Thursday 30 May 2013

Pekerja berumur 24 tahun meninggal dunia akibat bekerja lebih masa

Posted By: TTO Admin - 30.5.13
Seorang pekerja berumur 24 tahun di Beijing telah meninggal dunia selepas bekerja lebih masa selama sebulan untuk firma pengiklanan antarabangsa.

Li Yuan, seorang kakitangan di pejabat pengiklanan antarabangsa, Beijing, Syarikat pemasaran dan agensi perhubungan awam, Ogilvy & Mather, dilaporkan mengalami serangan jantung secara tiba-tiba pada 14 Mei.

Beliau yang bekerja lebih masa selama sebulan, tidak akan meninggalkan pejabat sehingga pukul 11:00 malam setiap hari, menurut Yangzi Evening News.

Li Yuan rebah ke lantai di pejabat beliau kira-kira pukul 5 petang.

Rakan sekerja beliau segera menelefon untuk bantuan dan pihat kecemasan telah bergegas membawa beliau ke Peking Union Medical College, di mana beliau telah disahkan mati.

Menurut laporan, doktor mengesahkan kematiannya adalah akibat serangan jantung secara tiba-tiba.

Status terakhir Li di laman Weibo, sejenis laman sosial seperti Tweeter, adalah gambar yang diambil sendiri olehnya ketika dia ingin meninggalkan pejabat untuk hari itu, status tersebut telah mendapat komen lebih daripada 15,000 kali.

Wednesday 29 May 2013

Kucing tengah berak punca Perlawanan Pahang VS JDT ditunda

Posted By: TTO Admin - 29.5.13
Pertemuan antara Johor DT dan Pahang yang sepatutnya bermula jam 8.45 malam gagal dimulakan mengikut jadual selepas lebih 7,000 penyokong kedua-dua pasukan memenuhi trek stadium sekali gus memaksa polis, PBNP, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan FAM mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian.

Selepas lebih dua jam tanpa kepastian, akhirnya pengumuman dibuat untuk menunda perlawanan itu apabila penyokong Johor DT di dalam stadium dilempar batu oleh penyokong Pahang yang berada di luar stadium.

Di sebalik kekecohan yang berlaku, terdapat kejadian lain yang menarik perhatian penonton. Seekor kucing telah membuat keputusan genting dengan bertindak berak di tengah padang! Menurut sumber, kejadian itu juga merupakan punca perlawanan Pahang VS JDT ditunda kerana kedua-dua pasukan tidak mahu mengambil risiko kasut bola mereka terkena tahi kucing tersebut. Apa dah jadi!

Monday 27 May 2013

Cincin yang bersinar apabila didekati oleh pasangan

Posted By: TTO Admin - 27.5.13

Seorang lelaki berasal dari San Francisco, US telah berjaya mencipta sebuah cincin yang akan bersinar sebaik sahaja pasangan bagi wanita yang memakainya menghampiri cincin tersebut.

Jurutera Elektrik Kokes Ben, 36, telah menghabiskan beberapa bulan secara rahsia mereka cincin titanium tersebut untuk teman wanitanya, Julie.

Cincin tersebut mempunyai 23 batu, iaitu 13 batu berlian dan 10 batu nilam. Di dalam gelang cincin itu, Kokes telah menanam gegelung tembaga yang akan menyala apabila seseorang datang dekat menghampiri sejauh 4 inci dan seterusnya akan mendorong arus magnet yang bertentangan. Menurut NBC News.

Kokes telah merancang untuk melamar Julie ketika aktiviti pendakian mereka, tetapi telah dihalang oleh kabus yang tebal. Keadaan itu memaksa Kokes melamar Julie di sebuah kedai ais krim di San Francisco, di mana hasil ciptaannya bersinar seperti azimat.

"OMG, Sungguh luar biasa!" tindak balas Julie apabila Kokes memberitahu bahawa dialah yang membuat cincin itu.

Kokes telah mengemaskini rekaan cincinnya itu dan memastikan batu-batu yang ditanam akan lebih selamat.

Komen Admin : ROMANTIK GILER!

Peta Jones mendapat bayaran dengan menghidu aroma bau ketiak

Posted By: TTO Admin - 27.5.13

Peta Jones amat menyukai kerjanya sebagai penghidu dan penilai bau ketiak. Peta Jones merupakan pekerja bagi Syarikat Unilever, satu syarikat yang mengeluarkan produk penjagaan kosmetik dan nutrisi termasuk Deodorant. Unilever juga ada membuka cawangannya di Malaysia (Laman Web)

Sebagai penghidu dan penilai aroma "bau ketiak", Beliau telah bekerja dalam bahagian penyelidikan dan pembangunan bagi pelbagai jenama terkenal seperti Rexona, Dove, Lynx dan Impulse.

"Pertama kali saya menghidu aroma bau ketiak, saya berasa amat pelik namun sepanjang minggu pertama itu segalanya berjalan dengan baik". Katanya.

"Kemudian beberapa lama kemudian, pekerjaan ini adalah normal kerana terdapat kumpulan yang turut sama dalam kerjaya ini dan kami dapat melihat hasilnya dan itu amat berguna"

"Apabila saya menghidu aroma ketiak, saya akan menguji tahap baunya, jenis bau dan mengukur keberkesanan produk yang kami hasilkan"


Sunday 26 May 2013

Tikus menyerang ular untuk selamatkan pasangannya!

Posted By: TTO Admin - 26.5.13
Di Zoo Hangzhou di wilayah Zhejiang, timur China, Penjaga zoo menyaksikan satu pemandangan yang luar biasa selepas dua ekor tikus hidup diletakkan ke dalam kandang ular untuk makanan malam ular tersebut.




Menakjubkan apabila satu kejadian yang melanggar hukum alam dimana pemangsa sepatutnya menyerang mangsa tidak berlaku di dalam kes ini, imej menunjukkan apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila salah seekor tikus didalam kandang tersebut telah menyerang ular Viper yang cuba memakan kawannya.

Menurut penjaga zoo terbabit, kebiasaannya salah seekor tikus akan bersembunyi manakala ular membaham pasangan tikus yang seekor lagi.

Walaupun tikus yang SUPER BERANI itu terlambat untuk menyelamatkan pasangannya, tikus itu diberikan kebebasan selepas penjaga zoo merasakan dia akan memperoleh haknya untuk terus hidup.

Produk berharga RM78, Minyak Wangi beraroma "Air kencing" pelajar perempuan Jepun

Posted By: TTO Admin - 26.5.13
Internet merupakan pusat jual beli terbesar didunia di mana kita boleh mencari dan membeli hampir apa sahaja jenis barang.

Maksud "Apa sahaja jenis barang" merangkumi yang biasa dan luar biasa, yang baru atau yang telah digunakan, malah barang yang minda kita tidak pernah terfikir untuk dihasilkan dan dipasarkan. Sebagai contoh, produk dibawah:





Produk ini merupakan satu botol cecair atau haruman yang memberikan aroma "air kencing" pelajar perempuan di Jepun!

SUPER DUPER PELIK bukan? Pernahkah anda terfikir akan produk ini! Langsung diluar kotak fikiran admin sendiri! Dengan hanya USD25, atau bersamaan Ringgit Malaysia RM78, anda boleh membelinya secara online.

Lelaki di China bercumbu dengan patung di tempat awam

Posted By: TTO Admin - 26.5.13


Satu paparan awam yang agak ganjil telah mengganggu ramai orang awam yang lalu lalang di jalan-jalan di Chengdu, China.
Chunxi Road, jalan membeli-belah utama Chenhdu, seorang lelaki telah dilihat berkasih sayang dengan patung wanita bersaiz tubuh sebenar yang diletakkan di pejalan kaki kawasan membeli belah
Lebih tepat, lelaki tersebut dilihat bercumbuan dengan melakukan skill "Frence Kissing" dengan patung itu.
Perbuatan lelaki itu telah menarik sebilangan penonton, dengan kebanyakan daripada mereka mengambil gambar-gambar paparan ganjil aksi beliau.
Walaupun lelaki itu, yang dikenal pasti sebagai Encik Liu, tidak ditangkap oleh pihak polis, gambar beliau telah tersebar ke seluruh Internet, dan dalam masa yang singkat, beliau dan tindakan beliau telah berjaya sampai ke pihak media nasional Negara China.
Satu tinjauan reaksi orang awam juga telah dijalankan. Keputusan menunjukkan 14 peratus mengatakan bahawa perbuatan itu hanya menghiburkan, dan 86 peratus daripada responden mengatakan bahawa tingkah laku itu boleh menyebabkan masalah moral kepada orang awam.

Kerajaan Indonesia rangka Undang-Undang Jenayah Sihir

Posted By: TTO Admin - 26.5.13

Di Indonesia, undang-undang yang dicadangkan mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang menggunakan ilmu hitam telah mendapat banyak kritikan.
Artikel kontroversi mengenai draf Undang-undang Kanun Jenayah (KUHP) berbunyi "Setiap orang yang percaya bahawa mereka mempunyai kuasa sihir, memberikan harapan, menawarkan perkhidmatan yang mereka boleh menyebabkan penyakit, kematian, mental atau penderitaan fizikal kepada seseorang, boleh disabitkan penjara dalam jangka masa paling lama, lima tahun penjara atau didenda, Kategori paling berat iaitu Kategori IV "(Anggaran RM94 Ribu).

Andi Hamzah, individu yang merangka undang-undang yang dicadangkan pada tahun 1992, berkata, "Ia bukan tentang sihir, tetapi penipuan yang sedang ditetapkan oleh kod jenayah." Beliau menambah, "Undang-undang ini adalah untuk melindungi rakyat  kerana terdapat orang yang mendakwa mereka boleh menyihir orang lain, tetapi meminta 50 ekor lembu atau babi sebagai balasan. "

UEFA Champions League Final 2013 Free Live Streaming - Borussia Dortmund VS Bayern Munich

Posted By: TTO Admin - 26.5.13
UEFA CHAMPIONS LEAGUE FINAL 2013 - Borussia Dortmund VS Bayern Munich

25 May 2013 - GMT+2 : 2045

How to watch live stream: Scroll down, Find match, click and choose Flash Link for free Football Live Streaming.

Cara yang betul menunggang motorsikal di India

Posted By: TTO Admin - 26.5.13
Di Negara China, satu keluarga hanya dibenarkan melahirkan seorang anak. Tetapi di India, berlainan pula kisahnya. Satu keluarga boleh menunggang 1 buah motorsikal, malah bersama-sama dengan haiwan ternakan! Hebat...
 

Monday 20 May 2013

PSY - Gentleman, Klip Tarian baru yang mula menjadi Viral!

Posted By: TTO Admin - 20.5.13
Seperti Video Klip Gangnam Style daripada PSY menjadi ikutan seluruh dunia, PSY sekali lagi keluar dengan Klip Lagu baru bertajuk Gentleman. Setelah diupload ke dalam Youtube pada 13 April 2013, bilangan pengunjung setakat ini telah mencecah 346 Juta. Tarian Gentleman juga semakin diterima dan mula menjadi viral. Banyak video parody tarian gentleman diupload ke Youtube dalam masa sebulan.

Adakah video klip Gentleman daripada PSY ini mampu menjadi se-VIRAL klip Gangnam Style?

Klip asal PSY- Gentleman


TengokTVonline letakkan koleksi tarian parody PSY-Gentleman:

Cute Korean
Klik Readme Video lain

[Video] Kuasa Konsentrasi daripada Miyoko Shida Rigolo

Posted By: TTO Admin - 20.5.13
Wajib Tengok! Persembahan memukau daripada Miyoko Shida. Konsentrasi yang amat jitu mengimbangi struktur yang bermula dengan hanya satu bulu putih!

 

Share dan like!

[Video] Bayi tercampak ke jalan raya terselamat daripada dilanggar lori

Posted By: TTO Admin - 20.5.13
Seorang bayi terselamat apabila tercampak keluar daripada kereta dipandu bapanya yang terlibat dalam satu kemalangan di Rusia. Kereta tersebut tidak dapat dikawal ketika memotong di jalan raya yang licin dan berais. Tetapi yang menjadi persoalan, kenapa kedua ibu bapa bayi tersebut tidak mengutamakan keselamatan anak mereka. dan kenapa si perakam video tidak terus menolong bayi tersebut? Adakah kemanusian semakin pudar dan populariti semakin diutamakan di dunia masa kini?

Sunday 19 May 2013

Football Live Stream : Premier League Match 19/05/2013

Posted By: TTO Admin - 19.5.13
Football Match : DONE

Chelsea VS Everton 
Liverpool VS Queens Park R. 
Manchester C. VS Norwich C. 
Newcastle U. VS Arsenal 
Southampton VS Stoke C. 
Swansea C.VS Fulham 
Tottenham H. VS Sunderland 
West Bromwich A. VS Manchester United 
Wigan Athletic VS Aston Villa

Scroll down

Fulamak! 10,000 IPhone 5 Dijadikan Dominos

Posted By: TTO Admin - 19.5.13
Wow! 10 ribu IPhone 5 telah dijadikan dominos. Amat menarik teknik yang mereka gunakan kerana memerlukan perlu perancangan yang rapi apabila melibatkan jumlah iphone sebanyak ini. Apa kata dah guna untuk dominos, derma kat kita plak?:)

WOW! Sheyla membelanjakan hampir 1 Juta untuk pembedahan pembesaran payudaranya

Posted By: TTO Admin - 19.5.13
Sheyla Hershey (lahir pada 19 Disember 1979) adalah seorang suri rumah yang menetap di Houston, Texas sejak tahun 2000-an. Beliau dikenali dengan implan payudara yang sangat ekstrim. Saiz payudara semulajadinya ialah Cup Saiz B. Pada bulan Mei 2008, selepas 8 operasi, dia mempunyai saiz coli direkodkan sebesar 34FFF. Pada akhir Januari 2009, selepas operasi pembesaran lain di Negara kelahirannya di Brazil, Saiz payudara beliau telah dilaporkan menjadi 38KKK. Ketagihan yang amat pelik!

Video - Jaga Maklumat Peribadi Anda Di Laman Sosial

Posted By: TTO Admin - 19.5.13
Video pengajaran untuk semua. Elakkan dedah maklumat peribadi anda di dalam internet. Facebook, Twitter, Instagram dan berbagai lagi laman social adalah jerat yang paling berkesan bagi sesiapa yang berniat jahat menggunakan maklumat peribadi anda untuk agenda buruk mereka!

Saturday 18 May 2013

VIDEO BEST: Kanak-Kanak Nyanyi Lagu "Hey Jude"

Posted By: TTO Admin - 18.5.13
Antara Lagu paling Popular The Beatles '"Hey Jude." Kanak-kanak Empat tahun Ha Youngwoong dari Korea pasti membuatkan anda terpegun dan terpesona dengan aksinya menyanyikan lagu ini. Enjoy!

Intisari Rancangan TV3 - 18 Mei 2013 [GMT+8]

Posted By: TTO Admin - 18.5.13

WhenProgrammeWhat's On
00:00(L)NightlineNews in English including business, financial and sports.
00:30The Football ReviewThis program brings you daily doses of exciting sports highlight.
01:00JJCMMenjelajah ke seluruh tanahair untuk mencuba pelbagai aneka makanan.
01:30Dia Jantung HatikuKisah tentang seorang gadis cantik dan ceria bernama Aida yang tinggal bersama ibunya, Milla serta ayahnya, Firman di kampung. Sejak dari kecil beliau disahkan menghidap penyakit jantung.
03:005 Rencah 5 RasaMenampilkan Chef Sherson Lian, ikuti siri menarik ini untuk mengetahui rahsia 5 rencah utama dalam pelbagai resipi lazat dan mudah disediakan.
03:30Wanita Hari IniProgram bual bicara memfokuskan isu kewanitaan, kanak-kanak dan keluarga keseluruhannya dengan menyediakan pelbagai topik menarik
04:30Kelab Jeng JengMenceritakan tentang warna-warni kehidupan kumpulan wanita yang tinggal di kawasan kejiranan kecil. Mereka menubuhkan kelab yang digelar 'kelab Jeng Jeng'.
05:30Jejak RasulProgram dokumentari berbentuk ilmiah yang menjejaki peninggalan para Rasul dengan paparan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan 25 Rasul.
06:00BismillahSebuah rancangan yang membincangkan hal ehwal agama Islam.
06:30Al-HidayahSebuah rancangan yang membincangkan hal ehwal agama Islam.
07:00Motivasi PagiRancangan yang memberi nasihat serta bimbingan kepada masyarakat secara umum.
07:30(L)Buletin PagiBerita terbaru yang disiarkan dari bilik berita.
08:00TamagotchiHave fun with your favourite cartoon characters here on TV3.
08:30Wallace & GromitHave fun with your favourite cartoon characters here on TV3.
09:00SeleraSebuah program masakan terbaru menampilkan Emilya Uzir yang akan menyediakan pelbagai jenis makanan unik untuk panduan para penonton.
09:30LarvaHave fun with your favourite cartoon characters here on TV3.
10:00Fanboy Chum ChumHave fun with your favourite cartoon characters here on TV3.
10:30Armor HeroHave fun with your favourite cartoon characters.
11:00Detective ConanWith the brains of a detective genius and the appearance of a school boy, Detective Conan takes on - and solves the toughest criminal cases.
11:30The 99Sebuah rancangan menarik khas untuk anda.
12:00Marvel AnimeHave fun with your favourite cartoon characters here on TV3.
12:30Kamen Rider Dragon KnightHave fun with your favourite cartoon characters here on TV3.
13:30(L)Buletin 130Berita terbaru yang disiarkan dari bilik berita.
14:00Sanam Teri KasamA wealthy playboy, who enjoys introducing himself to girls using a different name every time, finds this eventually creating a dangerous problem.
17:00Muzik-Muzik 28Bersama Scha dan AG dalam rancangan carta muzik ini.
18:00You Saka Pergi Jauh-JauhNia diserang oleh dua penyamun dan dia cuba mempertahankan dirinya. Nia fikirkan dia telah berjaya menakutkan mereka tetapi sebenarnya para penyamun itu melihat Gelam di belakang Nia.
19:00Dunia EicakMengisahkan Eicak, yang bertemu dengan 'kawan-kawan baru' dari 'alam baru'. Satu kisah tentang suka-duka, jenaka, cabaran dan halangan dalam persahabatan.
19:30AmekawSebuah program temasya sukan yang memaparkan pelbagai aksi permainan kampung yang lebih ekstrem.
20:00(L)Buletin UtamaBerita tempatan dan antarabangsa yang terkini.
21:00Majalah 3Rancangan berbentuk majalah yang menarik khas untuk tontonan anda dari TV3.
22:00Mentol KuMengisahkan tentang Amran yang fobia bila berada dalam gelap dan ramai kawannya suka mengenakan beliau. Dengan itu, Amran sentiasa menyimpan mentol sebagai langkah berjaga-jaga.

Kambing bermata satu lahir di India

Posted By: TTO Admin - 18.5.13

Kambing bermata satu ini dilahirkan di Perundurai, Erode, India. Pemiliknya, Kandasamy, berkata bahawa dalam tempoh 10 tahun beliau memelihara kambing, ini adalah kali pertama beliau mengalami situasi ini.

"Saya tidak pernah menyaksikan apa-apa kejadian pada masa lalu. Seekor kambing betina telah melahirkan dua ekor anak kambing, seekor anak kambing tersebut mempunyai hanya satu mata betul-betul di tengah-tengah dahi. "

Menurut Dr K. Asokan,  pengarah VOC Park and Zoo, Coimbatore, kejadian yang luar biasa pada kambing itu adalah disebabkan oleh gangguan genetik.

"adalah jarang untuk melihat kambing seperti itu di kampung-kampung dalam negara ini," kata Dr Asokan.

Friday 17 May 2013

Animal Planet

Posted By: TTO Admin - 17.5.13


Nota:
1) Tunggu sehingga 30 saat iklan tamat
2) Tunggu beberapa saat untuk Video mula stream



Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab