Pemain Bolasepak EPL dan juga seorang Muslim, Papiss Cisse berhadapan kemungkinan untuk ditamatkan khidmat bersama Newcastle setelah beliau menolak untuk menyarung jersey yang ditaja oleh firma pinjaman loan harian, Syarikat Wonga.
Penyerang antarabangsa Senegal, Cisse yang mendapat gaji sebanyak RM194 ribu seminggu telah berlatih secara bersendirian sekembalinya dia daripada percutian musim panas minggu lalu kerana menolak jersey kelab atas alasan bisnes yang dijalankan oleh syarikat penaja bertentangan dengan kepercayaan agama.
Dalam undang-undang shariah, orang Islam tidak boleh mendapat manfaat daripada duit pinjaman. Faedah juga tidak dikenakan kepada pinjaman dalam Islam kerana ia dikenali sebagai "Riba".
Namun bukan Cisse saja menunjukkan protes kepada penaja baru, penyokong Newscastle turut tidak senang dengan syarikat Wonga yang mengenakan caj sehingga 5,853 peratus faedah tahunan dalam jangka masa pendek.
Cisse bersama Demba Ba, bekas rakan sepasukan meraikan gol dengan Sujud Syukur |
Cisse menyertai Newcastle dengan yuran perpindahan RM43 Juta dari kelab Freiburg pada Januari tahun lepas dan berjaya menjadi pemain bola yang menyinar di EPL dengan menjaringkan banyak goal untuk pasukannya.
Rundingan antara kelab Newcastle dan Cisse masih berjalan untuk menyelasaikan masalah tersebut.- Sumber
KONGSI
& Komentar
Tweet