Tuesday, 23 July 2013

UPDATE: Kronologi Isu dakwaan pelajar Non Muslim makan dalam tandas

Posted By: TTO Admin - 23.7.13

Gambar di atas telah menjadi topik hangat di media sosial dengan isu gambar Pelajar Non Muslim tengah makan di dalam tandas sekolah pada bulan puasa.

Sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Jalan SP 2/1, Seri Pristana, Sungai Buluh. Menurut salah satu komen dalam facebook, orang awam telah menelefon pengurusan sekolah itu untuk mendapatkan pengesahan dan pihak sekolah menyatakan kejadian tersebut benar-benar berlaku.

Rata-rata komen tidak kira daripada penganut Islam dan bukan Islam tidak bersetuju akan perkara tersebut. Ramai yang menyatakan perkara sebegini tidak pernah berlaku ketika zaman persekolahan mereka dimana pelajar dan guru-guru Muslim masih membenarkan pelajar Non Muslim untuk terus makan di kantin atau di tempat khas yang disediakan.

Pihak Sekolah perlu tampil memberikan penjelasan kerana isu ini termasuk dalam isu sensitif. Jika didapati bersalah, Pihak Kementerian Pendidikan perlu mengambil langkah drastik daripada kejadian seperti ini berlaku di masa hadapan.

Pendapat admin sendiri, ia tidak wajar dan penganut Islam yang berpuasa seharusnya memahami situasi tersebut.

UPDATE:

1) Bilik yang dikatakan tandas adalah sebuah Bilik Persalinan yang bersebelahan dengan tandas. Rujuk gambar dibawah.

2) Blog Mazidul Akmal telah mendapatkan penjelasan daripada sumber pihak bertanggungjawab. Ikuti dialog ini:

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu  kini tersebar di internet  BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN  telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua  meja serta beberapa  sinki untuk  memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.

"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu  kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.


3) DS Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan turut mengulas isu ini di Twitter milik beliau. Muhyiddin yang juga TPM mengarahkan KPPM menyiasat isu ini dan menegaskan tindakan tegas akan diambil jika ada asas.


 4) Khairy Jamaluddin turut menyatakan ketidakwajaran bilik persalinan tersebut digunakan sebagai tempat makan murid.
5) YB P Kamalanahtan selaku Timbalan Menteri Pelajaran turut memberi ulasan di twitter milik beliau. Beliau mengarahkan siasatan penuh dijalankan keatas isu ini. Beliau juga menegaskan Kementerian akan mengambil tindakan tegas agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.


6) Kementerian Pendidikan telah melawat Sekolah Kontroversi "Makan dalam tandas" ( Sekolah Kebangsaan Seri Pristana) ketika ini.


7) Penjelasan melalui Facebook daripada kakitangan di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana. Beliau tampil menyatakan isu ini sengaja digembar-gemburkan sehingga nampak terlalu negatif dan racist. Penerangannya sedikit sebanyak memberi penjelasan dan menjawab segala spekulasi yang tercipta. Jom baca.



8) Guru Besar SK Pristana memberi penjelasan isu ini: http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/07/guru-besar-sk-pristana-perjelas-isu.html

Gambar-gambar lain (Klik untuk besarkan)








KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab