Saturday 13 July 2013

Singapura catat angka tertinggi kes bunuh diri

Posted By: TTO Admin - 13.7.13

SINGAPURA - Kejadian bunuh diri mencatat angka tertinggi pada tahun lalu dengan 487 kes berikutan semakin ramai orang muda mengalami tekanan dan gagal dalam perhubungan yang menyebabkan mereka bertindak menamatkan nyawa sendiri.

Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 29 peratus berbanding tahun 2011. Ia turut menyaksikan peningkatan sebanyak 80 peratus ke atas mangsa berusia 20 hingga 29 tahun, jelas sebuah badan bukan kerajaan, Samaritans of Singapore (SOS) dalam satu kenyataan.

"Masalah yang sering dialami oleh kelompok ini adalah tekanan hidup dan cinta. Antara masalah lain ialah pengangguran, tekanan belajar atau kerja, isu kewangan dan kesunyian," kata SOS.

SOS meletakkan sasaran untuk mencegah kes bunuh diri dengan menyediakan sokongan emosional menerusi kaunseling peribadi dan talian telefon 24 jam.

Pada tahun lalu, SOS menerima 39,994 panggilan, turun daripada 40,025 pada tahun 2011.

Kes bunuh diri mewakili dua peratus daripada jumlah kematian di Singapura. Membunuh diri dianggap sebagai satu jenayah di Singapura, mereka yang terselamat boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun, denda atau kedua-duanya sekali.- AFP/KOSMO

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab