Tuesday, 7 January 2014

PTPTN nafi pinjaman dimansuh, Pemilik FB "Raja Nusantara" kini dicari!

Posted By: TTO Admin - 7.1.14


IPOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan pinjaman PTPTN dimansuhkan sepertimana disebarkan dalam satu akaun Facebook.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan pemilik laman sosial itu yang menyebarkan maklumat palsu itu untuk diambil tindakan.

"PTPTN tidak pernah membuat keputusan sedemikian kerana setiap dasar kerajaan berkaitan PTPTN akan diputuskan Kabinet," katanya selepas mempromosi Pesta Makanan Tradisional Lenggong di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak di sini.

Carian di laman sosial Facebook mendapati pengguna yang menggelar dirinya "Raja Nusantara group Empayar Langkasuka Nusantara" menyebarkan satu surat kononnya badan itu memansuhkan pembayaran balik pinjaman kepada yang mempunyai hutang PTPTN tertangguh sehingga tahun 2013. - Bernama

Jawapan dari FB HasbullahJalil


Lagi: Baca surat penuh Raja Nusantara disini

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab