Miri: Seorang pengawal keselamatan sebuah hospital kerajaan ditahan selepas dia didakwa mencabul seorang wanita yang sedang kesakitan untuk bersalin, awal pagi kelmarin.
Mangsa yang berusia 48 tahun dilaporkan tiba di hospital itu kira-kira jam 2.30 pagi sebelum suspek yang berusia 21 tahun cuba membantunya dengan memapahnya masuk ke dalam lif menuju ke wad bersalin.
Di dalam lif, suspek memeluk mangsa dari belakang sambil meraba perutnya beberapa kali sebelum bertanya sama ada dia memakai seluar dalam atau tidak.
Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit, berkata mangsa yang ditemani anak perempuannya yang berusia 18 tahun hanya mendiamkan diri akibat keadaannya yang terlalu sakit.
Anak mangsa menyaksikan perbuatan suspek, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa sehingga pembantu perubatan membantu mengusung mangsa masuk ke dewan bersalin.
Anaknya yang berusia 22 tahun kemudian membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri , katanya, semalam. Berita Harian
KONGSI
& Komentar
Tweet