Showing posts with label Sensasi. Show all posts
Showing posts with label Sensasi. Show all posts

Tuesday, 7 April 2015

Identiti sebenar wanita misteri dalam nahas helikopter akhirnya didedahkan

Posted By: TTO Admin - 7.4.15

Spekulasi mengenai wanita mesteri yang berada di dalam nahas Helikopter Dauphin AS365 N2 akhirnya terjawab.

Wanita itu dikenalpasti sebagai Aidena Braizieva, rakan kepada juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier.
Wanita berusia 25 tahun berasal dari Kyrgystan itu dikatakan datang ke Malaysia sejak 2010 untuk menyambung pengajian di Universiti Sunway.

Mangsa kemudian menukar pengajian ke Universiti Lim Kok Wing dan sekali lagi menukar pengajian di Kolej SEGI di ibu negara.

Difahamkan, mangsa berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pelancongan di kolej berkenaan pada Oktober tahun lalu.
Dalam satu sidang media di lokasi nahas hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat, berkata berdasarkan keterangan rakan dan siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan kepada Clifford dan pernah beberapa kali mengikutnya ketika melakukan penerbangan.

Wanita tersebut menjadi bualan hangat dan turut dijadikan bahan spekulasi akibat identitinya yang tidak diketahui sehinggalah ke hari ini.

(Gambar) Kapten Clifford, juruterbang Helikopter Dauphin yang membawa Kenamaan seperti Ahli Parlimen Rompin ,Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias. 

Monday, 30 March 2015

Kejadian di Hospital Umum Sarawak buka mata rakyat Malaysia! (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 30.3.15

Satu kejadian yang berlaku di Hospital Umum Sarawak seharusnya membuka mata rakyat Malaysia

Melalui perkongsian gambar itu, diceritakan bahawa pesakit berbangsa India telah dibelikan makanan oleh seorang lelaki Cina. Kemudiannya, seorang makcik berbangsa Melayu pula telah menolong lelaki India itu dengan membancuh air minuman.

Mungkin kejadian ini nampak simple sahaja namun sebenarnya memberi makna yang cukup besar dalam erti kata perpaduan yang sebenar.

Friday, 13 March 2015

Kisah pengorbanan bapa menghantar anaknya ke sekolah setiap pagi

Posted By: TTO Admin - 13.3.15

Saya sering ternampak individu ini apabila menghantar anak ke sekolah. Bapa juga sama seperti saya menghantar anak saban pagi ke sekolah.

Namun perlakuan dan tindakannya sering saya perhatikan. Saya kategorikan beliau sebagai bapa yang baik.

Setiap kali melepaskan anaknya masuk ke sekolah, beliau akan memastikan anak yang kemas berpakaian. Beliau akan menunggu di luar pagar sehingga anaknya hilang dari pandangannya. Dalam tempoh itu, dia akan melambai-lambai tangan pada anaknya dan menjeritkan perkara-perkara yang positif pada anaknya.

Sering saya dengar perkataan "focus, focus, focus...", "u can do it" dan pelbagai kata perangsang yang lain. Anak-anak lain juga akan mendengar jeritan bapa ini.

Selepas anaknya hilang dari pandangan, beliau akan mengambil masa 5 minit menunggu. Bila semuanya selesai, barulah beliau bergerak sambil mengelap matanya yang basah saban pagi. Saya fikir, doa panjang berlagu di dadanya...

Bila kali terakhir kita mengalir air mata melepaskan anak ke sekolah... atau bila kali terakhir kita doakan permata hati kita itu...

Perhatikan manusia. Mereka mungkin jadi guru kita tanpa sedar...

Oleh : Syirfan Indra



Thursday, 12 March 2015

6 Gambar Juruterbang Jet Pejuang Wanita di Langkawi tersebar!

Posted By: TTO Admin - 12.3.15

Beberapa keping gambar juruterbang wanita Jet J-10 daripada Tentera Udara Republik Rakyat China menjadi bualan hangat pengguna media sosial kerana gaya mereka seakan-akan model.

Gambar 4 orang wanita tersebut diambil ketika menjalani latihan di Langkawi sempena #LIMA15 yang akan berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2015. Itulah daya tarikan yang bakal menimbulkan keunikan dalam Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi Ke-13 LIMA '15 itu.





Monday, 9 March 2015

Diana Danielle tampil seksi dalam Majalah Esquire Malaysia (6 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 9.3.15

Ketika kali pertama menyelak helaian Esquire Malaysia keluaran bulan ini, kami dikejutkan dengan gambar Diana Danielle yang tampil sungguh berani dalam edisi terbaru majalah tersebut yang berkemungkinan membuatkan nama selebriti bergelar ibu ini kembali bermain di bibir media semasa.

Melalui temubual bersama majalah tersebut, Diana banyak bercerita mengenai bagaimana permulaan kariernya di mana dia lebih selesa untuk memilih karya yang berkualit dan yang benar-benar berpotensi menaikkan namanya.

“Saya sangat memilih jika berkenaan dengan projek. Realitinya banyak skrip yang anda dapat adalah hanya membuang masa. Biarpun saya hanya mengambil satu atau dua projek dalam setahun, ia adalah projek yang betul-betul mampu melonjakkan nama saya,” jelasnya lagi sambil memberitahu dia tidak ambil kisah langsung mengenai populariti dan hanya mementingkan hasil kerja yang terbaik.

Malah dalam masa yang sama juga Diana berkongsi kisah kesukaran hidupnya sehingga ada satu ketika, ibunya, Norsiah Ramli, terpaksa menjual rumah demi meneruskan kehidupan.

“Kesukaran hidup yang dihadapi ketika masih masih kecil membuatkan saya mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling” jelasnya di dalam temubual bersama majalah tersebut sambil mengakui dia sebenarnya sangat berminat untuk bergelar penyanyi.

Sumber: Rotikaya


Monday, 2 March 2015

Luahan sayu murid darjah 3 cerita kesusahan hidup keluarga diabai ayah

Posted By: TTO Admin - 2.3.15

Luahan hati  paling tulus & jujur dari Adik Nurul Atirah yang baru berusia 9 tahun bersekolah di Negeri Perak. Baca karangan beliau:

Assalamualaikum kawan-kawanku.. Ini cerita latar belakang diriku. Nama aku Nurul Atirah bt Md.Norhaslain. Aku dilahirkan di Taiping Perak. Aku mempunyai seorang adik perempuan bernama Nurul Atikah. Nasib diriku tak seperti kawan-kawanku yang lain yang mempunyai mak dan ayah serta keluarga yang bahagia. Sejak umur aku 3 tahun, mak dan ayah aku telah berpisah. semasa itu mak aku baru melahirkan adik aku. Mak aku sakit teruk sebab ayah. Ayah selalu pukul mak aku. masa mak aku mengandungkan adik aku.. sehingga sekarang ayah aku menghilangkan diri dan tidak memberi duit untuk makan minuman aku dan adik-adik. mak pulak selalu sakit-sakit dan tidak boleh bekerja. Aku dan adik tinggal dengan opah tokwan sebab mak tak boleh kerja. Sejak ayah tak pernah datang melawat aku dan adik, mak kata bagitau ayah dah kahwin lain. Aku dan adik langsung tidak dapat kasih sayang ayah. Aku sedih sangat. adik lagi kesian sebab langsung tak kenal siapa ayah kami. Aku mendapat berita ayah dah meninggal. Sekian Terima Kasih.

Daripada murid 3 Pintar 2015

Ya Allah kau permudahkanlah serta berkatilah perjalanan hidup anak yatim ini.. Wahai adik, Insya'allah ramai yang mendoakan kesejahteraan hidupmu. teruskan perjuangan dalam menimba ilmu agar kau mampu mengatur perjalanan hidup yang lebih baik kelak.. Aamin.

Wednesday, 25 February 2015

Kisah benar kehidupan Engineer gaji besar tapi hati tak tenang

Posted By: TTO Admin - 25.2.15

Baca pengalaman Tuan Fadzil Khairi mengenai kehidupan sebagai seorang jurutera. Walaupun mempunyai gaji yang besar namun hati pula tidak tenang:

Sy baru masuk kerja di tempat baru sebulan yg lalu bersama seorang lagi rakan setugas. Kami lapor diri pada tarikh yg sama. Cuma beza sy dengan dia adalah, dia jurutera elektrik merangkap executive dan sy pula seorang technician merangkap non executive. Gaji kami juga of course ler berbeza, dia RM 4k dan sy RM 4k dibahagi dgn 4.

Kami memang banyak perbezaan seperti bezanya buaya dengan cicak. Selama sebulan kami berada di tempat baru, sy banyak memerhati perubahan pada dirinya. Kalau awal-awal dahulu dia banyak tersenyum, bersemangat dan begitu exited memulakan kerja di tempat baru, kini dia banyak bermurung dan menyendiri di depan laptop. Waktu rehat pn masih di depan laptop menyiapkan report-reportnya yg semakin beranak pinak seolah-olah baru lepas makan pil kesuburan.

Baru-baru ini dia datang memanggil sy untuk mengopi. Kami berbual panjang. Dia bertanya sy, camana kerja. Sy menjawab, Alhamdulillah baik-baik shj. Sy mengopi paste soalan yg sama buat dia, dia menjawab ," ntah la Dil, aku ni presure sebenarnya. Keja kat sini tough gila. Patutlaa depa bayar gaji tinggi. Aku da dekat sebulan balik rumah jam 8-9mlm. Paling awal jam 7 ptg. Client kat sini kejam2 belaka macam Joker filem Batman. Patutlaa enginer sebelum ni berenti. Eh ko kalau ada dengar tempat lain ada kosong, bagitau laa aku... aku lama2 kat cni blh kena tekanan mental" Aku menjawab, "insyaallah nnt sy rikki".

Ya inilah kehidupan kebanyakan engineer, executive dan orang-orang yg bergaji besar. Jawatan ini dibayar gaji mahal bagi menanggung beban-beban ini. Jawatan ini memerlukan mental dan spritual yang kental seperti gunang Tahan yang 'tahan' dimaki, dicaci dan dikeji kalau buat silap. Waktu belajar dl pun pening kepala dan bila dah kerja pun kepala boleh jd migrain.

Dulu pn sy seorang engineer. Sy mempunyai 4 org sahabat baik sewaktu belajar. Kesemua blh dikatakan cemerlang semasa dalam pengajian kejuruteraan ini. Sekarang hanya seorang shj yg masih bertahan sebagai seorang engineer iaitu Hamidi Mohd Zin , engineer kilang besi di johor. Dia kata kepalanya sekarang sudah seperti besi dan sedang mengushar lubang2 rezeki di tempat lain. Rakan2 sy yg lain hanya bertahan buat beberapa ketika menjadi engineer, kemudian masing2 telah mengubah profesyen dan ada yg menjadi cikgu tuisyen, peniaga online dan technician kilang cetak. Kesemua mereka ini sudah tidak mampu bertahan di dalam profesyen 'anjingneer'.

Sy pula sempat bertahan utk beberapa tahun sebagai engineer bangunan. Ya, hati sy hati tisu, namun x lah seteruk hati sharnaaz dlm filem 'suamiku en sotong'. Hati sy sempat bertahan seperti hati Hamidi si enginer kilang besi disebabkan beberapa faktor seperti sokongan isteri, anak2, hobi dan binatang peliharaan sy.

Binatang peliharaan? Ya. Ia mujarab menurunkan paras abnormal seorang jurutera. Dahulu untuk me'relis'kan tension yg ada di tempat kerja, sy membela beberapa ekor binatang seperti arnab jenis anggora, kura-kura, udang jenis lobster, hamster dan ikan. Rumah sy tidak ubah seperti mini zoo dan selalu shj berperang dgn istri sy ketika mencuci kediaman binatang2 ini. Sy menghabiskan duit mencecah 1 ribu ringgit utk setup, maintanence dan membeli makanan binatang-binatang ini semata-mata utk menurunkan paras tekanan engineer di tempat kerja.


Setiap hari sy menghabiskan masa sekurang2nya 10 minit menatap binatang-binatang ini sebelum menyarung uniform engineer. 10 minit ini berupaya memberi ketahanan selama 9 jam +++ di pejabat. Balik rumah, sy memerlukan hampir sejam masa utk dihabiskan bersama binatang2 ini. Hobi ini sy 'share'kan bersama anak2 sy. Ya kanak2 sgt suka dgn binatang peliharaan. Kini anak bongsu sy, Ummu Athiyyah, 10 bulan sangat obses dgn ikan peliharaan sy. Sy ajarnya memegang ulat roti dan memberi ikan makan. Sy biarkan dia mengambil kesempatan bermain air aquarium sehingga bajunya basah lenjun. Seronok melihat anak kita enjoy dgn rutin hariannya yg lain sedikit dr kanak2 lain. Bila anak kita hepi, kita juga akan turut hepi dan paras abnormal seorang jurutera juga akan ikut menurun.
Benar naluri manusia inginkan ketenangan. Sapa yg sukakan tekanan? Cuma ramai yg memilih utk hidup tertekan semata2 utk memiliki gaji lebih di akhir bulan. Sebab tu Allah telah tulis formula mendapat hati yg tenang di dlm quran. Firman Allah yg maksudnya " ... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" ( surah Ar-Ra'd ; 28 )

Adakah kita tenang dgn kehidupan kita hari ini? Pekerjaan kita? Rumah tangga kita? Ibadah kita? Sy masih belum tenang sepenuhnya. Alangkah bahagianya org2 yg jiwanya sentiasa tenang.
Teringat kata2 almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, "bahagia bkn datang dr harta yg banyak, tetapi pada jiwa yg tenang. Tenang ini bukan boleh dibeli di market, tetapi ia datang dr Allah".

Tulisan: FB Fadzil Khairi

Friday, 13 February 2015

Pendedahan kebimbangan Tok Guru Nik Aziz belaku saat pemergiannya? (Gambar)

Posted By: TTO Admin - 13.2.15

Sedari Tok Guru Nik Aziz terlantar di Hospital sehinggalah di saat pemergiannya, banyak kisah-kisah menakjubkan mengenai karamah terhadap Tok Guru telah tersebar secara meluas di media sosial sama ada dalam bentuk gambar dan printscreen status.

Walaubagaimanapun, seorang pengguna Facebook, Ahmad Iqram Mohd Noor memuatnaik status menceritakan kebimbangan Tok Guru Nik Aziz terhadap golongan yang taksub dengan dirinya. Baca pendedahan beliau:


Tidak ada salahnya untuk mengagumi kebesaran Allah terhadap kemuliaan yang diberikan kepada Alim Ulama namun ada baiknya kita berhati-hati kerana pada zaman teknologi serba canggih ini, gambar yang sering menjadi viral sering kali dimanipulasi melalui perisian seperti photoshop.

Seperti gambar dibawah, sehingga kini tiada siapa yang mengaku mengambil gambar ini untuk mengesahkan kesahihannya sama ada yang kiri atau yang kanan adalah gambar yang sebenar.



Monday, 2 February 2015

Cerita Sebenar kejadian Gadis dikelar teman lelaki dalam kereta (2 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 2.2.15

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut dikelar teman lelakinya di dalam sebuah kereta di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Gantang, di sini.

Nur Syuhada Johari, pelajar tahun satu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang tadi selepas dipercayai dikelar di bahagian leher oleh teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Bukit Gantang.

Saksi, Md Ikhbal Ahmad berkata, dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, dia yang dalam perjalanan dari Pokok Assam ke Ipoh telah melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana warna hitam diletakkan di bahu jalan lebuh raya.

Menurutnya, seorang perempuan dilihat keluar dari kereta terbabit melalui pintu pemandu dan kemudian jatuh di atas jalan.

“Dalam masa yang sama, kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta berkenaan dan menarik mangsa ke bahagian tepi besi penghadang jalan.

“Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan masuk ke hutan,” katanya dalam kenyataan kepada pasukan penyiasat hari ini.

Saksi bersama beberapa orang awam yang berhenti melihat kejadian tersebut mendapati ada kesan kelar pada leher mangsa dan tidak lama selepas itu kelihatan lelaki berkenaan muncul semula dan terus membuka pintu kereta dan mengambil sebuah telefon bimbit.

“Kedengaran lelaki berkenaan telah menelefon seseorang dan berkata, “minta maaf dan dia telah buat silap”,” katanya.

Mengulas lanjut, saksi berkenaan berkata, dia juga agak terkejut selepas mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata ‘’Dia tak mampus lagi ke?”



“Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga mula curiga dengan lelaki berkenaan dan bertindak memukulnya lalu menyerahkannya kepada polis peronda yang sampai di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu disyaki mempunyai masalah mental dan telah berkawan dengan mangsa.

“Dalam masa yang sama, polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang mangsa di bawah bukit tepi lebuh raya.

“Suspek telahpun ditangkap dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Suspek dilaporkan berusia 25 tahun dan bekerja di Melaka. - MalaysiaGazette

Tuesday, 13 January 2015

Rumah ini nampak kecil tapi tunggu sampai anda lihat 11 Gambar ruangan dalamnya!

Posted By: TTO Admin - 13.1.15

Ramai yang mengidamkan untuk memiliki sebuah rumah yang besar dan mewah. Walaubagaimanapun, dengan harga hartanah ketika ini semakin meningkat, ramai yang hanya "mampu tengok" sahaja berbanding yang mampu milik rumah-rumah yang diidamkan.

Namun, perkara itu tidak menjadi penghalang bagi Chris Heininge. Seorang tukang pembuat rumah yang cemerlang dan pereka yang termashur bagi revolusi rumah kecil.  Beliau yang sedar dengan keadaan ini telah membuat inisiatif pintar dengan mempolori pembinaan rumah kecil dengan kos yang murah. Walaupun kecil, ruangan di dalam rumah yang dibinanya dimanfaatkan sebaik mungkin dan mempunyai setiap fungsi masing-masing. 

11 Gambar dibawah adalah sebuah rumah yang dibina olehnya dengan hanya berkeluasa 280 kaki persegi, menakjubkan bukan?

(Sumber: http://tinyhouse.heininge.com/)












Thursday, 18 December 2014

9 Gambar & Biodata Pemain Bolasepak Thailand No.7 jadi kegilaan wanita...TAPI

Posted By: TTO Admin - 18.12.14

Pemain Bolasepak Thailand No. 7 dalam Piala AFF SUZUKI menjadi kegilaan ramai wanita. Walaupun dalam perlawanan semalam menentang Malaysia yang berkesudahan Thailand menang 2-0, apa yang menjadi trending di media sosial adalah Pemain No. 7 ini.

Berikut adalah biodata pemain bolasepak ini:

Nama: Charyl Chappuis
Tarikh Lahir: 12 Januari 1992 (Umur 22 Tahun)
Tempat Lahir: Kloten, Switzerland
Bangsa: Kacukan (Bapa: Switzerland, Ibu: Thailand)

Karier awal:
-Pernah mewakili Switzerland dalam kejohanan Piala Dunia Fifa bawah 17 tahun

Laman Sosial:
Instagram: 230 ribu followers
Facebook: 68 ribu likers

Trivia:
-Impian bermain dengan kelab Barcelona
-Wajah dikatakan mirip Cristiano Ronaldo (Pemain Real Madrid)
-Penjaring Gol pertama dalam sepakan penalti Final Pertama di Thailand ketika menentang Malaysia
-Sudah mempunyai Teman Wanita... TAPI
-Dikatakan seorang Gay melalui satu gambar yang tersebar... NAMUN
-Sebenarnya gambar lelaki yang dicium itu adalah adiknya sendiri:)

Gambar-gambar Charyl:




Gambar kontroversi tapi sebenarnya bersama adik beliau

Teman Wanita Charyl




Pernah Mewakili Switzerland Piala Dunia bawah 17 tahun

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab