Tuesday 28 April 2015

Pesanan Aunty ini buka mata tabiat saat bersama keluarga

Posted By: TTO Admin - 28.4.15
Gambar kiri hiasan

Kejadian yang berlaku kepada lelaki ini telah memberikan pengajaran mengenai tabiat menggunakan gadjet ketika bersama keluarga. Seorang pengguna Facebook, Khairul Hakimin menceritakan pengalamannya berbual dengan seorang wanita berbangsa Cina ketika berada di Hospital. Aunty itu tanpa dia sedari telah memberikan pesanan yang cukup bermakna kepadanya dan wajar menjadi iktibar buat keluarga lain. Baca lagi:
Nurul 'Ain sudah tidur. Jam 6.30 pagi tadi kami kejutkan dia, mahu ke SJMC untuk review keputusan darah dan berjumpa doktor pakar kesayangannya.

Sampai di Hospital berebut parking dan cepat mendaftar. Kami turun makan sekejap dan kembali naik menunggu masa mengambil darah dan menanti keputusan ujian yang mengambil masa lebih kurang satu jam.

'Ain mula merepek dan berlari-lari kesana kemari. Mamanya mula mahu duduk dan saya mengambil baton untuk melayan karenahnya.

Sambil bermain telefon (lihatlah banyaknya saya kemaskini status pagi tadi), saya sekejap-sekejap melihat 'Ain yang bermain di ruang kecil permainan yang disediakan pihak hospital.

"Itu anak you?" Tanya seorang Aunty berbangsa cina.

"Ya." Saya hanya senyum sekejap dan kembali melihat telefon.

"You untung, anak you comel." Beliau mula mahu bersembang dengan saya. Anaknya juga ligat seperti 'Ain kesana kemari.

Saya terus memandang wajah Aunty dan mengharap ayat lain keluar dari mulutnya.

"Itu anak i, you tak tanya pun i nak story. I dapat dia umur i 39. He only child i have. My husband have multi millions company, but i have one the greatest god gift to me."

"You know, bila husband i balik rumah, i will make sure dia tak pegang handphone. I cakap dengan dia, kita kahwin 15 tahun baru dapat seorang anak lelaki, kita patut syukur. Tuhan bagi duit sampai kubur kita tak cukup besar, tapi Tuhan beri kita anak, kita masih mahu cari duit cari kawan cari senyum sana sini dengan handphone."

"You, i nasihat satu perkara. Bila dengan anak, dengan family, dengan parents. You letak handphone side. Dont ever bother about facebook anymore. Family ini you tak dapat cari lain sampai bila-bila. Take all the time with them. Please."

Saya terdiam. Ada rasa lain pula terdetik dalam hati. Yang sebenarnya isteri saya dah banyak kali pesan tentang ini, emak, adik juga keluarga ramai yang dah pernah nasihat. Tapi tak pernah masuk telinga. Ambil nak Tuhan hantar seorang aunty yang berbeza agama, tetapi penuh mesej yang amat berguna. Subhanallah.

Harap-harap saya dapat beri masa sebaiknya dengan keluarga. Amin.

Khairul.
Advantura Kembali Ke Pangkal Jalan, 1 destinasi 1 telefon dan 1 keluarga.
Hargailah saat bersama dengan keluarga.

5 Gambar keadaan jijik Kilang Pembuatan Fucuk Tauhu

Posted By: TTO Admin - 28.4.15
Beberapa keping gambar keadaan sebuah kilang membuat fucuk tauhu tersebar di media sosial. Keadaan kilang itu yang amat daif dan kotor itu mengundang reaksi jijik orang ramai terutama peminat masakan berasaskan bahan itu.


Menurut sumber, kilang  itu terletak di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, telah menerima notis perintah tutup oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 8 sehingga 22 April 2015. Maksudnya, kilang itu mungkin telah beroperasi semula ketika ini sekiranya pemilik kilang berjaya mengatasi masalah kebersihan kilang pembuatan makanan itu.

Walaubagaimanapun, kesan penyebaran gambar itu secara langsung mendedahkan bahawa rakyat Malaysia terdedah dengan makanan yang tidak bersih dan tidak mustahil masih ada kilang seperti itu masih beroperasi tanpa dikesan oleh pihak berkuatkuasa.

GAMBAR:





Monday 27 April 2015

Kejadian yang berlaku di KFC ini buka mata rakyat Malaysia

Posted By: TTO Admin - 27.4.15

Kejadian yang berlaku di sebuah Restoran KFC ini wajar menjadi iktibar buat rakyat Malaysia. Pengguna Facebook, Riff Muhd menceritakan bagaimana tindakan seorang lelaki yang menolong seorang pakcik telah memperlihatkan hati murni rakyat Malaysia. Baca lagi:
Uncle, kita semua Malaysia

Aku lihat seorang hamba Allah, sedang beratur di kfc. Tinggal lagi seorang di dalam barisan, tibalah giliran dia.

Kemudian dia menoleh ke belakang, 13 orang dalam barisan. Dia terlihat seorang uncle berdiri beratur sama, dan cucunya sdg bermain bersama si nenek.

Sewaktu tiba giliran hamba Allah untuk buat order, dia melambai uncle tersebut.

"Uncle, mari sini."

Uncle pun terus ke depan seolah tahu.

"Uncle boleh buat order dulu, kita tukar tempat, saya sambung baris uncle."

Hamba Allah tersebut pun berjalan beratur di barisan belakang.

"Terima kasih semua, maaf melambatkan." katanya.

Belum lama dia beratur, seorang abg datang ke belakang dan menarik tangan hamba Allah tersebut.

"Bro, you pergi baris depan buat you punya order." kata abg tersebut

"Eh, tak apa bang, ramai yg beratur dari tadi, saya tak berebut. Tak apa, tak apa."

Kemudian hamba Allah tersentap.. beberapa bersuara..

"Tak apa adik, you ambik akak punya baris."

"I'll give you my queue, I'm not in rush."

"Bro, pegi balik depan bro nanti kami tak buat order."

Dan banyakan memandang, hamba Allah segan dan rasa terharu.. Dia pun akur dan kembali di dalam baris..

"You semua hati banyak mulia. Thank you. This is Malaysia." kata uncle sambil membawa snack plate butter garlic chicken buat cucunya.

In shaa Allah, jangan segan untuk mendahulukan mereka yg tua, kurang upaya dan ibu mengandung.

Kita semua Malaysia, kita semua cantik luar dan dalam.

In shaa Allah.
Terima Kasih Malaysia.
Sikap toleransi sesama kaum seperti kejadian ini seharusnya menjadi amalan dalam hidup kita. Mungkin selama ini rakyat Malaysia dikaburi dengan ideologi dan anasir yang tidak baik dibawa oleh sebahagian ahli politik dan NGO-NGO yang berkepentingan. -TengokTVonline

Pelajar Universiti luah perasaan kawan kahwin diusia muda abai ibu bapa

Posted By: TTO Admin - 27.4.15

Sejak kebelakangan ini, Trend kahwin di usia muda semakin mendapat sambutan terutama di kalangan pelajar Universiti Awam. Cerita indah perkahwinan muda ini dimomokkan sehinggakan ramai pasangan tidak menilai terlebih dahulu kemampuan diri dari segi kewangan dan ilmu rumahtangga.

Namun, jika melihat kepada statistik menunjukkan kebanyakkan kes penceraian yang berlaku di negara ini adalah disebabkan kahwin muda. Di bawah salah satu contoh bagaimana perkahwinan itu sepatutnya indah tetapi jadi sebaliknya. Pelajar universiti ini menceritakan bagaimana rakan baiknya yang berkahwin di usia muda telah mengabaikan kedua orang tuanya.

Sunday 26 April 2015

Isteri muda jumpa dukun rayu alat suIit suami dikecilkan

Posted By: TTO Admin - 26.4.15

Banten - Mempunyai ukuran za kar yang besar  tidak semestinya disukai oleh pasangan kita. Seorang dukun batin di Jawa Barat, Abah Otong, 52, menceritakan pengalamannya dimana dia pernah didatangi seorang wanita muda yang sudah berkahwin yang mahukan dia mengembalikan semula saiz alat suIit suaminya ke bentuk asal.

"Dia datang dari Semarang bersama suaminya. Si isteri merayu agar saiz alat suIit suaminya itu dikecilkan semula kerana kemaIuannya sering berlaku pendarahan ketika bersama" ujar Abah.

"Ya, yang selalu minta itu isteri muda, kalau isteri yang tua pasti ukurannya tidak jadi masalah. Prosesnya ambil masalah yang lama, harus diulang berkali-kali. " katanya lagi.

Abah Otong yang terkenal sebagai pakar merawat alat suIit telah memulakan perawatan tradisinya itu pada tahun 1991 dengan menggunakan kaedah akupuntur dan urutan.

Saturday 25 April 2015

"Budak jual Nasi Lemak itu biadap dan kurang ajar" - Cerita di pihak Guru

Posted By: TTO Admin - 25.4.15

Setelah viral cerita mengenai Nasi Lemak bungkus yang dijual murid sekolah rendah dirampas oleh cikgu dan guru besar di sebuah sekolah di Pulau Pinang, kini muncul cerita baru yang menjawab dipihak guru itu pula.

Saiful Bahri menceritakan kajadian sebenar yang berlaku di sekolah itu. Menurut cerita itu, murid tersebut sudah lama menjual nasi lemak dan tidak ada guru yang menghalangnya asalkan tidak menjual ketika waktu P&P.

Namun, murid itu pula didakwa memiliki akhlak yang biadap dan melawan arahan cikgu itu ketika dia menjual nasi lemak tanpa kawalan. Dan akhirnya, murid itu telah didenda tetapi bukan kerana dia menjual nasi lemak, namun disebabkan sikapnya yang tidak berdisiplin. Baca lagi:
Polemik nasi lemak sudah mnjadi viral. Jom baca cerita sebenar;

Kes nasi lemak ni jd pd cousin Fazliyaton Suhaimi..bdk tu mmg kurang ajar..cousin dia sedang mengajar sains thn 6..bdk ni buat xheran..menjaja nasi lemak dia mcm d pasar..dia dh lama jual nasi lemak..xde guru mrh pun cuma jgn ganggu p&p tu je.

Tp kali ni dia melawan..bila cousin dia suruh duduk n jgn jual lg dia menjawab..apa cikgu boleh buat kt saya?

Then cikgu tu soh berdiri d luar klas..then cikgu tu terperasan yg dia lari dgn beg nasi lemak.

Cikgu tu panik n mntk guru disiplin cari...jumpa bdk tu then dia mencabar apa boleh buat kt dia.

Guru disiplin bwk jumpa guru besar..gb soh tinggalkan beg d tepi..dia mencekak pinggang hangin.

Gb tu denda sbb sikapnya yg biadap..bkn sbb dia niaga nasi lemak.
Sblm blk gb pulangkan nasi lemak dia yg masih elok...

Bila petang, dibawak balik,.. bapak dia amik gambar tp wktu ptg for sure ns lemak tu dah basi.

Skrg masyarakat nilai sendiri siapa yg salah???.... masa aku sek rendah ada juga jual kacang. Tapi x pernah kantoi sbb aku tau wktu bila boleh bjual beli n aku tau bniaga dlm kaw sekolah mmg salah.
Menurut info itu lagi, kes ini sudah disiasat oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri, dan keputusannya telah memihak kepada guru tersebut.

Inilah sebenarnya cabaran dan dugaan yang diterima oleh guru apabila terpaksa berhadapan bukan sahaja dengan murid yang bermacam ragam, namun setiap mata diluar juga melihat tingkah laku para guru. Keadaan ini juga semakin sukar dengan kecanggihan teknologi pada masa kini. -TengokTVonline

Friday 24 April 2015

Cerita sebenar wanita sanggup tanggal pakaian di Petaling Street

Posted By: TTO Admin - 24.4.15

Seorang wanita tidak dikenali bertindak menànggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar makanan yang dimakannya berjumlah RM18 di Jalan Petaling pada Khamis.

Difahamkan, dalam kejadian itu, wanita terbabit telah ke sebuah restoran nasi ayam bersama seorang lelaki sekitar jam 3 petang, pada Khamis.

Seorang pemilik gerai berdekatan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, wanita itu menghabiskan dua pinggan nasi ayam sebelum bertindak meninggalkan restoran tersebut tanpa membuat sebarang bayaran.

“Wanita itu menafikan mengenai makanan yang dimakannya selepas pengendali restoran cuba untuk menghentikannya.

“Bagaimanapun, rakaman video cctv menunjukkan bahawa dia telah makan disitu sebelum wanita berkenaan bertindak menànggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar,” kata Wong, yang juga seorang pemilik kedai barang kemas bersebelahan restoran nasi ayam.

Satu rakaman video yang menunjukkan wanita tersebut menànggalkan pakaiannya dimuatnaik ke laman sosial, Youtube beberapa jam selepas insiden berlaku namun kemudiannya dipadam.

Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, lelaki yang bersama wanita tersebut, dipercayai seorang ‘mat saleh’ bergelut dan berbalah dengan pengendali restoran apabila wanita tersebut tidak dibenarkan keluar.

Mereka berdua kemudiannya dilaporkan melarikan diri apabila anggota polis tiba di tempat kejadian. – mStar

VIDEO:

Nasi lemak dijual murid sekolah rendah dirampas cikgu, guru besar

Posted By: TTO Admin - 24.4.15

Tindakan seorang guru perempuan dan guru besar di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang yang didakwa merampas dan memulangkan semula nasi lemak yang dijual 2 murid sekolah itu selepas waktu persekolahan mendapat kritikan pengguna media sosial.

Izham Ibrahim yang memuatnaik gambar nasi lemak murid itu menceritakan kejadian yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusian. Baca lagi status beliau:
REZEKI YG DINAFIKAN terhadap 2 orang murid sekolah redah di daerah Barat Daya... Pulau Pinang amatlah menyedihkan dan tersentuh hati INI......Nasi Lemak yg dipesan rakan sekelas mereka dirampas oleh Guru perempuan dan Pengetua sekolah tersebut menyebabkan mereka berdua mengalami kerugian sbyk Rm17 yg mungkin utk menampung wang sekolah mereka......tindakan Pengetua memulangkan Nasi Lemak yg DIPESAN .......saya ulangi yg DIPESAN rakan sekelas mereka dikembalikan SELEPAS waktu persekolahan menyebabkan Nasi Lemak tersebut basi dan merugikan 2 beradik tersebut yg mungkin membantu meringankan beban hidup keluarga mereka dan ditambah dengan bebanan GST......WAJARKAH tindakan Guru Perempuan dan Pengetua sekolah tersebut....macam mana yg dinamakan Pengetua dan Guru sebagai PENDIDIK Jika tidak punya sifat PERIKEMANUSIAAN dan BELAS EHSAN terhadap 2 murid tersebut yg mungkin keluarga mereka dari golongan yg serba kekurangan.
Ramai yang mahu memberikan pertolongan kepada dua murid sekolah itu. Tidak kurang juga yang memberikan komen tidak baik terhadap tindakan guru itu.

"Cikgu sekarang pandai atas kertas, tp bodoh dlm kehidupan" Begitulah komen seorang pengguna Facebook. Mungkin komen itu agak keterlaluan, namun inilah yang dinamakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Thursday 23 April 2015

Jangan berangan nak selfie dengan Tun Mahathir seperti ini... (7 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 23.4.15

Jangan berangan nak selfie dengan Tun M seperti ini kecuali anda cucu beliau...

Siapa sangka, disebalik ketegasan Tun Mahathir mengkritik kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib kebelakangan ini, sebenarnya Tun adalah seorang Datuk yang penyayang.

Melalui perkongsian gambar-gambar cucu beliau, Meera Alyana, anak kepada Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir, Tun M dilihat gembira melayan telatah cucunya itu dengan gambar-gambar selfie antara mereka berdua.

Tun M yang selesa digelar Chedet bukan sahaja disayangi keluarga, malah akan sentiasa menjadi tokoh negarawan yang disayangi ramai rakyat Malaysia kerana sumbangan beliau yang cukup besar kepada negara ini.


Wednesday 22 April 2015

Budak 12 tahun dirogoI lelaki 26 tahun baru kenal di WeChat

Posted By: TTO Admin - 22.4.15

MIRI – Tindakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun berjumpa kenalan yang baru dikenalinya menerusi aplikasi sosial WeChat membawa padah apabila dia dirogoI lelaki berkenaan di sebuah rumah di Tudan di sini kelmarin.

Murid tahun enam itu dipercayai baru seminggu mengenali suspek berusia 26 tahun tersebut sebelum keluar berdua-duaan menaiki Perodua Alza milik bapa lelaki terbabit untuk bersiar-siar.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mengikut aduan mangsa, dia telah dibawa oleh suspek ke rumah milik keluarganya sebelum melakukan hubungan seks pada malam kejadian.

Katanya, semasa melakukan perbuatan terkutuk itu, ahli keluarga suspek yang bekerja dengan syarikat minyak dan gas di sini tiada di rumah.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa mendakwa mengenali suspek melalui WeChat sebelum kedua-dua mereka mengatur pertemuan untuk kali pertama,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. - Kosmo!

Monday 20 April 2015

Dipukul kerana tak hamil, dibakar kerana keluar tanpa izin!

Posted By: TTO Admin - 20.4.15

Multan (Pakistan): Seorang suami dan bapanya ditahan selepas mereka membakar isteri lelaki itu kerana meninggalkan rumah tanpa kebenaran.

Muhammad Siddique berang selepas mengetahui isterinya Shabana Bibi, 25, melawat adik perempuannya tanpa meminta kebenarannya, kata abang mangsa Muhammad Azam.

Siddique dan bapanya kemudian memukul Shabana sebelum menyimbah petrol dan membakarnya di daerah Muzaffargarh, tengah Pakistan, Jumaat lalu.

Pasangan itu berkahwin tiga tahun lalu.

Menurut Azam, sepanjang tempoh itu adiknya sering dipukul kerana kegagalannya untuk hamil.

Kejadian itu menyebabkan 80 peratus badan Shabana melecur. Dia meninggal dunia, kelmarin.

“Kami menahan suami dan bapa mentua mangsa. Mereka didakwa membunuh dan melakukan keganasan,” kata Ketua Polis Daerah Rai Zameer-ul-Haq.

Tuduhan ‘keganasan’ biasanya dibuat untuk mempercepatkan perbicaraan. - Agensi

Sunday 19 April 2015

Lagi Peminat cerita pengalaman sikap Zul Ariffin diajak bergambar

Posted By: TTO Admin - 19.4.15

Beberapa hari lepas, heboh media hiburan mengenai seorang peminat menceritakan sikap kekwat pelakon berbadan sado, Zul Ariffin ketika diajak bergambar. Namun, Zul Ariffin tampil memberikan respon mengatakan dia tidak kisah dimaki hamun hanya kerana mahu menjaga privasi ibu dan keluarganya.

Walaubagaimanapun, isu ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Seorang lagi peminat mendedahkan pengalamannya melihat cara Zul Ariffin melayan peminat. Peminat yang bernama Syita itu memberikan komen di sebuah artikel Portal Hiburan terkenal menceritakan keterujaannya mahu bergambar dengan Zul Ariffin kerana begitu meminati pelakon ini.

Dia yang sanggup menunggu sehingga sesi shooting berakhir kerana tidak mahu mengganggu privasi pelakon itu, terpaksa membatalkan hasratnya apabila melihat sikap Zul Ariffin melayan peminat yang lain. Baca lagi pengalaman beliau:


Nampaknya, bertalu-talu cerita yang tidak elok didedahkan mengenai Zul Ariffin. Cerita ini pun datangnya bukan daripada orang lain, namun dari peminat beliau sendiri. Namun, mungkin kali ini juga, Zul Ariffin turut mempunyai alasan tersendiri mengenai kejadian di atas. Sama-samalah kita nantikan respon beliau.

Friday 17 April 2015

5 Gambar tindakan Kucing ini buka mata erti kemanusiaan sebenar

Posted By: TTO Admin - 17.4.15

Beberapa keping gambar ini menunjukkan kejadian yang wajar buka mata dan diambil iktibar oleh manusia di muka bumi ini.

Inilah contoh kemanusian namun apa yang menariknya ia ditonjolkan oleh haiwan.

Gambar di bawah yang dirakam di Tulkarm, Palestin, menunjukkan seekor kucing mati dilanggar kenderaan dan dialihkan rakannya ke bahu jalan. Kalaulah manusia belajar berhati perut seperti ini...



Gambar oleh: Fajer TV

Pendedahan kejadian ditipu & diugut lelaki India di Lebuhraya Persekutuan

Posted By: TTO Admin - 17.4.15

Seorang pengguna Facebook, Puan Jannah Afi menceritakan kejadian ayahnya yang telah ditipu ketika berada di Lebuhraya Persekutuan. Puan Jannah yang turut memuatnaik gambar lelaki penipu itu menasihati pengguna jalanraya lain agar berhati-hati dengan penipuan ini.
salam.

mintak tolong semua viralkan.

tarikh : 16 April 2015
masa : 10.00 am
lokasi : federal highway @ lebuhraya persekutuan (dlm gambar kat lepas exit axis tower sebelum masuk ke lrt asia jaya)

kronologi kejadian:

ayah saya drive pergi kerja macam biasa, tiba2 mamat ni hon dari belakang sambil tunjuk kat tayar. ayah saya ni berhenti tapi x keluar kereta. mamat ni datang cakap dah ramai org hon kereta ayah saya dr tadi tp ayah saya x berhenti. dia kata tayar berasap. dia suruh ayah saya pusing stereng sambil dia buat sesuatu kat tayar. lepas buat camtu, ayah saya keluar kereta, tengok minyak brek bocor. then ayah saya kata nak g kerja dulu nanti baru baiki cos dah lambat. tp lepas start kereta balik, brek xleh guna dah sedangkan sebelum tu okay lg brek. then mamat ni offer kata nak tolong. dia kata 'nak tolong saja'. tanya charge berapa pun dia cakap 'nak tolong saje'. then after dia buat something, konon2 tukar parts, dia dtg bawak member india 3 org and resit. katanya 1420. ayah saya terkejut n tanya mcm2 and ckp xde duit banyak tu. dia kata bagi je berapa dulu. ayah saya bg 350 and mintak resit. mak saya nak amek gambar untuk bukti bayar n nak resit untuk bukti, dia marah2. adik saya ambil gambar pun dia marah2, dia rampas duit, dia xbagi resit dan dia hentak kereta ayah saya dengan helmet. dia marah2 ugut2 siap cakap dia tahu mana nak carik ayah saya lagi. dia terus ajak kawan2 dia blah dan ajak mak ayah saya g balai polis. dia pecut dulu, konon2 nak g balai dulu. sampai balai, bayang dia memang xde. polis ckp mmg xde dia datang. parents saya buat report polis.

ayah saya dah 60 years old, and adik saya yg pergi dgn mak tadi perempuan. memang diorang x berani nak lawan sangat cos tgkla badan mamat tu aje. then dia bawak kawan org laki lagi. apa-apa jadi mungkin lebih dari 350 hilang. memang Alhamdulillah, keluarga saya selamat. duit tu mungkin bukan rezekikami. tapi tujuan saya nak hal ni diviralkan supaya org lain xkena. mamat ni aim org2 tua, perempuan, n org2 yg lemah n macam baik2. dia nampak ayah saya tua, berkopiah, berjanggut, n berseorangan kot dia berani nak pijak.

hati2 semua. jangan stop kalau ade org2 buat camni. mamat ni dah byk kali tipu orang sampai polis balai pj pon xperlu dah nak ambil gambar dia yg adik saya capture. pls semua, sebarkan! thanks.


Menurut Puan Jannah lagi, walaupun No. Plat Motosikal dapat digambar, namun berkemungkinan motosikal itu adalah motosikal curi dengan No. Plat palsu.

"pls note nombor plet moto mamat tu. wp high probability tu motor curi n plet palsu, he might be using it again next time." katanya.

Thursday 16 April 2015

"Menyesal undi Zul Ariffin!" - Luahan hati peminat

Posted By: TTO Admin - 16.4.15

Di sebalik kejayaan pelakon, Zul Arifin yang berjaya merangkul 2 anugerah dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (APBH) 2014, ada peminat yang kecewa dengan sikap pelakon yang terkenal dengan drama Rindu Awak 200% itu.

Semuanya bermula apabila peminat yang menggunakan nama manusiahalimunan meluahkan perasaannya di dalam ruangan komen sebuah artikel di laman web hiburan terkenal. Bukan itu sahaja, dia yang tidak berpuas hati turut menghamburkan kata cacian kepada Zul Ariffin.

Baca luahan hati peminat tersebut:

Salam,

Aku sgt xpuas hati dgn ZUL ARIFFIN..baru je sebentar tadi dkt KLia 2,kawan aku nak bergambar ngan ZUL ARIFFIN..aku faham la dia baru just arrive balik berjimba ngan Gayatri Su lin Pillai..

Dia bleh ckp “Eh korang ni,xnampak ke ngan family aku ni..penat baru je sampai..ok2lah meh la cpat amik gmbar”

Sial la lu babi,pukimak punya ZUL ARIFFIN..KO IGT BARU MENANG 1,2 ANUGERAH ABPBH hari tu..ko dah bleh sombong ke????? nak je aku ngan kawan aku cakap ” xpyah la amik gmbar,sombong”

tapi nak jaga air muka ko depan org ramai..aku gagahkan jgk amik gmbr ko ngan kawan aku tadi..klau ko xske jadi public figure,jgn jadi ARTIS!!! pkai la rambut palsu ke,pkai topeng ke..amik gmbr bukan 1,2 minit pun,bkn 2,3jam pun tapi 2 saat je..

MEMANG BABI PUN LA MAMAT NI..klau sape2 xpercaya aku ade gmbar dia ngn member aku..kalau ko nak tahu ZUL ARIFFIN,ko mng abpbh hari tu sebab kitaorg yang PEMINAT BODOH ko ni lah yang undi ko..memang sumpah aku benci ngan ko sekarang..MENYESAL BEB!!! Masih igt lagi kata kata ko kat telinga aku ni..suweiiiii

ko pegi berjimba ngan betina tu..pahtu ko nak emo ngan peminat ko..sape2 penulis blog..melodi,galaksi,rotikaya,murai,ohbulan,beatifulnara ke tolong sebarkan/viral berita ni..KAMI ADALAH PEMINAT YANG MENYESAL MENYOKONG ZUL ARIFFIN..

aku nanti bleh bagi gmbar yang kita tgkap tadi..Zul Arifin hanya pndi bermuka2 dpn wartawan n ckap yg manis2 shja..tapi hakikat cam celaka.TQ

#dulukitafansskarangkitajadiHATERS#haters ZULARIFFIN#kamibencipoyo
Semoga ada respon samaada penafian ataupun penjelasan daripada Zul Ariffin mengenai perkara ini kerana bimbang tuduhan ini tidak betul apabila kita mendengar dari sebelah pihak sahaja.

Luahan hati Isteri & Cerita sebenar lelaki mati dipukul dituduh curi lembu

Posted By: TTO Admin - 16.4.15

Beberapa hari lalu, Seorang lelaki maut selepas dibelasah teruk penduduk kampung kerana disyaki mencuri lembu di Kampung Pengkalan Maras, Terengganu.

Mangsa yang tinggal di Kampung Chendering kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, untuk rawatan kecemasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 3.30 petang 14 April 2015.

Namun, seorang pengguna laman sosial tampil menceritakan kejadian sebenar. Menurutnya, tindakan menghukum mangsa dengan memukulnya adalah tindakan terburu-buru kerana kejadian itu hanya berpunca daripada salah faham.


Kejadian itu telah memberikan kesan tragis buat isteri mangsa. Beliau sempat meluahkan perasaan sayunya terhadap kehilangan arwah suaminya itu.


Menurut laporan media, 5 suspek penduduk kampung yang dipercayai terbabit memukul mangsa telah ditahan Polis. Semoga ada keadilan buat mangsa dan keluarga mangsa.

Tuntut gaji Kakitangan Awam naik 35%!

Posted By: TTO Admin - 16.4.15

KUALA LUMPUR 15 April - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) me­nun­tut kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35 pe­ratus bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, se­ta­kat ini gaji te­­rendah yang diterima oleh kakita­ngan awam se­banyak RM805 sebulan tidak memadai dan di bawah paras kemiskinan terutama bagi yang tinggal di kawasan bandar.

Menurutnya, tangga gaji itu ti­dak sepadan de­ngan garis kemiskinan yang telah ditetapkan iaitu bagi yang berpendapatan ba­wah RM880 sebulan dikira sebagai berada di bawah paras kemiskinan atau dikategorikan miskin bandar.

“Setakat ini, gaji terendah dalam perkhidmatan awam adalah RM805 dan RM820 sebulan. CUEPACS meng­gesa kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam 35 peratus agar gaji golongan itu boleh mencecah paling minimum RM1,200 sebulan.

“CUEPACS juga mahu kerajaan memperkenalkan jadual gaji yang lengkap dengan tangga gaji bermula daripada gaji minimum kepada maksimum selain membuat semakan gaji setiap tiga tahun sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam dan Taklimat Isu-Isu Semasa kepada kakitangan awam di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras anjuran CUEPACS yang dihadiri lebih 500 kakitangan awam di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Azih juga menyampaikan Memorandum CUEPACS 2015 berhubung tuntutan itu kepada Ketua Pengarah Perkhid­matan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dengan disaksikan ahli-ahli jawatankuasa kongres tersebut.

Kata Azih, kenaikan dan semakan gaji kakitangan awam itu pen­ting kerana kali terakhir kerajaan berbuat demikian adalah pada tahun 1995 dan ia relevan dengan keperluan dalam kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

“Tahun 1995 adalah kali terakhir semakan gaji kakitangan awam dibuat oleh kerajaan dan sepatutnya lima tahun sekali diadakan semakan terbaharu tetapi perkara itu tidak berlaku. Kalau boleh CUEPACS mahu semakan itu nanti dibuat setiap tiga tahun sekali.

“CUEPACS juga menggesa agar kerajaan hanya mengambil kakita­ngan awam yang mempunyai kela­yakan pendidikan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk be­kerja bagi mengelakkan mereka mendapat gaji di bawah paras kemiskinan,” katanya.

Menurutnya, kenaikan 35 peratus gaji kakitangan awam itu juga berdasarkan hampir 70 peratus penjawat awam merupakan dalam kategori Kumpulan Pelaksana yang bergaji rendah dan sederhana daripada 1.6 juta keseluruhan kakita­ngan awam di negara ini.

Semakan kenaikan gaji itu bukan setakat perlu kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi ia juga amat diharapkan oleh penjawat awam berpangkat tinggi kerana desakan terhadap kos sara hidup yang semakin tinggi. -Utusan Online

Wednesday 15 April 2015

Angkasawan Rusia rakam gambar menakjubkan Mekah & Madinah dari ruang angkasa

Posted By: TTO Admin - 15.4.15

Seorang angkawasan Rusia, Anton Shkaplerov berjaya merakan dua gambar yang begitu menakjubkan pemandangan kota suci Mekah dan madinah dari ruang angkasa pada waktu malam.

Kota Mekah dan Madinah itu amat jelas dilihat pada waktu malam dengan kilauan cahaya lampu berwarna kuning. Manakala, Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi pula dilihat seperti titik putih yang jelas seakan sebutir permata yang berkilauan dalam hamparan emas.

Beliau yang nyata kagum dengan pemandangan dari Stesen Angkasa Antarabangsa (International Space Station - ISS) memuatnaik gambar tersebut di laman twitter peribadinya.

“Amazing night view of #Mecca and #Medina from the #ISS,” Tulis Shkaplerov dalam caption gambar itu.



Data Kotak Hitam dedah Aidana bantu terbangkan Helikopter terhempas

Posted By: TTO Admin - 15.4.15

Data kotak hitam mendedahkan Aidana Baizieva, penumpang misteri dalam helikopter terlibat nahas di Semenyih awal bulan ini, membantu menerbangkan pesawat itu.

Memetik sumber, New Straits Times (NST) melaporkan, data daripada perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan Aidana aktif dalam operasi penerbangan helikopter Dauphin AS365N2.

Ia dikatakan berdasarkan perbualan Aidana, 25, bersama juruterbang helikopter tersebut Kapten William Clifford Fournier.

Bagaimanapun, sumber tersebut memberitahu NST bahawa beliau tidak bersetuju bahawa Aidana telah dibenarkan untuk membawa pesawat itu.

Sumber itu juga tidak menyalahkan wanita berasal dari Kyrgyzstan itu yang menjadi punca nahas helikopter itu terjadi.

Sebaliknya, katanya, pegawai penyiasat mempunyai alasan kukuh dan mempercayai bahawa terdapat letupan dalam helikopter itu sebelum terhempas.

"Berdasarkan siasatan di lokasi kemalangan, penyelidik membuat kesimpulan bahawa beberapa bahagian helikopter telah meletup dalam nahas itu," sumber itu dilaporkan berkata.

Menurut laporan itu lagi, semua alat komunikasi juga tidak boleh digunakan semasa helikopter tersebut mula menjunam.

Malah, kesemua penumpang juga "senyap" beberapa minit sebelum nahas itu dan hanya nafas mereka sahaja yang direkodkan oleh CVR.

Selain Aidana dan Fournier, nahas itu turut mengorbankan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, ketua setiausaha sulit perdana menteri Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razakan Seran.

Tuesday 14 April 2015

Cerita sebenar Lelaki India tunggang Motosikal EX5 tanpa seurat benang (2 Video)

Posted By: TTO Admin - 14.4.15

Kecoh hari ini apabila klip video lelaki India menunggang dalam keadaan tanpa seurat benang tersebar di laman media sosial. Bagaimanapun, Netizen mempersoalkan sikap dua orang individu yang berjaya menahan lelaki India itu.

"Tak paham kenapa perlu gunakan kekerasan, sedangkan orang itu tidak mengancam orang lain. Dia mabuk ke, gila ke kita pun tidak tahu. Tapi datang pula dua orang melayu yang paling kuat macam Captain America dan Thor konon nak tunjuk gangster. Ramai yang tidak berpuas hati tetang sikap dua superhero melayu itu.".


Namun, setelah video itu viral di media sosial, seorang individu yang mengaku berada di tempat kejadian mendedahkan bahawa  mereka tidak berniat untuk membelasah lelaki India itu, sebaliknya hanya mahu mengertak sahaja.

"Kami pukul helmet dia, untuk gertak dia saja".

Tambahnya lagi, sebelum ini mereka telah menerima aduan dari jiran yang mendakwa ternampak lelaki itu berlegar-legar di kawasan perumahan mereka sekitar jam 11 malam dan sekali lagi ternampak kelibatnya pada jam 3 pagi.

Bimbang dengan kehadiran lelaki itu, mereka bersama-sama ahli jawatankuasa keselamatan penduduk di kawasan perumahan itu bertindak mengejar lelaki tersebut seperti dalam rakaman video kedua dibawah.

PART 2....Lelaki yg berbogel td dipercayai dl keadaan khayal skrn dadah. Beg yg dibawanya berisi ice.
Posted by Kezoom on Monday, April 13, 2015


Difahamkan setelah ditahan, hasil pemeriksaan pada beg lelaki itu menemukan plastik kecil mengandungi dadah jenis 'Ice'.

Lelaki itu juga dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan bogeI kerana terlalu khayal dengan dadah yang diambilnya.

(10 Gambar) Gadis 15 tahun "terlalu cantik untuk dilihat" cetus kontroversi

Posted By: TTO Admin - 14.4.15

BEIJING – Seorang remaja di sini yang obses menjalani pembedahan plastik telah mengejutkan 400,000 pengikutnya di laman sosial, Weibo menyebabkan mereka tidak mempercayai itu adalah wajah gadis berkenaan.

Lee Hee Danae, 15, yang berasal dari wilayah Henan, tengah China telah memuat naik gambarnya yang begitu jelita selepas pembedahan tersebut sehingga dia kelihatan seakan-akan anak patung.

Menurut laporan laman web cbg.cn, remaja itu dikatakan sanggup melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk merebut semula hati bekas kekasihnya.

Ramai pengguna laman sosial berkenaan menyifatkan remaja yang lahir pada tahun 1999 itu kini bukan sahaja kelihatan lebih tua, malah seperti makhluk asing.

“Dia terlalu cantik sehingga kelihatan sangat pelik,” kata seorang pengguna sosial.

Dalam pada itu, ada juga pengguna laman sosial yang melahirkan pendapat bahawa gambar yang dimuat naik itu mungkin palsu dan telah diubah suai secara digital.

Amalan pembedahan plastik khususnya pada lipatan atas kelopak mata dan pembentukan semula hidung semakin meningkat di China. – Agensi

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab