Wednesday 3 July 2013

Gambar kejadian tanah runtuh di Ukay Perdana

Posted By: TTO Admin - 3.7.13
Gambar kejadian tanah runtuh di Ukay Perdana

Gambar kejadian tanah runtuh di Ukay Perdana

Tiga orang maut dalam kejadian gelinciran tanah di sebuah tapak pembinaan di Sierra Ukay, Ukay Perdana, Ampang pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.

Mohd Sani berkata ketiga-tiga orang itu adalah pekerja di tapak pembinaan tersebut.

“Mereka dalam usia 30-an dan merupakan warganegara Myanmar,” kata Mohd Sani.

Mohd Sani turut berkata dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi tadi, lima pekerja lain dapat diselamatkan.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Datuk Mohammad Yaacob berkata kejadian itu melibatkan tanah yang tertimbus di kawasan projek perumahan.

"Selepas penyiasatan, kami dapati bahawa kejadian ini berlaku kerana kecuaian kontraktor .

"Semasa kerja-kerja tanah dilakukan pihak kontraktor tersebut terlepas pandang pekerja-pekerja yang berada di kawasan tanah cerun.

"Mengikut prosedur, pihak MPAJ akan mengeluarkan arahan berhenti kerja hari ini," katanya.

Ketika kejadian, kesemua pekerja itu sedang melaksanakan kerja pemasangan cerucuk bagi menstabilkan struktur tanah di cerun setinggi 2 meter.

Kesemua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.- Awani

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab