Monday, 22 July 2013

Bayi 11 bulan mati ditinggal ibu lebih 3 jam dalam kereta

Posted By: TTO Admin - 22.7.13



Seorang bayi 11 bulan daripada Alabama, Amerika telah meninggal dunia setelah ditinggalkan selama 3 jam di dalam kereta oleh ibunya.

Polis mengesahkan Gabriella Gi-Ny Luong(gambar) dijumpai kaku di dalam kereta Lexus Putih SUV milik ibunya, Katie Luong. Rabu minggu lalu. Katie Luong dikatakan terlupa mengenai anaknya kerana dia dalam keadaan sibuk dan tergesa-gesa.

Bayi tersebut dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Alabama namun tidak dapat diselamatkan.

Mengikut Pegawai Polis yang berada ditempat kejadian, suhu bayi itu berada pada 105 darjah ketika mereka tiba, dan suhu di dalam kereta lebih kurang 130 darjah.


Pada Khamis minggu lalu, Katie telah menyatakan bahawa dia tidak menyalahkan sesiapa melainkan dirinya sendiri.

"Jika saya patut mati untuk dia terus hidup, saya akan lakukannya"

Ibu malang tersebut menerangkan dia sepatutnya menghantar anaknya itu di pusat jagaan kanak-kanak tetapi telah terlupa dengan perkara-perkara lain.

Katie meneruskan kerjanya pada hari itu sehinggalah dia mendapat panggilan daripada penjaga anaknya pada pukul 1.15 PM yang bertanyakan mengapa dia tidak membawa Gabriella ke pusat jagaan itu. Saat itu, barulah Katie menyedari apa yang telah berlaku.

Dalam keadaan terkejut, Katie berlari mendapatkan anaknya namun tidak ada apa yang dapat dilakukan melihat anaknya tidak bergerak di dalam kereta.

Chris Conn, seorang pekerja Fitness Center yang cuba untuk membantu dengan memberikan CPR juga turut gagal mengembalikan nyawa Gabriella.

Menurut CBS News, Gabriella merupakan kanak-kanak yang ke 21 meninggal di dalam kepanasan di dalam kereta pada tahun ini. Manakala menurut kajian daripada San Francisco State University, setiap tahun kadar kematian akibat kes yang sama ialah sebanyak 37 kanak-kanak per tahun.

Sejak tahun 1998, 582 kanak-kanak direkodkan menjadi mangsa strok haba setelah ditinggalkan dalam kereta, dan setengah daripadanya didapati berpunca daripada terlupa akan anak mereka.

18 percent daripada angka itu pula menunjukkan mangsa kanak-kanak terkunci didalam kereta. DailyMail



Artikel berkaitan

1) Kes yang sama berlaku di Malaysia minggu lalu - Kanak-kanak 3 tahun mati ditinggal ibu lebih 3 jam

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab