Saturday 31 January 2015

Penumpang Pesawat Airasia AK520 rakam gambar rekahan bahagian enjin (3 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 31.1.15


Ramai cuba mengambil sikap berhati-hati memilih penerbangan Syarikat Airasia sejak kejadian nahas Pesawat Airasia Indonesia QZ8501. Terbaru, seorang penumpang yang menaiki pesawat Airasia daripada Kuala Lumpur menuju ke Ho Chi Minh, Vietnam mengambil gambar seakan rekahan pada bahagian enjin pesawat melalui tingkap tempat duduknya dan menghantar gambar itu kepada sebuah laman web online MyKmu.net:
Seorang penumpang pesawat Air Asia ke Ho Chi Minh, Vietnam (AK 520) pagi tadi mempersoalkan mengenai keselamatan pesawat terbabit apabila beliau ternampak rekahan / keretakan di bahagian enjin sayap sebelah kiri pesawat.

Penumpang terbabit yang menghubungi Mykmu.net menyatakan ia dirakamkan sebelum turun dari kapal terbang semasa tiba di Ho Chi Minh.

Beliau berharap Air Asia memberi penjelasan lanjut sama ada keretakan seperti di bawah sesuatu yang normal atau berbahaya kepada penumpang. -MyKmu.Net
Lihat Gambar:




Cerita sebenar 'haiwan misteri' berjaya dirakam di Sarawak

Posted By: TTO Admin - 31.1.15


Kuching: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengesahkan binatang misteri yang ditemui pekerja ladang sawit di Bintangor, Sibu, pagi semalam, adalah Beruang Matahari.

Pengesahan itu dibuat selepas rakaman video berdurasi seminit 25 saat mengenai penemuan bintang itu tersebar dan menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Pengurus Komunikasi Korporat SFC Elaine Tan berkata, binatang terbabit dilaporkan mengalami pelbagai penyakit menyebabkan berat badan menurun secara mendadak.

Beruang Matahari

"Pasukan SFC akan mencari untuk menyelamatkan haiwan itu esok. Ini kerana kami tidak dapat masuk ke ladang berkenaan berikutan sebahagiannya masih ditenggelami air," katanya.

Sebelum ini, sekumpulan pekerja warganegara Indonesia terkejut apabila menemui binatang pelik ketika bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu.

Binatang itu, dipercayai muncul secara tiba-tiba ketika mereka sibuk bekerja pada 10 pagi. -Hmetro

Video:


Friday 30 January 2015

Punca kanak-kanak 5 tahun maut terjatuh dari tingkat 8 (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 30.1.15


Gara-gara ditinggalkan pembantu rumah, seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut, selepas terjatuh dari kediamannya di Ketapang Villa, Taman Nirwana, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Muhammad Hadif Hadfi Mohd Nazim dipercayai ditinggalkan seorang diri di rumah, selepas pembantu rumah keluar membeli telur di kedai berdekatan.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu tinggal bersama ibu bapa, kakak dan abangnya serta pembantu rumah warga Indonesia.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang tidur dan apabila tersedar, mangsa memanjat basikal yang terletak di balkoni, sebelum terjatuh.

“Mangsa dipercayai terjatuh daripada tingkat lapan rumahnya dan ditemui orang ramai dengan berlumuran darah di bahagian kepala.


“Ketika kejadian, ibu bapa dan adik-beradik mangsa tiada di rumah, kerana bekerja dan sekolah,” katanya.

Menurutnya, pembantu rumah warga Indonesia berusia 45 tahun itu sedang disoal siasat.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak. -Therakyatpost


Wednesday 28 January 2015

Punca sebenar bekas Isteri Jimmy Shanley dihukum penjara

Posted By: TTO Admin - 28.1.15

Bekas isteri kepada pengacara Jimmy Shanley, Nurshuhaili Eliani Suhaimi telah dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari mulai hari ini oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

Punca hukuman itu dijatuhkan apabila Nursuhaila didapati telah ingkar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania.

Hakim Syarie Mawardi Che Man memutuskan sedemikian selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakan Nurshuhaila.

Walaubagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan sehingga jam 4 petang ini bagi membolehkan peguam Saadiah Din memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya.

Jimmy Shanley dan Zahra Rania

Lelaki disaman atas kesalahan merokok semasa memandu

Posted By: TTO Admin - 28.1.15


Satu surat saman bertarikh 27/1/2015 yang diterima oleh seorang lelaki tersebar di media sosial hari ini. Menariknya surat saman itu adalah atas kesalahan merokok ketika dia sedang memandu.

Ramai memberikan komen kesalahan itu tidak masuk akal untuk diberikan saman kerana mengambil contoh fungsi pencucuh rokok yang yang ada pada kebanyakan kereta.

Walaubagaimanapun, pada Mei tahun lalu penguatkuasaan larangan merokok dalam pengangkutan awam telah dijalankan di seluruh negara. Namun, tidak jelas jenis kenderaan apakah yang dipandu Nazri Dollah di dalam surat saman ini.

Penjelasan daripada pihak berkuasa perlu dilakukan kerana sejak akhir-akhir ini kredibiliti agensi penguatkuasaan jalan semakin diragui apabila ramai mempertikaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.




Tips mencari pasangan hidup ini mendapat 7663 Likes

Posted By: TTO Admin - 28.1.15


Menikah adalah bab mengambil keputusan. Mengambil keputusan setelah engkau melakukan proses pencarian.

Tidak ada manusia sempurna. Memang tiada. Akan selalu ada kekurangannya. Jika engkau melihat satu gadis cantik, di tempat lain juga ada gadis yang cantik malah mungkin lebih cantik. Jika engkau tertarik dengan seorang pemuda tampan, di tempat lain juga ada pemuda yang tampan malah mungkinlebih tampan.

Engkau sebenarnya hanya memerlukan seseorang yang akan menemanimu, mengerti dirimu, dapat menerima keadaanmu, mahu menjadi sahabatmu dalam suka dan duka, melewati hidup bersama dalam segala keadaannya.

Engkau tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk menjadi suami atau isterimu, kerana memang tidak ada lelaki sempurna, tidak ada juga perempuan sempurna.

Siapapun yang engkau pilih untuk menjadi pendamping hidupmu, dia pasti memiliki kekurangan. Sebagaimana dirimu juga memiliki kekurangan.

Maka jangan pernah berharap kesempurnaan dari manusia. Sebab kesempurnaan hanya milik Allah.

Engkau hanya perlu memutuskan untuk memilih seseorang yang mencintaimu kerana Allah. Menemanimu kerana Allah. Dan membahagiakanmu kerana Allah.

Semoga aku dan engkau mendapat pasangan yang soleh/solehah. Lalu terbentuknya keluarga yang sakinah mawaddah warahmah. Serta kelak dimasukkan ke dalam syurga yang terindah.

Aamiin...

Tuesday 27 January 2015

Kisah saat si suami susah, isteri sentiasa beri semangat

Posted By: TTO Admin - 27.1.15


Pedoman Hidup Berumahtangga - Kisah Suami Susah, Isteri Sentiasa Beri Semangat.

Tiba-tiba basah pipi teringat nikmat Allah. Semasa saya diuji dengan kesusahan, air mata saya mengalir cari duit nak beli susu anak. Isteri kata, takper bang. Abangkan selalu pesan, kitakan ada Allah. Allah tak pernah biar atau tinggalkan kita. Teruskan usaha dan minta pada Allah. Allah akan buka jalan dari punca yang tak disangka...

Pernah balik dari satu tempat singgah sebuah kedai makan. Bila masuk buka-buka menu harganya kami tak mampu. Terus pegang tangan isteri dan terus keluar dengan segan-segan. Isteri masuk kereta doa, ya Allah ya Rahman takper kami tak mampu nak makan di sini. Tapi ya Allah jadikanlah kesusahan ini asbab hidayah buat orang yang kami sayang. Serta berilah kami dapat makan bersama Nabi saw yang kami cintai dalam syurga...

Pernah kami hari raya aidilfitri tak pergi ke mana-mana melainkan pergi rumah dekat-dekat sebab tiada duit nak isi minyak. Ada duit sikit kira-kira beri ibubapa dan ibubapa mertua sahaja.
Tapi isteri saya senyum sahaja dan kata, abang bekerja keras dan rajin. Allah tak pandang hasilnya, tapi Allah tengok usaha. Allah suka orang yang berusaha…

Pernah bawa anak-anak pergi ke tempat permainan. Tengok-tengok tempat main, mahal pula nak bayar. Kira duit tak cukup. Tempat makan pun mahal. Isteri kata pada anak, ummi bawa pergi sini sebab nak tunjuk dalam syurga nanti boleh main lebih dari yang ini. Hari ini kita try satu sahaja yer permainan ini. Nanti sambung dalam syurga yer. Anak kata, nanti kita main dalam syurga yer ummi... ayah, umi sama-sama main yer. Air mata saya mengalir lagi...

Pernah sekali naik motor. Saya tiada lesen lagi tiada duit nak ambil lesen pun. Kena tahan JPJ. Polis suruh tinggalkan motor kerana tiada lesen. Katanya boleh balik kampung naik bas. Naik teksi dari sini ke stesen bas. Saya jawab dengan sedih maafkan saya encik, semua duit saya dah dalam tanki motor.

Dia biarkan saya lama di situ. Setelah 2 jam kerana dia tengok saya duduk sahaja di situ, dia bagi motor dan suruh saya balik walaupun kena saman. Isteri saya kata, takper abang. Semua pengalaman ini mengajar kita erti kehidupan. Supaya kita belajar sayang orang susah. Suka tolong orang kalau mereka susah. Pandang semua orang dengan sayang.

Pernah saya menangis kerana lemah semangat. Isteri saya peluk saya dan kata, saya kahwin dengan abang kerana saya sayang abang kerana Allah. Saya cuma ingin abang bawa saya masuk syurga. Sebenarnya kita kaya. Kita ada tangan dan kaki. Ribuan orang diuji tiada tangan dan kaki. Ribuan orang diuji dengan pekak bisu. Ribuan orang diuji dengan buta. Membesarkan anak tanpa melihat wajah anak. Ribuan orang kayuh basikal dengan tangan kerana tiada kaki untuk sara keluarga mereka. Ribuan orang miskin minta sedekah dengan bawa jasad ahli keluarga yang nazak ditepi jalan.

Kita terlalu kaya kerana memiliki semuanya sempurna. Cuma kurang sikit makan. Kurang sempurna pakaian. Adakah kita nak mengeluh abang?? Paling berharga dia beri kita Islam…

Itulah kasih Allah yang beri segalanya. Sentiasa memberi isteri yang tabah dan mulutnya manis saat diuji dengan kesusahan. Ya Allah terima kasih atas seluruh hidupku dan segala-gala nikmat dan mengeluarkan diriku dari kesempitan hidup. Seluruh hidup dan matiku untukMu Tuhanku. Yang tak pernah berhenti memberi nikmat dan buat baik kepadaku. Ya Allah, maafkanlah diriku yang teramat hina dan berdosa ini.

Tuesday 13 January 2015

Rumah ini nampak kecil tapi tunggu sampai anda lihat 11 Gambar ruangan dalamnya!

Posted By: TTO Admin - 13.1.15

Ramai yang mengidamkan untuk memiliki sebuah rumah yang besar dan mewah. Walaubagaimanapun, dengan harga hartanah ketika ini semakin meningkat, ramai yang hanya "mampu tengok" sahaja berbanding yang mampu milik rumah-rumah yang diidamkan.

Namun, perkara itu tidak menjadi penghalang bagi Chris Heininge. Seorang tukang pembuat rumah yang cemerlang dan pereka yang termashur bagi revolusi rumah kecil.  Beliau yang sedar dengan keadaan ini telah membuat inisiatif pintar dengan mempolori pembinaan rumah kecil dengan kos yang murah. Walaupun kecil, ruangan di dalam rumah yang dibinanya dimanfaatkan sebaik mungkin dan mempunyai setiap fungsi masing-masing. 

11 Gambar dibawah adalah sebuah rumah yang dibina olehnya dengan hanya berkeluasa 280 kaki persegi, menakjubkan bukan?

(Sumber: http://tinyhouse.heininge.com/)












Friday 9 January 2015

Ketahui kenapa gadis Italy ini bertudung & bekerja di gerai roti canai di Kedah (4 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 9.1.15


Chantal Viola, seorang gadis berumur 17 tahun dan berasal dari Rome, Italy mengejutkan ramai pelanggan di sebuah gerai roti canai di Kedah apabila dia dilihat bertudung dan mengambil pesanan makanan serta turut menebar roti canai. 

Chantal bukanlah pekerja sepenuh masa di gerai itu. Chantal sebenarnya sedang mengikuti program pertukaran pelajar dan dia mengambil keputusan untuk membantu jirannya yang berniaga di gerai Lorong SM Teknik Alor Setar, Kedah.

"Dengan membantu di gerai roti canai ini, ia adalah cara cepat dan efektif untuk saya belajar bahasa Melayu dan bersama penduduk tempatan. Saya juga suka memakai tudung untuk memudahkan berhubung dengan orang ramai" - kata Chantal Viola. 

Sumber Gambar: AFP Antarabangsa Malaysia Kedah



Tips berkesan uruskan 4 anak di awal pagi tanpa maid oleh Puan Ida Fadliza

Posted By: TTO Admin - 9.1.15

Baca TIPS berguna cara menguruskan anak oleh Puan Ida Fadliza:

Menguruskan anak di awal pagi dan dalam masa yang sama perlu uruskan diri adalah tidak mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita dan anak sama-sama terurus walaupun di awal pagi, pada masa yang singkat. Kita juga tidak perlu berpatah balik ke rumah kerana tertinggal barang dan menjejaskan prestasi kerja.

Mood pagi untuk bekerja juga penting. Mengurus anak dan diri sendiri dengan baik boleh membantu kita lebih fokus dan bersemangat untuk pergi kerja dengan baik.

Tips yang tidak seberapa ini adalah mengikut pengalaman saya sendiri yang mempunyai 4 anak lelaki yang masih kecil dan tidak mempunyai pembantu, malahan suami saya terpaksa pergi kerja pada awal pagi, segala urusan anak perlu saya uruskan sendiri tanpa pembantu.

Antara tips yang membantu saya:

1) Bereskan pada waktu malam

Segala urusan beg sekolah dan beg-beg anak sebaiknya disiapkan pada waktu malam. Biasanya, saya ajar anak yang dah bersekolah untuk kemas beg mereka sendiri. Beg-beg itu pula diletakkan di depan pintu supaya senang nak capai esoknya. Baju-baju sekolah mereka pun perlu siap digosok pada malam hari supaya tak kelam kabut pada waktu pagi.

2) Bangun awal pagi.

Dengan bangun awal pagi, kita ada lebih banyak masa untuk uruskan banyak benda. Biasa juga berlaku sesuatu yang unexpected, seperti anak muntah dan anak membuang air serta perlu di cuci. Ia ambil masa kita sebab dalam masa yang sama, kita juga perlu bersiap. So, bila ada lebih masa, kita boleh hadapi unexpected things lebih mudah.

3) Tenang-tenang aja

Berhadapan dengan anak-anak kecil, banyak perkara yang menguji perasaan biasa berlaku. Mereka mengamuk di awal pagi, mereka inginkan itu ini yang tidak dapat ditunaikan pada waktu itu, tantrum yang sangat menguji perasaan. Huh. Ibu-ibu yang ada pengalaman dengan anak kecil pasti memahami.

Tips saya, kita jangan stress dan tenang-tenang aje menghadapinya. Kalau anak saya mengamuk, saya biarkan aja untuk 5 - 10 minit dan kemudian saya akan pujuk. Bertindak tegas dengan mereka tetapi tidak marah-marah dan meninggi suara. Jika tidak, mood kita akan terjejas. Memang payah, perlukan latihan dan kekuatan mental yang tinggi.

4) Delegasi kerja urusan sendiri

Bagi saya yang tiada pembantu, segala urusan menggosok baju saya 'delegasi'kan ke kedai dobi, kerana walaupun weekend, saya masih lagi tidak sempat meluang masa untuk menggosok baju.

Ibu-ibu yang mempunyai masa boleh siapkan gosok baju sendiri pada hari weekend untuk seminggu hari bekerja. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan elektrik jika gosok baju sekali gus untuk seminggu. Urusan ini sangat ambil masa jika kita perlu membuatnya di awal pagi selain menguruskan anak.

5) Mohon bantuan anak

Anak yang berumur 5 tahun ke atas sudah pandai uruskan diri mereka sendiri serba sedikit. Menyiapkan beg sendiri, menolong mengangkat beg adik, membantu mengemas katil boleh dilakukan jika kita tolong ajar dan tunjukkan. Mereka akan jadi lebih bertanggungjawab dan berdikari selain memudahkan kerja kita di rumah. Ia perlu di ajar pada awal usia mereka kerana jika mereka tidak biasa melakukannya, mereka tidak mudah untuk lakukan biasa dah capai umur 10 tahun ke atas.

6) Kekuatan Spiritual dan Mental

Ini tips paling penting, apa-apa yang kita lakukan akan mudah jika kita fikir kita boleh lakukan. Pergantungan kepada Allah paling penting untuk elak stress. Mohon bantuan kepada yang Maha Menguruskan setiap perkara di dunia ini adalah tips TERBAIK yang saya pernah dapat. Kuatkan mental dengan mengulang ayat "Saya Ibu yang Hebat, semua cabaran adalah cabaran kecil dan mudah sahaja bagi saya"

Ulang 5 kali terutama ketika menghadapi waktu-waktu sukar setiap pagi. Satu lagi tips, tukarkan perkataan "MASALAH" dengan "CABARAN". Perkataan "Masalah" menjadikan kita lemah, perkataan CABARAN menjadikan kita lebih HEBAT dan akan cuba mengatasinya, bukan mengeluh menghadapinya.

Saya dan 4 Anak Lelaki (Afiq, Arif, Abid dan Amin)

Tips ini mungkin berbeza dari ibu-ibu yang lain. Ada banyak lagi tips yang lebih baik. Semoga perkongsian tidak seberapa ini boleh membawa manfaat kepada rakan-rakan.

------------------------

Saya dulu Kelam Kabut juga nak Urus anak sampai stress. Suami marah-marah.

Tips daripada Puan Ida Fadliza Abu Zarin

Saturday 3 January 2015

4 Gambar mengejutkan setelah lori jatuh gaung ditemui selepas SETAHUN

Posted By: TTO Admin - 3.1.15

Beberapa keping gambar ngeri tersebar setelah sebuah lori dan pemandunya ditemui di dalam gaung setelah lebih setahun. Walaubagaimanapun, ketika ditemui tubuh badan pemandu lori itu telah tinggal rangka tengkorak manusia sahaja. Baca butiran lanjut kejadian ini:

MAKLUMAN KES KEMALANGAN MAUT 

LOKASI : KM.16, Jalan Keningau/Kimanis.

TKH/MASA KEJADIAN: 03/01/2014, Jam 15.55 Petang.

BUTIR-BUTIR MANGSA KEMALANGAN:
Mangsa dipercayai maut:
1) Sharif berasal dari Keningau, Sabah

Ringkasan Kejadian:

Pada 03/01/2015 jam lbh kurang 1555 ptg , DCC Keningau terima satu laporan orang awam telah menjumpai 1 m/lori di gaung lebih kurang 30 meter dari jalan utama semasa mereka memotong semak di tanah miliknya. Salah seorang telah terlihat lori tersebut dan terus bergerak ke arah lori itu. sampai di tempat kejadian saksi menemui satu tengorak manusia tanpa rangka di bahagian hadapan sebelah pemandu. Seterus Peg Bertugas memaklumkan Io (t) bertugas 24 jam berkenaan kejadian tersebut. Io(t) dan Aio (t) ke tempat kejadian dan mengesahkan tengorak adalah milik manusia. Io dan Aio ke rumah yang dipercayai ahli keluarga mangsa berdasarkan nama syarikat yang dipamerkan di pintu kenderaan. Setelah mendapat maklumat daripada ibu mangsa Jumrah memaklumkan anaknya Sharif telah lama tidak pulang dan tiada khabar sejak dari bulan 1 tahun 2014 lagi. Kad perakuan JPJ dan Insuran Kenderaan, no pendaftaran dan gambar dipercayai mangsa juga diperolehi. Laporan orang hilang tidak dibuat oleh keluarga sehingga dimaklumkan oleh pihak polis hari ini. 

1) Keadaan cuaca: baik/cerah
2) Keadaan jalan: Kawasan selekoh menuruni bukit, berturap tar, garisan berkembar .
3) Mangsa  disyaki terbabas dan gagal mengawal kenderaan

Gambar:



Friday 2 January 2015

Kisah Konspirasi MH370 penipuan viral pertama Tahun 2015

Posted By: TTO Admin - 2.1.15

Sebelum meneruskan, saya mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang QZ8501 dan MH17, serta diharap para anggota keluarga penumpang MH370 dapat terus tabah dengan dugaan yang dihadapi. Kami bersama anda merasai kesedihan, dan cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh apa-apapun berkenaan 370 selagi pencarian masih diteruskan.

Saya perasan dua tiga hari ni page so called kapten tengku sharifah sofea kembali menjadi viral dan siap ada blog lagi, dan kini mula disebarkan dan dishare oleh masyarakat umum.

Kononnya atas nama menyebarkan kebenaran, dia bercerita tentang maklumat yang kononnya dia terima dari perisikan Russia, tv Russia dan mempengaruhi tangible and gullible Malaysian dgn perkataan Dajjal, Yahudi dan konspirasi.

Ok first thing first : PERISIK TIDAK MENGAKU DIRINYA PERISIK, dalam keadaan apa sekali pun hatta nyawa dihujung mata pedang tiada satu maklumat yang akan diserahkannya kepada musuh. Itu rule of thumb perisikan. Jadi kalau ada orang mengaku dia perisik, dia ada contact dengan agensi perisikan itu ini, nampak sangat lah membohongnya. Kakak sharifah ni statusnya sangat vague. Mulanya mengaku pramugari MAS, tiba2 ada title kapten (pramugari dan kapten adalah dua rank berbeza dan bukan mudah pramugari untuk jadi Kapten pesawat melainkan dengan membohong) then tiba-tiba ada title TENGKU?

identitinya yang kelabu asap sudah memberikan saya indikasi yang dia ini tidak lain tidak bukan menangguk di air keruh bila mana keluarga mangsa dan pasukan penyiasat dan pasukan pencarian bertungkus lumus cuba mendapatkan maklumat akan misteri kehilangan 370. Kebanyakan umum menganggap wujudnya muslihat melindungi sebaran maklumat..padahal dalam apa insiden berkaitan penerbangan mahupun maritim, memang masa yang diambil untuk menyiapkan laporan, menyiasat dan mengumpulkan maklumat serta bukti agak lama. Simple fact saya bagi, berapa lama masa yang diambil anda untuk tunggu laporan siasatan polis siap bila anda terlibat dalam kemalangan jalan raya?

2 minggu paling cepat kan. Lepas tu laporan siasatan akan dikeluarkan untuk tentukan siapa salah bagi tujuan insurance claim. Prinsip nya sama dengan mana-mana insiden kemalangan jiwa malah ia lebih komplikated bila berhadapan dengan insiden maritim atau insiden penerbangan dimana siasatan akan melibatkan agensi-agensi antarabangsa seperti ICAO (utk aviation) dan IMO serta agensi2 keselamatan pengangkutan dimana objektif utama mereka adalah untuk insiden tersebut tidak berulang dengan mengambil kira penambahbaikan pada let say pesawat dari segi perundangan dan peralatan.

Ok saya akan terus kepada maklumat radar yang kononnya kakak sofea ni kata diterima dari Thailand, Kazakhstand dan Turkmenistan.


DATA SULIT THAILAND ADALAH PAPARAN RADAR MARITIM

Foto dibawah ini dikatakan adalah paparan imejan radar pengawasan udara angkatan tentera Thailand. Untuk orang-orang biasa pastinya akan percaya seratus peratus yang ini soheh. Tapi tidak pada kalangan professional yang terlibat dalam industri penerbangan mahupun perkapalan.


Kebanyakan mariners akan perasan yang ini bukan display radar pertahanan udara tetapi radar maritim yang digunakan kebanyakan kapal-kapal kargo diseluruh dunia.

Saya paparkan pada anda foto asal yang di crop oleh pihak tersebut yang kemudian mengatakan ia paparan radar pengawasan udara THAILAND...Jelas disini paparan radar pada foto asal menunjukkan yang ia adalah marine navigation radar yang kebiasaan wujud dan digunakan diatas kapal...bukan air search radar atau air surveillance radar seperti yang dicanangkan makcik tu. Paparan yang ditunjukkan pada foto sebenar ini adalah paparan radar bagi kawasan pesisiran pantai.

Maklumat media memang mengatakan yang Thailand ada membuat kenyataan yang mereka mengesan pesawat tersebut tetapi tiada maklumat paparan radar (konon rahsia) yang diberikan kepada mana-mana pihak, malah foto yg dikatakan maklumat dan data rahsia itu sebenarnya tiada kena mengena pun memberikan indikasi yang dia membohong.


PAPARAN RADAR TURKMENISTAN


Ramai yang tidak pernah tengok aircraft navigation display, dan telah tertipu dengan radar Turkmenistan ini. Foto yang dikatakan paparan radar dan bukti pesawat MH370 berselindung disebalik pesawat Singapura tidak lain hanyalah aircraft navigation display yang kedapatan pada pesawat. Ia bukan radar. Ia adalah paparan navigasi dan ia adalah dua perkara yang berbeza. Malah lebih kelakar, apabila foto ini dikatakan datang dari radar pengawasan udara Turkmenistan.

Ok compare foto diatas dengan foto-foto ini:




Foto yang saya lampirkan adalah sebahagian dari paparan navigasi pesawat komersial, dimana foto pertama adalah paparan yang terdapat pada pesawat A380. Jelas ia bukanlah paparan radar pertahanan udara Turkmenistan kerana paparan radar pertahanan udara atau radar pengawasan udara adalah sengat berbeza dengan paparan informasi navigasi pesawat dan juga paparan radar maritim, Dan jelas sharifah yg dicanang sebagai hero anti yahudi, anti dajjal dan anti amerika itu sendiri merupakan penyebar fitnah yang saling tak tumpah dengan dajjal itu sendiri yang mengelirukan orang ramai.

Pasti ada yang akan bertanyakan rupa paparan radar pertahanan udara maka saya selitkan sekali foto-foto dari internet bagi memberikan anda idea perbezaan yang saya maksudkan.

 Foto pertama menunjukkan radar pertahanan udara AN/FPS-117 yang digunakan Amerika Syarikat

 Foto kedua menunjukkan sistem radar pertahanan udara yang digunakan Jerman
Dan foto ini menunjukkan paparan dan konsol radar pertahanan udara buatan Russia

Jelas sekali lagi foto2 yang dikepilkan kami sangat berbeza dengan bukti kononnya maklumat radar yang diperkatakan Sharifah Sofea, menyanggah teorinya dan membuktikan maklumat yang diterima hanyalah rekaan dan palsu serta tidak kredible.

FOTO SATELIT XRAY

Jika anda rajin melayari internet dan cuba mencari maklumat berkenaan satelit xray, anda akan dapati yang satelit tersebut merupakan teleskop sinaran xray yang digunakan untuk mencerap sinaran-sinaran xray yang wujud diangkasa lepas. Satelit tersebut tidak wujud dalam inventori russia malah ia digunakan oleh kalangan ilmuan astronomi antarabangsa untuk mencerap angkasa lepas.

Kalangan plane spotter dengan mudah dapat mengenalpasti pesawat yang dikatakan MH370 dalam foto diatas sebagai pesawat AWACS E-3 Sentry, yang berada di atas tarmac dan bukan dibawah tanah dan foto tersebut bukanlah paparan sinaran xray tetapi paparan alat pandang malam atau nightvision.

Kita ulas dahulu pesawat yang kelihatan dari udara ini. Jika diperhatikan terdapat radome diatas fiuslaj pesawat tersebut, ia bukanlah pesawat awam tetapi pesawat tentera. Pesawat dengan radome amaran awal udara dipanggil AWACS dan jelas foto ini menunjukkan sebuah pesawat AWACS E-3 Sentry kegunaan USAF.Dibahagian kanan atas dan bawah 2 buah helikopter UH-60 Blackhawk yang digunakan secara meluas oleh angkatan tentera Amerika.

Tidak yakin.

Cuba bandingkan foto dibawah dengan foto kononnya pesawat MH370


Sekarang bandingkan ia dengan pesawat 777 yang hampir sama dengan MH370.


Anda bandingkan sendiri antara foto yang dikatakan pesawat MH370 yang berada dibawah tanah, pesawat AWACS E-3 Sentry dan pesawat B777. Dari pengamatan awal anda, anda akan dapati yang pesawat didalam foto berwana hijau itu tidak sama langsung dengan rupa bentuk B777 tetapi lebih tepat ia adalah E-3 Sentry.

Mengulas satelit xray, seperti yang saya katakan tadi tiada satelit xray yang berupaya mencerap keadaan dibawah tanah. Ia tidak wujud dan satelit teleskop xray hanya digunakan untuk cerapan objek angkasa lepas yang mengeluarkan sinar xray seperti PULSAR dan QUARSAR.

Jadi disini, wujud percanggahan fakta sebenar dan campur aduk fakta palsu yang mengelirukan orang ramai.

Foto yang dikatakan di ambil dari satelit xray itu sebenarnya adalah foto nightvision camera dari pesawat tanpa pemandu yang memantau keadaan persekitaran pangkalan udara USAF, menjelaskan kenapa fotonya berwarna hijau. Perkara mudah seperti imejan xray yang berwarna (seperti yang kedapatan di bilik xray hospital atau alat pengesanan kargo) dan paparan alat night vision yang berwarna hijau jelas membuktikan percanggahan dan pembohongan yang mengeksploitasi masyarakat umum yang kurang pengetahuan am.

Masih tidak dapat tangkap apa yang saya maksudkan.

Foto-foto ini akan menjalaskan dimana foto pertama merupakan imejan xray dari alat pengesan kontraban yang kedapatan meluas di lapangan terbang dan pos pemeriksaan sempadan. Jelas imejan xray ini tidak berwarna.



Foto ini merupakan imejan xray yang mengesan kontraban dimana ia tembus melepasi sturktur kenderaan dan memperlihatkan objek2 yang cuba disorokkan. Warna imejan ini kelabu, dan jika benar satelit xray digunakan (nama satelit tu pun dia tak bagi tau) maka imej yang terpapar perlulah kelihatan seperti diatas.



Tetapi foto yang mereka berikan berwarna hijau, signifikan dengan alat pandang malam dan menjelaskan dengan trampil yang foto yang dicanangkan itu bukanlah foto pesawat yang berada dibawah tanah kerana imejan alat pandang malam tidak menembusi objek, tetapi menerangi kawasan yang gelap.

Hasil dari pemerhatian rupabentuk pesawat yang bukan B-777 milik MAS juga jelas membuktikan yang kenyatan mengenai pesawat tersebut adalah palsu semata-mata dimana pesawat E-3 Sentry sudah pasti bukan pesawat awam tetapi pesawat tentera dan foto tersebut bukanlah foto pangkalan udara di Ukraine tetapi di Amerika Syarikat sendiri.

ELT BUKAN SUAR API


Agak mengejutkan apabila statement ELT adalah suar (api isyarat) ini keluar dari mulut so called kapten. Takkan kapten airlines tak tahu ELT tu apa?

Part ini memberikan indikasi jelas yang sharifah bukan airlines pilot malah bukan pramugari pun kerana tidak mengetahui apakah ELT yang merupakan alatan kecemasan paling penting sesebuah pesawat dan setiap krew perlu mengetahui cara pengendaliannya.

Untuk makluman pembaca, ELT bukan lah suar, bukan lah api isyarat kecemasan seperti yang diperkatakannya...kerana ia adlah alatan elektronik yang bermaksud EMERGENCY LOCATOR TRANSMITTER yang menghantar isyarat pada frekuensi 406 Mhz kepada gugusan satelit COSPAS SARSAT bagi menarik perhatian pasukan Rescue Coordination Center (RCC) yang mana pesawat mengalami keadaan kecemasan dan memerlukan bantuan. Isyarat terdiri dari radio callsign pesawat, kedudukan latitud dan longitud isyarat dipancarkan, masa dan jenis kecemasan yang dihadapi.

Jadi agak pelik jika penjelasan semudah ini tidak boleh diberikan, malah siap salah fakta lagi. And ramai pulak yang percaya si sharifah adalah kapten pesawat penumpang sedangkan penjelasan ELT pun kelaut.

Sah anda semua ramai yang sudah kena kencing kaw kaw.....


KESIMPULAN

kebanyakan fakta yang dikemukan page berkenaan adalah recycle dan reused facts dengan banyak percanggahan dan pengunaan bukti palsu dan cropped image bagi mensahihkan kenyataan mereka.

Agak terkilan ada statement yang dinyatakan, memberitahu penumpang dibuang-buang ketika pesawat ke Ukraine, jelas cuba mewujudkan sentimen dikalangan keluarga mangsa MH370 yang sehingga kini masih hilang dan usaha mencari terus dijalankan. Ramai dikalangan orang awam tidak faham proses penyiasatan insiden penerbangan mahupun insiden maritim yang mana pengumpulan bukti sahih dan bukan bukti tangkap muat memerlukan masa yang lama. Ini dapat dilihat dalam pelbagai kes kemalangan industri penerbangan dimana semua faktor perlu diambil kira, semua bukti perlu diteliti pihak penyiasatan yang dah tentu professional dan mempunyai pengalaman.

Orang kita (dan masyarakat luar surprisingly) terlalu taksub pada teori konspirasi. Kononnya ada tangan ghaib, kononnya permainan kuasa besar, kononnya agenda yahudi. Selit sikit dajjal, selit siki yahudi terus semua percaya tanpa ada inisiatif pun untuk menyiasat apakah benar kenyataan yang dibuat para konspirator-konspirator ini. Kita tidak terfikir yang mungkin maklumat yang disebarkan ini juga merupakan sebahagian fitnah dajjal.

Fakta yang dikemukan diatas telah secara tidak langsung menyanggah alledge evidence mereka yang kebanyakannya tak ada rupa bukti pun. Dengan mudah ia dipatahkan, malah setakat guna google map dan kemudian melabel ia bukti dari russia, bukti dari sana sini sebenarnya tidak membawa apa-apa signifikan pun melainkan page berkenaan secara tidak langsung berjaya menarik ribuan pembaca yang percaya tanpa usul periksa.

Sebab itu ilmu pengetahuan am penting, agar kita tidak mudah tertipu dengan scammers dan konspirator yang ada agenda tersendiri.

Anda mungkin akan kata tulisan saya ini didorong agenda Yahudi. Well terpulang kepada akal fikiran anda kerana saya berpegang kepada kebenaran yang tulen dan bukan kebenaran yang direka-reka dari penipuan.

Salam 2015

-ikansadinmknorang-
malaysiamilitarypower.blogspot.com


Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab