Wednesday 31 December 2014

Kadar Kelayakan Baharu Pinjaman Perumahan dinaikkan kuatkuasa 1/1/2015 (Jadual)

Posted By: TTO Admin - 31.12.14




Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan jadual kadar baharu pinjaman perumahan perbendaharaan Malaysia. Selain itu, turut diumumkan ialah pemansuhan wang proses sebanyak RM100. Kedua-dua perkara itu berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.

Lihat jadual kelayakan mengikut gaji hakiki:

Tuesday 30 December 2014

Lagi Pesawat Airasia, Z2272 tergelincir dari landasan di Kalibo, Filipina (4 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 30.12.14


Berita terkini insiden melibatkan sebuah lagi pesawat milik Airasia iaitu Z2272 Airbus A320 yang tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang Kalibo, Filipina.  Kejadian itu disahkan oleh laman web penerbangan terkenal Flighradar24.com melalui twitter.


Penerbangan Z2272 itu berlepas dari Manila pada 7.10 malam waktu tempatan. Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Berikut adalah gambar-gambar (Sumber Fligthradar24, @Jetdsantos):

Tweet Penumpang Pesawat Airasia Z2272




3 Gambar jasad penumpang Pesawat #Airasia #QZ8501 terapung

Posted By: TTO Admin - 30.12.14
3 Gambar mayat manusia ditemui di lokasi pencarian pesawat Airasia QZ8501 yang terputus hubungan pada ahad pagi.

Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat di perairan Selat Karimata. 6 Mayat ditemui, 3 mayat sudah dievakuasi.

"Ada lebih dari satu mayat yang ditemukan," kata Kabasarnas Marsekal Madya FHB Soelistyo ketika dihubungi media.

Berikut adalah gambar tersebut:


Serpihan ditemui disahkan milik pesawat Airasia QZ8501

Posted By: TTO Admin - 30.12.14


JAKARTA: Serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.

Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo, sebentar tadi.

"Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya. - AFP

Gambar seakan tubuh manusia seperti melambai tangan minta tolong ditemui

Posted By: TTO Admin - 30.12.14

Selain menemukan serpihan, Tentera Indonesia juga menemukan objek yang seakan seperti tubuh badan manusia di perairan Selat Karimata, dekat dengan Teluk Air Hitam, Kalimantan Barat.

Kamera milik fotografer yang canggih dipinjam oleh Ko-Pilot Penerbangan Herculas A1319, Tri Prabowo yang sempat mengambil gambar dari atas kokpit pesawat. Dia melihat hasil gambar itu dan pada ketika itulah Tri melihat seperti manusia sedang melambai-lambaikan tangannya memohon bantuan.

"Saya pikir itu (orang) melambai-lambai tetapi setelah foto ditransfer ke laptop terlihat badannya sudah mengembung. Jadi itu sepertinya sesosok mayat," kata Tri.

"Hampir positif karena titik lokasinya tidak berjauhan dari lokasi posisi pesawat terakhir terdeteksi," tambahnya lagi. Pasukan mencari dan menyelamat sebelum itu telah menemui lebih 10 serpihan berkemungkinan daripada pesawat Airasia QZ8501.

10 serpihan kecil termasuk gelongsor kecemasan ditemui (8 Gambar) #Airasia #QZ8501

Posted By: TTO Admin - 30.12.14

JAKARTA 30 Dis. – Sejumlah objek gelongsor kecemasan dan pintu dipercayai milik pesawat AirAsia QZ8501, dikesan ketika misi pencarian melalui udara dijalankan oleh pasukan penyelamat, lapor pihak berkuasa Indonesia hari ini.

Pegawai Tentera Udara Indonesia, Agus Dwi Putranto dalam sidang akhbar berkata, pihaknya mengesan kira-kira 10 objek besar dan banyak lagi objek kecil berwarna putih di kawasan pencarian, kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat yang membawa 162 penumpang itu dikesan radar.

Beliau turut menunjukkan 10 objek yang merupakan pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan objek berbentuk kotak.

Seorang jurugambar AFP yang menyertai misi pencarian berkata, dia turut melihat sejumlah objek yang menyerupai rakit getah, jaket keselamatan dan tiub panjang berwarna jingga. - AFP







Monday 29 December 2014

9 Gambar & Biodata Pramugari Airasia QZ8501 Surabaya-Singapura

Posted By: TTO Admin - 29.12.14

Pesawat AirAsia QZ8501 dalam penerbangan Surabaya-Singapura yang terputus hubungan pada ahad pagi (28 Desember 2014) membawa 115 penumpang, 2 pilot, 4 kru kabin dan 1 orang jurutera.

Salah satu kru kabinnya adalah pramugari Khairunisa Haidir Fauzi (Nisa), berasal dari Palembang, Indonesia. Khairunisa dilahirkan pada 11 Mei 1992. Ketika ini, Nisa masih berstatus sebagai mahasiswi di Fakulti Hukum Universitas Sriwijaya (Unsri) Palembang. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 adik beradik dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya. Dikenali sebagai seorang yang peramah, riang dan kerap kali dikatakan wajahnya mirip selebriti Indonesia.

Nisa ketika dalam latihan Pramugari

Ibu Nisa, Rohana ketika ditemui tampak tabah menunggu khabar berita mengenai puterinya. Dia mengatakan bahawa Adek (panggilan akrab Nisa dalam keluarga), sudah menjadi pramugari selama hampir 2 tahun.



Nisa bersama ibunya





Punca sebenar Pesawat Airasia QZ8501 tidak dibenarkan naik 38,000 kaki didedahkan

Posted By: TTO Admin - 29.12.14

TANGERANG (Indonesia): Pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia sempat meminta kebenaran untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki di udara dari paras 32,000 kaki namun permintaan itu ditolak oleh Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC).

"Pesawat terbang 32,000 kaki dan ke kiri, naik ke 38,000 kaki. Tetapi untuk naik 38,000 kaki, belum diizinkan kerana di atasnya masih ada pesawat," kata Pengarah Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan, Djoko Murjatmodjo di Bandara Soekarno-Hatta, di sini.

Beliau berkata, pada awalnya, pesawat sempat meminta membelok ke kiri untuk menghindari awan dan dibenarkan, namun selepas itu permintaan juruterbang untuk naik ke paras ketinggian baharu ditolak.

"Dari lokasi, berdasarkan radar cuaca, keadaannya memang tidak bagus. Ada awan comulonimbus (CB)," kata Djoko.

Lokasi terakhir QZ8501 (Radar Cuaca)

Pesawat QZ8501 yang berlepas dari Surabaya menuju Singapura itu terputus hubungan jam 7.55 pagi waktu tempatan semalam.

Berdasarkan waktu ia terputus hubungan, pesawat mungkin berada di sekitar wilayah Tanjung Pandan, Bangka Belitung dan Pontianak.

Pesawat sempat menghubungi ATC Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Soekarno-Hatta untuk meminta kebenaran bergerak ke kiri dan naik ke ketinggian 38,000 kaki dari 32,000 kaki.

Permintaan untuk ke kiri dipersetujui, namun untuk menaikkan ketinggian ditolak sebelum pesawat kemudian terputus hubungan. - Kompas.com

Gara-gara potong barisan, Wanita China 'Ditomoi' Wanita Thailand (Video)

Posted By: TTO Admin - 29.12.14


BANGKOK 28 Dis – Gara-gara tidak berpuas hati dengan sikap biadap seorang wanita warga China yang bertindak memotong barisan di kaunter pengesahan penerbangan di sebuah lapangan terbang di sini menyebabkan seorang wanita warga Thailand naik berang dan memarahi wanita China berkenaan.

Akhbar Daily Mail melaporkan insiden kedua-dua wanita itu bertengkar menggemparkan penumpang dan orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Thailand, kelmarin.

Ekoran insiden itu, beberapa pengguna di lapangan terbang tersebut sempat merakamkan video dan gambar pergaduhan itu menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Menurut seorang saksi, ketika penumpang beratur di sebuah kaunter pengesahan syarikat penerbangan tambang murah, Lion Air Thailand, seorang penumpang warga Thailand naik berang apabila seorang penumpang wanita warga China bertindak memotong barisan.

Bangkok Post melaporkan, pelancong dari China dan wanita Thailand itu mula bertengkar dan tercetus pergelutan kecil sebelum dileraikan oleh beberapa orang penumpang lelaki yang turut berbaris.

Namun kedua-dua wanita itu didapati terus menjerit ke arah satu sama lain.

Kejadian di lapangan terbang itu merupakan beberapa insiden pertengkaran dan gangguan yang membabitkan penumpang warga China pada bulan ini.

VIDEO:

Sebelum ini seorang penumpang wanita warga China yang kecewa kerana dia tidak dapat duduk disebelah teman lelakinya di dalam pesawat bertindak membaling secawan air panas dan mi ke muka seorang pramugari syarikat penerbangan AirAsia Thailand.

Susulan itu, teman lelaki wanita tersebut melompat keluar dari kerusinya dan mengugut untuk meletupkan pesawat berkenaan yang dalam perjalanan ke Nanjing, sebelum pesawat itu dipaksa perpatah balik dan melakukan pendaratan cemas.

Ekoran insiden itu, menyebabkan pelancong China dikecam oleh media tempatan di China yang menggelar mereka sebagai tidak bertamadun dan kerajaan China berjanji akan mengenakan hukuman berat kepada pasangan tersebut dan dua teman mereka.

Dalam satu kenyataan pedas yang dikeluarkan Jabatan Pentadbiran Kebangsaan Pelancongan menyatakan kejadian pelancong China mengganggu penerbangan dan mencederakan penumpang telah ‘secara teruk merosakkan imej keseluruhan orang China.’ -Utusan

Sunday 28 December 2014

Pesawat Airasia QZ8501 mungkin disambar petir

Posted By: TTO Admin - 28.12.14

Laporan Terkini yang dipetik dari TribunNews menyatakan Pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan terputus hubungan sebelum ini disambar kilat berdekatan Perairan Pulau Belitung.

Laporan yang dipetik dari Portal Tribun News

Kemungkinan tersebut, disebabkan adanya data jaringan Weatherbug yang menyebut terjadi sambaran petir di dekat lokasi hilangnya pesawat nahas tersebut.

“Menurut real-time monitoring UTC (United Technologies Corporation), terdeteksi jaringan sambaran petir dekat jalur penerbangan AirAsia QZ8501, yakni antara 2309hrs dan 2320hrs,” begitu data yang dikutip dari laman berita Singapura, Todayonline.com.

Sebelum ini diberitakan, Menara Air Traffic Control (ATC) terputus hubungan dengan pesawat AirAsia dengan nombor pendaftaran QZ 8501, pada ahad (28/12/2014). Badan SAR Nasional menjangkakan pesawat itu jatuh terhempas di perairan Bangka Belitung.

Sebuah Pesawat dilapor jatuh terhempas di Perairan Belitung Timur - Telefon Pak Danlanud

Posted By: TTO Admin - 28.12.14

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501, menurut laporan Kompas.com.

"Tadi Pak Danlanud menelefon Bapak (Basuri), memberi maklumat ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Beltim," kata Yuhinu, Ajudan Bupati Beltim, ketika menghubungi bangkapos.com.

Sementara itu, Ketua Polis Marin Beltim, AKP Yanto berkata, maklumat itu masih disiasat.

"Kita masih berhubung dengan direktorat dan mengumpulkan maklumat daripada nelayan mahupun kapal yang melintas perairan Beltim," kata AKP Yanto ketika dihubungi bangkapos.com.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini.

Senarai nama penumpang Airasia QZ 8501 didedahkan (UPDATE)

Posted By: TTO Admin - 28.12.14


Kapal terbang AirAsia Flight QZ 8501 – Airbus A320 meninggalkan Surabaya jam 5.20 pagi waktu Indonesia (6.20 pagi waktu Malaysia) dan kelihatan tidak dapat dihubungi sewaktu berada di udara Kalimantan, menurut laporan media kini dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur.

Berikut merupakan senarai nama penumpang pesawat Airasia QZ 8501:


Pesawat Airasia Surabaya-Singapura terputus hubungan pagi ini

Posted By: TTO Admin - 28.12.14

Pesawat AirAsia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini (28/12/2014).

Pengarah di Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan bahawa pesawat tersebut hilang dalam radar. "Saat ini saya sedang di pos pemantauan untuk menunggu berbagai laporan yang masuk," menurut beliau dalam pengesahan oleh Kompas.com.

Dia mengatakan, pihak Kementerian Perhubungan akan memberikan keterangan rasmi mengenai kehilangan pesawat AirAsia tersebut.

Sementara itu merujuk data penerbangan dari Flightradar, pesawat AirAsia yang hilang adalah Airbus A320 dengan nomor pendaftaran PK-AXC. Pesawat tersebut berlepas dari Surabaya pada pukul 05.20 pagi dan dijangka sampai di Singapura pasa pukul 08.30 pagi.

Selama ini, Syarikat Penerbangan AirAsia memiliki rekod keselamatan yang baik.


Pesawat Airasia Surabaya-Singapura terputus hubungan pagi ini

Posted By: TTO Admin - 28.12.14

Pesawat AirAsia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini, Sabtu (28/12/2014).

Pengarah di Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan bahawa pesawat tersebut hilang dalam radar. "Saat ini saya sedang di pos pemantauan untuk menunggu berbagai laporan yang masuk," menurut beliau dalam pengesahan oleh Kompas.com.

Dia mengatakan, pihak Kementerian Perhubungan akan memberikan keterangan rasmi mengenai kehilangan pesawat AirAsia tersebut.

Sementara itu merujuk data penerbangan dari Flightradar, pesawat AirAsia yang hilang adalah Airbus A320 dengan nomor pendaftaran PK-AXC. Pesawat tersebut berlepas dari Surabaya pada pukul 05.20 pagi dan dijangka sampai di Singapura pasa pukul 08.30 pagi.

Selama ini, Syarikat Penerbangan AirAsia memiliki rekod keselamatan yang baik.


Thursday 25 December 2014

Inilah Majikan paling tidak berhati perut ketika banjir Pantai Timur

Posted By: TTO Admin - 25.12.14

Satu salinan whatsapp tersebar di media sosial menunjukkan perbualan di antara majikan dan pekerjanya. Dalam perbualan yang tersebar, majikan itu memarahi pekerjanya kerana tidak masuk kerja setelah bercuti akibat menghadapi kesulitan terhadap bencana banjir yang berlaku di kampung halamannya di Pantai Timur.

Majikan itu tetap berkeras dan mengugut pekerjanya itu untuk memberhentikan kerja dan tidak mahu menerima apa juga alasan yang diberikan kepadanya.

Inilah contoh salah seorang majikan yang amat tidak berhati perut dengan kesusahan yang dialami oleh pekerja sendiri.

Perbualan majikan dan pekerja. (Syarikat majikan tidak didedahkan)

Screenshot itu turut membangkitkan kemarahan ramai pengguna media sosial.

Sambutan Ambang Tahun Baru Ambank dibatalkan, dana disalur ke mangsa banjir

Posted By: TTO Admin - 25.12.14


Alhamdulillah, info terbaru yang kami terima mengatakan bahawa sambutan Ambang Tahun Baru Ambank yang dirancang di Putrajaya akhirnya dibatalkan atas sebab keadaan negara yang sedang berduka cita dengan musibah banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur.

Berita itu turut disahkan melalui screenshot dibawah yang mengatakan sidang media akan dibuat sebentar lagi oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Apa yang menggembirakan lagi ialah dana daripada sambutan itu akan disalurkan ke mangsa banjir di Pantai Timur.


Terima kasih buat Ambank dan Kerajaan yang peka dengan masalah rakyat dan negara. Marilah kita mendoakan agar banjir di Pantai Timur segera surut dan mangsa banjir dapat pulang ke rumah masing-masing. Aminnn...

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab