DUNGUN - Seorang lelaki yang hanya sempat memecah masuk tetapi tidak sempat mencuri barang-barang berharga di dalam sebuah rumah di Kampung Sura Hujung. Penjenayah itu berjaya dicekup oleh orang kampung. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu telah mengejutkan orang kampung. Sebaik sahaja pengumuman dilakukan oleh pihak AJK surau berdekatan selepas solat Subuh maka ia menarik lagi perhatian orang ramai.
Lelaki yang berusia 31 tahun itu telah dibawa ke surau berhampiran bagi menunggu kehadiran pihak polis ke tempat itu. Kes kecurian yang banyak berlaku sebelum ini menjadikan penduduk menjalankan pemantauan dan susulan daripada itu menyebabkan tertangkapnya lelaki yang dikenali sebagai Mohd Faizul bin Mohd Nor yang berasal dari Seberang Takir, Terengganu berdasarkan butiran yang tertera pada kad pengenalannya.
Menurut saksi, pencuri itu telah dihantar oleh seseorang yang didakwa seorang 'prebek sapu' dan kemungkinan juga merupakan rakan subahat pencuri terbabit. Walau bagaimanpun pencuri itu menafikan seorang lelaki yang dikenali dengan mama 'Pok Min' tidak terlibat dengan dan hanya meminta untuk menghantarnya ke kawasan itu sahaja pada awal pagi.
Namun, penduduk tetap menunggu hasil siasatan pihak berkuasa kerana lelaki bernama 'Pok Min' amat dicurigai walaupun turut hadir ke tempat kejadian setelah dihubungi oleh orang kampung menggunakan telefon milik penjenayah berkenaan. Kredit - Ohmydungun

KONGSI
& Komentar
Tweet