Wednesday 10 July 2013

Meriam Paip PVC meletup, dua remaja melecur di muka

Posted By: TTO Admin - 10.7.13
meriam paip pvc

ALOR SETAR - Keseronokan sekumpulan remaja lelaki bermain meriam buatan sendiri di Taman Bersatu, Baling dekat sini pada malam tadi membawa padah apabila dua daripada mereka melecur teruk di muka dan tangan selepas meriam tersebut tiba-tiba meletup.

Dua mangsa terbabit ialah Mohd. Aiman Amzar Jamsari, 13, dan rakannya, Mohamad Hanif Mohd. Nawi, 14.

Mohd. Aiman Amzar yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini melecur di muka dan tiga jari kanan manakala Mohamad Hanif yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dekat sini melecur di muka.

Difahamkan, kira-kira 15 remaja lelaki itu membuat meriam dengan menggunakan paip PVC sepanjang satu meter serta belerang. - KOSMO!

#Dah mula dah.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab