Wednesday 3 July 2013

Demi cinta dan kasih abadi, sebuah lagi Taj Mahal telah dibina

Posted By: TTO Admin - 3.7.13
Saidul Hasan Qadri dan Replika Taj Mahal

Saidul Hasan Qadri yang berasal dari India telah membelanjakan semua simpanannya ke dalam replika bangunan Taj Mahal sebagai tanda ingatan kepada isterinya, Tajammuli Begum yang meninggal dunia pada tahun 2011.

Hasan bukanlah orang kaya, sebelum bersara dia bekerja sebagai penghantar surat. Namun begitu, demi janji dan perasaan cinta serta kasih sayang kepada bekas isterinya, dia sanggup membina replika Taj Mahal walaupun versi kecil dan tidak sempurna.

Hasan mengupah satu kumpulan pekerja daripada kampungnya sendiri dan membawa mereka ke Taj Mahal dan kemudiannya meminta mereka membina replika yang lebih kecil. Untuk membiayai projek itu, Hasan menjual tanahnya di kampung, perhiasan peninggalan isterinya dan menggunakan semua simpanan pencennya.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, isterinya memberitahu dia bahawa generasi keluarga mereka akan dilupai kerana mereka tidak mempunyai zuriat. Tetapi Hasan berjanji untuk membina sebuah monumen besar yang menggunakan namanya agar seluruh dunia akan ingat akan nama keluarga mereka.


Walaupun struktur bangunan itu tidak sempurna, Hasan berjanji akan menyiapkan dan mencari dana sendiri tanpa meminta bantuan daripada sesiapapun.

Inilah yang dinamakan cinta sejati!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab