Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts

Thursday, 4 June 2015

Puan Kalsom dedah kes penipuan pasangan jual anak di Facebook

Posted By: TTO Admin - 4.6.15

Jika anda masih ingat dengan screenshot seorang lelaki yang menawarkan bayi dalam kandungan untuk dijadikan anak angkat, rupa-rupanya ia adalah satu kes penipuan. Puan Kalsom yang berasal dari Kedah, berniat untuk menyelamatkan bayi ini tampil mendedahkan penipuan pasangan tersebut. Baca lagi:

Assalamualaikum, saya Kalsom dari Kedah. saya mohon jasa baik pihak admin page ini untuk menyiarkan kisah penganiayaan terhadap saya dan keluarga.

kisahnya bermula apabila saya bersetuju menolong seorang wanita bernama SUZEYANA BINTI JAAPA (NO IC : 870624-01-5040) untuk mengambil dan menjaga anak tidak sah taraf yang dikandungnya setelah melihat post di laman facebook bapak kepada bayi yang dikandungnya yang bernama ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079).

Niat saya adalah untuk menyelamatkan bayi tersebut atas kekhuatiran mereka akan membuang bayi tersebut jika tidak menemui orang yang sanggup menjaganya atas rasa ihsan kepada mereka saya ada menghulurkan sejumlah wang ringgit untuk menolong mereka yang kesempitan wang dalam membayai segala kos rawatan si ibu sehingga bersalin.

Pada 30.05.2015 (sabtu) pukul 8.30 pagi ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079) telah menghubungi saya melalui panggilan telefon memaklumkan bahawa SUZEYANA BINTI JAAPA (NO IC : 870624-01-5040) telah melahirkan bayi tidak sah taraf mereka. Justeru, saya dan keluarga dari Kedah telah bertolak ke Melaka dimana semasa dalam perjalanan ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079) telah mendesak saya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya

(ABDUL HAKIM BIN HAMDAN akaun MAYBANK No. 104124030519) sebanyak RM800.00.

Saya tidak mengendahkan permintaannya kerana saya mahu melihat bayi dan ibunya terlebih dahulu. Untuk pengetahuan saya dan keluarga bertolak dari Kedah pada pukul 2.00 PM dan sampai di Melaka pada pukul 7.45 PM. Kami menunggu ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079) di depan MAYBANK Ayer Keroh Melaka seperti yang diarahkannya.

Setelah berjumpa dengan ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079), dia sekali lagi mendesak dan marah2 kerana kami tidak mahu menyerahkan wang seperti yang diminta kerana kami mahu melihat kewujudan bayi terlebih dahulu atas desakannya kami menyerahkan ke tangannya RM800.00 dan dia menyuruh kami mengekori keretanya dari belakang untuk berjumpa ibu dan bayinya. Malangnya dia telah melarikan diri dan menipu kami.

Kami telah pergi ke rumahnya yang beralamat No. 11 Jalan BJ 27, Taman Bertam Jaya, Cheng, 75260 Melaka, Melaka seperti tertera di icnya dan kami dapati rumah tersebut kosong tidak berpenghuni.

Di sini saya sertakan IC lelaki dan perempuan penipu tersebut berserta gambar2 mereka dan memohon jasa baik pihak admin memviralkan post kerana saya sedang mencari ibu bapa perempuan dan lelaki tersebut yang tidak mengetahui tentang kewujudan cucu yang baru dilahirkan tersebut.

Kami juga tidak mahu orang lain turut ditipu oleh kedua-dua orang penyangak ini yang pandai memujuk rayu dan meminta simpati orang. Diharap dengan viralnya post ini tiada lagi orang lain yang tertipu seperti kami sekeluarga.

SCREENSHOT WHATSAPP- Perbualan antara Puan Kalsom dengan Abdul Hakim:







Gambar-gambar pasangan penipu:






Monday, 1 June 2015

Kisah menantu sombong & "Queen Control" ini wajar buka mata

Posted By: TTO Admin - 1.6.15

"RAMAI dalam kalangan kaum wanita yang sudah berumahtangga, mereka boleh berdikari walaupun tanpa suami di sisi. Namun tidak ramai antara mereka lemah seperti saya sentiasa takut, tidak berani bertindak, sebaliknya saya sentiasa bergantung, sama ada dengan ibu atau pun anak, setelah ketiadaan suami.

“Inilah keadaan diri saya. Saya mengaku lemah dan tidak berani bertindak sendirian. Nasib saya bekerja, jika tidak saya boleh mati tegak, sebab tak tahu apa patut saya buat selepas kematian suami. Nasib ada anak lelaki sulung. Izat namanya dialah tempat saya bergantung dan berbincang sebelum saya buat keputusan’’. Itu cerita Rosnani dalam e-melnya.

“Ketika itu Izat belum kahwin, masih belajar di universiti dalam tahun akhir, tetapi dia jadi kekuatan saya bersama tiga orang lagi anak-anak saya yang masih belajar. Sebenarnya saya bukan penakut, tetapi tak berani buat keputusan, sebab sepanjang berkahwin suamilah buat keputusan, saya jadi pak turut. Segala tindakannya saya tak pernah bantah.

“Suami saya meninggal ketika usianya baru masuk 50 tahun. Jadi anak lelaki sayalah yang menguruskan semua urusan harta, pencen, ansuran dan sebagainya. Saya cuma bertanya apa yang belum dan sudah dilakukannya. Pendek kata dialah harapan saya.

“Pencen suami yang saya dapat tak banyak, tetapi dapat tampung perbelanjaan pelajaran anak-anak, sementara Izat ada biasiswa. Dia nasihatkan saya apa patut dan tak patut saya lakukan. Namun saya ada sampaikan hasrat arwah suami yang ingin besarkan rumah yang kami diami ini untuk keselesaan anak-anak yang semakin membesar dan untuk buat kenduri kahwin mereka nanti jika ada rezeki.

“Untung Izat tak bantah, malah dia buat cadangan macam mana kami boleh lakukan untuk besarkan rumah. Paling tidak hajat ayahnya hendak besarkan dapur dan tambah sebuah bilik akan tercapai. Tapi duit tak cukup. Kata Izat saya kena sabar setahun dua lagi untuk kumpul duit dicampur dengan sedikit duit tinggalan arwah untuk besarkan rumah.

“Kata Izat dia izinkan saya gunakan duit tinggalan ayahnya yang menjadi hak mereka untuk besarkan rumah, malah anak anak lain pun izinkan. Lagi pun rumah itu untuk kebaikan semua bukan saya sahaja.

“Saya yang tak faham bab faraid ikut saja keputusan Izat. Malah Izat mohon saya berdoa supaya dia lulus cemerlang dan cepat dapat kerja, bolehlah dia turut bantu saya. Ketika itu besarnya hati hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Saya rasa betuah dapat anak seperti Izat sanggup bantu saya yang lemah ini. Malah Izat berjanji bila bekerja nanti dia akan bantu adik-adik kalaupun bukan dengan wang ringgit, tetapi dia akan menasihati mereka. Dan lebih penting dia tidak akan segera kahwin hinggalah anak kedua saya masuk universiti.

“Tetapi kita manusia mampu merancang, Allah menentukan dan Allah sentiasa menguji hambanya tanpa disedari. Selepas setahun bekerja, tiba-tiba satu hari Izat beritahu saya dia nak kahwin. Ketika itu terasa gelap mata saya mendengar kata-kata Izat. Kelu rasanya lidah untuk bertanya. Terkedu saya seketika.

“Katanya dia sudah lama berkawan dan mereka sama-sama belajar di universiti dahulu. Katanya lagi dia tak boleh tangguh lagi sebab keluarga temannya itu sudah mendesak supaya cepat kahwin. Selepas tersedar daripada terkedu, saya tanya Izat macam mana dengan janjinya dulu. Rumah belum dibuat, janjinya dulu dia hendak membantu. Tetapi jika dia kahwin segera, tentu urusan membesarkan rumah akan terbengkalai.

“Maklumlah bila hendak berkahwin, Izat pasti dahulukan hasratnya mengumpul duit buat hantaran belanja, belanja kenduri kahwin, hantaran persalinan dan macam-macam lagi. Kata Izat saya tak perlu buat kenduri di rumah, tak perlu besarkan rumah, sebab urusan kenduri kendara hanya akan dibuat sebelah perempuan sahaja. Tapi hasrat saya ingin juga buat kenduri di rumah sendiri, paling kurang lima dulang nasi.

“Saya suruh Izat dan temannya berunding dan minta tangguh paling kurang setahun dua, sebab saya ingin besarkan rumah dan nak buat tambahan bilik. Kini tiba pulak giliran Izat termenung. Sebab dulu dia yang berjanji akan bantu saya.

“Sementara itu Izat hendak bawa kawannya jumpa saya dan berkenalan. Saya tak ada halangan, tapi saya ingatkan Izat, lagi cepat dia datang jumpa saya lagi cepat dia mahu segera dinikahkan. Paling tidak dia hendak segera bertunang. Tetapi Izat nafikan, sebulan kemudian dia bawa kekasihnya Intan Adlina jumpa saya di rumah.

“Tepat seperti diduga, Intan mendesak supaya mereka segera bertunang. Sedangkan ketika dia datang ke rumah saya, dia tidak sebut pasal bertunang, dia banyak berdiam diri sambil melihat keadaan rumah kami. Sebenarnya pada pandangan saya Izat masih muda lagi belum pun 25 tahun, jadi mengapa mesti kahwin segera. Lagi pun dia ada tanggungjawab yang belum beres. Sementara Intan baru habis belajar belum pun bekerja.

Janji

“Dalam kerisauan, saya terus meminta Izat supaya bersabar, paling tidak kami mesti besarkan rumah dahulu. Saya tak mahu duit arwah yang terkumpul terpakai, maklumlah duit dalam tangan dan saya bimbang hasrat arwah ayahnya tak kesampaian.

“Saya janji pada Izat kalau nak bertunang pun tunggulah hingga rumah siap. Sebab saya tak tahu nak pilih kontraktor. Macam mana nak reka bentuk bilik dan sebagainya.

“Tambah kecut perut rasanya bila memikirkan mampukah saya mengendalikan anak-anak yang sedang belajar, nak buat tambahan rumah kalau Izat teruskan juga hasratnya nak bertunang dan berkahwin. Kerana itu saya minta Izat bersabar dahulu.

“Syukur Izat dengar hasrat saya, dan segerakan hasrat membina rumah walaupun terpaksa mengecilkan binaan kerana duit tak cukup, sebab Izat tak bantu kerana hendak guna duit untuk kahwin. Sebaik rumah siap Izat mohon hasratnya ingin bertunang dipenuhi. Saya terpaksa ikut. Bila urusan meminang tiba di rumah Intan, ayahnya terus meminta supaya ditiadakan pertunangan dan meminta perkahwinan disegerakan.

“Alasannya dia tak mahu urusan yang baik (berkahwin) dilewatkan, malah katanya bina rumah boleh tangguh, tetapi urusan perkahwinan mesti disegerakan kerana itu lebih wajib dan dia tak mahu tanggung dosa. Terkedu saya dengar ketegasannya. Lebih sedih bila dengar suara ayah Intan yang kasar menyindir dan malukan saya dihadapan rombongan kami. Agaknya kerana saya perempuan tidak ada suami, maka dia boleh bersuara sesuka hati. Meleleh air mata saya terasa dimalukan depan khalayak ramai.

“Kerana di desak, saya ikut kehendak Izat dan ayah Intan. Enam bulan kemudian majlis perkahwinan berlangsung. Selepas kahwin saya bukan sedih kerana Izat pindah, tetapi kecewa bila Izat tidak boleh balik ke rumah sesuka hati. Sebagai contoh, setiap kali Izat datang ke rumah, setengah jam kemudian Intan telefon suruh pulang.

“Lepas kenduri dahulu semua orang puji saya bertuah dapat menantu terpelajar dan cantik. Tetapi mereka tak tahu saya sedih sebab saya tahu perangai Intan tidak sebaik wajahnya. Sejak mula berkawan dengan Izat lagi dia kawal pergerakan Izat. Dia langsung tak berbudi bahasa apabila bercakap dengan adik beradik Izat, dengan saya dia langsung tak bercakap. Perangainya lebih teruk selepas berkahwin.

“Agaknya pada fikiran Intan setelah berkahwin keluarga suami tidak perlu lagi, yang lebih penting cuma menjaga dirinya sebagai isteri sahaja. Tetapi sedarkah Intan bahawa hubungan antara ibu dan anak tidak akan putus, tetapi antara isteri dan suami bila-bila boleh terpisah. Dan tahukah Intan bahawa ibu menjadi tanggungjawab anak lelaki paling utama selain ayah dan adik beradiknya, jadi tahukah Intan di mana kedudukan dirinya sebagai isteri?

“Saya tak bencikan menantu, saya terima apa juga pilihan anak saya, tetapi jangan cuba pisahkan ibu dengan anaknya! Jangan persoal berapa kali Izat balik ke rumah ibunya dalam sebulan. Seperti yang dikatakan, saya perlukan Izat kerana dia anak lelaki sulung dan tiga orang lagi anak-anak saya semuanya perempuan. Mereka juga perlukan nasihat abangnya kerana itulah caranya kami dibentuk oleh arwah suami saya.

“Saya sedih sejak tiga tahun berkahwin, cuma tiga kali Intan datang ke rumah kami itupun pada hari raya keempat. Adakah menantu anda buat seperti itu kepada anda? Saya tak faham mengapa menantu saya benci sangat pada kami. Kesimpulannya, saya nasihatkan kaum wanita jangan jadi macam saya terlalu bergantung pada suami, kerana bila suami tidak ada, isteri jadi macam orang bodoh.

“Kepada kaum wanita janganlah meletak harapan terlalu tinggi kepada anak, kerana biasanya anda akan kecewa setelah anak berkahwin, tak kira anak lelaki ataupun perempuan. Nasihat saya kepada wanita didiklah anak-anak supaya sayangkan ibu mertua sama seperti dia sayangkan ibu sendiri. Dan sayangilah mertua anda seperti anda menyayangi suami anda.’’ Itu cerita Rosnani tentang pengalaman pahitnya bermenantu.

--Utusan

Sunday, 31 May 2015

"Tapi sayang bapak dah takda" - Kisah sayu Pelajar "First Class" UiTM

Posted By: TTO Admin - 31.5.15


Semua ibu-bapa pasti mengimpikan anak mereka cemerlang dalam pelajaran sehinggalah berjaya menjadi seorang manusia berguna. Begitulah kisah sayu seorang pelajar UiTM yang menceritakan perjalanan hidupnya menempuhi rintangan dari kecil sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang menerima first class dan Anugerah Naib Cancelor UiTM.

Azlan Sulaiman dalam tulisannya sebak kerana kejayaannya itu tidak dapat disaksikan oleh bapanya yang telah pergi menghadap Ilahi. Cukup jelas, bapanya adalah insan yang menjadi inspirasinya sehinggalah apa yang dia diperolehinya kini. Baca lagi kisah hidup beliau yang wajar dijadikan iktibar buat anak muda yang lain:



Tuesday, 26 May 2015

Kisah sayu murid ini jadi perhatian Netizen di laman sosial

Posted By: TTO Admin - 26.5.15

Perkongsian oleh seorang guru gambar muridnya serta kisah disebaliknya mengundang rasa simpati Netizen. Murid yang bernama Azlan ini mempunyai kekayaan budi pekerti walaupun keadaan hidup keluarganya yang serba kekurangan.
"Sedih aku tgk dia... Walaupun aku susah tp aku tahu dia lebih susah dari aku. Moga allah berikan kebahagian" - Tulis Mokhzaney Adnan

"Anak ini miskin harta tapi kaya harga diri" - Tambah Nur Shafiqah
Semoga  kisah ini menjadi contoh kepada murid-murid yang lain. Baca lagi...


Seorang guru di sekolah Azlan di SK Seri Bandar Melaka, Puan Nurulhuda turut menceritakan sedikit latar belakang Azlan. 


Semoga Azlan beroleh kejayaan dan menjadi seorang yang berguna apabila meningkat dewasa kelak. Aminnn.


Monday, 25 May 2015

Kisah sebenar ketabahan wanita ini masih mampu senyum dukung "anak syurga"

Posted By: TTO Admin - 25.5.15


Kisah ini dikongsikan oleh Puan Ummu Haira.  Semoga memberi sedikit pengajaran kepada semua. Baca lagi
Viral sudah SubhanAllah. Semoga kisah ketabahannya dijadikan iktibar.

Ketika suami mengkhabarkan bahawa Maryam Farihah sudah tiada awal pagi semalam saya sangat terkejut. Segera mencapai phone dan membacanya di group whatsapp family. Anak Syurga yang belum sempat kami semua tatap wajahnya kerana dimasukkan ke NICU sejurus selepas dilahirkan

Ibu muda yang tabah ini merupakan adik keenam suami. Baru berusia 22 tahun dan masih belajar di Universiti Al Azhar, Mesir. Dia menangguhkan semester kerana pulang ke Malaysia dan bercadang untuk bersalin di sini.

Takdir Allah, ketika usia kandungannya baru 29 minggu lebih dua anak kecil di dalam kandungannya sudah menunjukkan tanda tanda mahu menjengah ke dunia. Suaminya ketika itu masih di Mesir menduduki exam sebelum pulang ke Malaysia.

Dengan seorang diri tanpa suami di sisi menemani ketika dia sedang sakit contraction membuatkan saya kagum akan ketabahan dan semangatnya apatah lagi itu adalah anak pertama dan kedua mereka. Dengan izin Allah dia selamat melahirkan dua orang puteri secara normal. Kedua duanya dimasukkan ke NICU kerana pramatang dan akan dipantau rapi.

Saban hari si ibu berusaha untuk menziarahi anak kembarnya walaupun masih dalam pantang.

Awal pagi semalam dia mendapat panggilan dari pihak hospital mengatakan anaknya yang pertama Maryam Farihah sudah tenat. Bergegas dia ke hospital dan di sana para doktor sedang berusaha menyelamatkan anaknya. Namun takdir Allah mengatasi segalanya. Anaknya itu pergi buat selamanya di depan matanya. Sebab kematian adalah berlakunya jangkitan dan pendarahan dalam otak iaitu komplikasi yang boleh berlaku kepada bayi pramatang.

Ketika menyapanya di whatsapp, katanya dia sudah redha dan tenang dengan pemergian anak Syurganya. Dia dan suaminya sudah bersedia dari awal lagi untuk menghadapi segala kemungkinan ini.

Alhamdulillah dia memang seorang yang sangat tabah. Kagum dengan dirinya kerana diri ini tidak pasti akan sekuat dirinya atau tidak sekiranya diuji sebegitu.

Doakan kembar keduanya Marsya Farihah yang masih di NICU kuat dan sihat sepertimana mamanya yang kuat dan tabah ini :')

Kisah kedua ini pula dipetik dari FB Mubarak Hasanuddin, suami kepada Ruqayyah Farhani. Beliau menceritakan sedikit kronologi yang dikemaskini olehnya mengenai kelahiran anak mereka:

11 May at 01:50
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Isteri saya baru melahirkan dua puteri kami pagi ini , 11 Mei 2015. Bayi pertama pada jam 5:41 pagi dan bayi kedua tepat jam 5:47 pagi. Mohon teruskan berdoa agar kedua-dua anak ini diberi kesihatan yang baik dan membesar sebagai anak-anak yang solehah mentaati suruhan Allah.

Babies diletakkan dalam perhatian wad NICU kerana terlalu comel

smile emoticon

(dilahirkan pada minggu ke 29)

Anak-anak baba mama kuat-kuat semua!

17 May at 14:40
Bismillah.

Maha suci Allah, Tuhan yang mencipta segala sesuatu di atas muka bumi. Tuhan yang menciptakan tanah, angin, langit, tumbuhan, cahaya, dan perasaan. Bahkan Dia turut mencipta manusia di dalam tubuh seorang manusia.

Sungguh, maha suci Allah yang menciptakan dua permata yang membenih dalam tubuh seorang manusia.

Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke-7 kelahiran dua puteri kami. Juga hari ke-7 keberadaan mereka berdua dalam perhatian wad NICU disebabkan kelahiran yang sedikit awal.

Mohon didoakan kedua-dua anak kembar ini agar dikurniakan kesihatan yang baik, cepat-cepat boleh balik jumpa atok dan nenek, dan membesar dengan ceria sebagai hamba Allah dan anak yang taat.

Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak.

Marsya Farihah binti Abdullah Mubarak.

24 May at 00:11
Anak pertama kami, Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak kembali menghadap ilahi setelah 14 hari singgah di dunia.

Al Fatihah.

25 May
Maryam anak baba.

hanya 14 hari singgah di dunia, satu Malaysia di'sentuh' Maryam

Al-Fatihah

Kisah sayu di sebalik gambar viral ayah jual muffin demi anak "istimewa"

Posted By: TTO Admin - 25.5.15


Beberapa keping gambar lelaki menjual muffin di hadapan sebuah bank viral hari ini. Ramai yang sedih membaca kisah seorang ayah ini apabila mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya:




Di sebalik pendedahan Muhammad Ezani melalui facebooknya, ada cerita sayu mengenai kehidupan keluarga ini. Siapa sangka pada mulanya kelahiran bayi mereka disambut dengan penuh gembira seperti ibu-bapa yang lain sehinggalah satu ketika semuanya bakal merubah kehidupan keluarga ini. Baca lagi:

PASANGAN suami isteri, Muhammad Zakri Simon, (kanan) dan Zahrah Mohd Jamian, (kiri) bersama anaknya, Nur Zetty Shazlily yang lumpuh seluruh badan.

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ungkapan ini layak diberikan kepada pasangan suami isteri, Muhammad Zakri Simon, 39, dan Zahrah Mohd Jamian, 31, yang tabah membesarkan anak ‘istimewa’ mereka, Nur Zetty Shazlily, 8.

Anak kedua daripada lima beradik ini menghidap penyakit jarang berlaku dan pertama di negara ini iaitu sindrom Dravet, yang melumpuhkan pergerakan dan sarafnya sejak berusia tiga tahun lebih.
Lebih menyedihkan, Nur Zetty hanya terbaring kaku kerana lemah di bahagian leher sehingga ke pinggang dan tidak mampu bercakap. Kanak-kanak ini pernah 15 kali masuk unit rawatan rapi (ICU) neonatal, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pelbagai rawatan lanjut.

Zahrah berkata, ketika berusia tujuh bulan, Nur Zetty sudah dimasukkan ke ICU kerana diserang sawan, selain menjalani pemeriksaan pengimbas pelbagai resolusi (MRI).

“Hati ibu mana tidak sedih melihat anak terbujur di atas katil wad yang penuh dengan mesin elektronik dan wayar berserabut di tubuhnya. Saat itu paling sukar untuk saya terima. Nur Zetty ketika itu masih kecil untuk menerima semua ini.

“Keadaan kesihatan Nur Zetty kian merosot. Sejak menghidap penyakit ganjil ini, Nur Zetty kerap diserang sawan. Setiap kali mendapat serangan penyakit itu, wajahnya bertukar biru, nafas terhenti seketika dan kejang seluruh otot,” katanya.

Kunjungan FAMILI ke rumah anak istimewa ini, di Desa Tun Razak, Cheras, baru-baru ini, melihat sekujur tubuh terbaring. Sesekali anak kecil ini merengek dan menuturkan bait kata yang sukar difahami.

Kakinya cuba diangkat tinggi, seolah-olah mencuba bangun, namun pergerakan Nur Zetty begitu terhad.

Pada usia kecil seperti itu, mungkin Nur Zetty mahu berdiri, menari dan ligat seperti kanak-kanak seusianya.

Bercerita lanjut, Zahrah berkata, beliau mengharapkan jika anaknya itu pulih semula seperti kanak-kanak normal.

“Saya ingin lihat ‘kenakalan’ Nur Zetty semula. Saya terlalu rindu mahu melihat Nur Zetty memunggah baju sudah dilipat. Rindu sangat untuk melihat anak saya menyepahkan rumah,” kata ibu muda yang cukup meruntun perasaan.

ZAHRAH Mohd Jamian sebak menceritakan keadaan anaknya, Nur Zetty Shazlily yang lumpuh seluruh badan di PPR Desa Tun Razak

Keluar masuk hospital

Apa yang nyata, lapan tahun lalu, Zahrah dan suami begitu gembira dengan kelahiran Nur Zetty seberat 2.5 kilogram (kg).

“Tiga bulan selepas dilahirkan dan selepas mendapat suntikan imunisasi, anak saya bertukar biru dan diserang sawan.

“Apabila saya bertanyakan doktor, mereka tidak ada jawapan konkrit apa yang menyebabkan anak saya jadi begitu. Malah, selepas insiden itu anak semakin kerap diserang sawan sehingga perlu mendapat rawatan susulan di HKL,” katanya.

Berikutan itu, anak comel berkulit putih ini tidak lagi selincah dulu. Sehinggalah takdir menentukan Nur Zetty tidak boleh berjalan dan bercakap lagi dan lumpuh sarafnya ketika usia tiga tahun. Alam kanak-kanaknya hilang begitu saja.

Tidak berhenti berharap

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, selepas lima tahun Nur Zetty terbaring kaku, Zahrah masih belum berhenti berharap anaknya supaya sembuh semula.

Pendapat doktor yang memberitahu anaknya tiada harapan sembuh semakin menguatkan hati seorang ibu untuk melihat keajaiban anak gadisnya sembuh semula.

“Apabila seperti mahu berputus asa, saya kuat semula memikirkan Nur Zetty lahir normal dan pernah berjalan sebelum lumpuh. Setiap hari, saya beritahu Nur Zetty dia perlu kuat semangat untuk bangun bermain dengan adik- beradik lain.

“Sehinggakan saya bercakap dengan Nur Zetty di hadapan cermin supaya dia tidak rasa keseorangan. Selagi bernyawa, saya akan kekal di sisinya,” katanya.


NUR Zetty Shazlily sebelum menghidap penyakit lumpuh seluruh badan di PPR Desa Tun Razak.
Kerap diserang sawan

Kata anak kelahiran Kuala Lumpur, beliau tidak pernah menduga akan membesarkan anak istimewa seperti Nur Zetty. Menjaga Nur Zetty umpama membesarkan seorang bayi.

Semua keperluan seperti menyuap makan, mendukung ke bilik air, memandikan setiap hari dan menemani anaknya sepanjang hari adalah tugas hakiki yang perlu dilakukan.

Apatah lagi serangan sawan setiap hari membuat Zahrah risau untuk meninggalkan anaknya keseorangan.

“Setiap kali Nur Zetty ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Mawaddah di Sungai Besi, hati saya kerap risau jika berlaku apa-apa. Nur Zetty perlu dipantau kerana sawan boleh menyerang pada bila-bila masa,” katanya.

Ketika ini, Nur Zetty belajar di PDK Mawaddah, setiap Isnin hingga Khamis dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

MUHAMMAD Zakri Simon (kiri) dan isteri, Zahrah Mohd Jamian, (kanan) bersama anaknya, Nur Zetty Shazlily ketika ditemui di PPR Desa Tun Razak.

Buat terapi ais

Demi anak, Zahrah dan suami tekad mengubati anaknya menerusi kaedah moden dan tradisional. Kini, Nur Zetty sedang dalam rawatan terapi ais, di Shah Alam.

“Cuma, kos terapi ini agak membebankan kami. Nur Zetty perlu dirawat sembilan kali sebulan. Setiap kali rawatan, RM100 perlu dibelanjakan dan tidak termasuk kos urutan serta ubat.

“Kami berusaha kali ini kerana ada tindak balas positif selepas beberapa bulan menerima rawatan. Lagipun, seorang profesor di pusat rawatan ais itu meyakinkan kami, Nur Zetty akan sembuh,” katanya.

Justeru, bagi menampung kos suami yang bekerja sebagai pengawal peribadi, Zahrah membuat mufin dan dijual suaminya di hadapan sebuah bank di Seksyen 14, Petaling Jaya.

“Walaupun ia bukan pendapatan tetap, sedikit sebanyak menampung kos rawatan anak kami. Suami pula akan berniaga dua atau tiga kali seminggu mengikut kelapangan,” katanya.

MUHAMMAD Zakri Simon (kanan) mencium anaknya, Nur Zetty Shazlily yang lumpuh seluruh badan di PPR Desa Tun Razak.

Rapat dengan bapa

Sama seperti bapa lain, Muhammad Zakri hanya mahu melihat Nur Zetty sihat semula dan menikmati hidup riang seperti kanak-kanak seusianya.

Muhammad Zakri berkata, Nur Zetty anak yang paling rapat dengan beliau dan sentiasa memerlukan perhatian serta pemantauan.

“Kami memang rapat. Saya tak kisah berniaga dan pada masa sama bekerja. Ketika belum sakit, dia suka sangat dicium. Walaupun dia tidak bercakap, saya akan pastikan berborak dengannya sehingga hari ini,” katanya.

Cuma, jadual kerja 24 jam sehari membuatkan Muhammad Zakri tidak pernah tenang memikirkan anaknya itu.

“Hati mana akan tenang. Memikirkan anak sakit dan empat anak lain yang terpaksa dijaga isteri sendirian. Tetapi saya perlu bekerja untuk mencari rezeki. Saya percaya Allah yang menjaga anak dan isteri ketika saya keluar bekerja,” katanya.

ZAHRAH Mohd Jamian menyuap makanan kepada anaknya, Nur Zetty Shazlily yang lumpuh seluruh badan di PPR Desa Tun Razak.

Semoga En. Zakri dan Puan Zahrah tabah dan cekal dengan keadaan ini. Sesungguhnya ada hikmah bagi tiap-tiap sesuatu.

Info
Penyakit sindrom Dravet
Punca: Sehingga kini masih belum dikenal pasti
Rawatan: Terapi ais dan fisioterapi
Kos rawatan sebulan: RM 1,500 sebulan
Sebarang maklumat lanjut hubungi : 012-6990756 (Zahrah)

Sunday, 24 May 2015

Luahan hati doktor bila gambar tertidur di Hospital jadi viral (#YoTambienMeDormi)

Posted By: TTO Admin - 24.5.15

Tulisan ini dikongsikan oleh Doktor Mohd Syamirullah setelah gambar seorang doktor di luar negara tersebar. Semoga kejadian ini membuka mata kita bahawa tidak semua pekerjaan perlu dikritik sedemikian rupa. Baca lagi:

Ingat tak, kejadian anggota polis ditangkap gambar ketika tertidur yang diviralkan yang akhirnya anggota tersebut diarahkan bertukar?

Kes yang hampir serupa berlaku di Mexico awal bulan ini, apabila seorang blogger mengambil gambar seorang doktor yang tertidur keletihan dibelakang kaunter pada jam 3 pagi, sambil mengutuk dengan kata-kata seperti "doktor sepatutnya kena bekerja", "masih ramai lagi pesakit memerlukan rawatan."

Tindakan blogger tersebut, mencetuskan reaksi solidariti dari para doktor seluruh dunia. Ramai doktor memuat naik gambar mereka tertidur ketika bertugas, sambil meletakkan hashtag berbahasa Mexico ‪#‎YoTambienMeDormi‬ (Saya juga pernah tertidur!). Ianya sebagai simbolik betapa doktor di seluruh dunia bekerja sehingga kepenatan dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Anda boleh klik di sini untuk melihat koleksi gambar "doktor tertidur" :

Hakikatnya, doktor juga manusia. Walaupun kami mempunyai masa rehat di luar hospital, ianya tentulah sama sekali tidak sama jika dibandingkan dengan beban kerja yang ada. Justeru itu, para doktor (termasuk saya), akan curi tidur di mana sahaja yang boleh setiap kali ada peluang.

Pengakuan jujur dari saya, ketika saya housemanship, saya mempunyai satu spot khas iaitu di dalam tandas di sebuah tingkat. Jika saya rasa tak tahan sangat mengantuk ketika mengikuti round, saya akan minta excuse sekejap untuk lari ke tandas tersebut. Saya akan set alarm di handphone untuk 10 minit, lantas cuba tidur dalam keadaan duduk di tandas tersebut. Cukup sepuluh minit, basuh muka, kemudian lari kembali ke wad sambung mengikuti rounds.

Port kedua adalah didalam surau. kadang-kadang saya sengaja melewatkan zuhur, pergi ke surau dalam pukul 4 petang ketika dah selesai tugas petang. Selesai solat zuhur, saya tidur bersila menunggu masuk waktu asar, dan selepas asar baru balik masuk wad.

Manakala pada waktu malam, apabila selesai admission atau blood taking, saya akan curi tidur di hujung wad seperti dalam gambar di bawah.


Dan bukan tak pernah, saya "diusik" ketika tidur di situ =p

Dan kemuncak dari keletihan ini adalah, bukan sedikit saya dengar kisah rakan atau senior yang kemalangan akibat mengantuk. Ada senior saya kemalangan di jalanraya Kodiang-Kangar kerana mengantuk. Ada senior saya kemalangan di lebuhraya Butterworth-Kulim ketika pulang dari oncall. Ada senior saya yang telah meninggal dunia pun.

Hatta awal bulan ini pun, kita mengenangi pemergian rakan doktor siswazah di Kota Bharu yang terlibat kemalangan ketika pulang balik dari oncall.

Bak kata rakan saya, "Lebih baik engkau tertidur ketika traffic light merah, berbanding engkau tertidur ketika roda tengah berputar." Dan ya, kalau bab tertidur di lampu merah, dah selalu sangat..

Mungkin expectation dari orang awam, doktor mesti kerja 24 jam tanpa henti, demi merawat dan menyelamatkan nyawa sendiri/anak/isteri dsb. Mungkin hasil dari expectation itulah kebanyakan doktor berubah menjadi mesin robot...pergi kerja balik kerja, hilang sense of humanity, hilang skill berhubung sesama manusia.

Sedangkan, kalau nak diikutkan, doktor adalah kerjaya paling dekat dengan jiwa kemanusiaan. Sepatutnya sebagai doktorlah paling boleh menghayati dan merasai sakit sengsara, menanamkan rasa empati dengan pesakit.

Kerana itulah seringkali ditekankan, bahawa kerjaya sebagai doktor, kita bukan sekadar merawat penyakit. Bukan sekadar membetulkan nilai Hb atau mempreskripsikan Bisacodyl.

It's much, much more than that. If only we can be human enough.

#YoTambienMeDormi ‪#‎ятожезаснул‬ !

Gambar Doktor di Mexico yang diviralkan:




Gambar Solidariti daripada Doktor-Doktor di seluruh dunia:






Saturday, 23 May 2015

Kisah benar isteri dicurangi suami saat hamil anak pertama ini buat ramai wanita menangis

Posted By: TTO Admin - 23.5.15

Kisah ini dipetik dari page Facebook untuk dijadikan tauladan. Semoga kisah ini memberi sejuta manfaat dan kebaikan kepada para pembaca semua. ini adalah perkongsian dari seorang wanita dan ianya adalah kisah benar. Baca lagi:

Dia isteri yang cantik, muda lagi.. NAMUN begitu berat ujian menimpa dirinya , tentang suaminya.. BUKAN buka aib sendiri, sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuk semua isteri contohi. AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN! Ini kisahnya ...

Assalamualaikum..tlg hide nama sy.sy hanya ingin meluah dan berkongsi. sy ingin isteri2 diluar sana beringat. dan amik pengajaran..

DIA LUPA, ALLAH ITU ADA

Sy Dan suami Kenal dr zaman persekolahan lg. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah.Siapa yg x bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin.

Dikurniakan rezeki awal,sy bunting pelamin..makin bertambahlah seri bahagia kami. Pd usia kandungan 5bln,Allah turunkan dugaan. Sy menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani sy selepas pembedahan. Semasa cuti sakit,sy sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami sy. Cepat marah,kurang sabar,ambil x endah tentang saya.suami sy seorg yg baik sebenarnya.solat x tinggal..imamkan sy,beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah..tp dia lupa,Allah itu ada..

x disangka2,Allah tunjuk petanda. Di FB suami ,ada wanita yg tidak saya kenali.sy stalk FB wanita tersebut.terkejutnya sy,status nya semua mengenai rindu dendam pada suami sy.hati isteri mana yg x hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami.dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya..sbg isteri,sy percaya kata2nya..tp dia lupa,Allah itu ada..Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami sy sampai bersumpah itu ini..Dan secara tiba2 dia kembali romantik.

tp dia lupa,Allah itu ada.. 1malam,sy terbuka hati untuk check hp suami. Inbox-clear. Sent item-clear. Draft - ......1 msg untuk seseorang..yg membuktikan mereka ada hubungan..lg sekali,hancur luluh hati sy..saat itu jugak sy tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat.sy paksa dia mengaku..pd mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.

ya Allah..terduduk sy semasa mendengar pengakuan. Menangis,mengongoi...macam org gila.ya,macam org gila..tp dia lupa,Allah itu ada. Dia ingat sy keluar untuk pergi kerja pd malam itu.tp tidak.sy terus ke rumah rakan.tanpa ditahan hati sy meluah segalanya..sy rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah sy utk ambil pakaian.sampai disana,kereta suami tiada.tahulah sy dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga sy bilik ke rumah mertua.sy cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tp tahu sy di rumah mertua). Suami call sy dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka.sy dah x ambil pusing.mertua pula pujuk sy supaya x cerita pd ibu bapa sy. Sy akur..

Suami pulang pd hampir jam 11mlm.sy dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai ke terus masuk kereta sy dan terangkan bhw perempuan tu yg gilakan dia.dia mengaku berkawan dan perempuan tu,keluar karaoke,dan mula mengaku bahawa perempuan tu bin lah bekas kekasihnya.tp janda anak 4!

ya Allah,kami br saja 25thn!! Dan katanya,hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya,dia cuba tinggalkan perempuan tu,tp x boleh sbb perempuan tu akan ugut dia utk beritahu sy rahsia mereka.Bila sy tanya knp x terus terang,dia bagi alasan sebab takut sy marah..ya Allah,macamla sy x marah ketika ini..sy x puas ati,sy suruh dia bersumpah smbil pegang perut sy atas nama anak.suami pd mulanya x setuju.tp tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian,kami pulang dan sy mendiamkan diri..sy masih terasa ada sesuatu yg suami sembunyikan..betul,suami sy lupa..Allah itu ada..

Pd subuh hari,sy kejut suami.sy tanya elok2..sy suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pd sy supaya perempuan itu x tambah cerita,x buat fitnah,x ugut dia lg. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali,sudah 3x..Allah....berat sungguh dugaanMu..bayangkanlah,sy sedang mengandungkn anaknya 7bulan!!

Ketika itu,sy diam.setitik air mata pon tiada..sy pandang kosong suami sy.sy rasa cinta sy yg 8thn itu telah terkubur.sy diam sejenak.suami pula menanti jawapan.dia menangis.sy biarkan..baru menyesal mungkin? Sy peluk suami sy,sy bisik di telinganya..'abg bertaubatlah,solat taubat byk2.sy maafkan abg..dan sy tiada dendam dalam hati' suami pandang sy sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah sy masih terima dia lg.dan sy hanya mengangguk.

Dia menangis sambil memeluk sy,cium sy..sy terus bin dan berwuduk.ketika solat lah br air mata sy jatuh..pd Allah sy mengadu betapa hancur berkecainya hati sy ketika mendengar pengakuan itu..hati sy x tenang.sy baca surah ar rahman. Tersedu2,sebak yg xtahu nk dicakapkan. Suami yg melihat turut menangis.dia x sanggup tgk keadaan sy..dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta utk bercakap dan sy.sy x mampu utk berkata2 ketika itu.sy hanya menangis dan menangis..suami cerita,dia x tahu knp dia boleh berubah sebegitu sekali.sy tanya apa yg kurang pd sy,dia kata tiada apa yg kurang.sy ada rupa,1000x cantik pd janda tersebut.sy solat,sy taat pd suami.sy bekerja,sy dah bg dia anak..sy tutup aurat.ape lg??

suami kata dia macam lupa diri..dia xtahu knp dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tp perempuan itu ugut utk beritahu dosa mereka pd sy..sebab tu dia terpaksa stay berhubung utk tutup mulut perempuan tersebut.

Mmg,sakitnya ya Allahhh.... Dia saja yg tahu. Sy hanya bertahan utk sekejap.kemudian sy x boleh lupa dan mula rasa ingin mrh.sy minta cerai pd suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tp suami x nk.dia kata mati hidup balik pun dia tetap x kan ceraikan sy. Pd saat itu sy kerap menangis..tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pd suami dan sy..habis dia cerita semua yg sy x tahu..yg amat menyakitkan. Perempuan tu hantar msg pd sy dan menyuruh suami sy hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). Sy bls msg ya dan nyatakan tiada apa yg belum selesai.sy dan suami sy baik2 saja. Pastu,dia bls dan kata tahniah kpd saya krn bersuamikan ya.perempuan tu kata lg,pastikan suami sy x cari dia seperti mana suami sy mencari dia ketika sy melakukan operation dulu..

Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit,suamiku curang...sedih dan pilu hati ni xtah nk khabarkan macam mana..

Tp Allah nk ada..siapa la yg x marah..memang sy mrh.tp sy belajar utk memaafkan dan melupakan..sy minta suami utk menghargai pengorbanan sy.sy minta utk dia x lupa Allah tu ada..mcm2 suami tipu,tp Allah bantu sy beri petunjuk..

Alhamdulillah,kami kekal sampai sekarang..anak sy pn telah selamat lahir..kami cuba utk lupakan segalanya.kami buka buku baru..suami pun dah berubah.sebab dia tahu,tiada lg peluang jika sejarah berulang.jika berulang lg,sememangnya tiada maaf bagimu. sy ada gaji sendiri,sy ada rupa,sy ada anak dah dan sy ada Allah.apa ade hal?

Mungkin ramai yg kata sy bodoh sbb sy bg peluang.tp bagi sy,lg bodoh jika sy meruntuhkan masjid sendiri..sy yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa sy diduga sebegitu rupa,mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai..mungkin,balas dendam..

Sabar sahabat2ku,Allah itu ada..kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah,bangkitlah,tunjuk pd dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia..yakinlah ALLAH ITU ADA

Thursday, 21 May 2015

Kisah Ibu bersalin kehilangan darah 15 Liter beri pengajaran kepada Doktor ini

Posted By: TTO Admin - 21.5.15
Kisah ini dikongsikan oleh Doktor Mohd Syamirulah Rahim ketika bertugas merawat ibu yang baru bersalin. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua tentang betapa pentingnya kita terutama ibu bapa mengambil tindakan yang betul sebelum "nasi telah menjadi bubur".


KISAH BLOOD LOSS 15 LITER

Saya, meskipun dikira junior dibandingkan dengan doktor-doktor lain, alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah merasai beberapa pengalaman yang menjadi pengajaran sepanjang hayat buat diri saya.

Setiap pengalaman buruk, menimbulkan kesedaran kepada saya betapa pentingnya pencegahan serta rawatan awal, serta betapa mudahnya sesuatu yang kelihatan simple atau normal, bertukar menjadi disastrous dalam sekelip mata.

Antaranya, suka saya kongsikan sebuah pengalaman ini. Pesakit ini mengalami blood loss paling banyak sepanjang saya bertugas sebagai doktor.

Jumlah blood loss yang dialami pesakit ini, adalah 15 liter. Can you imagine, a patient with EBL 15 liter?

Some of you might ask, how is that even possible? Purata isipadu darah dalam badan seorang manusia pun sekitar 3 - 4 liter bergantung kepada saiz badan dan jantina , macam mana boleh berlaku pendarahan sampai 15 liter?

Jawapannya, pesakit ini mengalami komplikasi PPH. Post partum hemorrhage.

Saya masih ingat dengan jelas, hari kejadian ini. Ibu ini tiada masalah apa-apa, ketika mengandung, anak sulung, semasa bersalin pun tidak ada masalah yang serius.

Namun segalanya bermula apabila beliau telah selesai bersalin, namun pendarahan masih belum terhenti. Kita check habis, kalau-kalau ada luka yang tidak disedari, kalau-kalau ada cebisan uri tertinggal didalam rahim.

Rupanya pesakit ini, mengalami uterine atony. Rahimnya gagal mengecut. Rahim (uterus) adalah organ yang sangat penting, menerima salur darah secara terus dari internal iliac artery yang besar. Ia mengandungi salur darah kecil yang banyak, yang menghubungkan bayi melalui plasenta (uri).

Apabila bayi selamat dilahirkan, plasenta akan tertanggal. Hanya selepas plasenta tertanggal, barulah rahim dapat mengecut, dan hanya bila rahim mengecut barulah pendarahan dari dinding rahim akan berhenti. Sebab itulah dalam protokol kita, sebaik sahaja bayi dilahirkan, plasenta mesti tertanggal dalam tempoh 20 minit.

Kita tidak benarkan plasenta tinggal lebih lama dalam rahim, sebagaimana yang puak-puak "natural birth" hasutkan. Contoh macam kes kematian homebirth 2013 lalu, keterangan doula tu sendiri kata, bayi lahir pukul 11.30 tapi sampai zuhur plasenta masih belum tertanggal. Orang yang bertauliah seperti kami para doktor pasti akan terperanjat, "Eh gila apa biar plasenta sampai tiga jam, of course uterus tak well contracted!"

Baaaaaanyak sebab lain rahim tidak dapat contract. Tertinggal cebisan plasenta pun, menyebabkan rahim gagal mengecut, sekaligus menyebabkan pendarahan. Sebab itu kami dilatih, untuk memeriksa plasenta (uri) dengan lengkap. Setiap lapisan, setiap ketulan perlu diperiksa. Saya pernah dimarahi pakar ketika HO hanya kerana tergagap-gagap tak konfiden ketika periksa uri pesakit lengkap atau tidak.

Adakalanya kita dah rule out semua perkara - tetapi tetap masih rahim ibu tidak mengecut. Itu yang terjadi kepada pesakit saya pada hari tersebut. Kita buat bedside ultrasound, memang tak ada placenta retained. Houseman disuruh bukak balik plastik mengandungi plasenta, check balik kalau2 ada membrane tertinggal, cord dsb. Kita massage uterus tak henti-henti, kita buat nipple rub, semuanya tak menjadi.

Ketika itu, sudah dua jam postpartum, blood loss sudah mencecah 2 liter. Red alert diaktifkan, pesakit ditolak masuk ke bilik bedah dengan segera. Pakar datang, ketua jabatan datang. Jam pukul 4 pagi ketika itu. Bakri balloon dicuba, tetap masih bleeding tak berhenti. Kita request transfusi darah emergency untuk pesakit. Sambil darah ditransfuse, bleeding masih ongoing. Sebab itulah EBL boleh sampai mencecah 15 liter!

Hinggalah akhirnya, pesakit develop keadaan pendarahan yang paling menakutkan bagi setiap doktor. Ya, pesakit mengalami DIVC. Disseminated Intravascular Coagulopathy. Anda boleh tanya makcik-makcik doula tu explain, apa benda DIVC tu, memandangkan kelihatannya mereka expert dalam bidang ini.

DIVC regime ditransfuse bertalu-talu. Laparotomy terpaksa dibuat, rahim diperiksa secara direct, B-lynch suture dibuat tapi still bleeding, internal iliac artery ligation dibuat tapi still bleeding,

akhirnya, yang tinggal hanya satu cara terakhir, last resort untuk menghentikan pendarahan dan menyelamatkan nyawa pesakit...iaitu.. hysterectomy. Rahim terpaksa dibuang.

Alhamdulillah, pesakit akhirnya selamat, dirawat didalam ICU dan akhirnya discharge. Pesakit muda, berumur 19 tahun, anak baru seorang, tapi sudah tidak boleh mengandung. Namun setidaknya kami bersyukur dapat menyelamatkan nyawa sang ibu ini, mengelakkan bayi yang baru dilahirkan menjadi yatim sekelip mata.

Gambar di bawah, adalah gambar sebenar sebahagian review pesakit ini ketika dirawat didalam ICU. Ia menunjukkan pengiraan secara total berapa paket darah/komponen darah yang kita transfuse kepada beliau.

Tujuan saya mengambil dan menyimpan gambar ini, adalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri, betapa sesebuah kes, boleh bertukar menjadi buruk dalam sekelip mata. Tak siapa sangka, pesakit ini yang tiada masalah ketika mengandung, ketika bersalin, boleh jadi komplikasi sebegini. Lebih penting lagi, komplikasi ini, BOLEH JADI KEPADA SESIAPA SAHAJA.

Syukur alhamdulillah, ibu ini tidak membuat keputusan melulu selfish hendak homebirth dsb. Allah menggerakkan hati beliau untuk yakin dan percaya kepada kami, dan Allah jugalah yang memandu kami, memberi ilham dalam menyelamatkan nyawanya, dan alhamdulillah, dengan izinNya jua nyawa pesakit ini dapat diselamatkan.

Puak-puak homebirth/natural birth tidak suka cerita seperti ini. Mereka lebih gemar cerita "rebellious" seperti yang saya kongsikan sebelum ini. Mereka lebih suka cerita adventure mereka. Apabila kami para doktor mendedahkan hanya sesingkap dari pengalaman harian kami, mereka akan tuduh kami guna "scare tactics". Mereka tidak tahu, "scare tactics" inilah yang kami para petugas kesihatan hadapi hari demi hari.

Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah orang awam yang terpengaruh dengan glory story mereka. Ingatlah, yang paling penting adalah keselamatan dan nyawa.

Saya sebenarnya tidak berapa gemar berkongsi kisah peribadi ataupun keluarga di FB. Namun untuk pengetahuan, saya baru sahaja menimang cahaya mata sulung minggu lepas. Isteri saya, alhamdulillah, bersalin di hospital kerajaan, disambut oleh jururawat. Hampir nyaris terjadi komplikasi, tetapi mujurlah alhamdulillah keputusan tepat pakar dan kehadiran MO senior segera menyelamatkan kedua-dua isteri dan anak saya. Alhamdulillah kedua-dua isteri dan anak saya, discaj dengan sihat.

Kepada ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran cahaya mata masing-masing, pilihan di tangan anda. Puak-puak doula gemar memberikan hujah "ajal maut di tangan tuhan", kerana ini cara mereka mengelak dari bertanggungjawab. Namun tuhan kurniakan kita akal fikiran, tangan dan kaki sendiri, untuk kita pilih sendiri jalan yang kita lalui.

Pilihlah jalan yang selamat, yang mematuhi kedua-dua sunnatullah dan syariatullah. Hadis kata, ikat unta dan kemudian baru bertawakal, bukannya membiarkan unta bebas "natural" sambil bertawakal lepastu unta hilang kita jawab "dah takdir Allah.."

Dan ya, I am pro choice and my daughter is fully vaxxed and I'm proud of it.

Tulisan: Doktor Mohd Syamirulah Rahim

Hadiah telur itik daripada anak murid ini buat air mata guru berlinangan

Posted By: TTO Admin - 21.5.15
Gambar cikgu bersama anak muridnya, Firdaus

Saban tahun, tarikh 16 Mei pasti menjadi hari yang istimewa buat insan yang bergelar guru. Hari itu juga merupakan hari dimana anak-anak murid memberikan penghargaan dengan memberikan hadiah kepada guru kesayangan mereka.

Jika kebiasaannya hadiah diberikan murid dibeli di kedai, lain pula kisah yang berlaku kepada cikgu Ruhaida Liani ini apabila anak muridnya menghadiahkan beberapa biji telur itik kepadanya. Namun, kata-kata murid itulah yang membuatkan cikgu Ruhaida sebak dan mengalirkan air mata. Baca lagi:


Rakan-rakan Cikgu Ruhaida turut terharu dengan kisah anak muridnya itu.
"Sye yg baca status ni pon berlinang air mate kak." kata rakan beliau.

"Hadiah istimewa..lain dr yg lain..dia xmboh ketggalan beri hadioh utk teacher..sedih sgt..dia mesti sayang sgt teacher da.." tulis Shanty.
Kejadian seakan kisah ini sebenarnya banyak berlaku kepada guru-guru lain, anak-anak murid seperti inilah yang sebenarnya menjadi pemberi motivasi kepada para guru untuk berkhidmat dan terus menabur bakti kepada anak bangsa...

Sunday, 17 May 2015

Luahan hati gadis baru berkerja digoda suami orang ini wajar jadi iktibar

Posted By: TTO Admin - 17.5.15

“TIDAK keterlaluan jika saya katakan bahawa pejabat adalah rumah kedua kita. Sebab, di pejabatlah kita bertemu dengan ramai kawan, yang boleh kita anggap seperti saudara-mara kita sendiri. Kita bercerita tentang keluarga masing-masing dan berkongsi perasaan suka dan duka selain mencari kegembiraan bersama.

“Kerana itu apabila saya ditawarkan bekerja di sebuah pejabat besar dan ternama, saya merasa amat bertuah, kerana sebagai orang baru yang masih muda dan mentah, saya sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar orang yang lebih kanan di pejabat itu. Saya rasa bangga kerana kehadiran saya diterima baik menjadikan hubungan kami seperti satu keluarga besar di pejabat.’’ Itu permulaan cerita Ezzany Fitri dalam e-melnya.

“Tujuan utama saya memaparkan pengalaman hidup saya ini adalah untuk dijadikan panduan dan iktibar kepada kaum wanita dan lelaki yang bekerja – jangan suka mengutuk dan menuduh jika bertemu dengan kes seperti yang saya lalui. Bukan semua gadis mahu menggoda suami orang apatah lagi menghancurkan rumah tangga wanita lain. Namun apa yang terjadi bukan atas kehendak saya.

“Saya berkelulusan perakaunan dari sebuah IPTA tempatan. Umur ketika mula-mula diterima bekerja belum pun mencecah 25 tahun. Dengan kelulusan itu memang mudah saya dapat kerja, dan ditempatkan di bahagian pengurusan. Kebanyakan petugasnya terdiri mereka yang senior dan berjawatan besar serta kanan.

“Di bahagian ini memang tidak ramai petugas, selain pengurus-pengurus kanan terdapat juga beberapa orang eksekutif dan pembantu pengurusan. Oleh kerana bilangan petugas tak ramai, maka boleh dikatakan hubungan kami macam sebuah keluarga, sentiasa tolong-menolong. Sementara pekerja di bahagian lain ditempatkan di tingkat bawah.

“Walaupun saya baru bekerja tak sampai setahun, tetapi kerana akrabnya hubungan, mereka senang didekati dan menjadi tempat saya mengadu masalah kerja, dan juga peribadi. Apatah lagi kerana saya paling muda, maka ramailah yang suka berbual dengan saya dan membantu jika ada masalah.

“Walaupun tinggal bersama keluarga, tetapi mereka tidak menyekat jika saya ingin keluar makan dengan kawan, minum di kedai mamak, shopping atau bermalam sehari dua di rumah kawan. Mereka tidak tegas tetapi sentiasa menasihati. Begitu juga adik-beradik saya yang lain, kerana itu kesemua kami berjaya dalam pelajaran. Alhamdulillah.

“Dalam ramai pengurus kanan ini terdapat seorang yang sungguh peramah, umur awal 40-an bernama Encik Sham. Dia disenangi oleh semua kakitangan, tak kira bahagian pengurusan mahupun di peringkat bawah. Semua orang kenal dia selain dia senang bergaul dan berbual. Bila ada pertandingan sukan, dialah yang sangat popular, walaupun dia tidak aktif bersukan, tetapi dia menjadi teraju utama yang menggerak aktiviti sukan, selain tukang sorak yang handal. Lebih menarik, dia suka bergurau dan bergaul dengan pekerja lain tanpa mengira bidang pekerjaan mereka.

“Oleh kerana Encik Sham sudah berumah tangga, maka kami pekerja perempuan tidaklah begitu mengambil berat dengan gurauan dan usikannya dan anggap dia bergurau. Namun dalam bergurau ada seriusnya, dan semua kerja dia hendak cepat disiapkan tak kira masa. Walaupun terpaksa balik lambat jika hasil kerja kami tidak mencapai penilaiannya, tapi kami rela kerana beliau sentiasa membantu.

“Bagaimanapun nature of work memerlukan saya sentiasa berkomunikasi dengan beliau hinggalah suatu hari kami semua perlu menyiapkan bajet. Setelah siap, saya ditugaskan untuk melengkapkan laporan bajet untuk beliau lihat, baca dan bentangkan kepada pihak atasan.

“Setelah beberapa hari bertungkus-lumus menyediakan laporan, sebagai tanda terima kasih (alasan), Encik Sham ajak saya pergi makan malam. Mulanya, saya anggap ajakannya satu gurauan. Tetapi kerana dia bersungguh-sungguh maka saya terima pelawaannya.

“Kami makan di sebuah restoran Jepun, tidak ada apa-apa berlaku. Nasihatnya janganlah beritahu sesiapa di pejabat, nanti “kopak”, kerana terpaksa belanja makan staf lain sama. Beberapa hari kemudian dia ajak saya makan tengah hari bersama pegawai lain. Saya ikut sahaja. Tetapi untuk makan malam kemudiannya saya tolak, sebab tidak ada alasan.

“Tetapi Encik Sham tidak patah hati, dia terus mengajak hingga saya terpaksa terima. Selepas itu seminggu sekali kami mesti makan malam bersama. Kami tak bercerita, tetapi Ecik Sham banyak merenung dan memerhati bila saya bercakap. Ketika itu mulalah keluar puji-pujian membuat saya gelisah. Lebih menakutkan dia berterus terang bahawa dia ingin berkahwin dengan saya. Saya bukan sahaja tersentak, malah merasakan ada batu besar menimpa kepala saya. Ini satu malapetaka. Saya tergamam, kaku dan tidak berkata-kata.

Perosak

“Kerana terkejut tiga hari saya demam, saya tak tahu apa harus saya buat. Kepada siapa nak mengadu, dengan kawan pejabat, pasti “bom akan meletup”. Encik Sham telefon arahkan saya datang kerja katanya kerja saya tak beres. Tetapi sebenarnya dia sekali lagi melafazkan hasrat untuk berkahwin dengan saya, tetapi saya tolak.

“Kerana menolak saya diserang dengan SMS bertalu-talu. Akhirnya saya terpaksa jawab panggilan telefonnya. Katanya dia akan telefon saya jam 11 atau 12 malam dan siang hari dia akan hantar SMS, selain mahukan saya terima lamarannya. Saya serba salah. Kerana dia sudah berkeluarga. Saya tak mahu dipanggil “makhluk perosak.”

“Saya sedar hubungan ini tidak membawa saya ke mana-mana, kerana saya memang tidak mahu jadi isteri kedua, dan tidak mahu hancurkan rumah tangga yang dia bina bersama isterinya selama 16 tahun. Saya tidak tegar. Encik Sham tidak pernah putus asa untuk berkahwin dengan saya. Tetapi jawapan saya, hidup ini tidak semudah 1, 2 dan 3. Saya juga beritahu hubungan ini mesti diputuskan.

“Malangnya semakin saya mahu putuskan hubungan ini, dia sebaliknya tetapkan saya mesti keluar makan malam dengannya setiap malam Khamis. Tempatnya di restoran dan hotel eksklusif dan mahal-mahal. Malangnya, walaupun saya cuba sembunyikan hubungan kami, tetapi akhirnya dapat dicium oleh teman sepejabat. Akibatnya saya dipulaukan, diumpat keji dan dihina. Mereka jatuhkan hukum konon saya bersalah kerana memikat suami orang, tetapi tahukah mereka siapa sebenarnya yang memikat?

“Namun mereka tidak marahkan Encik Sham sebaliknya menganggap beliau seorang yang baik dan tak bersalah, sebaliknya saya yang salah. “Mentang-mentang Encik Sham lelaki, berpangkat maka dia dilepaskan? Dan saya perempuan, sekadar eksekutif muda maka saya bersalah? Saya dipulaukan, diumpat keji, dihina dan difitnah. Hinggakan pelbagai cerita tak masuk akal disebarkan dalam pelbagai versi.

“Kerana tidak tahan difitnah akhirnya saya letak jawatan seterusnya memutuskan hubungan dengan Encik Sham. Namun dia pujuk saya supaya terus bekerja. Tapi saya tolak biarlah saya berkorban demi keluarganya bahagia dan teman pejabat gembira.

“Walaupun saya kecewa dan menghadapi mental disorder dengan keputusan saya itu, tetapi saya puas hati dapat berbakti dan berjasa kepada mereka yang sering kesempitan meminta bantuan saya. Bukan mengungkit, tetapi itulah kenyataannya, saya diperlukan ketika mereka terdesak, habis sesak mereka, saya ditolak ke tepi.

“Kini saya kesepian dan bersendirian, saya hilang segala-galanya, kerjaya dan orang yang amat saya sayang. Kepada bekas rakan sepejabat, muhasabah diri sendiri sebelum menutup periuk nasi orang lain. Setiap fitnah yang anda lakukan, anda tanggunglah dosanya, kerana saya tidak akan maafkan. Kepada isteri dan anak-anak Sham, saya mohon ampun dan maaf kerana mencuri masa kebahagian anda untuk diri saya sendiri. Tetapi bukan saya yang mendahulukan, saya tidak pernah memikat suami anda.

“Nasihat saya kepada wanita bujang dan berkerjaya, hati-hati dengan lelaki yang sudah berumah tangga. Mereka ada banyak kelebihan untuk membuat anda jatuh cinta padanya. Tapi percayalah, cinta anda tidak akan kekal dan sampai ke mana pun. Ia tidak akan membuat anda bahagia selamanya.

“Kepada lelaki yang bergelar suami, jika anda mencari kebahagian di luar, fikirlah 10 kali, kerana sekali anda lukakan dan kecewakan hati wanita, peristiwa yang sama akan menghancurkan hidup anak perempuan anda satu hari nanti.

“Walaupun kini saya masih menganggur, tetapi saya bersyukur masih muda dan boleh berdiri walaupun tidak tegap seperti dulu. Peristiwa yang terjadi ke atas diri ini akan jadi pengajaran dalam hidup saya sampai bila-bila,’’ itu cerita Ezzany Fitri tentang pengalaman pahit yang dilaluinya. 

-Utusan

Friday, 15 May 2015

Cerita sebenar anak-anak tahfiz ditinggalkan di tepi jalan oleh pemandu bas

Posted By: TTO Admin - 15.5.15

Kecoh dua hari ini apabila beberapa keping gambar tersebar mengatakan sekumpulan anak-anak tahfiz dianiaya oleh seorang pemandu bas apabila ditinggalkan ditepi jalan. Kejadian itu didakwa berpunca apabila seorang ustaz menegur pemandu terbabit menghentikan lagu dangdut yang dimainkan sehingga menyebabkan pemandu tersebut berang.

Walaubagaimanapun, cerita di pihak pemandu pula mendakwa kisah kejadian itu diputarbelit sehingga menyebabkan pemandu itu dihentam teruk oleh Netizen.

Namun, melalui ruangan komen, seorang individu tampil mendedahkan jalan cerita sebenar kejadian itu. Baca lagi
Saya dah pun dapatkan keterangan dari kedua2 belah pihak...ini adalah suatu selisih faham antara ustaz dalam bas dengan pemandu bas tersebut...bagi saya kedua2 pihak ada salah dan silapnya..di pihak pemandu memang pemandu tu ada memasang cd lagu dangdut seperti yang didakwa..setelah ditegur pemandu tu pun menutup lagu tu..ok..dalam perjalanan mereka nak ke KL. ada seorang ustaz dalam bas tersalah meletakkan kakinya dan ditegur pemandu itu... terjadilah perbalahan ustaz dgn pemandu bas tersebut sehinggakan ustaz itu tidak mahu lagi meneruskan perjalanan dgn bas tersebut... ustaz itu meminta pemandu menurunkan mereka di Melaka Sentral kerana tidah mahu perkara lebih buruk terjadi sekiraya masih di dalam bas bersama pemandu itu... begitulah jalan cerita sebenarnya...

Ustaz tu pun dah ngaku dengan pihak pengurusan syarikat yang dia pun ada terkasar bahasa dengan pemandu... jadi kesimpulan macam dikata la ustaz dengan pemandu berbalah adik2 tahfiz tu yang dapat naya. Driver pun turunkan penumpang di Melaka Sentral atas permintaan ustaz berkenaan... hairan plak... kenapa admin yang viralkan kes ni dalam FB nya "DURRATUN NURIN " dah padamkan apa yang dia viralkan sebelum ni... dalam kes ni dialah batu api yang tak berfikir sebelum bertindak.
Semoga pencerahan mengenai kejadian ini dapat mengelakkan lebih banyak fitnah berleluasa. Adalah lebih baik kedua-dua pihak bertemu menyelesaikan perkara ini secara baik tanpa perlu meluahkan perkara ini di media sosial melalui cerita di satu-satu pihak sahaja.

Thursday, 14 May 2015

Luahan hati ibu ini mengundang banyak komen-komen sayu rakyat Malaysia

Posted By: TTO Admin - 14.5.15

Siapa sangka, status yang dikongsikan oleh Puan Lyn dibawah ini mengundang komen sayu daripada ramai pengguna Media Sosial.  Baca lagi:
Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 6 bulan lepas. Sakit.

Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.

Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.

Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.

Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali.
Di bawah adalah beberapa komen beberapa pengguna media sosial di kalangan ibu-bapa. Komen-komen sayu mereka ini amat menyentuh perasaan apabila membacanya. Semoga ibu-bapa yang telah kehilangan permata hati mereka diberikan kekuatan dan buat pasangan yang masih menantikan kurniaan Ilahi bersabarlah dan teruskan berdoa. Sesungguhnya pasti ada hikmah untuk tiap-tiap sesuatu...

Baca lagi:



Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab