Saturday 6 July 2013

40 Peratus Lelaki Malaysia alami masalah kelamin

Posted By: TTO Admin - 6.7.13

Ego, malu dan mengambil ringan masalah berkaitan alat kelamin menyebabkan majoriti lelaki di negara ini, terutama Melayu, enggan bertemu doktor atau pakar sakit tuan untuk mengatasinya, walaupun menyedari ia boleh menyebabkan rumah tangga berantakan sehingga ada yang bercerai-berai.

Lebih mengejutkan, kini lebih ramai wanita membuat temu janji dengan pakar sakit tuan bagi pihak suami dan kalau ada pun lelaki bertemu doktor, kebanyakannya kerana dipaksa isteri.

Perkara ini didedahkan pakar sakit tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi dan Perunding Kanan Urologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Dr Zulkifli Md Zainuddin kepada Metro Ahad.

Memburukkan keadaan, si suami lebih gemar mencari jalan pintas dengan mengambil ubat kuat, termasuk produk tiruan, yang akhirnya membinasakan diri dan boleh membawa maut, terutama jika mengandungi bahan kimia terkawal sildenafil dan tadalafil yang hanya boleh digunakan dengan kelulusan doktor.

“Lebih 40 peratus lelaki di negara ini, termasuk seawal usia 20 tahun, didapati mengalami masalah berkaitan alat kelamin” Dr Ismail Mohd Tambi

Dr Ismail berkata, perasaan malu juga menyebabkan semakin banyak pengeluar ubat kuat haram muncul dengan menawarkan pelbagai produk dalam bentuk pil, serbuk, campuran kopi dan herba yang kononnya boleh mengatasi masalah tenaga batin, sedangkan ia sebenarnya dicampur bahan kimia berbahaya. Hmetro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab