Saturday 13 July 2013

131 website jual ubat haram berjaya dikesan

Posted By: TTO Admin - 13.7.13
Kementerian Kesihatan mengesan 131 laman web menjual ubat haram, termasuk perangsang seks dan produk pelangsing badan, dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Petaling Jaya: Kementerian Kesihatan mengesan 131 laman web menjual ubat haram, termasuk perangsang seks dan produk pelangsing badan, dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Daripada jumlah itu, empat laman web sudah ditutup Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyalahi Akta Racun 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

Kita sentiasa memantau laman web penjualan ubat bagi memastikan ubat berkenaan didaftar dan mendapat kelulusan kementerian,” Datuk Eisah A Rahman,Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi

Dalam tempoh itu juga, kementerian memeriksa 888 bungkusan di pintu masuk utama dan pusat mel seluruh negara serta merampas 21 bungkusan mengandungi ubat tidak berdaftar bernilai RM76,600.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah A Rahman, berkata pihaknya tidak berkompromi dengan penjualan ubat haram melalui internet kerana membahayakan kesihatan orang ramai.


Sentiasa pantau

“Kita sentiasa memantau laman web penjualan ubat bagi memastikan ubat berkenaan didaftar dan mendapat kelulusan kementerian,” katanya pada sidang media mengenai pindaan Kod Tata Laku Persatuan Farmaseutikal Malaysia (PhAMA), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai dan Presiden PhAMA, Yew Wei Tarng.

Dalam perkembangan lain, Eisah menafikan sedang berdepan krisis bekalan ubat di klinik dan hospital kerajaan, sebaliknya ia masih mencukupi untuk keperluan orang ramai.

Katanya, dakwaan wujud kehabisan ubat berpunca masalah komunikasi membabitkan doktor yang tidak dimaklumkan perkara terbabit sehingga membuat keputusan menggunakan ubat lain.

Beliau berkata, penghantaran ubat kepada pesakit pada masa kini lebih mudah apabila perkhidmatan pos digunakan tanpa memerlukan pesakit kembali ke hospital atau klinik. -Bharian

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab