Wednesday, 24 July 2013

Keputusan PRK DUN Kuala Besut: Barisan Nasional pertahan kerusi majoriti

Posted By: TTO Admin - 24.7.13


JERTIH: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil DUN itu dengan majoriti lebih besar apabila calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman peroleh 8,288 undi, menewaskan calon Pas, Endot @ Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.

Keputusan yang diumumkan tepat jam 10.13 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A Rahman Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut itu menyaksikan BN memperoleh majoriti 2,592 berbanding 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Pada PRU-13 lalu, calon BN, Dr A Rahman Mokhtar memperoleh 8,809 undi manakala pencabarnya dari Pas, Napsiah Ismail memperoleh 6,375.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Dr A Rahman pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Tengku Zaihan selepas diumumkan kemenangan berpihak kepadanya, beliau sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepadanya.

"Saya juga ingin merakamkan kemenangan kepada pengundi kerana memberi kepercayaan kepada saya.

"Saya akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

Tahniah BN, Kepada ADUN baru semoga bekerja dengan lebih baik lagi untuk Rakyat Kuala Besut.

Selingan. Admin tak sangka bulan Puasa ni ada orang bertaruh sampai tahap macam ni:

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab