Monday 1 July 2013

Apa yang perlu anda tahu mengenai Shisha!

Posted By: TTO Admin - 1.7.13

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pengharaman Shisha oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan Perak.  Kerajaan juga sedang menimbang untuk mengharamkan Shisha di seluruh Negara.

Sebelum ini, Shisha dipasarkan sebagai alternatif yang selamat untuk rokok. Persoalannya, "Adakah Shisha berbahaya?" Ramai yang mempercayai asap yang terhasil daripada Shisha ditapis oleh air, namun sebenarnya nikotin tidak larut air. Penghisap Shisha sebenarnya menyedut asap yang lebih berisiko jika dibanding dengan perokok tegar. Ini kerana menghisap Shisha boleh mengambil masa sehingga satu jam.

Jom kita lihat kenapa menghisap Shisha boleh memberi kesan kepada kesihatan anda dengan serius.

Kesan Shisha kepada tubuh badan
  1. Risiko jangkitan dan bakteria daripada perkongsian mulut
  2. Risiko mendapat Kanser
  3. Risiko Tuberculosis
  4. Penyakit Jantung

Fakta Mengenai Shisha
  1. Wabak batuk kering di Negara-negara Timur Tengah dikaitkan dengan Shisha
  2. Karbon Monoksida (Dari arang) adalah 30 kali lebih sukar untuk larut dalam air berbanding oksigen.
  3. Dalam satu sesi, penghisap Shisa menyedut sehingga ke 200 kali ganda lebih banyak daripada asap rokok.
  4. Merokok membunuh sekitar 114,000 orang di UK setiap tahun.

Pendapat Admin Pengharaman Shisha memang tepat kerana semua ini demi kesihatan Rakyat Malaysia sendiri. Amalkan gaya hidup yang sihat!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab