KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku berhampiran Kudat, bahagian pantai utara Sabah pada kira-kira pukul 9.14 pagi Selasa.
Kenyataan Rasmi di Lamat web Jab. Meteorologi Malaysia, MET |
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa bumi terletak di 6.8 (darjah) Utara dan 117.1 (darjah) Timur iaitu kira-kira 377 kilometer barat daya dari Palawan, Filipina dan 11km dari Pitas, Sabah.
Gegaran turut dirasai di Pitas, Sabah.
Jabatan itu sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan maklumat terkini. - BERNAMA
KONGSI
& Komentar
Tweet