Sunday 31 May 2015

"Tapi sayang bapak dah takda" - Kisah sayu Pelajar "First Class" UiTM

Posted By: TTO Admin - 31.5.15


Semua ibu-bapa pasti mengimpikan anak mereka cemerlang dalam pelajaran sehinggalah berjaya menjadi seorang manusia berguna. Begitulah kisah sayu seorang pelajar UiTM yang menceritakan perjalanan hidupnya menempuhi rintangan dari kecil sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang menerima first class dan Anugerah Naib Cancelor UiTM.

Azlan Sulaiman dalam tulisannya sebak kerana kejayaannya itu tidak dapat disaksikan oleh bapanya yang telah pergi menghadap Ilahi. Cukup jelas, bapanya adalah insan yang menjadi inspirasinya sehinggalah apa yang dia diperolehinya kini. Baca lagi kisah hidup beliau yang wajar dijadikan iktibar buat anak muda yang lain:



Saturday 30 May 2015

Bapa dikecam heret anak guna tali di leher seperti anjing (Video)

Posted By: TTO Admin - 30.5.15

Beijing: Seorang bapa dikecam selepas dia dirakam mengheret anaknya dengan tali yang diikat pada leher kanak-kanak itu.

Rakaman mengejutkan itu menunjukkan bapa berkenaan menarik anaknya sejauh 100 meter tanpa mempedulikan jeritan dan tangisan mangsa, kononnya untuk mengajar si anak.

Dalam video yang menjadi viral di China sejak beberapa hari lalu, lelaki itu dilihat membuka pintu sebuah van dengan anaknya berada di dalam.

Dirakam di wilayah Zhejiang, video itu menunjukkan lelaki berkenaan memaksa anaknya keluar. Tetapi, apabila si anak enggan, lelaki itu menarik tali berkenaan, menyebabkan anaknya terjatuh dari kenderaan itu.

Si bapa kemudian berjalan dengan menarik tali yang dijerut pada leheri anaknya sambil menjerit: “Lebih baik besarkan kamu seperti anjing.”

Walaupun si anak tertiarap, lelaki itu terus menariknya di sepanjang laluan berkenaan sebelum memasuki sebuah blok apartmen.

Seorang jiran yang merakam kejadian itu kemudian memuat naik video itu ke laman sosial.

Ribuan pengguna yang menontonnya mengecam tindakan lelaki itu.

Menurut laporan, lelaki itu, pemandu trak yang tidak disiarkan namanya berkata, dia hilang sabar apabila melihat anaknya bermain di luar dan tidak mengulang kaji pelajarannya.

Friday 29 May 2015

"Sushi King tiada status halal setakat ini" - JAKIM

Posted By: TTO Admin - 29.5.15

Beberapa hari lalu, isu penarikan balik sijil halal Restoran Secret Recipe hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. JAKIM dalam siaran medianya mengatakan punca sebenar penarikan itu adalah kerana Secret Recipe gagal mematuhi syarat-syarat kebersihan. Dengan kata lain pengendalian makanan di Restoran itu adalah kotor.

Namun, isu baru timbul apabila Restoran Sushi King, restoran yang menyediakan makanan jepun dan sering dikunjungi oleh ramai umat Islam di Malaysia pula didakwa tiada status halal. Jawapan itu diberikan melalui Twitter @Jakim_Official setelah ditanya pengguna twitter lain.


Walaubagaimanapun, tidak pula dijelaskan sebab restoran itu tidak memiliki status halal. Umum mengetahui restoran makanan Jepun selalunya menghidangkan arak bersama-sama menu mereka. Sebab itu lah kebanyakan restoran makanan Jepun hanya menyatakan restoran mereka tidak menghidangkan daging babi atau lebih dikenali dengan sign "Serve No Pork" ataupun "Pork Free".

Apapun, umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati apabila memilih makanan yang halal. Halal bukan hanya daripada makanan yang disediakan malah turut merangkumi banyak aspek seperti kebersihan. Adalah lebih baik kita mengikut panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab iaitu pihak JAKIM sendiri.

Thursday 28 May 2015

Pekerja wanita diberi amaran oleh majikan kerana tutup aurat!

Posted By: TTO Admin - 28.5.15

Seorang pekerja wanita di sebuah syarikat terletak di Petaling Jaya, Selangor meluahkan perasaannya apabila diberi amaran hanya kerana dia menutup aurat. Nadey Khairudin yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di YSP Industries (M) Sdn. Bhd. tidak berpuas hati apabila amaran itu sepatutnya tidak berlaku di Negara Malaysia yang merupakan salah sebuah negara Islam. Baca lagi luahan beliau:


Nadey Khairudin turut berharap agar kejadian ini diviralkan walaupun tahu akibat yang akan diterimanya yang mungkin akan diberhentikan kerja. Baca kiriman Nadey di Page Sukan Star:
Salam sejahtera . Saya Nadirah... sy nk mintak tolong sedikit Sukan Star Tv tolong share wall sy yg berkenaan company sy beri warning kerana sy cuba tutup aurat sy. Isunya tuck in baju dalam seluar tetapi sebangsa mereka yg pakai skirt pendek atas lutut tidak diberi sebarang warning walhal buku panduan company pon beri gambar skirt labuh smpai mana. Sy merasa tak puas hati kerana negara kite demokrasi, perlu hormat bangsa dan agama. Salah ke sy berasa malu sbb tuck in baju dan ramai menegur sy seksi. Aib tu Allah je tahu. Belum lg sy pakai niqab pergi kerja. Lg besar isunya mungkin. Sy cuma ingin meminta Sukan Star Tv share sahaja post sy.. mungkin kwn2 kita pon alami nasib yg sama, bru mereka tahu byk company kat malaysia tak hormati hak kebebasan agama. Sama seperti kes kwn kita tak boleh kerja kt klcc kerana bertudung. Isu kedua dia memberi amaran untuk tidak mencuci kaki dalam toilet, pelik apa fungsi toilet pd ysp? Lagipun air yg menitis pd lantai sy lap sehingga kering, plus ramai lg staff melayu ambil wudhuk di toilet tetapi tidak pernah jd isu. Mungkin dengan satu kesalahan, mereka terus mencari kesalahan seterusnya yg tidak munasabah. Sy tahu, sy bukan anak org politik atau berpengaruh tetapi sy harap sgt2 sy wakil dr kawan2 yg senasib mcm sy tidak ditindas dinegara sendiri.. negara Islam sbgai negara rasmi sendiri . Terima kasih

Jika sy diberhentikan kerja sebab viralkan isu pakaian muslimah ini.. xpe.. sy percaya rejeki pada Allah bukan pd company.
Kejadian ini turut mengundang respon negatif Netizen. Ramai yang turut mendedahkan pengalaman yang seakan sama ditindas majikan syarikat swasta di negara ini. Komen salah seorang pengguna Facebook:
aku faham situasi yg di lalui beliau. sbb aku pun punye cerita yg lebih kurang sama. tp aku bab solat. bukan sekali je. 2 company yg berbeza. tp cerita yg sama. tah kenapa bangsa 'tu' dengki sgt dgn org islam yg nk solat n beribadat. sejak aku rasa terganggu, yela keje2 jugak solat2 jugak la kan. tp bila ada yg dengki n busuk hati aku jd tak aman nk keje kt tmpt sebegitu. now bebas dr mereka. biar kita berhenti kerja daripada berhenti menjalankan perintah Allah gara2 menurut perintah manusia. aku bkn nk racist. tp yg aku pasti, yg racist tu diorg. tak tak semua. ada yg faham dan x mengganggu. maklum lah,agama dorg lain. dorg xfhm agama kita. kita solat 5x sehari. berpakaian pulak kena nmpk muka n tapak tangan je. so mengalah lah, demi tuhan. lgpun yg bg rezeki tu Allah. apa nk takut. u do a great job sis. tahniah

Kata nak sekolahkan Adi dirumah. Kenapa sekarang komplain?

Posted By: TTO Admin - 28.5.15

Walaupun dekat seminggu berlalu, isu mengenai pelajar self proclaimed genius, Adi Putra yang mendakwa dirinya diabai Kerajaan masih berlegar di laman sosial. Satu persatu komen menghentam kerajaan diterima, namun Prof. Dr Noriah Mohd Ishak, Pengarah Permata telah menjawab tuduhan tersebut. Baca lagi:

Kerajaan telah menyediakan sekolah untuk pelajar genius macam Adi. Sekolah tersebut dalam UKM. Program pelajar pintar dan genius di UKM ini bermula tahun 2009. Kerajaan tawarkan Adi dulu untuk membantu dia melonjakkan kepintarannya tapi bapa Adi menolak. Adi kecil lagi tak pandai buat keputusan. Hingga kini program anak Genius di UKM ini telah membantu memberikan program pengayaan kepada lebih dari 5,000 pelajar genius macam Adi. Salah seorangnya bernama Amirul Fitri yang sebaya dengan Adi tetapi sekarang telah melanjutkan pengajiannya dalam bidang Matematik di Johns Hopkins University di Amerika Syarikat. Seorang lagi bernama Shah Rahmat Shah Putra sedang melanjutkan pengajiannya di Bristol dalam bidang matematik.

PERMATApintar adalah sekolah untuk anak-anak seperti Adi. Jika anak anda berumur 9 tahun hingga 12 tahun dan genius dah boleh masuk tingkatan 1 yang kesukarannya sama dengan tingkatan 4 sekolah kerajaan. Kalau layak 9 tahun pun boleh masuk tingkatan 4. Kita dah lahirkan banyak pelajar genius dan mereka ramai dah di Ivy League universiti menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang. Yang gila matematik macam Adi pun ramai.

Prof. Dr. Noriah Mohd Ishak

Kerajaan dah hulurkan bantuan pada tahun 2008. Bapanya menolak kerana Adi perlu kerja nak bayar gaji pengurusnya dan sebagainya. Itu keputusan bapanya dulu dan kata nak sekolahkan Adi dirumah. Kenapa sekarang komplain. Kalau Adi betul-betul nak belajar semula jumpa saya di PERMATApintar UKM. Tak jauh dari Gombak ke UKM. Ini untuk masa depan Adi. Bapa Adi tahu saya wujud dan tahu nak cari saya atau PERMATApintar dimana. Insyaallah Adi masih boleh dibantu.

Komen Prof. Noriah terhadap pandangan sinis orang ramai terhadap Penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansur:

Anda semua sangat bijak memperli. Tak tahulah kalau anda semua jadi menteri lagi lingkup nanti. Jangan mengata orang sebab kita sendiri tak tahu apa yang kita boleh buat dalam pelbagai situasi. Yang pentingnya, saya dah beri peluang Adi untuk join PERMATApintar supaya dia boleh teruskan pendidikannya, namun sehingga kini Adi, bapa atau ibunya hanya berdiam diri. Kerajaan nakkan yang terbaik untuk Adi mana tahu kemudian boleh masuk Princeton atau Yale bukan setakat Monash dan jadi menteri kewangan seperti yang saudara-saudari impikan. Mohon anda yang pandai bercakap disini supaya pujuk Adi masuk PERMATApintar dan kalau dia betul-betul smart, kita hantar formula dia ke prof di UKM bidang matematik yang boleh verify semua formula dia. Saya pun boleh sebab salah satu bidang saya ialah matematik dan kami hendak Adi masuk Matematik olympiad program yang ada di PERMATApintar supaya kalau berjaya dia mewakili negara dan tunjuk pada dunia kita ada genius matematik yang boleh meningkatkan markah PISA kita.

Saya bukan ahli politik dan tidak suka berpolitik. Tetapi kalau ada orang yang berhati mulia menolong anak bangsa yang pintar terutama dari luar bandar saya beri penghormatan kepada dia. Berapa orang antara kita sanggup memikirkan masalah pendidikan anak-anak kampung terutama yang miskin dan tinggal ceruk kampung tetapi sangat pandai. Nak masuk sekolah asrama penuh pun mereka tak dapat. Program PERMATApintar di bawah YABhg Datin Seri telah banyak membantu anak2 ini dari lunuk Antu hingga ke Gurun. Kita semua hanya memikirkan hal kita, kerjaya kita, gaji kita. Berapa orang antara kita nak fikir pasal anak orang lain yang kalau tidak dikeluarkan dari kampungnya mungkin tak dapat mencapai pendidikan yang tinggi. 

Punca murid jatuh dari bangunan sekolah didedahkan

Posted By: TTO Admin - 28.5.15

Gambar seorang murid lelaki  dalam keadaan cedera selepas terjatuh dari bangunan sekolah tersebar secara meluas. Beberapa info juga turut mendakwa kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Walaubagaimanapun, perkara itu tidak benar apabila pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi mengeluarkan kenyataan penafian mengatakan murid itu selamat dan menggesa agar menghentikan sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.



Seorang pengguna Facebook, Puan Anida, Isteri kepada YDP Sekolah itu turut mendedahkan punca kejadian itu berlaku. Menurutnya, kanak-kanak itu tergelincir di celah tangga ketika berlari dan gagal mengimbangi badannya.

Luahan hati Datuk Siti Nurhaliza difitnah bercerai... #sabarsayapunadahadnya

Posted By: TTO Admin - 28.5.15

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza meluahkan perasaannya apabila menerima fitnah yang dasyat mengenai rumah tangganya. Fitnah itu yang datangnya dari blog-blog hiburan mengatakan Datuk Siti dan Datuk K telah bercerai. Baca lagi luahan hati beliau:
Ya Allah , hanya Dikau yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa..Dikau berilah Hukuman sebaik baiknya buat pemFITNAH yang menyebarkan FITNAH ini. Semoga mereka kembali ke jalan yg benar... Amin Ya Rabb.. #taktakutkekenapanahpetir by @rozisangdewi "Sebaran fitnah berjemaah oleh blog2 yang ?&3&:$3)$/!:)3)3!:?:(/&-&/)/(/!$/)/@-&-$-$ ni. Saya dah terima ni beberapa hari lalu tetapi saya buat tak endah sbb berasa sgt2 kasihan malah hairan dengan keupayaan, kesediaan org yg buat tajuk, buat cerita, buat fitnah, dan disebar2 lagi, dan kemudian jadi bahan sebaran tanpa putus, bahan bacaan org2 yg mampu berfikir dan yg tak berfikir terus percaya dan jadi fitnah yg sgt2 panjang dan dipanjangkan lagi. 
Datuk Siti juga menambah, beliau mempunyai kesabaran namun mempunyai hadnya dan berharap pembaca tidak terpedaya dengan berita-berita seperti itu:
Saya upload hal ini bila saya jadi sasaran pertanyaan, walaupun saya sgt berharap agar kita ni, pengamal media sosial agar tlg belajar dan memahami benda ni; -blogger2 sensasi ni tujuannya mempermainkan kita. Mereka bagi headlines yg minta kita terdorong nak membaca, mereka bagi macam2 tajuk yg mampu buatkan kita klik blog mereka. Dengan klik kita, mereka dapat duit. Duitlah yg membuatkan mereka bermaharajalela. Mereka create tajuk2 sensasi walhal cerita sebenarnya lain, mereka perdaya org yg membaca dan mereka sedang bergembira di atas fitnah yg mereka buat. Saudara2 seIslam saya semua tu. @ctdk tu dalam dia sabar, dia pun ada hadnya. Merangkaklah korang cari dia kt akhirat nanti, terlambat masa tuh!! #sabarsayapunadahadnya" via @PhotoRepost_app

Wednesday 27 May 2015

Gambar Bayi diikat dan diberi makan seperti anjing tersebar

Posted By: TTO Admin - 27.5.15

BEBERAPA keping gambar menunjukkan seorang bayi diikat di leher dan dilayan seperti binatang tersebar dan menyebabkan puluhan ribu pelayar laman sosial terkejut, minggu ini.

Menurut Portal Dailystar, seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada bayi tersebut menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dikecam bertalu-talu di laman sosial.

Difahamkan, foto-foto dimuatnaik oleh ibunya ke laman Facebook kerana menganggapnya sebagai 'lawak'.

Ketua Jabatan Sosial dan Kebajikan Bataan Filipina, Marilyn Tigas berkata, perlakuan tersebut dianggap sebagai bahan lawak oleh ibunya.

"Mereka fikir orang ramai tidak peduli. Ini adalah kes melibatkan penderaan kanak-kanak dan suspek boleh didakwa di bawah Akta Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak," jelas Marilyn.

Pekerja sosial, Corazon Juliano-Soliman pula beranggapan kejadian tersebut 'suatu lawak yang teruk'.

"Kanak-kanak tersebut tak tahu ianya dijadikan bahan jenaka. Pelaku patut dihukum," katanya.

Sementara itu, seorang aktivis, Lurleen Hilliard memberitahu kejadian tersebut menaikkan kemarahan orang ramai.

"Jika kita toleransi terhadap perkara sebegini, ibu bapa akan terus memuat naik foto-foto yang tidak sesuai dan orang ramai akan berkata "Oh, ianya tidak mengapa," jelas Lurleen.

Bayi tersebut diletakkan di bawah jagaan oleh jabatan sosial untuk sementara waktu.

Wanita ini mencari calon suami kaya & tampan dengan mengiklankan diri di taman

Posted By: TTO Admin - 27.5.15

Mencari pasangan untuk dikahwini dengan menggunakan perkhidmatan syarikat mencari jodoh merupakan amalan biasa di China. Perkara ini berlaku ekoran daripada tekanan daripada keluarga dan masyarakat untuk mencari pasangan hidup yang berjaya. Namun sejak kebelakangan ini, mereka mengambil pendekatan sendiri dengan cara berdiri di tempat-tempat awam dan cuba untuk merekrut sendiri bakal suami atau isteri mereka.

Tindakan itu turut diambil oleh wanita bernama Su Jingjing, berasal dari Hubei, China yang cuba mencari jodoh dengan membawa sekeping kertas di kawasan Taman Awam. Su, rela menunggu berjam-jam demi mencari pasangan idamannya.



Namun, syarat yang yang dikenakan oleh Su amat ketat. Melalui iklan yang dipaparkan, dia menceritakan sedikit latar belakangnya diikuti dengan syarat-syarat calon lelaki idamannya:
"Aku lahir pada Februari 1985 di Provinsi Hubei. Kedua ibu-bapaku berasal dari Desa Bingcun. Tujuan hidupku adalah mengejar keunggulan. Hobiku membaca, menulis, mendengar muzik, dan bersenam . Aku juga boleh mengendalikan komputer untuk bisnesku. "

"Standard untuk calon pasanganku adalah dia mesti tinggal di pusat bandar Shanghai. Dia harus lahir pada 1980, 1981, atau 1982. Dia mesti tidak berkacamata. Dia mesti berkarakter baik. Dia harus mempunyai tinggi melebihi 170 cm. Dia mesti seorang anak tunggal dari usahawan-usahawan berjaya atau pegawai kerajaan. "

"Dia juga harus seorang teruna kerana saya masih seorang dara"
Su turut menegaskan dia tidak akan pernah menurunkan standard yang ditetapkannya.

"Aku sebenarnya sudah tidak mahu tinggal di Shanghai. Tapi, aku mencari lelaki yang mempunyai banyak wang, kuasa, kebajikan, mempunyai penampilan yang baik, dan keluarganya berasal dari Shanghai," kata Su kepada wartawan.



Ketika ditemubual, Su mengatakan pada usianya 25 tahun, dia mengaku mendapat banyak tekanan untuk segera berkahwin. Saat ini Su tinggal di rumah petak yang hanya berkeluasan 4x4 meter di Shanghai South Railway Station. Dia juga menjadi peniaga kaki lima di sana.

"Jika dia (calon suami) adalah ahli perniagaan atau pegawai kerajaan, aku akan mengajaknya untuk berpindah ke Hongkong. Lalu, kami boleh memajukan perniagaan kami bersama!" katanya lagi.

Fesyen tudung gaya baru versi Kool Fever mula trending

Posted By: TTO Admin - 27.5.15
Sejak beberapa tahun ini, Fenomena Hijabista mula melanda negara kita. Jika dahulu, fungsi tudung hanya dikenakan untuk menutup aurat dan tidak banyak gaya yang digunakan.

Namun, pada hari ini gaya pemakaian tudung yang pelik-pelik telah muncul dengan dengan tujuan tampil dengan kelainan dan mengikut trend fesyen terkini.

Terbaru gaya tudung versi Kool Fever atau Selendang Naruto pula jadi trending. Agaknya style tudung ini akan banyak dikenakan oleh para hijabista pada hari raya tahun ini. 


Animasi Naruto

Tuesday 26 May 2015

Kisah sayu murid ini jadi perhatian Netizen di laman sosial

Posted By: TTO Admin - 26.5.15

Perkongsian oleh seorang guru gambar muridnya serta kisah disebaliknya mengundang rasa simpati Netizen. Murid yang bernama Azlan ini mempunyai kekayaan budi pekerti walaupun keadaan hidup keluarganya yang serba kekurangan.
"Sedih aku tgk dia... Walaupun aku susah tp aku tahu dia lebih susah dari aku. Moga allah berikan kebahagian" - Tulis Mokhzaney Adnan

"Anak ini miskin harta tapi kaya harga diri" - Tambah Nur Shafiqah
Semoga  kisah ini menjadi contoh kepada murid-murid yang lain. Baca lagi...


Seorang guru di sekolah Azlan di SK Seri Bandar Melaka, Puan Nurulhuda turut menceritakan sedikit latar belakang Azlan. 


Semoga Azlan beroleh kejayaan dan menjadi seorang yang berguna apabila meningkat dewasa kelak. Aminnn.


Mengagumkan! Ladang LED di Jepun ini hasilkan 10,000 salad sehari! (6 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 26.5.15


Mengagumkan ladang LED ini menghasilkan 10,000 salad sehari!

Mari belajar dari Jepun, sebuah ladang tertutup menghasilkan 10,000 salad sehari dan menggunakan 99% kurang air berbanding ladang terbuka.

Kita telah mula belajar mengenai pertanian dan cuba meningkatkan teknik pengeluaran hasil sejak beribu tahun dahulu.

Sebaik mana pun sistem ladang terbuka, ia tetap terdedah kepada ketidaktentuan cuaca dan bencana alam. Namun, kita boleh mengurangkan risiko itu.

Dengan bantuan teknologi lampu LED dan sistem aquaphonic, Jepun menunjukkan kepada kita teknik terbaik dan produktif menghasilkan tuaian yang berlipat kali ganda.

Shigeharu Shimamura memulakan usaha merevolusikan pertanian industri dari ladang ke dalam bangunan, di Timur Jepun yang teruk dilanda tsunami pada 2011.

Shimamura asalnya bekerja sebagai jurutera Sony Corporation di kilang semikonductor, kini memiliki ladang LED terbesar dunia.

Menggunakan LED dari General Electric dia meningkatkan pembesaran sayuran dengan menyelaraskan kadar pemancaran gelombang cahaya.

Ladang yang hanya sebesar separuh padang bola sepak itu menghasilkan 10,000 selad sehari. "Saya belajar cara menanam sayuran dengan kaedah terbaik secara biologi dan mengintegrasikannya dengan peralatan dan teknologi bagi meningkatkan hasilnya."

Ladang moden itu menggunakan 17,500 LED yang dipancarkan ke atas 18 rak bertingkat setinggi 15 tingkat.

Kunci kejayaan ladang ini ialah LED. Shimamura mempunyai keupayaan melaraskan tahap pengcahayaan sesuai dengan tumbesaran sayur mengikut kitaran siang dan kitaran malam.

"Kita tidak boleh menambah bilangan hari pengcahayaan kepada 24 jam terus menerus, tetapi kita perlu mendapatkan kombinasi masa terbaik bagi fotosentisis pada siang hari dan pernafasan pada malam hari, dengan mengawal cahaya dan persekitarannya."

Sistem itu mampu menghasilkan salad penuh vitamin dan mineral dua setengah kali lebih pantas berbanding ladang biasa.

Kadar penghasilan 90% berbanding ladang biasa yang hanya 50%. Setiap kaki persegi menghasilkan 100 salad katanya.

Professor jawab dakwaan Pelajar Genius diabai Kerajaan

Posted By: TTO Admin - 26.5.15

Nota ini dikongsikan oleh En. Zaid Zikri sebagai pencerahan mengenai isu viral dakwaan Pelajar Genius Matematik, Adi Putra diabai Kerajaan. Baca lagi:


ISU ADI PUTRA DAN PERMATA

Tergerak hati saya untuk membuat post ini adalah untuk menjernihkan suasana yang sudahpun keruh dilanda andaian politik sesetengah pihak. Tidak semena-mena sahaja, berita Adi Putra hangat diperkatakan semenjak dua tiga hari yang lalu, dan PERMATA pula menerima tempiasnya. Saya ingin berkongsi tulisan Pengarah PERMATA sendiri, Professor Noriah Mohd Ishak mengenai perkara ini.

Saya buat dalam bentuk "note" supaya dapat dijadikan rujukan masa hadapan.

**********

Kerajaan memang telah menubuhkan program untuk anak-anak genius bermula tahun 2009. Kerajaan juga melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah memberi dana kepada UKM untuk menubuhkan sebuah sekolah yang kini diberi taraf Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sesuai bagi pelajar-pelajar pintar dan berbakat seperti Adi. YABhg Datin Paduka Seti Rosmah Mansor adalah insan yang telah memperjuangkan hak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Beliau tanpa jemu telah merancang bersama UKM untuk menyediakan program pendidikan yang untuk pelajar seperti Adi.

YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya. Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM dibawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

Maka lahirlah Ujian UKM1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin.

Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009. Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATA pintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka diKolej PERMATApintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di perkngkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

Sebenarnya kerajaan melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah berjaya mengurangkan isu brain drain dengan memberi pendidikan khusus untuk pelajar pintar dan berbakat.

Program PERMATApintar ini bukan program elitis seperti tanggapan orang ramai atau program yang ditujukan khas untuk anak-anak orang kaya. Kemasukan ke program ini ialah mengikut kelayakan. Sehingga kini, didapati hampir setengah dari pelajar yang mendapat tawaran adalah dari mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar. Mereka diterima bukan kerana mereka dari luar bandar, tetapi mereka benar-benar layak.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah adalah sangat instrumental dalam menjayakan program ini bersama UKM. Sekian.

**********
Kemudian beliau menambah dalam post yang seterusnya.

**********

Saya rasa Adi perlu bercerita perkara yang benar berlaku dan bagaimana kerajaan dan lebih khusus YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor cuba membantu beliau dan kenapa bapanya menolak bantuan tersebut. Jika Adi terima bantuan yang kita cadangkan dulu pada tahun 2008, saya pasti Adi sekarang sudah berada di Universiti bertaraf Ivy League.

**********

Penjelasan sebenar Sijil Halal Secret Recipe ditarik balik!

Posted By: TTO Admin - 26.5.15

Kecoh apabila tersebarnya printscreen daripada laman Twitter @JAKIM_Official yang mendedahkan bahawa Sijil Halal Secret Recipe telah ditarik balik. Berikut jawapan kepada pertanyaan oleh seorang pengguna Twitter, Mubarak Bakri:

Carian di Direktori Hab Halal Malaysia: Link



Walaubagaimanpun, seorang pengguna Facebook menerangkan bahawa Sijil Halal Secret Recipe tidak terpakai kepada semua restoran Secret Recipe. Seperti contoh melalui direktori Hab Halal di atas, hanya lokasi Secret Recipe yang tertera sahaja telah ditarik balik sijil halal restoran tersebut:



Berikut pula adalah penjelasan mengenai pelanggaran prosedur Halal Malaysia:

Isu Secret Recipe ditarik Sijil Halal adalah sesuatu yang serius!

Ada 2 keadaan apabila berlaku pelanggaran prosedur Halal Malaysia:

1. Sijil Digantung Sementara
2. Sijil Ditarik Balik

Sijil Digantung Sementara adalah bagi tujuan siasatan dan peluang pihak syarikat membuat pembetulan kepada kesalahan yang dilakukan. Contohnya premis kotor atau bahan ramuan yang digunakan tidak mematuhi keperluan pensijilan halal. Maka dalam tempoh yang pada kebiasannya selama 14 hari, pihak syarikat perlu membuat pembetulan dan audit premis akan dilakukan semula selepas tempoh tersebut atau bahan ramuan tersebut dihantar untuk ujian di makmal yang diiktiraf. Jika keputusan audit semula atau ujian makmal adalah lulus, maka sijil halal akan diserahkan semula.

Manakala Sijil Ditarik Balik adalah hukuman kritikal dan muktamad bahawa pihak syarikat telah melakukan kesalahan serius di dalam prosedur atau standard pensijilan Halal Malaysia. Sebelum sijil ditarik, sijil halal akan digantung dahulu bagi memberi peluang pihak syarikat membuat pembetulan atau audit dan ujian semula dilakukan. Apabila pihak syarikat tetap gagal mematuhi prosedur/standard Halal Malaysia, maka sijil halal mereka akan DITARIK. Setelah sijil halal ditarik, pihak syarikat hanya boleh membuat permohonan semula selepas tempoh 6 bulan.

Sumber : Hab Halal

************

P/s : Cadbury Sijil Halal hanya digantung dan siasatan dilakukan dan ujian makmal di makmal yang diiktiraf dilakukan,setelah lulus ujian makmal, maka sijil halal Cadbury diserahkan kembali. Sementara Secret Recipe pula Sijil Ditarik Balik, maka itu adalah hukuman muktamad dan kesalahan serius.

Monday 25 May 2015

Kisah sebenar ketabahan wanita ini masih mampu senyum dukung "anak syurga"

Posted By: TTO Admin - 25.5.15


Kisah ini dikongsikan oleh Puan Ummu Haira.  Semoga memberi sedikit pengajaran kepada semua. Baca lagi
Viral sudah SubhanAllah. Semoga kisah ketabahannya dijadikan iktibar.

Ketika suami mengkhabarkan bahawa Maryam Farihah sudah tiada awal pagi semalam saya sangat terkejut. Segera mencapai phone dan membacanya di group whatsapp family. Anak Syurga yang belum sempat kami semua tatap wajahnya kerana dimasukkan ke NICU sejurus selepas dilahirkan

Ibu muda yang tabah ini merupakan adik keenam suami. Baru berusia 22 tahun dan masih belajar di Universiti Al Azhar, Mesir. Dia menangguhkan semester kerana pulang ke Malaysia dan bercadang untuk bersalin di sini.

Takdir Allah, ketika usia kandungannya baru 29 minggu lebih dua anak kecil di dalam kandungannya sudah menunjukkan tanda tanda mahu menjengah ke dunia. Suaminya ketika itu masih di Mesir menduduki exam sebelum pulang ke Malaysia.

Dengan seorang diri tanpa suami di sisi menemani ketika dia sedang sakit contraction membuatkan saya kagum akan ketabahan dan semangatnya apatah lagi itu adalah anak pertama dan kedua mereka. Dengan izin Allah dia selamat melahirkan dua orang puteri secara normal. Kedua duanya dimasukkan ke NICU kerana pramatang dan akan dipantau rapi.

Saban hari si ibu berusaha untuk menziarahi anak kembarnya walaupun masih dalam pantang.

Awal pagi semalam dia mendapat panggilan dari pihak hospital mengatakan anaknya yang pertama Maryam Farihah sudah tenat. Bergegas dia ke hospital dan di sana para doktor sedang berusaha menyelamatkan anaknya. Namun takdir Allah mengatasi segalanya. Anaknya itu pergi buat selamanya di depan matanya. Sebab kematian adalah berlakunya jangkitan dan pendarahan dalam otak iaitu komplikasi yang boleh berlaku kepada bayi pramatang.

Ketika menyapanya di whatsapp, katanya dia sudah redha dan tenang dengan pemergian anak Syurganya. Dia dan suaminya sudah bersedia dari awal lagi untuk menghadapi segala kemungkinan ini.

Alhamdulillah dia memang seorang yang sangat tabah. Kagum dengan dirinya kerana diri ini tidak pasti akan sekuat dirinya atau tidak sekiranya diuji sebegitu.

Doakan kembar keduanya Marsya Farihah yang masih di NICU kuat dan sihat sepertimana mamanya yang kuat dan tabah ini :')

Kisah kedua ini pula dipetik dari FB Mubarak Hasanuddin, suami kepada Ruqayyah Farhani. Beliau menceritakan sedikit kronologi yang dikemaskini olehnya mengenai kelahiran anak mereka:

11 May at 01:50
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Isteri saya baru melahirkan dua puteri kami pagi ini , 11 Mei 2015. Bayi pertama pada jam 5:41 pagi dan bayi kedua tepat jam 5:47 pagi. Mohon teruskan berdoa agar kedua-dua anak ini diberi kesihatan yang baik dan membesar sebagai anak-anak yang solehah mentaati suruhan Allah.

Babies diletakkan dalam perhatian wad NICU kerana terlalu comel

smile emoticon

(dilahirkan pada minggu ke 29)

Anak-anak baba mama kuat-kuat semua!

17 May at 14:40
Bismillah.

Maha suci Allah, Tuhan yang mencipta segala sesuatu di atas muka bumi. Tuhan yang menciptakan tanah, angin, langit, tumbuhan, cahaya, dan perasaan. Bahkan Dia turut mencipta manusia di dalam tubuh seorang manusia.

Sungguh, maha suci Allah yang menciptakan dua permata yang membenih dalam tubuh seorang manusia.

Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke-7 kelahiran dua puteri kami. Juga hari ke-7 keberadaan mereka berdua dalam perhatian wad NICU disebabkan kelahiran yang sedikit awal.

Mohon didoakan kedua-dua anak kembar ini agar dikurniakan kesihatan yang baik, cepat-cepat boleh balik jumpa atok dan nenek, dan membesar dengan ceria sebagai hamba Allah dan anak yang taat.

Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak.

Marsya Farihah binti Abdullah Mubarak.

24 May at 00:11
Anak pertama kami, Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak kembali menghadap ilahi setelah 14 hari singgah di dunia.

Al Fatihah.

25 May
Maryam anak baba.

hanya 14 hari singgah di dunia, satu Malaysia di'sentuh' Maryam

Al-Fatihah

Kisah sayu di sebalik gambar viral ayah jual muffin demi anak "istimewa"

Posted By: TTO Admin - 25.5.15


Beberapa keping gambar lelaki menjual muffin di hadapan sebuah bank viral hari ini. Ramai yang sedih membaca kisah seorang ayah ini apabila mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya:




Di sebalik pendedahan Muhammad Ezani melalui facebooknya, ada cerita sayu mengenai kehidupan keluarga ini. Siapa sangka pada mulanya kelahiran bayi mereka disambut dengan penuh gembira seperti ibu-bapa yang lain sehinggalah satu ketika semuanya bakal merubah kehidupan keluarga ini. Baca lagi:

PASANGAN suami isteri, Muhammad Zakri Simon, (kanan) dan Zahrah Mohd Jamian, (kiri) bersama anaknya, Nur Zetty Shazlily yang lumpuh seluruh badan.

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ungkapan ini layak diberikan kepada pasangan suami isteri, Muhammad Zakri Simon, 39, dan Zahrah Mohd Jamian, 31, yang tabah membesarkan anak ‘istimewa’ mereka, Nur Zetty Shazlily, 8.

Anak kedua daripada lima beradik ini menghidap penyakit jarang berlaku dan pertama di negara ini iaitu sindrom Dravet, yang melumpuhkan pergerakan dan sarafnya sejak berusia tiga tahun lebih.
Lebih menyedihkan, Nur Zetty hanya terbaring kaku kerana lemah di bahagian leher sehingga ke pinggang dan tidak mampu bercakap. Kanak-kanak ini pernah 15 kali masuk unit rawatan rapi (ICU) neonatal, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pelbagai rawatan lanjut.

Zahrah berkata, ketika berusia tujuh bulan, Nur Zetty sudah dimasukkan ke ICU kerana diserang sawan, selain menjalani pemeriksaan pengimbas pelbagai resolusi (MRI).

“Hati ibu mana tidak sedih melihat anak terbujur di atas katil wad yang penuh dengan mesin elektronik dan wayar berserabut di tubuhnya. Saat itu paling sukar untuk saya terima. Nur Zetty ketika itu masih kecil untuk menerima semua ini.

“Keadaan kesihatan Nur Zetty kian merosot. Sejak menghidap penyakit ganjil ini, Nur Zetty kerap diserang sawan. Setiap kali mendapat serangan penyakit itu, wajahnya bertukar biru, nafas terhenti seketika dan kejang seluruh otot,” katanya.

Kunjungan FAMILI ke rumah anak istimewa ini, di Desa Tun Razak, Cheras, baru-baru ini, melihat sekujur tubuh terbaring. Sesekali anak kecil ini merengek dan menuturkan bait kata yang sukar difahami.

Kakinya cuba diangkat tinggi, seolah-olah mencuba bangun, namun pergerakan Nur Zetty begitu terhad.

Pada usia kecil seperti itu, mungkin Nur Zetty mahu berdiri, menari dan ligat seperti kanak-kanak seusianya.

Bercerita lanjut, Zahrah berkata, beliau mengharapkan jika anaknya itu pulih semula seperti kanak-kanak normal.

“Saya ingin lihat ‘kenakalan’ Nur Zetty semula. Saya terlalu rindu mahu melihat Nur Zetty memunggah baju sudah dilipat. Rindu sangat untuk melihat anak saya menyepahkan rumah,” kata ibu muda yang cukup meruntun perasaan.

ZAHRAH Mohd Jamian sebak menceritakan keadaan anaknya, Nur Zetty Shazlily yang lumpuh seluruh badan di PPR Desa Tun Razak

Keluar masuk hospital

Apa yang nyata, lapan tahun lalu, Zahrah dan suami begitu gembira dengan kelahiran Nur Zetty seberat 2.5 kilogram (kg).

“Tiga bulan selepas dilahirkan dan selepas mendapat suntikan imunisasi, anak saya bertukar biru dan diserang sawan.

“Apabila saya bertanyakan doktor, mereka tidak ada jawapan konkrit apa yang menyebabkan anak saya jadi begitu. Malah, selepas insiden itu anak semakin kerap diserang sawan sehingga perlu mendapat rawatan susulan di HKL,” katanya.

Berikutan itu, anak comel berkulit putih ini tidak lagi selincah dulu. Sehinggalah takdir menentukan Nur Zetty tidak boleh berjalan dan bercakap lagi dan lumpuh sarafnya ketika usia tiga tahun. Alam kanak-kanaknya hilang begitu saja.

Tidak berhenti berharap

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, selepas lima tahun Nur Zetty terbaring kaku, Zahrah masih belum berhenti berharap anaknya supaya sembuh semula.

Pendapat doktor yang memberitahu anaknya tiada harapan sembuh semakin menguatkan hati seorang ibu untuk melihat keajaiban anak gadisnya sembuh semula.

“Apabila seperti mahu berputus asa, saya kuat semula memikirkan Nur Zetty lahir normal dan pernah berjalan sebelum lumpuh. Setiap hari, saya beritahu Nur Zetty dia perlu kuat semangat untuk bangun bermain dengan adik- beradik lain.

“Sehinggakan saya bercakap dengan Nur Zetty di hadapan cermin supaya dia tidak rasa keseorangan. Selagi bernyawa, saya akan kekal di sisinya,” katanya.


NUR Zetty Shazlily sebelum menghidap penyakit lumpuh seluruh badan di PPR Desa Tun Razak.
Kerap diserang sawan

Kata anak kelahiran Kuala Lumpur, beliau tidak pernah menduga akan membesarkan anak istimewa seperti Nur Zetty. Menjaga Nur Zetty umpama membesarkan seorang bayi.

Semua keperluan seperti menyuap makan, mendukung ke bilik air, memandikan setiap hari dan menemani anaknya sepanjang hari adalah tugas hakiki yang perlu dilakukan.

Apatah lagi serangan sawan setiap hari membuat Zahrah risau untuk meninggalkan anaknya keseorangan.

“Setiap kali Nur Zetty ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Mawaddah di Sungai Besi, hati saya kerap risau jika berlaku apa-apa. Nur Zetty perlu dipantau kerana sawan boleh menyerang pada bila-bila masa,” katanya.

Ketika ini, Nur Zetty belajar di PDK Mawaddah, setiap Isnin hingga Khamis dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

MUHAMMAD Zakri Simon (kiri) dan isteri, Zahrah Mohd Jamian, (kanan) bersama anaknya, Nur Zetty Shazlily ketika ditemui di PPR Desa Tun Razak.

Buat terapi ais

Demi anak, Zahrah dan suami tekad mengubati anaknya menerusi kaedah moden dan tradisional. Kini, Nur Zetty sedang dalam rawatan terapi ais, di Shah Alam.

“Cuma, kos terapi ini agak membebankan kami. Nur Zetty perlu dirawat sembilan kali sebulan. Setiap kali rawatan, RM100 perlu dibelanjakan dan tidak termasuk kos urutan serta ubat.

“Kami berusaha kali ini kerana ada tindak balas positif selepas beberapa bulan menerima rawatan. Lagipun, seorang profesor di pusat rawatan ais itu meyakinkan kami, Nur Zetty akan sembuh,” katanya.

Justeru, bagi menampung kos suami yang bekerja sebagai pengawal peribadi, Zahrah membuat mufin dan dijual suaminya di hadapan sebuah bank di Seksyen 14, Petaling Jaya.

“Walaupun ia bukan pendapatan tetap, sedikit sebanyak menampung kos rawatan anak kami. Suami pula akan berniaga dua atau tiga kali seminggu mengikut kelapangan,” katanya.

MUHAMMAD Zakri Simon (kanan) mencium anaknya, Nur Zetty Shazlily yang lumpuh seluruh badan di PPR Desa Tun Razak.

Rapat dengan bapa

Sama seperti bapa lain, Muhammad Zakri hanya mahu melihat Nur Zetty sihat semula dan menikmati hidup riang seperti kanak-kanak seusianya.

Muhammad Zakri berkata, Nur Zetty anak yang paling rapat dengan beliau dan sentiasa memerlukan perhatian serta pemantauan.

“Kami memang rapat. Saya tak kisah berniaga dan pada masa sama bekerja. Ketika belum sakit, dia suka sangat dicium. Walaupun dia tidak bercakap, saya akan pastikan berborak dengannya sehingga hari ini,” katanya.

Cuma, jadual kerja 24 jam sehari membuatkan Muhammad Zakri tidak pernah tenang memikirkan anaknya itu.

“Hati mana akan tenang. Memikirkan anak sakit dan empat anak lain yang terpaksa dijaga isteri sendirian. Tetapi saya perlu bekerja untuk mencari rezeki. Saya percaya Allah yang menjaga anak dan isteri ketika saya keluar bekerja,” katanya.

ZAHRAH Mohd Jamian menyuap makanan kepada anaknya, Nur Zetty Shazlily yang lumpuh seluruh badan di PPR Desa Tun Razak.

Semoga En. Zakri dan Puan Zahrah tabah dan cekal dengan keadaan ini. Sesungguhnya ada hikmah bagi tiap-tiap sesuatu.

Info
Penyakit sindrom Dravet
Punca: Sehingga kini masih belum dikenal pasti
Rawatan: Terapi ais dan fisioterapi
Kos rawatan sebulan: RM 1,500 sebulan
Sebarang maklumat lanjut hubungi : 012-6990756 (Zahrah)

Viral - Upacara cium duit peserta dalam seminar minda "Jutawan" (4 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 25.5.15

Beberapa keping gambar tersebar menunjukkan peserta menghidu wang ringgit dalam satu seminar dikatakan Multi-Level-Marketing atau lebih dikenali sebagai MLM. Ekoran itu, upacara tersebut telah menjadi bahan ejekan Netizen yang mengatakan perbuatan itu tidak masuk akal dan ada juga yang mendakwa upacara itu seakan menyebah duit dan dikhuatiri boleh memesongkan akidah.



Namun, menurut komen seorang peserta seminar itu serta beberapa komen individu yang menyokong seminar tersebut mengatakan bahawa seminar itu bukanlah MLM namun seminar untuk mendapatkan motivasi dan aura agar mereka mencapai kemahuan yang diinginkan.



Memang tidak dinafikan, dalam perniagaan berbentuk MLM ramai individu telah berjaya memperoleh kekayaan yang diinginkan. Walaubagaimanapun, tidak kurang juga yang telah menjadi mangsa penipuan dan sebab itulah masyarakat memandang sini terhadap perniagaan MLM ini.

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab