Page dan gambar pasangan kontroversi Alvin dan Vivian - Alvivi, tidak dapat diakses pada masa ini. Page tersebut telah mengupload gambar yang telah menyentuh sensitiviti Umat Islam di negara ini justeru meningkatkan kemarahan ramai orang yang melihatnya.
Malah, Alvin Tan yang dihubungi media tempatan menyatakan Gambar ucapan Selamat Berbuka Puasa dengan "Bak Kut Teh dan logo Halal" tersebut hanyalah satu bentuk Jenaka. Baca sini.
Mungkin disebabkan rakyat Malaysia yang prihatin dan jijik melihat perkara itu telah mengambil inisiatif sendiri dengan melaporkan page itu kepada Facebook. Tahniah buat rakyat Malaysia kerana Page itu akhirnya berjaya dihapuskan.
Fenomena menyentuh sensitiviti agama dan kebebasan bersuara yang melampau sejak beberapa tahun ini amat mendukacitakan. Pada masa yang sama, adakah perkara ini dapat dibanteras setelah pengumuman kerajaan akan menghapuskan lagi Akta Hasutan 1948? renung-renungkanlah... - Tengok TV Online
KONGSI
& Komentar
Tweet