Thursday 25 July 2013

Guru Besar SK Seri Pristana buat laporan polis, dicerca dan diugut kerana fitnah

Posted By: TTO Admin - 25.7.13

KUALA LUMPUR 25 Julai - Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana di Sungai Buloh, hari ini membuat laporan polis kerana merasakan dia telah difitnah.

Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Mohamad Nasir ketika dihubungi Utusan Online berkata, beliau membuat laporan polis kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Laporan itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir, beliau telah menempatkan murid-murid di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu.

Ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

"Pada sebelah pagi matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Ini adalah kerana kata beliau, murid-murid jarang menggunakan bilik persalinan kerana mereka dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Apatah lagi kata beliau, bilik berkenaan telah dibersihkan dan mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.

Dalam pada itu Mohamad Nasir memberitahu, beliau diarahkan supaya bercuti rehat selama seminggu dan sebarang tindakan oleh Jabatan Pelajaran akan diputuskan selepas itu. - UTUSAN ONLINE


Mazidul turut membetulkan info salah yang dibawa oleh blog politik Pro Pembangkang.

Salah satu contoh cercaan daripada pengguna media sosial
Walaupun tidak wajar, memang isu ini telah dibesar-besarkan menjadi negatif dan seolah-olah isu agama dan perkauman. Ternyata sesetengah pengamal media massa yang tidak bertanggungjawab menggunakan isu ini untuk kepentingan politik dan menyebarkan fitnah yang tidak berasas. Sebagai contoh lokasi yang didakwa tandas, berbau, dan hanya kanak-kanak Non Muslim terlibat. Walhal bilik persalinan tersebut adalah untuk semua pelajar tidak kira agama dan kaum dan digunakan sebelum Ramadan lagi.

Sepatutnya isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik tanpa perlu menuding jari secara melulu dan menyebarkan sumber yang tidak sahih.

Artikel berkaitan

1) Kronologi Isu Gambar Pelajar Non Muslim diarah makan dalam tandas: http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/07/pelajar-non-muslim-diarah-makan-di.html

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab