Saturday 6 July 2013

Rakyat Malaysia bakal pecah rekod penceraian termahal di Britain

Posted By: TTO Admin - 6.7.13

London: Bekas ratu cantik Malaysia mungkin menerima penyelesaian perceraian termahal di Britain selepas dia berpisah daripada suaminya.

Pauline Chai, 66 (Gambar kanan), yang tinggal di sebuah rumah di atas tapak seluas 1,000 ekar di Hertfordshire menuntut separuh daripada kekayaan bekas suaminya, Khoo Kay Peng(Gambar kiri).

Khoo adalah seorang daripada ahli perniagaan terkaya di Malaysia.

Kes tuntutan itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi London semalam tetapi Khoo, 74, mahu ia didengar di Malaysia kerana dikatakan dapat memberi kelebihan kepadanya.

Media melaporkan, Pauline menuntut sejumlah £500 juta (RM2.4 bilion) daripada harta dimiliki Khoo.

Jika kes berkenaan terus dibicarakan di Britain, Khoo mungkin terpaksa melepaskan 50 peratus daripada kekayaannya kepada Pauline, manakala perbicaraan di Malaysia mungkin tidak memerlukan dia membuat bayaran setinggi itu. Peguam Khoo berkata, membenarkan kes itu didengar di Britain akan memperluaskan peluang negara itu menjadi “ibu negara perceraian di dunia.” Khoo - Pengerusi Malaysian United Industries - memiliki hartanah di England, Kuala Lumpur dan Australia.

Dia juga memiliki 40 peratus pegangan dalam syarikat Laura Ashley yang kini mencatat jualan £286 juta (RM1.4 bilion) setahun.

Selain itu, Khoo adalah Pengarah Corus Hotels Limited yang memiliki 10 hotel termasuk Hotel Corus Hyde Park.

Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima anak.

Mereka membeli sebuah rumah dan tanah di Hertfordshire pada 1998 yang dikatakan dilengkapi sebuah taman haiwan serta dua tasik buatan bernilai £60,000 (RM286,600) setiap satu.

Pauline memfailkan petisyen perceraian itu di London pada Februari lalu atas alasan “perlakuan tidak munasabah.” Perceraian paling mahal di dunia sebelum ini berlaku pada 2008 apabila Beverley Charman diberikan £48 juta (RM229.3 juta) setelah rumah tangganya bersama John Charman - seorang ahli perniagaan insurans - berakhir. - Agensi

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab