroboh rumah mereka.
Bagaimanapun, polis yang mengesyaki sesuatu menahan wanita berkenaan selepas gagal menemui sebarang tanda menunjukkan kediaman mereka dipecah masuk lelaki yang dikatakan seramai 20 orang.
“Polis menahan wanita berusia 50 tahun itu dan hasil siasatan mendapati dia sebenarnya suspek utama di sebalik pembunuhan suaminya.
“Siasatan polis mendapati suspek tidak berpuas hati apabila mangsa tidak mewariskan harta bernilai RM500,000 kepadanya.
“Sebaliknya mangsa menamakan pewaris harta itu ialah anak hasil perkahwinannya dengan isteri pertama yang meninggal dunia tiga tahun lalu,” katanya.
Metro Ahad 6 Oktober lalu melaporkan seorang lelaki diserang dan dibunuh d kejam oleh sekumpulan lelaki yang mengelar tangan, belakang badan serta menyembelih mangsa di rumahnya di Kampung Sungai Sedu, 5 Oktober lalu.
Kejadian berlaku jam 3.30 pagi dan mangsa berusia 60-an itu disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Langat empat jam kemudian akibat kehilangan banyak darah.
Nordin berkata, siasatan juga mendapati isteri mangsa disyaki bersubahat dengan menantunya berusia 28 tahun untuk membunuh mangsa.
“Menantu suspek bersama dua lagi rakannya berusia 19 tahun dikatakan menyembelih mangsa,” katanya.
Menurutnya, berikutan kejadian itu, tujuh individu ditahan di Klang pada 7 dan 8 Oktober lalu sebelum dalang sebenar iaitu isteri mangsa dikenal pasti.
"Difahamkan, suspek wanita itu ada masalah dengan anak tirinya sedangkan suaminya meletakkan nama mereka dalam surat wasiat sebagai pewaris harta," katanya ketika ditemui, semalam.
Nordin berkata, polis turut menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa iaitu sebilah parang, sebilah pisau pemotong daging dan sebilah pisau.
Polis juga merampas sepasang sarung tangan yang digunakan suspek selain sebuah Proton Saga dan semua suspek dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datuk hari ini.
Saturday, 29 June 2013
Isteri memotong kemaluan suaminya kerana iri hati
Posted By: TTO Admin - 29.6.13Seorang wanita dari California, Amerika yang dituduh memotong kemaluan suaminya dan membuangnya ke dalam tong sampah telah dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara seumur hidup.
Catherine Kieu, 50, didapati bersalah atas tuduhan penderaan dan keganasan teruk pada 11 Julai 2011. Namun, dia layak untuk mendapatkan parol selepas tujuh tahun.
Mangsa yang juga suami kepada Kieu hanya dikenali sebagai Glen di sepanjang perbicaraan, hadir ke mahkamah untuk melihat sesi penghukuman hari ini.
'Saya berharap ini akan menjadi kali terakhir saya pernah melihat dia, "kata beliau.
'Saya merasakan sedikit kelegaan, dan ia adalah satu hari yang amat menyedihkan bagi saya.'
Timbalan Peguam Daerah John Christl memberitahu juri bahawa Kieu, 50, telah memasukkan pil tidur ke dalam tauhu suaminya dan kemudian menjerit 'Anda berhakkkannya!' sebelum menyerang beliau dengan pisau dapur 10-inci.
Kieu mengikat suaminya di atas katil dengan tali nilon dan kemudian memotong zakarnya dengan pisau dapur 10-inci, menurut pendakwa.
Suaminya telah dirawat dan dibebaskan dari Pusat Perubatan UC Irvine, tetapi doktor tidak dapat mencantumkan semula zakarnya. Sepanjang perbicaraan, mangsa 60 tahun turut memberi keterangan bahawa dia merasakan seolah-olah dia telah dibunuh.
Kieu iri hati dan marah mengenai rancangan suaminya untuk menceraikan dia kerana suaminya telah berjumpa semula dengan bekas teman wanitanya, kata pihak pendakwa.
#Setia hujung nyawa atau potong! hehe
Wednesday, 19 June 2013
6 Gambar Kereta dirempuh kereta api di Kota Kinabalu
Posted By: TTO Admin - 19.6.13
Gambar-gambar yang admin dapat melalui share daripada facebook
Ini pula berita yang dilaporkan oleh Bernama
Ini pula berita yang dilaporkan oleh Bernama
KOTA KINABALU - Tiga pelancongan Hong Kong cedera manakala seorang lagi terselamat apabila kereta yang mereka naiki dirempuh kereta api di Jalan Lintas berhampiran jejambat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 5.35 petang itu, kereta sewa jenis Hyundai yang dinaiki oleh empat pelancong termasuk dua wanita dipercayai gagal berhenti di lintasan kereta api di persimpangan ke KKIA.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kesemua mangsa yang cedera itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.
"Pihak kami dimaklumkan bahawa kereta api berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke Beaufort berlangggar dengan sebuah kenderaan.
"Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa berpusing dan terbabas sebelum melanggar kereta Perodua Myi dan sebuah basikal," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada butiran lanjut tentang identiti mangsa.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K.Ramin berkata pihaknya terpaksa memotong pintu kenderaan terbabit untuk mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.45pm dan mengerahkan satu jentera bersama 12 anggota bergegas ke tempat kejadian.
Kesemua pelancong berkenaan difahamkan adalah bersaudara dan dalam perjalanan ke lapangan terbang itu untuk menaiki penerbangan pulang ke negara mereka malam ini.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang melawat lokasi kejadian, berkata beliau terharu dengan kejadian di luar jangkaan itu.
"Mengikut laporan awal pemandu kereta api, pemandu berkenaan telah menggunakan brek kecemasan untuk mengelakkan daripada melanggar kereta mangsa. Bagaimanapun, kereta api itu mengambil masa untuk berhenti," katanya.
Mengikut laporan awal, Pairin berkata kenderaan lain sudah berhenti setelah diberi isyarat tangan oleh pengawal landasan kereta api kecuali kereta mangsa.
Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, mengarahkan supaya pihak berkenaan memasang papan tanda yang lebih besar dan palang atau pagar yang boleh digunakan secara manual untuk memberhentikan kenderaan. - Bernama
Tuesday, 18 June 2013
Hack Komputer - Pelajar ditahan kerana menggubah Grad Keputusan Peperiksaan
Posted By: TTO Admin - 18.6.13Tiga orang pelajar di Sekolah Tinggi Prescott, Amerika Syarikat telah didakwa atas kesalahan menggubah Grad Keputusan Peperiksaan mereka.
Polis Prescott mengatakan bahawa ketiga-tiga remaja lelaki yang terlibat telah membeli "Key Logger", sejenis peranti yang membolehkan mereka untuk mengakses rekod guru, termasuk Grad Keputusan Peperiksaan. Mereka dikatakan telah memulakan aktiviti hacking mereka bermula pada bulan Januari, dan dijalankan menggunakan komputer perpustakaan sekolah.
Seorang guru telah menyedari Grad keputusan salah seorang remaja tersebut tidak konsisten dengan pencapaian dan prestasinya ketika di dalam kelas. Jabatan IT sekolah mengesahkan bahawa Grad Keputusan sememangnya telah diubah.
Dalam temubual bersama ketiga-tiga remaja berkenaan, mereka mengakui telah melakukan kesalahan tersebut. Akhirnya, ketiga-tiga mereka telah dijatuhi hukuman iaitu dimasukkan kedalam tahanan juvana atas tuduhan feloni menyalahgunakan rekod awam dan penyalahgunaan komputer.
Polis dan Sekolah itu juga mengesahkan tiada penglibatan luar dalam kejadian ini.
Komen Admin:
1) Guru-guru kat Malaysia kena berjaga-jaga
2) Pelajar yang rasa dirinya sukar nak score A dalam semua subjek. Boleh try hack atau upah hacker. Gurau je. hehe
Monday, 17 June 2013
7 gambar ahli tinju sebelum dan selepas perlawanan
Posted By: TTO Admin - 17.6.13
Sukan tinju merupakan salah satu sukan yang telah lama dipertandingkan. Menurut sejarah sukan tinju sudah diterima sejak zaman Yunani purba sebagai satu sukan dalam Olimpik seawal 688 sebelum masihi. Sukan tinju sememangnya sukan yang diminati kerana sukan ini memberikan adrenaline bukan sahaja kepada pininju tetapi bagi penontonnya juga.
Tetapi, disebalik kehebatan sukan tinju, terdapat kesan lain yang diterima oleh peninju yang tidak lain dan tidak bukan kesan lebam pada seluruh anggota badan selepas beradu tenaga. Oleh itu, jom kita saksikan 7 gambar keadaan peninju sebelum dan selepas perlawanan mereka:
Wednesday, 5 June 2013
Al-Fatihah kepada adik Syafiq Imran, Atlet Pelapis Sukan Berbasikal
Posted By: TTO Admin - 5.6.13![]() |
| Gambar Basikal Mohd Syafiq Imran yang terperosok di bawah lori |
Kejadian berlaku berhampiran jambatan Kampung Gemuruh, Jalan Kelantan-Kuala Terengganu kira kira jam 9.30 pagi tadi. Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammmad Syafiq Imran Syahril berusia 15 tahun dari Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























Popular
Tags
Videos