Sunday 30 June 2013

12 gambar seni diatas sawah padi yang amat kreatif di Negara Jepun

Posted By: TTO Admin - 30.6.13
Fenomena Crop Circles selalu dikaitkan dengan seni yang dihasilkan oleh makhluk asing di negara barat. Tetapi di Jepun, fenomena ini adalah satu seni yang dihasilkan oleh pesawah padi di sana. Setiap tahun petani Jepun menanam padi dalam corak yang berbeza dan menggunakan pelbagai jenis beras untuk menghasilka warna yang berbeza. Hasilnya ialah gambar-gambar yang menakjubkan seperti dibawah:

Jepun sawah padi

6 Lukisan 3D menakjubkan hanya menggunakan Pensil

Posted By: TTO Admin - 30.6.13
Ramon Bruin adalah seorang artis berbakat mempunyai kebolehan mewujudkan ilusi optik yang amat menakjubkan. Beliau yang berpusat di Belanda mahir dalam airbrushing dan lukisan, tetapi seni yang paling menarik beliau hasilkan hanya dengan menggunakan pensil dan beberapa keping kertas.

"Seni itu saya gelar sebagai illusionism optik,  lukisan 3D seolah-olah muncul daripada kertas tersebut. Ia sudah tentu semuanya mengenai ilusi optik "Kata Bruin.

Dia menggunakan pelbagai kaedah untuk mencapai hasil yang diingini, termasuk teknik anamorphic -. Melukis imej terperinci dengan teknik yang kompleks dan akan kelihatan sangat realistik hanya apabila gambar dilihat dari sudut yang betul.

 "Perkara utama tentang seni saya ialah semua itu adalah gambar dan lukisan. Saya melukis mengikut satu perspektif dan setelah siap, saya akan mengambil gambar dari satu sudut tertentu, seluruh imej akan muncul seolah-olah lukisan itu real. Ia hanya dapat dilihat pada gambar. Anda tidak boleh melihat ia hidup "

Untuk membuatkan lukisan 3D beliau lebih menarik, beliau sering melukis pada beberapa keping kertas dan menambah prop seperti pensel dan tangannya sendiri.

Guru cabul 4 murid perempuan, tutup mata dan mulut guna pita pelekat

Posted By: TTO Admin - 30.6.13
Kes cabul guru dan pelajar sekolah

BESUT – Empat murid perempuan sebuah sekolah rendah di sini, mengadu dicabul oleh seorang guru di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan pada 9 Jun lalu.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, guru lelaki itu didakwa mencabul murid tahun dua di bilik kesihatan sekolah berkenaan.

Kisah itu terbongkar pada 21 Jun lalu apabila salah seorang daripada murid tersebut telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perbuatan guru terbabit. Kanak-kanak itu memberitahu, guru berkenaan telah melakukan perbuatan tidak senonoh terhadapnya dan dua lagi rakannya.

Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada 24 Jun lalu.

Ketiga-tiga murid tersebut tinggal di kampung sama dan berdekatan dengan sekolah tersebut. Manakala sumber memberitahu, mangsa keempat murid tahun dua sekolah sama tampil membuat laporan kelmarin, mendakwa turut menjadi mangsa guru tersebut.

Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa mendengar kes berkenaan lalu bertanyakan kepada anaknya sama ada dia turut dicabul guru tersebut.

Murid terbabit mengadu menerima nasib sama seperti rakannya dengan mendakwa guru berkenaan telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya selepas menutup mata dan mulut dengan pita pelekat manakala kaki dan tangannya diikat dengan tali.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan. – SINAR HARIAN

Koleksi Gambar Perlawanan Akhir Piala FA 2013 : Kelantan VS Johor DT

Posted By: TTO Admin - 30.6.13
Semalam berakhirnya Perlawanan Akhir Piala FA 2013 yang memihak kepada kelantan dengan gol 1 berbalas 0 bertemu Johor DT. Tahniah kepada Kelantan dan kepada Johor DT, pasukan anda terbukti lawan yang kuat dan menggerunkan. Sepanjang perlawanan semalam, pelbagai aksi dan gelagat daripada pemain dan penyokong kedua-dua pasukan. Jom kita saksikan gambar-gambar mereka yang cukup meriah!














Video Gol Kemenangan Kelantan oleh Norfarhan

Saturday 29 June 2013

Isteri memotong kemaluan suaminya kerana iri hati

Posted By: TTO Admin - 29.6.13

Seorang wanita dari California, Amerika yang dituduh memotong kemaluan suaminya dan membuangnya ke dalam tong sampah telah dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara seumur hidup.

Catherine Kieu, 50, didapati bersalah atas tuduhan penderaan dan keganasan teruk pada 11 Julai 2011. Namun, dia  layak untuk mendapatkan parol selepas tujuh tahun.

Mangsa yang juga suami kepada Kieu hanya dikenali sebagai Glen di sepanjang perbicaraan, hadir ke mahkamah untuk melihat sesi penghukuman hari ini.

'Saya berharap ini akan menjadi kali terakhir saya pernah melihat dia, "kata beliau.

'Saya merasakan sedikit kelegaan, dan ia adalah satu hari yang amat menyedihkan bagi saya.'



Timbalan Peguam Daerah John Christl memberitahu juri bahawa Kieu, 50, telah memasukkan pil tidur ke dalam tauhu suaminya dan  kemudian menjerit 'Anda berhakkkannya!' sebelum menyerang beliau dengan pisau dapur 10-inci.

Kieu mengikat suaminya di atas katil dengan tali nilon dan kemudian memotong zakarnya dengan pisau dapur 10-inci, menurut pendakwa.

Suaminya telah dirawat dan dibebaskan dari  Pusat Perubatan UC Irvine, tetapi doktor tidak dapat mencantumkan semula zakarnya. Sepanjang perbicaraan, mangsa 60 tahun turut memberi keterangan bahawa dia merasakan seolah-olah dia telah dibunuh.

Kieu iri hati dan marah mengenai rancangan suaminya untuk menceraikan dia kerana suaminya telah berjumpa semula dengan bekas teman wanitanya, kata pihak pendakwa.

#Setia hujung nyawa atau potong! hehe

Kelantan VS Johor DT : Free Live Streaming Online

Posted By: TTO Admin - 29.6.13
Johor DT VS Kelantan, Free Live Streaming Malaysia

Team manakah yang bakal membawa pulang Piala FA? Semuanya akan terjawab dalam perlawanan Final di Stadium Bukit Jalil pada malam ini. Sudah pasti perlawanan kali ini begitu meriah kerana kedua-dua team mempunyai penyokong yang ramai dan fanatik! Tengok secara live streaming online di komputer anda hanya di blog Tengoktvonline! Segala info seperti berikut:

Kelantan VS Johor DT : Live Streaming

Channel : RTM TV2

Masa: Bersiaran bermula 8:40 Malam

Klik Link Free Live Streaming online disini:

http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/04/tv2.html


Alternatif 
http://tengoktvonline.blogspot.com/p/blog-page_29.html


Friday 28 June 2013

12 Faedah ciuman yang perlu anda tahu!

Posted By: TTO Admin - 28.6.13
Bercumbu, Bercium, Berkucup

Bercumbu, bercium dan berkucup adalah tiga perkataan yang sama pengertiannya. Sejak kita lahir sehingga kita dewasa, ciuman adalah perkara lazim untuk manusia. Jom kita lihat fakta dan juga merupakan faedah ciuman kepada yang selalu mengamalkannya!

  1. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
  2. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
  3. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.
  4. Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.
  5. Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
  6. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
  7. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
  8. Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
  9. Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
  10. Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.
  11. Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
  12. Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

Kot Bulu Dada Lelaki berharga RM11,700

Posted By: TTO Admin - 28.6.13

Pereka Fesyen di England menghabiskan 200 jam menenun lebih satu juta helai bulu dada lelaki untuk menghasilkan kot bulu yang bergaya. Rekaan yang dinamakan Kot Bulu-Lelaki adalah 100% tulin dan ia boleh menjadi milik anda dengan harga yang agak mahal $3900 (RM11,700).

Kot tersebut direka oleh Wing. Co, sebuah syarikat pembekal nutrisi untuk lelaki sebagai satu tanda protes terhadap budaya lelaki British masa kini yang mencukur bulu dada sehingga licin.

Persoalannya, dengan harga kot bulu dada lelaki yang mencecah ribuan ringgit, adakah wanita diluar sana yang sanggup memilikinya?


Kajian: Filter rokok dari darah babi

Posted By: TTO Admin - 28.6.13

penapis rokok, hemoglobin babi


Banjarmasin: Ketua Suruhanjaya Pengendalian Tembakau Nasional berkata, penapis rokok yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi.

Dr Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok.

Bercakap pada dialog mengenai bahaya merokok di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, semalam, Hakim berkata, beliau yakin penapis yang diimport untuk digunakan pada rokok di Indonesia adalah komponen daripada darah babi.

Katanya, perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman.

Chapman dilaporkan mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok.

Hakim berkata, sudah sepatutnya umat Islam di Indonesia menjauhi barang yang jelas haram di sisi agama. - Agensi.

#Rokok haram kat Malaysia yang diimport dari Indonesia pun banyak jugak. Harap perokok tegar sedar akan perkara ini.

Thursday 27 June 2013

Gambar & Video, Pesta maksiat dan menari ghairah bermandikan buih

Posted By: TTO Admin - 27.6.13
Gambar Pesta Buih


Pesta buih dan tarian ghairah maksiat
Pesta buih dan tarian ghairah maksiat
Pesta buih dan tarian ghairah maksiat
Pesta buih dan tarian ghairah maksiat


Video Serbuan Pesta Buih di KL



Berita Penuh

Kuala Lumpur: Tiga pelajar perempuan yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sepatutnya memanfaatkan cuti hujung minggu mengulang kaji pelajaran, namun memilih untuk bermandi buih di sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng, di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kelekaan tiga pelajar terbabit menari ghairah di dalam sebuah kolam disediakan penganjur membawa padah apabila mereka antara 47 yang ditahan dalam serbuan mengejut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi, JAWI yang menerima maklumat awam mengenai parti dinamakan Pesta Buih Artis Malaysia menyerbu premis yang dihadiri pelajar sekolah, pasangan gay dan kekasih dan beberapa individu dipercayai selebriti beragama Islam.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JAWI Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, ketika serbuan, mereka asyik berpesta dan menari sambil mandi buih dengan berpakaian menjolok mata.

Menurutnya, hasil pemeriksaan 38 lelaki dan sembilan wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan.

“Serbuan dengan kerjasama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut menahan dua pemilik premis berkenaan yang bersubahat menggalakkan maksiat bagi membantu siasatan.

“Kami terlebih dulu membuat risikan selama 13 jam sebelum serbuan dijalankan dan mendapati premis terbabit dikunjungi ramai pengunjung beragama Islam,” katanya.

PENGUNJUNG Islam yang ditahan ketika mandi buih.

Wan Jaafar berkata, pihaknya kecewa sejurus mendapati tiga pelajar sekolah turut terbabit dengan pesta buih yang bercampur lelaki dan perempuan.

“Kebanyakan mereka ditahan mengikut Seksyen 35 kerana menggalakkan maksiat dan ada pengunjung disiasat mengikut Seksyen 29 kerana berkelakuan kurang sopan.

“Mereka yang disabitkan kesalahan berkelakuan kurang sopan boleh didenda RM1,000 manakala Seksyen 35 boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan,” katanya.

Beliau berkata, mandi-manda tidak menjadi masalah, namun pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dengan berpakaian menjolok mata salah di sisi agama. Difahamkan, ketika serbuan beberapa selebriti dalam perjalanan ke premis terbabit, namun sejurus mengetahui operasi sedang dijalankan mereka berpatah balik.

Menurut sumber, pesta itu dianjurkan secara tertutup kepada kenalan dan pengunjung tetap yang mempunyai tiket khas.

“Pesta ini dianjurkan setahun dua kali iaitu pada Jun dan Disember,” katanya.

Wednesday 26 June 2013

Segalanya mengenai drama adaptasi novel Teduhan Kasih di TV3.

Posted By: TTO Admin - 26.6.13
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.
Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya… di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.
Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.


OST Teduhan Kasih (Hanya Aku -Hyper Act)

Hari : Isnin-Khamis
Slot : Akasia

Senarai barisan pelakon Drama Teduhan Kasih :
Drama bersiri terbitan Primeworks Studio ini dibawah arahan Jamal Khan dan skrip digarap oleh Mufid Suhaimi ini dibintangi pelakon Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan Julia Ziegler.

Teduhan Kasih bakal bersiaran mulai 15 Mei 2013, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Tv3.

Tonton Drama Teduhan Kasih di http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/04/tv3.html


Kejam! Kanak-kanak lelaki didera bapa tiri

Posted By: TTO Admin - 26.6.13



Seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun yang disyaki didera oleh bapa tirinya ditemui dalam keadaan yang amat teruk dan menyayat hati di sebuah rumah sewa di Gong Badak, Kuala Terengganu. Badannya penuh dengan kesan bengkak dan lecur dicucuh rokok selain dibiarkan kebuluran sehingga tidak mampu berjalan.

Selain itu, seluruh badannya penuh dengan lebam termasuk mata dan mulut, kesan luka yang telah dijangkiti kuman dan bernanah selain dikurung sejak beberapa bulan lalu di rumahnya.

Penderitaan kanak-kanak itu akhirnya berakhir setelah diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat hasil laporan jiran yang prihatin. Jiran itu pergi ke rumah sewa setelah terdengar bunyi budak menangis selepas dipukul.

Ketika diselamatkan, kanak-kanak tersebut tanpa menghiraukan kesakitan yang dialaminya, dia terus meminta makanan dalam keadaaan terketar-ketar kerana kebuluran. Seluruh anggota keselamatan yang datang menyelamatkan kanak-kanak itu turut diselubungi pilu.

“Turut berjaya diselamatkan, dua lagi adik mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-duanya mempunyai kesan dera dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi pemeriksaan lanjut, sementara ibu mangsa juga dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan,” menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan .

"Semasa ditahan, suspek dan juga ibu mangsa didapati positif dadah methamphetamine,".

Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

#Apa nak jadi dengan ibu bapa zaman sekarang. Tak berperikemanusiaan betul!

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab