Show Mobile Navigation
UPDATE SEMASA

Monday, 27 April 2015

Kejadian yang berlaku di KFC ini buka mata rakyat Malaysia

- 27.4.15


Kejadian yang berlaku di sebuah Restoran KFC ini wajar menjadi iktibar buat rakyat Malaysia. Pengguna Facebook, Riff Muhd menceritakan bagaimana tindakan seorang lelaki yang menolong seorang pakcik telah memperlihatkan hati murni rakyat Malaysia. Baca lagi:
Uncle, kita semua Malaysia

Aku lihat seorang hamba Allah, sedang beratur di kfc. Tinggal lagi seorang di dalam barisan, tibalah giliran dia.

Kemudian dia menoleh ke belakang, 13 orang dalam barisan. Dia terlihat seorang uncle berdiri beratur sama, dan cucunya sdg bermain bersama si nenek.

Sewaktu tiba giliran hamba Allah untuk buat order, dia melambai uncle tersebut.

"Uncle, mari sini."

Uncle pun terus ke depan seolah tahu.

"Uncle boleh buat order dulu, kita tukar tempat, saya sambung baris uncle."

Hamba Allah tersebut pun berjalan beratur di barisan belakang.

"Terima kasih semua, maaf melambatkan." katanya.

Belum lama dia beratur, seorang abg datang ke belakang dan menarik tangan hamba Allah tersebut.

"Bro, you pergi baris depan buat you punya order." kata abg tersebut

"Eh, tak apa bang, ramai yg beratur dari tadi, saya tak berebut. Tak apa, tak apa."

Kemudian hamba Allah tersentap.. beberapa bersuara..

"Tak apa adik, you ambik akak punya baris."

"I'll give you my queue, I'm not in rush."

"Bro, pegi balik depan bro nanti kami tak buat order."

Dan banyakan memandang, hamba Allah segan dan rasa terharu.. Dia pun akur dan kembali di dalam baris..

"You semua hati banyak mulia. Thank you. This is Malaysia." kata uncle sambil membawa snack plate butter garlic chicken buat cucunya.

In shaa Allah, jangan segan untuk mendahulukan mereka yg tua, kurang upaya dan ibu mengandung.

Kita semua Malaysia, kita semua cantik luar dan dalam.

In shaa Allah.
Terima Kasih Malaysia.
Sikap toleransi sesama kaum seperti kejadian ini seharusnya menjadi amalan dalam hidup kita. Mungkin selama ini rakyat Malaysia dikaburi dengan ideologi dan anasir yang tidak baik dibawa oleh sebahagian ahli politik dan NGO-NGO yang berkepentingan. -TengokTVonline

Pelajar Universiti luah perasaan kawan kahwin diusia muda abai ibu bapa

- 27.4.15


Sejak kebelakangan ini, Trend kahwin di usia muda semakin mendapat sambutan terutama di kalangan pelajar Universiti Awam. Cerita indah perkahwinan muda ini dimomokkan sehinggakan ramai pasangan tidak menilai terlebih dahulu kemampuan diri dari segi kewangan dan ilmu rumahtangga.

Namun, jika melihat kepada statistik menunjukkan kebanyakkan kes penceraian yang berlaku di negara ini adalah disebabkan kahwin muda. Di bawah salah satu contoh bagaimana perkahwinan itu sepatutnya indah tetapi jadi sebaliknya. Pelajar universiti ini menceritakan bagaimana rakan baiknya yang berkahwin di usia muda telah mengabaikan kedua orang tuanya.

Sunday, 26 April 2015

Isteri muda jumpa dukun rayu alat suIit suami dikecilkan

- 26.4.15


Banten - Mempunyai ukuran za kar yang besar  tidak semestinya disukai oleh pasangan kita. Seorang dukun batin di Jawa Barat, Abah Otong, 52, menceritakan pengalamannya dimana dia pernah didatangi seorang wanita muda yang sudah berkahwin yang mahukan dia mengembalikan semula saiz alat suIit suaminya ke bentuk asal.

"Dia datang dari Semarang bersama suaminya. Si isteri merayu agar saiz alat suIit suaminya itu dikecilkan semula kerana kemaIuannya sering berlaku pendarahan ketika bersama" ujar Abah.

"Ya, yang selalu minta itu isteri muda, kalau isteri yang tua pasti ukurannya tidak jadi masalah. Prosesnya ambil masalah yang lama, harus diulang berkali-kali. " katanya lagi.

Abah Otong yang terkenal sebagai pakar merawat alat suIit telah memulakan perawatan tradisinya itu pada tahun 1991 dengan menggunakan kaedah akupuntur dan urutan.

Saturday, 25 April 2015

"Budak jual Nasi Lemak itu biadap dan kurang ajar" - Cerita di pihak Guru

- 25.4.15


Setelah viral cerita mengenai Nasi Lemak bungkus yang dijual murid sekolah rendah dirampas oleh cikgu dan guru besar di sebuah sekolah di Pulau Pinang, kini muncul cerita baru yang menjawab dipihak guru itu pula.

Saiful Bahri menceritakan kajadian sebenar yang berlaku di sekolah itu. Menurut cerita itu, murid tersebut sudah lama menjual nasi lemak dan tidak ada guru yang menghalangnya asalkan tidak menjual ketika waktu P&P.

Namun, murid itu pula didakwa memiliki akhlak yang biadap dan melawan arahan cikgu itu ketika dia menjual nasi lemak tanpa kawalan. Dan akhirnya, murid itu telah didenda tetapi bukan kerana dia menjual nasi lemak, namun disebabkan sikapnya yang tidak berdisiplin. Baca lagi:
Polemik nasi lemak sudah mnjadi viral. Jom baca cerita sebenar;

Kes nasi lemak ni jd pd cousin Fazliyaton Suhaimi..bdk tu mmg kurang ajar..cousin dia sedang mengajar sains thn 6..bdk ni buat xheran..menjaja nasi lemak dia mcm d pasar..dia dh lama jual nasi lemak..xde guru mrh pun cuma jgn ganggu p&p tu je.

Tp kali ni dia melawan..bila cousin dia suruh duduk n jgn jual lg dia menjawab..apa cikgu boleh buat kt saya?

Then cikgu tu soh berdiri d luar klas..then cikgu tu terperasan yg dia lari dgn beg nasi lemak.

Cikgu tu panik n mntk guru disiplin cari...jumpa bdk tu then dia mencabar apa boleh buat kt dia.

Guru disiplin bwk jumpa guru besar..gb soh tinggalkan beg d tepi..dia mencekak pinggang hangin.

Gb tu denda sbb sikapnya yg biadap..bkn sbb dia niaga nasi lemak.
Sblm blk gb pulangkan nasi lemak dia yg masih elok...

Bila petang, dibawak balik,.. bapak dia amik gambar tp wktu ptg for sure ns lemak tu dah basi.

Skrg masyarakat nilai sendiri siapa yg salah???.... masa aku sek rendah ada juga jual kacang. Tapi x pernah kantoi sbb aku tau wktu bila boleh bjual beli n aku tau bniaga dlm kaw sekolah mmg salah.
Menurut info itu lagi, kes ini sudah disiasat oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri, dan keputusannya telah memihak kepada guru tersebut.

Inilah sebenarnya cabaran dan dugaan yang diterima oleh guru apabila terpaksa berhadapan bukan sahaja dengan murid yang bermacam ragam, namun setiap mata diluar juga melihat tingkah laku para guru. Keadaan ini juga semakin sukar dengan kecanggihan teknologi pada masa kini. -TengokTVonline

Friday, 24 April 2015

Cerita sebenar wanita sanggup tanggal pakaian di Petaling Street

- 24.4.15


Seorang wanita tidak dikenali bertindak menànggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar makanan yang dimakannya berjumlah RM18 di Jalan Petaling pada Khamis.

Difahamkan, dalam kejadian itu, wanita terbabit telah ke sebuah restoran nasi ayam bersama seorang lelaki sekitar jam 3 petang, pada Khamis.

Seorang pemilik gerai berdekatan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, wanita itu menghabiskan dua pinggan nasi ayam sebelum bertindak meninggalkan restoran tersebut tanpa membuat sebarang bayaran.

“Wanita itu menafikan mengenai makanan yang dimakannya selepas pengendali restoran cuba untuk menghentikannya.

“Bagaimanapun, rakaman video cctv menunjukkan bahawa dia telah makan disitu sebelum wanita berkenaan bertindak menànggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar,” kata Wong, yang juga seorang pemilik kedai barang kemas bersebelahan restoran nasi ayam.

Satu rakaman video yang menunjukkan wanita tersebut menànggalkan pakaiannya dimuatnaik ke laman sosial, Youtube beberapa jam selepas insiden berlaku namun kemudiannya dipadam.

Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, lelaki yang bersama wanita tersebut, dipercayai seorang ‘mat saleh’ bergelut dan berbalah dengan pengendali restoran apabila wanita tersebut tidak dibenarkan keluar.

Mereka berdua kemudiannya dilaporkan melarikan diri apabila anggota polis tiba di tempat kejadian. – mStar

VIDEO:

Nasi lemak dijual murid sekolah rendah dirampas cikgu, guru besar

- 24.4.15


Tindakan seorang guru perempuan dan guru besar di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang yang didakwa merampas dan memulangkan semula nasi lemak yang dijual 2 murid sekolah itu selepas waktu persekolahan mendapat kritikan pengguna media sosial.

Izham Ibrahim yang memuatnaik gambar nasi lemak murid itu menceritakan kejadian yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusian. Baca lagi status beliau:
REZEKI YG DINAFIKAN terhadap 2 orang murid sekolah redah di daerah Barat Daya... Pulau Pinang amatlah menyedihkan dan tersentuh hati INI......Nasi Lemak yg dipesan rakan sekelas mereka dirampas oleh Guru perempuan dan Pengetua sekolah tersebut menyebabkan mereka berdua mengalami kerugian sbyk Rm17 yg mungkin utk menampung wang sekolah mereka......tindakan Pengetua memulangkan Nasi Lemak yg DIPESAN .......saya ulangi yg DIPESAN rakan sekelas mereka dikembalikan SELEPAS waktu persekolahan menyebabkan Nasi Lemak tersebut basi dan merugikan 2 beradik tersebut yg mungkin membantu meringankan beban hidup keluarga mereka dan ditambah dengan bebanan GST......WAJARKAH tindakan Guru Perempuan dan Pengetua sekolah tersebut....macam mana yg dinamakan Pengetua dan Guru sebagai PENDIDIK Jika tidak punya sifat PERIKEMANUSIAAN dan BELAS EHSAN terhadap 2 murid tersebut yg mungkin keluarga mereka dari golongan yg serba kekurangan.
Ramai yang mahu memberikan pertolongan kepada dua murid sekolah itu. Tidak kurang juga yang memberikan komen tidak baik terhadap tindakan guru itu.

"Cikgu sekarang pandai atas kertas, tp bodoh dlm kehidupan" Begitulah komen seorang pengguna Facebook. Mungkin komen itu agak keterlaluan, namun inilah yang dinamakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Thursday, 23 April 2015

Jangan berangan nak selfie dengan Tun Mahathir seperti ini... (7 Gambar)

- 23.4.15


Jangan berangan nak selfie dengan Tun M seperti ini kecuali anda cucu beliau...

Siapa sangka, disebalik ketegasan Tun Mahathir mengkritik kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib kebelakangan ini, sebenarnya Tun adalah seorang Datuk yang penyayang.

Melalui perkongsian gambar-gambar cucu beliau, Meera Alyana, anak kepada Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir, Tun M dilihat gembira melayan telatah cucunya itu dengan gambar-gambar selfie antara mereka berdua.

Tun M yang selesa digelar Chedet bukan sahaja disayangi keluarga, malah akan sentiasa menjadi tokoh negarawan yang disayangi ramai rakyat Malaysia kerana sumbangan beliau yang cukup besar kepada negara ini.


Wednesday, 22 April 2015

Budak 12 tahun dirogoI lelaki 26 tahun baru kenal di WeChat

- 22.4.15


MIRI – Tindakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun berjumpa kenalan yang baru dikenalinya menerusi aplikasi sosial WeChat membawa padah apabila dia dirogoI lelaki berkenaan di sebuah rumah di Tudan di sini kelmarin.

Murid tahun enam itu dipercayai baru seminggu mengenali suspek berusia 26 tahun tersebut sebelum keluar berdua-duaan menaiki Perodua Alza milik bapa lelaki terbabit untuk bersiar-siar.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mengikut aduan mangsa, dia telah dibawa oleh suspek ke rumah milik keluarganya sebelum melakukan hubungan seks pada malam kejadian.

Katanya, semasa melakukan perbuatan terkutuk itu, ahli keluarga suspek yang bekerja dengan syarikat minyak dan gas di sini tiada di rumah.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa mendakwa mengenali suspek melalui WeChat sebelum kedua-dua mereka mengatur pertemuan untuk kali pertama,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. - Kosmo!
Previous
Pilihan Editor